Enam Penuntut Upnm Di Dapati Salah Sebab Kematian Zulfarhan Osman Empat Tahun Lepas




KUALA LUMPUR -  Enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain, empat tahun lepas.
Hakim Azman Abdullah membuat keputusan itu ke atas Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali selepas mendapati pihak pembelaan berjaya membuktikan kesemua tertuduh melakukan kesalahan mendatangkan kecederaan kepada Zulfarhan Osman tanpa niat membunuh.
“Dengan ini kamu berenam dengan niat bersama dan dengan persubahatan tertuduh keenam (Abdoul Hakeem) didapati bersalah di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan dengan niat menyebabkan kecederaan kepada si mati (Zulfarhan Osman) tanpa niat membunuh,” kata hakim itu.
Lima tertuduh itu sebelum ini menghadapi pertuduhan membunuh Zulfarhan Osman di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan, manakala Abdoul Hakeem didakwa bersubahat membunuh mengikut Seksyen 109 kanun sama yang membawa hukuman serupa.
Sementara itu, enam tertuduh itu bersama 12 rakannya didapati bersalah mencederakan Zulfarhan Osman di bawah Seksyen 330 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Mereka ialah Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif, Muhammad Adib Iman dan Mohamad Syazwan.
Kesemua mereka yang kini berumur 25 tahun didakwa melakukan kesalahan itu di dalam dua bilik, blok penginapan asrama Jebat universiti itu di Kem Perdana, Sungai Besi pada 21 dan 22 Mei 2017.
Zulfarhan Osman meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.
Mahkamah berhenti rehat bagi membolehkan pendakwaan dan pembelaan menyediakan hujahan mitigasi berhubung keputusan itu. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/11/enam-pelajar-upnm-di-dapati-bersalah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Enam Penuntut Upnm Terlepas Hukuman Mati Bunuh Zulfarhan

Enam Penuntut Upnm Terlepas Hukuman Mati Bunuh Zulfarhan

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 297 hits
Oleh NORLIZAH ABAS ALLAHYARHAM Zulfarhan Osman Zulkarnain KUALA LUMPUR Enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia terlepas daripada sabitan dan hukuman gantung sampai mati terhadap kesalahan membunuh Pegawai Kadet Laut universiti...
Kes Bunuh Zulfarhan 6 Penuntut Upnm Dipenjara 18 Tahun 12 Rakan Mereka Dipenjara 3 Tahun

Kes Bunuh Zulfarhan 6 Penuntut Upnm Dipenjara 18 Tahun 12 Rakan Mereka Dipenjara 3 Tahun

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 279 hits
Susulan kes kematian Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun ke atas enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia yang didapati bersalah menyebab...
18 Penuntut Upnm Didapati Bersalah Kerana Membunuh Bersubahat Dan Mencederakan Zulfarhan

18 Penuntut Upnm Didapati Bersalah Kerana Membunuh Bersubahat Dan Mencederakan Zulfarhan

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 187 hits
Akhirnya nasib 18 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia ditentukan selepas Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah membacakan keputusan bahawa kesemua mereka didapati bersalah Menurut laporan Astro Awani 12 daripada tertuduh d...
Hiburan Susulan Kes Kematian Zulfarhan Enam Tertuduh Utama Terlepas Hukuman Gantung

Hiburan Susulan Kes Kematian Zulfarhan Enam Tertuduh Utama Terlepas Hukuman Gantung

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 229 hits
Susulan daripada kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Zulfarhan Osman Zulkarnain empat tahun lalu enam suspek utama yang dibicarakan dilaporkan terlepas hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi A...
Kes Bunuh Zulfarhan Nasib 18 Penuntut Upnm Diketahui Esok

Kes Bunuh Zulfarhan Nasib 18 Penuntut Upnm Diketahui Esok

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 248 hits
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah membacakan keputusan di akhir kes pembelaan
Hiburan Gara Gara Kecam Tokti Kayuh Guna Lorong Salah Individu Ini Digelar Haters Oleh Peminat

Hiburan Gara Gara Kecam Tokti Kayuh Guna Lorong Salah Individu Ini Digelar Haters Oleh Peminat

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 354 hits
Gara gara mengecam tindakan penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza beriadah menggunakan basikal dan melalui laluan yang salah akhirnya individu ini terciduk kerana dikritik kembali oleh peminat penyanyi lagu Cindai itu Dakwa ind...
Kes Kematian Zulfarhan Peguam Negara Fail Rayuan Kembalikan Hukuman Mati

Kes Kematian Zulfarhan Peguam Negara Fail Rayuan Kembalikan Hukuman Mati

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 204 hits
Jabatan Peguam Negara akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman terhadap enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia yang menyebabkan kematian Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulk...
Anak Tolak Susu Lepas 2 Tahun Tetap Kena Bagi Mereka Produk Tenusu Boleh Tukar Keju Atau Yogurt

Anak Tolak Susu Lepas 2 Tahun Tetap Kena Bagi Mereka Produk Tenusu Boleh Tukar Keju Atau Yogurt

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 236 hits
Kanak kanak berumur 1 3 tahun perlukan 500mg kalsium sehari manakala kanak kanak berumur 4 6 tahun perlukan 600mg kalsium sehari Berikan Anak Anda Produk Tenusu Susu Setiap Hari Hidangkan 2 3 gelas susu penuh krim kepada anak anda Elakkan m...
Kalau Ikutkan Hati Tak Puas Hati Juga Mereka Hanya Dipenjara 18 Tahun Sahaja Bapa Arwah Zulfarhan

Kalau Ikutkan Hati Tak Puas Hati Juga Mereka Hanya Dipenjara 18 Tahun Sahaja Bapa Arwah Zulfarhan

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 238 hits
Kalau ikutkan hati tak puas hati juga mereka hanya dipenjara 18 tahun sahaja Bapa arwah ZulfarhanHukuman penjara 18 tahun dijatuhkan terhadap enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia setelah didapati bersalah atas pertuduhan me...
Towards More Comprehensive Pension Reform

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Berebut Kasih

Reaching Out

Penuhkan Keseniangan Anda Dengan Kedatangan Terbaru Vivo V30e 5g Di Malaysia

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Cara Guna Baki Gas Dalam Tong Gas Yang Hampir Habis

The Infinite Rise House By Earthscape Studio In Anaikatti India

Territorial Sea Act Still Valid And Applicable Including In T Ganu Pmo

Bomba Extinguishes Blaze That Razed 40 Of Pasir Gudang Palm Oil Factory

Towards More Comprehensive Pension Reform

Sayur Tauge Masak Lemak Putih Untuk Lunch