Panduan Membeli Menjaga Khemah Untuk Sekolah Sekolah Di Malaysia
PANDUAN MEMBELI KHEMAH UNTUK SEKOLAH DI MALAYSIA
Terdapat pelbagai khemah yang terdapat di pasaran. Ada yang murah, ada yang mahal. Ada bentuk A, ada bentuk dome, ada bentuk rumah. Cikgu-cikgu mesti pening kepala nak pilih khemah yang mana satu untuk kegunaan sekolah. Jenoba Outdoor berikan sedikit panduan untuk cikgu memilih khemah supaya dapat memaksimumkan nilai duit sekolah yang dibelanjakan.
Perkara Yang Perlu Diperhatikan Semasa Memilih Khemah
1. Bentuk
Terdapat pelbagai bentuk khemah di pasaran. Namun yang paling biasa didapati di Malaysia adalah;
a. Khemah bentuk igloo/dome
b. Khemah bentuk A
Khemah bentuk igloo atau dome lebih mudah dipasang oleh pelajar. Sekiranya cikgu membeli untuk kegunaan pelajar yang tidak biasa mengendalikan khemah, Jenoba Outdoor sarankan cikgu mendapatkan khemah bentuk dome. Sekiranya cikgu membeli khemah untuk kegunaan pelajar yang berpengalaman, kami tetap sarankan cikgu membeli khemah berbentuk dome kerana lebih mudah dipasang.
Info tambahan: Sesetengah khemah mempunyai awning supaya air hujan tidak masuk melalui pintu.
2. Material
Kebanyakan khemah menggunakan bahan nylon atau polyester kerana ianya nipis, ringan dan kalis air. Terdapat juga khemah yang dilapisi lapisan silver coating. Lapisan silver coating ini akan menambah ketahanan kalis air khemah. Selain itu, lapisan silver coating akan memantulkan haba supaya khemah tidak terlalu panas pada waktu siang.
3. Lapisan (Layer)
Khemah biasanya terdapat dua lapisan yang utama. Lapisan bawah dan lapisan atas. Lapisan bawah bertindak sebagai rangka dimana rod khemah dimasukkan. Lapisan atas bertindak sebagai bumbung khemah.
Khemah single layer
Khemah yang mempunyai dua lapisan (double layer) lebih kalis air kerana lapisan ataslah yang mempunyai material kalis air. Khemah satu lapisan (single layer) lebih sejuk di siang hari, tapi sekiranya hujan, air pasti masuk dan khemah akan bertukar menjadi kolam renang.
4. Saiz khemah
Khemah biasanya dinamakan mengikut bilangan orang yang muat tidur di dalam khemah. Sebagai contoh, khemah 2P muat untuk 2 orang, khemah 4P muat untuk 4 orang dan seterusnya.
Bilangan orang ini berdasarkan kepada ‘close fit’. Sekiranya murid anda bersaiz besar, dinasihatkan anda mengurangkan bilangan murid yang tidur di dalam khemah. Sebagai contoh, 3 orang murid dalam satu khemah 4P.
5. Pengudaraan
Pengudaraan yang baik akan menjadikan khemah tidak berkuap dan tidak terlalu panas. Khemah yang mempunyai lebih banyak pintu dan tingkap akan menjadikan pengudaraan di dalam khemah menjadi lebih baik.
6. Alat ganti
Khemah mempunyai pelbagai komponen; lapisan bawah, lapisan atas, rod, tali rod dan pancang. Pastikan anda mendapatkan khemah dari pembekal yang mempunyai alat-alat ganti komponen tersebut.
Ini kerana kebanyakan kes yang kami jumpa, khemah masih elok cuma ketiadaan alat ganti. Lebih menyukarkan keadaan, khemah yang dibeli tidak diketahui jenama dan model menjadikan pencarian alat ganti agak rumit. Sayang sekali khemah yang masih elok tetapi tidak boleh digunakan hanya kerana rod yang patah.
Penjagaan Khemah
Khemah hendaklah digunakan dan dijaga dengan betul untuk memaksimumkan jangka hayat khemah. Antara perkara yang perlu dititikberatkan dalam penjagaan khemah adalah;
Pastikan pembersihan tapak perkhemahan dilakukan sebelum memasang khemah. Buang semua kayu dan batu di kawasan pemasangan khemah. Ini untuk mengelakkan lantai khemah bocor terkena batu atau kayu.Sekiranya tapak perkhemahan sukar dibersihkan sepenuhnya, gunakan tikar atau groundsheet untuk melindungi lantai khemah dari batu dan kayu.Dilarang memasak di dalam khemah. Haba yang terhasil daripada api masakan boleh menyebabkan material khemah cair. Memasak juga dilarang di dalam khemah atas isu keselamatan kerana gas yang terhasil daripada proses memasak akan menyebabkan sesak nafas.Sebelum melipat untuk menyimpan khemah, pastikan tiada barang-barang di dalam khemah. Bersihkan juga daun, rumput dan segala bendasing yang melekat di atas khemah.Cuci khemah anda menggunakan air tanpa menggunakan sabun. Sabun boleh menghakis lapisan kalis air pada khemah menjadikan khemah anda tidak lagi waterproof.Pastikan khemah betul-betul kering sebelum dilipat.Simpan khemah di tempat yang selamat dari makhluk perosak seperti lipas dan tikus. Sekiranya khemah tidak digunakan, buka dan anginkan khemah setiap 3 bulan sekali untuk mengelakkan khemah ditumbuhi kulat. Ok. Andai cikgu-cikgu mahukan pilihan terbaik untuk khemah yang mahu digunakan disekolah, boleh hubungi kami di Jenoba Outdoor!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.cikgushare.com/2019/08/panduan-membeli-menjaga-khemah-untuk.html