Doktor Gigi Yang Tak Bahagia Dalam Hidup Dan Apa Yang Dia Buat Sangat Mengejutkan




Bill merupakan seorang doktor gigi yang punya sebuah klinik pergigiannya sendiri. Dah lama dia jalankan perniagaan itu. Di situlah dia habiskan setiap hari pagi dan petang untuk berikan khidmat rawatan gigi kepada para pelanggannya.
Dari segi kerjaya sebagai seorang doktor gigi Bill tak ada apa-apa masalah. Tapi tidak dalam kehidupan rumah tangganya. Dia dah bercerai. Anak perempuannya tinggal bersama isteri dan Bill juga punya masalah perhubungan dengan anaknya perempuannya juga.
Ada perasaan kosong bertapak dalam jiwanya sehingga pada satu malam dia nekad berhenti kereta ketika memandu di atas sebuah jambatan. Dia keluar dari keretanya menuju ke tepi. Panjat pagar pemisah jambatan itu dengan niat untuk terjun bunuh diri.
Tapi akal warasnya masih ada. Dia teragak-agak untuk teruskan niatnya itu dan setelah beberapa lama duduk di tepi batas jambatan itu, dia akhirnya tak jadi terjun dan balik.
Bertemu pelanggan yang punya segalanyaKeesokkan harinya, dia pergi ke klinik macam biasa. Terus buat kerja merawat pada pesakitnya yang datang. Tapi fikirannya masih terasa kosong dan tidak dapat berikan tumpuan terhadap kerja sepenuh hati.
Hari itu dia dikunjungi oleh seorang pelanggan baru yang datang hanya untuk membuat pemeriksaan gigi sahaja. Pelanggan itu merupakan seorang lelaki professor, pensyarah di sebuah universiti terkenal dalam bidang falsafah.
Sambil merawat, pensyarah itu berbual mesra dengan Bill dan bertanya tentang kehidupan. Mereka mula bertukar cerita dan banyak nasihat yang bernas Bill dapat hari itu. Pensyarah itu menasihatkan Bill agar jangan bersikap suka tangguh dalam sebarang usaha untuk bercuti bersama dengan anak perempuannya.
Tinggalkan saja semua kerja yang memang tak akan pernah selesai dan pergi berjalan. Itulah nasihat terakhir pensyarah tersebut berikan sebelum dia keluar dari klinik gigi Bill.
Bill berfikir panjang selepas menemui professor itu.
Intip kehidupan professor bahagiaBagi Bill, professor itu sangat bahagia kehidupannya. Dia punya segala-galanya. Dia juga tentu punya rahsia bagaimana menjalani kehidupan yang bahagia. Bill ambil keputusan untuk intip kehidupan professor tersebut.
Itulah yang Bill buat setiap hari. Dia ikut ke mana saja professor itu pergi. Dia intip hampir setiap hari dari dalam kereta keadaan hidup prof itu di rumah bersama keluarganya. Dia ikut prof itu keluar bersama keluarganya dan lihat segala aktiviti keluarga prof tersebut.
Apa yang dia nampak hanyalah kebahagiaan. bagaimana mesranya isteri dan anak prof itu ketika bersama, bagaimana layanan prof tersebut terhadap isteri dan anaknya. Lansung tak ada cacat cela.
Sehinggalah satu hari, dia ikut prof tersebut keluar dari rumah, naik kereta dan akhirnya berhenti di tepi sebuah jalan yang ada hutan. Prof itu keluar dari kereta dan masuk ke dalam hutan tersebut membawa sebuah beg.
Bill iku perlahan-lahan mencari ke mana prof itu pergi. Dalam hatinya, mungkin ini satu amalan rahsia yang prof itu buat dalam mendapatkan sebuah kehiduan yang bahagia dan punya sebuah keluarga yang mesra.
Ketika masuk perlahan-lahan ke dalam hutan itu dia akhirnya sampai di satu kawasan prof itu meletakkan barangnya. Dia nampak kasut prof tersebut tapi orangnya tiada. Sambil pegang kasut, dia berpusing mencari dan alangkah terkejutnya dia ...
Prof itu tergantung tidak bernyawa di atas tali yang diikat pada dahan sebatang pokok. Prof itu bunuh diri!.
Terkejut dan ketakutan Bill lari keluar dari hutan dan masuk semula ke dalam keretanya terus balik. Dek terkejut besar, dia terlupa untuk letakkan semula kasut prof itu. Dia bawa balik sekali kasut tu di dalam keretanya.
Cari jawapan kenapa prof bunuh diriBill tak ada jawapan kenapa seorang yang sangat bahagia hidupnya boleh tamatkan riwayat hidup dengan menggantung diri dalam hutan seorang diri.
Dia nekad untuk mencari jawapan sebenarnya. Dia pergi ke hari pengkebumian prof tersebut. Mendengar semua ucapan yang baik-bauk dari rakan dan saudara mara prof itu. Selepas habis pengkebumian, dia iktu sama pergi ke rumah keluarga prof itu pula walaupun tiada siapa yang kenalnya di situ.
Di rumah dengan ada ramai rakan dan saudara serta keluarga prof tersebut, Bill curi masuk ke dalam bilik prof itu untuk melihat suasana rumahnya dan keadaan biliknya. Memang sebuah rumah yang tersusun rapi kemas dan serba serbi ada.
Bila dia keluar semua dari bilik tersebut, dia terserempak dengan isteri prof itu yang hairan melihat Bill sebab dia tak kenal. Bila isteri prof tu tanya, Bill tipu bahawa dia kawan mendiang summinya dari Greek.
Itu idea yang dia dapat ketika berbual dengan prof tersebut di waktu dia datang merawat giginya. Prof itu cerita dia ada kawan baik ketika belajar di Greek ketika muda dulu. Dan isteri prof itu percaya.
Di pendekkan cerita, Bill jadi rapat dengan isteri prof itu bila dia tawarkan diri untuk habiskan projek renovasi bilik air di rumah mereka walaupun Bill memang tak tahu menahu pasal pertukangan dan pembinaan.
Dia habiskan masa lebih sebulan cuba baiki bilik air tu sambil cuba mencuri maklumat peribadi berkenaan prof itu dari komputer peribadi prof tersebut di dalam bilik kerjaya. Dia buat begitu setiap kali isteri prof itu keluar tinggalkan Bill sendirian buat kerja.
Bunuh diri sebab ada skandalAkhirnya, Bill dapat jawapan kenapa Prof itu bunuh diri.
Sebenarnya Prof itu ada skandal seks dengan rakan sekerjanya di universiti sampai pensyarah wanita yang ujang itu mengandung. Sebab tak sanggup hadapi dan burukkan reputasi baiknya yang selama ini amat dikagumi, prof itu ambil keputusan pendek untuk tamatkan riwayat hidupnya.
Bill akhirnya ditangkap bila lakonannya selama ini diketahui dan disoal siasat oleh pihak polis. Dari siasatan memang polis yakin prof bunuh diri. tapi polis tak tahu apa motif Bill menipu dan mengintip semua kehidupan keluarga prof tersebut.
Bill ceritakan perkara sebenar pada polis bagaimana dia boleh terlibat masuk dalam urusan keluarga prof. Dia mencari jawapan kepada formula hidup bahagia dan terlihat prof itu bunuh diri. Dari situ dia tertanya-tanya kenapa seorang yang sangat bahagia sanggup bunuh diri. Itu yang membawanya sampai menipu kononya rakan baik kepada prof.
Polis yang soal siasat tertarik dengan cerita Bill. Habis cerita, polis tanya sama dia jumpa jawapan sebenar. lalu Bill beritahu keadaan sebenar kenapa prof tu bunuh diri.
Bill akhirnya dilepaskan dan sejak itu, dia berubah jadi orang yang baru. Banyak yang dia belajar dari apa yang berlaku. Dia perlu fokus pada dirinya sahaja dan hadapi semua kekurangan yang ada dan berusaha untuk ubah kehidupan dan perhubungannya dengan keluarga.
Paling penting, jangan cari masalah dan jangan sesekali pamerkan diri sehingga orang semua anggap diri anda sempurna. Itu satu bebanan yang berat untuk ditanggung sedangkan semua orang tahu bahawa manusia tiada yang sempurna.
Cerita ni saya tonton dalam unifi tempoh hari. Lebih kurang begitulah ceritanya yang saya rasa sangat menarik untuk dikongsikan. Moga ada manfaatnya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.jasduit.com/2021/03/doktor-gigi-yang-tak-bahagia-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Doktor Malaysia Di Uk Sangat Menginsafkan

Pengalaman Doktor Malaysia Di Uk Sangat Menginsafkan

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 232 hits
DR FARAH ADIBAHSaya dan hampir 17 juta dari penduduk United Kingdom telah pun menerima vaksin dari jenis Pfizer ataupun Oxford semenjak Disember 2020 Di sini tiada satu pun kes kematian yang khasnya disebabkan oleh pengambilan vaksin ini Ma...
Selalu Sangat Hidung Anak Berdarah Bukan Panas Badan Doktor Jelaskan Puncanya

Selalu Sangat Hidung Anak Berdarah Bukan Panas Badan Doktor Jelaskan Puncanya

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 333 hits
Setiap kali hidung anak berdarah anak sering kali dikaitkan dengan masalah badan yang panas hingga menyebabkan berlaku lelehan cecair berupa darah melalui hidung Apa sebabnya hal ini terjadi Menurut Doktor Pembedahan Telinga Hidung Tekak te...
Doktor Gigi Usaha Projek Tanaman Terung Mini

Doktor Gigi Usaha Projek Tanaman Terung Mini

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 163 hits
Oleh Dr Amin Fauzi Abdul Halim memilih dan mengasingkan terung mini yang dipetik mengikut gerd sebelum dipasarkan Foto NSTP Mohd Rafi Mamat KUANTAN Minat dalam bidang pertanian mendorong seorang doktor gigi mengusahakan tanaman terung mini ...
Kisah Hidup Ustaz Ebit Liew Yang Miskin Selalu Dihina Dan Ditertawakan

Kisah Hidup Ustaz Ebit Liew Yang Miskin Selalu Dihina Dan Ditertawakan

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 333 hits
Saya antara sahabat yang menyaksikan Ebit Lew org yang betul betul susah miskin dihina dikenakan diketawakan Tiba2 Allah beri kekayaan padanya yg bukan sedikit Ustaz Ebit ni antara sahabat baik saya Waktu tu kisah 14 tahun dulu masing masin...
Fitrah Anak Kecil Lagi Bersepah Mainannya Dia Rasa Nikmat Hanya Sekali Dalam Hidup

Fitrah Anak Kecil Lagi Bersepah Mainannya Dia Rasa Nikmat Hanya Sekali Dalam Hidup

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 416 hits
Selalunya rumah ada anak kecil mesti akan ada situasi lambakan mainan di mana mana saja ruang yang mereka Ini adalah normal tetapi bagi ibu ayah akan rasa geram dan penat untuk kemas semula Perlu faham fitrah anak kecil adalah bermain Jadi ...
5 Amalan Kecil Yang Anda Boleh Mula Sekarang Untuk Buat Perubahan Besar Dalam Hidup

5 Amalan Kecil Yang Anda Boleh Mula Sekarang Untuk Buat Perubahan Besar Dalam Hidup

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 322 hits
Secara umum anda boleh pilih dua cara untuk buat perubahan besar dalam hidup Cara Pertama Dengan melakukan satu perkara yang drastik dan dramatik Contohnya seperti sertai program transformasi hidup yang The post appeared first on
Baling Bata Tu Kat Kepala Dia Baru Ingat Seumur Hidup Lelaki Gemar Pecahkan Cermin Kereta Ditahan

Baling Bata Tu Kat Kepala Dia Baru Ingat Seumur Hidup Lelaki Gemar Pecahkan Cermin Kereta Ditahan

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 359 hits
The ReporterPolis menahan seorang lelaki berusia 24 tahun yang dipercayai gemar memecahkan kereta orang awam menggunakan batu bata di Port Dickson Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata suspek telah memecahk...
Cinta Diberikan Pada Saya Sangat Luar Biasa Isa Khan Mahu Bahagiakan Risteena Sampai Bila Bila

Cinta Diberikan Pada Saya Sangat Luar Biasa Isa Khan Mahu Bahagiakan Risteena Sampai Bila Bila

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 241 hits
Hampir dua tahun mengikat tali pertunangan akhirnya peasangan Isa Khan dan Nur Risteena Munim telah pun melangkah ke fasa hubungan yang lebih serius pagi tadi Dengan sekali lafaz sahaja pasangan merpati dua sejoli itu disahkan bergelar suam...
Resipi Mini Gimbap Mayak Gimbap Homemade Yang Sangat Mudah Sedap

Resipi Mini Gimbap Mayak Gimbap Homemade Yang Sangat Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 350 hits
Mini Gimbap atau Mayak Gimbap ini merupakan sajian popular dari Korea yang sangat enak dan mudah disediakan Bagi anda yang inginkan sajian mudah sedap tapi ringkas nah mini Gimbap ini tentunya pilihan terbaik yang boleh dicuba Selain inti y...
Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

How To Survive Thanksgiving Travel

Resipi Cheese Tart

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor