Doktor Kontrak Selepas Empat Tahun Lanjutan Kontrak Apa Akan Jadi



KUALA LUMPUR: Doktor-doktor lantikan kontrak dikatakan sudah menjangkakan Bajet 2022 yang dibentangkan kelmarin tidak memihak kepada mereka.
Kerajaan hanya tampil dengan penyelesaian bersifat jangka pendek seperti sebelumnya sekali gus menyebabkan status lantikan tetap kira-kira 23,000 doktor kontrak terus tergantung.
Bercakap kepada Mingguan Malaysia, jurucakap Hartal Doktor Kontrak, Dr. Syahidul Ammar Said, 30, mendakwa, sumbernya memberitahu, Kementerian Kewangan menolak usul Kementerian Kesihatan kerana lantikan doktor kontrak bukan keutamaan.
Walaupun Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berusaha berunding dengan pihak terlibat untuk menyerap sekurang-kurangnya doktor kontrak lantikan 2017 dan 2018 tetapi ia tetap ditolak.
“Mungkin selama ini yang melawan Covid-19 separuh mati adalah orang lain bukannya kami sebab itu kerajaan merasakan kami bukan keutamaan. Apa yang berlaku jika kes jangkitan meningkat sekali lagi?
“Ramai antara kami yang sudah berhenti kerana merasakan tidak diberikan hak secara adil dan saksama. Malah, ramai yang sudah berhijrah menyambung kepakaran ke luar negara,” katanya ketika dihubungi semalam.
Senada dengan beliau, doktor kontrak dikenali sebagai Dr. Shazwan, 29, berkata, dia kecewa kerana sistem lantikan baharu lebih baik yang diumumkan kerajaan sebelum ini akan dilaksanakan namun hakikatnya ia tidak berlaku.
Katanya, tawaran kerajaan hanya berniat ‘melengahkan’ situasi dihadapi mereka yang mendorong kepada masalah lebih besar pada masa depan.
“Persoalannya ialah selepas empat tahun lanjutan kontrak tamat, apa yang akan berlaku?
“Siapa pula antara 3,000 doktor kontrak yang akan me­nyambung pengajian kepakaran nanti selain selebihnya tidak memperoleh peluang yang sama? Perkara ini perlu ada hitam dan putih tentang bagaimana ia akan dilaksanakan nanti,” katanya.
Dalam pembentangan Bajet 2022 kelmarin, kerajaan bersetuju meluluskan penajaan program kepakaran dengan peruntukan sejumlah RM100 juta yang bakal memberi manfaat kepada 3,000 pegawai perubatan dan pergigian kontrak.
Kerajaan juga bersetuju me­nyambung pelantikan secara kontrak lebih 10,000 pegawai perubatan perubatan, pergigian dan farmasi selepas tempoh ­khidmat wajib selama dua tahun.
Bagaimanapun, pengumuman itu belum menjawab persoalan dan penantian semua doktor kontrak mengenai pelantikan mereka secara tetap .
Sementara itu, Dr. Sazali, 30, pula berkata, pihaknya belum ada perancangan untuk menjalankan mogok kali kedua di seluruh negara kerana ia bukan penyelesaian terbaik dalam jangka masa panjang.
“Kami sudah meminta usul berbincang lebih lanjut dengan Kementerian Kesihatan dan masih menunggu maklum balas,” katanya. -UTUSAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/11/doktor-kontrak-selepas-empat-tahun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Remaja 14 Tahun Meninggal Dunia Selepas Divaksin Ada Ketumbuhan Di Ovari

Remaja 14 Tahun Meninggal Dunia Selepas Divaksin Ada Ketumbuhan Di Ovari

papar berkaitan - pada 24/10/2021 - jumlah : 358 hits
Datuk Dr Aman Rabu JOHOR BAHRU Laporan bedah siasat terhadap seorang remaja berusia 14 tahun yang meninggal dunia pada 8 Oktober lepas setelah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID 19 mendapati remaja berkenaan mempunyai ketumbuhan di ...
Kekok Macam Baru Dapat Anak Sulung Selepas 17 Tahun Dikurniakan Rezeki Anak Ke 2

Kekok Macam Baru Dapat Anak Sulung Selepas 17 Tahun Dikurniakan Rezeki Anak Ke 2

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 355 hits
Ini namanya rezeki Selama ini dah tak harapkan apa apa pun tapi bila dapat tahu bakal menimang cahaya mata kedua kegembiraan itu sukar diungkapkan dengan kata kata Bagi pasangan suami isteri Norhafizi Mohamed dan Siti Aisyah Ibrahim dikurni...
Selepas 6 Tahun Kim Sooro Bakal Kembali Dengan Drama From Today We Are

Selepas 6 Tahun Kim Sooro Bakal Kembali Dengan Drama From Today We Are

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 454 hits
6 tahun menyepikan diri daripada dunia K Drama nampaknya Kim Soo ro mungkin akan melakukan comeback tak lama lagi Menurut laporan lelaki itu akan menerajui drama From Today We Are Ianya diadaptasi daripada siri komedi romantik Amerika yang ...
Gadai Barang Kemas Terakhir Demi Anak Nak Masuk Darjah 1 Selepas 20 Tahun Ibu Seb4k Dapat Sarung Semula Cincin Di Jari

Gadai Barang Kemas Terakhir Demi Anak Nak Masuk Darjah 1 Selepas 20 Tahun Ibu Seb4k Dapat Sarung Semula Cincin Di Jari

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 263 hits
ADIK ganti balik cincin yang mak gadai untuk sekolahkan adik Begitulah kata kata seorang anak yang ingin membalas semula pengorbanan si ibu Rakaman video yang dimuat naik oleh wanita berkenaan memaparkan dia menghulurkan sebuah kotak yang b...
Enam Penuntut Upnm Di Dapati Salah Sebab Kematian Zulfarhan Osman Empat Tahun Lepas

Enam Penuntut Upnm Di Dapati Salah Sebab Kematian Zulfarhan Osman Empat Tahun Lepas

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 332 hits
KUALA LUMPUR Enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain empat tahun l...
Ini Keputusan Akhir Kes Dadah Libatkan Anak Bekas Menteri Pertahanan Selepas Lebih 2 Tahun

Ini Keputusan Akhir Kes Dadah Libatkan Anak Bekas Menteri Pertahanan Selepas Lebih 2 Tahun

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 189 hits
Masih ingat dengan kes dadah melibatkan anak kepada bekas Menteri Pertahanan Mohamad Sabu Negara sebelum ini digemparkan dengan penahanan Ahmad Saiful Islam di sebuah hotel atas penyalahgunaan dadah di sebuah hotel dua tahun lalu
Protes Hartal Doktor Kontrak Akan Diadakan Pengorbanan Melawan Covid 19 Sia Sia

Protes Hartal Doktor Kontrak Akan Diadakan Pengorbanan Melawan Covid 19 Sia Sia

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 209 hits
Oleh MOHAMAD HAFIZ YUSOFF BAKRI SEKUMPULAN doktor kontrak dari Hospital Sungai Buloh ketika menyertai protes sempena Hartal Doktor Kontrak di Hospital Sungai Buloh Selangor pada 26 Julai 2021 UTUSAN AFIQ RAZALIPETALING JAYA Bantahan dan mog...
Hartal Doktor Kontrak 2 0 To Protest Budget 2022 S Mere Extension

Hartal Doktor Kontrak 2 0 To Protest Budget 2022 S Mere Extension

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 262 hits
The team behind the Hartal Doktor Kontrak movement is organising a second strike Hartal Doktor Kontrak 2 0 will be in protest against Budget 2022 s proposal to 10 000 trainee doctors contracts by another two years rather than offering them ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator