Kekok Macam Baru Dapat Anak Sulung Selepas 17 Tahun Dikurniakan Rezeki Anak Ke 2


Ini namanya rezeki! Selama ini dah tak harapkan apa-apa pun, tapi bila dapat tahu bakal menimang cahaya mata kedua, kegembiraan itu sukar diungkapkan dengan kata-kata. Bagi pasangan suami isteri, Norhafizi Mohamed dan Siti Aisyah Ibrahim dikurniakan bayi perempuan selepas 17 tahun benar-benar pengalaman baru.
Kisahnya tular di TikTok selepas Siti Aisyah, 40, memuat naik video anak sulung, Muhammad Akmal Danial, 17, dan Nur Ayra Delisha yang dilahirkan pada 28 Ogos lalu.
Reaksi Norhafizi Mohamed ketika pertama kali dapat tahu isteri hamil Berkongsi kisahnya itur, Norhafizi, 44, yang menetap di Kampung Gong Kepas di sini berkata, anak sulungnya dilahirkan pada 2004 iaitu tahun pertama perkahwinan mereka.
Menurutnya, dia dan isteri memang mengimpikan zuriat lagi cuma tiada rezeki buat mereka selepas itu.
“Kami tidak merancang dan isteri pernah hamil pada 2008 tetapi kandungannya itu keguguran dan dianggap kami tiada rezeki untuk menimang cahaya mata kedua ketika itu.
Kredit: Metro “Selepas mengalami keguguran, isteri tidak hamil dan bagi mendapatkan kepastian, kami bertemu pakar di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu, Kelantan selain berikhtiar dengan menjalani rawatan kesuburan, Inseminasi Intrauterine (IUI).
“Bagaimanapun, masih tiada hasil namun kami tidak berputus asa malah teruskan hidup dengan membesarkan dan beri kasih sayang kepada Muhammad Akmal Danial,” katanya.
Berkongsi pengalamannya sejak ada cahaya mata kedua, Norhafizi mengakui agak kekok kerana sudah lama tidak menjaga dan menguruskan keperluan bayi.
Bagaimanapun, Norhafizi bersyukur kerana ada banyak waktu bersama anak keduanya itu memandangkan sudah bersara sebagai anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada Mei tahun lalu.

“Bukan hanya saya malah isteri juga kekok kerana sudah lama tidak menguruskan bayi dan berjaga malam untuk menyediakan keperluannya. Seolah-olah kami baru pertama kali menimang cahaya mata walaupun pada hakikatnya pernah mempunyai pengalaman sebelum ini.
“Mujurlah saya sudah bersara jadi ada banyak masa bersama bayi kerana isteri bekerja sebagai jururawat di klinik kesihatan dan tidak lama lagi akan kembali bertugas selepas tamat cuti,” katanya.

Menceritakan penerimaan anak sulungnya, Norhafizi berkata, Muhammad Akmal Danial tidak gembira ketika kali pertama dapat tahu akan ada adik.
“Mulanya dia (Muhammad Akmal Danial) agak memberontak kerana bimbang kami beri perhatian lebih kepada adiknya kerana sebelum ini, dia anak tunggal jadi tumpuan untuknya saja.
“Bagaimanapun, segalanya berubah selepas Nur Ayra Delisha dilahirkan apabila Muhammad Akmal Danial yang paling teruja dan dia juga banyak menghabiskan masa melayan keletah adiknya itu di rumah.
“Sebagai bapa, saya suka melihat keakraban mereka berdua dan gembira apabila Muhammad Akmal Danial sudah ada teman baru di rumah lagipun kasihan juga kepadanya sebelum ini kerana sering diusik rakan gara-gara menjadi anak tunggal,” katanya.

Norhafizi menganggap kehadiran Nur Ayra Delisha dalam hidupnya dan isteri sebagai anugerah terindah yang menceriakan keluarga.
“Ini ketentuan Ilahi dan kelahiran Nur Ayra Delisha membuatkan seluruh keluarga teruja terutama keluarga belah saya kerana kebanyakan anak saudara sudah besar.
“Bagi pasangan di luar sana yang lalui perjalanan sama seperti saya dan isteri supaya bersabar, jangan putus asa dan terus berdoa kepada Allah,” katanya.
Kredit: Harian Metro

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
 
The post “Kekok Macam Baru Dapat Anak Sulung.” Selepas 17 Tahun, Dikurniakan Rezeki Anak Ke-2 appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kekok-macam-baru-dapat-anak-sulung-selepas-17-tahun-dikurniakan-rezeki-anak-ke-2/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Macam Kat Spa Dekat Due Kaki Makin Sembab Layanan Anak Sulung Buat Elly Sebak

Macam Kat Spa Dekat Due Kaki Makin Sembab Layanan Anak Sulung Buat Elly Sebak

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 247 hits
Dalam trimester akhir kandungan pelakon dan pengacara Elly Mazlein kini hanya menunggu masa untuk melahirkan bayi lelakinya pada bila bila masa sahaja Malah sebelum ini pun Elly memberitahu dia dah pun bercuti bersalin dan kini banyak bereh...
Anak Ada Perangai Sendiri Bila 7 Tahun Tak Perlu Arah Macam Anak Ribena Tukar Gaya Sempoi

Anak Ada Perangai Sendiri Bila 7 Tahun Tak Perlu Arah Macam Anak Ribena Tukar Gaya Sempoi

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 228 hits
Semakin anak kita membesar anak mula menunjukkan gaya dan perangainya yang tersendiri Tak perlu diarah arah seolah anak masih lagi kecil Mereka mahu dilayan persis orang dewasa yang punya kemahuan dan fikiran sendiri Cara terbaik dan lebih ...
Alhamdulillah Rezeki Bakal Ibu Tinggi 119cm Akan Timang Anak Sulung Februari Depan

Alhamdulillah Rezeki Bakal Ibu Tinggi 119cm Akan Timang Anak Sulung Februari Depan

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 263 hits
Jika orang tak kenal ramai yang menyangka bakal ibu ini adalah murid sekolah rendah namun bagi Syakila Norazma Amira 27 atau mesra di panggil Yaya dia dah lali Mempunyai tubuh yang genit dan menjalani kehidupan sebagai seorang isteri sepert...
Gadai Barang Kemas Terakhir Demi Anak Nak Masuk Darjah 1 Selepas 20 Tahun Ibu Seb4k Dapat Sarung Semula Cincin Di Jari

Gadai Barang Kemas Terakhir Demi Anak Nak Masuk Darjah 1 Selepas 20 Tahun Ibu Seb4k Dapat Sarung Semula Cincin Di Jari

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 263 hits
ADIK ganti balik cincin yang mak gadai untuk sekolahkan adik Begitulah kata kata seorang anak yang ingin membalas semula pengorbanan si ibu Rakaman video yang dimuat naik oleh wanita berkenaan memaparkan dia menghulurkan sebuah kotak yang b...
Ini Keputusan Akhir Kes Dadah Libatkan Anak Bekas Menteri Pertahanan Selepas Lebih 2 Tahun

Ini Keputusan Akhir Kes Dadah Libatkan Anak Bekas Menteri Pertahanan Selepas Lebih 2 Tahun

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 189 hits
Masih ingat dengan kes dadah melibatkan anak kepada bekas Menteri Pertahanan Mohamad Sabu Negara sebelum ini digemparkan dengan penahanan Ahmad Saiful Islam di sebuah hotel atas penyalahgunaan dadah di sebuah hotel dua tahun lalu
Awani Global 13 Tahun Selepas Kehilangan Batu Puteh

Awani Global 13 Tahun Selepas Kehilangan Batu Puteh

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 210 hits
Pada 8 Oktober yang lalu kerajaan telah membuat keputusan untuk suatu semakan semula undang undang berkenaan kes Pedra Branca Pulau Batu Puteh Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada 2008 menyatakan Batu Puteh menjadi milik Singapura sementara ...
Ayang Mak Balik Video Ibu Teruja Lihat Anak Depan Mata Selepas Lama Berpisah Sebab Pkp

Ayang Mak Balik Video Ibu Teruja Lihat Anak Depan Mata Selepas Lama Berpisah Sebab Pkp

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 276 hits
Sejak negara kita dah dibenarkan untuk rentas negeri pada 11 Oktober lalu tak dapat dinafikan memang ramai yang pulang ke kampung halaman masing masing apatah lagi untuk berjumpa dengan ibu bapa Mana taknya nak dekat 2 tahun kita kena stay ...
Berkat 3 Tahun Tunggu Ingat Kembar Dua Seminggu Lahir Baru Tahu Ada Seorang Lagi

Berkat 3 Tahun Tunggu Ingat Kembar Dua Seminggu Lahir Baru Tahu Ada Seorang Lagi

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 238 hits
Disangkakan dua rupanya tiga Siapa sangka selepas hampir tiga tahun menanti kehadiran cahaya mata doa ejen hartanah Mohamad Safwan Abd Rahim dan pasangannya Nurul Farhana Fatin Salim akhirnya termakbul apabila dikurniakan bayi lelaki kembar...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner