Doa Rabitah Memohon Agar Dikuatkan Ikatan Hati


Doa Rabitah – Memohon Agar Dikuatkan Ikatan Hati 
Setiap manusia mempunyai hati dan fikiran masing-masing. Ini menandakan bahawa sudah pasti terdapat perbezaan yang wujud. Walaupun perbezaan tersebut menjadikan seseorang tersebut unik dan istimewa, adakalanya ia juga boleh mencipta jurang perselisihan. 
Terdapat satu doa yang boleh diamalkan untuk memohon agar hati-hati kita disatukan terutamanya apabila berada dalam satu organisasi. Doa tersebut dikenali sebagai doa rabitah. 
BACA JUGA: Doa Istikharah – Memohon Diberikan Petunjuk Dalam Membuat Keputusan
Maksud Rabitah “Rabitah” adalah sebuah perkataan dalam bahasa Arab yang memiliki beberapa makna, bergantung pada konteksnya. Salah satu makna yang paling umum adalah “hubungan” atau “ikatan”. 
Jadi umumnya, doa rabitah adalah doa yang dipanjatkan bagi memohon agar hubungan yang dibina sentiasa dipelihara oleh Allah SWT. 
Jika anda perasan, doa rabitah ini terdapat pada Al Mathurat. Ia biasanya dibaca terakhir sekali selepas membaca doa-doa lain yang terdapat dalam himpunan zikir  Imam Hasan al-Banna (Al Mathurat) tersebut. 
Doa Rabitah اَللّهُمَّ إِنَّكَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذِهِ الْقُلُوْبَ , قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَي مَحَبَّتِكَ
وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ, وَتَوَحَّدَتْ عَلَى دَعْوَتِكَ
وَتَعَاهَدَتْ عَلَى نُصْرَةِ شَرِيْعَتِكَ
فَوَثِّقِ اللَّهُمَّ رَابِطَتَهَا, وَأَدِمْ وُدَّهَا، وَاهْدِهَا سُبُلَهَا
وَامْلَأَهَا بِنُوْرِكَ الَّذِيْ لاَ يَخْبُوْا
وَاشْرَحْ صُدُوْرَهَا بِفَيْضِ الْإِيْمَانِ بِكَ, وَجَمِيْلِ التَّوَكُّلِ عَلَيْكَ
وَاَحْيِهَا بِمَعْرِفَتِكَ، وَأَمِتْهَا عَلَى الشَّهَادَةِ فِيْ سَبِيْلِكَ
إِنَّكَ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرِ
RUMI:
Allahumma innaka ta’lamu anna hadzihil qulub, qadijtama-at ‘alaa mahabbatik.
Wal taqat ‘alaa tha’atik, wa tawahhadat ‘alaa da’watik
Wa ta ‘ahadat ‘ala nashrati syari’atik
Fa watsiqillahumma rabithataha, wa adim wuddaha, wah dihaa subulahaa
Wamla’haa binuurikal ladzi laa yakhbu
Wasy-syrah shuduroha bi faidil imaanibik wa jamiilit tawakkuli ‘alaik
Wa ahyiha bi ma’rifatik, wa amitha ‘alaa syahaadati fii sabiilik
Innaka ni’mal maula wa ni’man nasir.
MAKSUD:
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui hati kami. Kami telah berkumpul karena cinta-Mu, dan berjumpa dalam ketaatan pada-Mu, dan bersatu dalam dakwah-Mu, dan berpadu dalam membela syariat-Mu. Maka Ya Allah, kuatkanlah ikatannya, kekalkanlah cintanya, tunjukkanlah jalannya, penuhilah ia dengan cahaya yang tiada redup, dan lapangkanlah dada-dada dengan iman yang berlimpah kepada-Mu. Serta indahnya takwa kepada-Mu, dan hidupkan ia dengan ma’rifat-Mu, dan matikan ia dalam syahid di jalan-Mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.”
Kepentingan Ikatan Hati  Ikatan hati yang kuat adalah kunci utama dalam membentuk hubungan yang sihat dan harmoni di antara individu, keluarga, masyarakat, dan komuniti amnya. Beberapa kepentingan utama ikatan hati yang kuat ialah: 
1. Mewujudkan sokongan tidak berbelah bagi: Ikatan hati yang kuat akan menguatkan hubungan emosional dan sosial antara individu dan boleh mewujudkan sokongan yang diperlukan dalam kehidupan seharian. 
2. Asas Kebahagiaan: Ikatan hati yang kuat adalah asas hubungan yang bahagia dan harmoni.
3. Mewujudkan Komitmen: Ikatan hati dapat meningkatkan komitmen dan keterikatan antara individu. Apabila seseorang merasa terikat secara emosional dengan orang lain, mereka cenderung untuk meletakkan komitmen dan bekerjasama dalam mencapai tujuan bersama.
4. Mengelakkan Konflik: Dalam hubungan yang memiliki ikatan hati yang kuat, individu cenderung untuk menyelesaikan konflik secara damai dan berusaha memahami sudut pandang satu sama lain. Ini membantu mencegah konflik menjadi besar dan merosak hubungan.
5. Solidariti: Ikatan hati yang kuat di antara sesama ahli organisasi dapat meningkatkan rasa solidariti, kepedulian, dan keprihatinan. Ini penting untuk membangun komuniti yang kuat dan berdaya tahan.
Akhir kata, semoga dengan mengamalkan doa ini, ia dapat menguatkan ikatan hati bersama insan tersayang terutamanya dalam melakukan dakwah.
RUJUKAN: https://ecentral.my/wp-content/uploads/2023/12/Al-Mathurat-1.pdf


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/doa-rabitah/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=doa-rabitah

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doa Nabi Sulaiman Agar Dikurniakan Rezeki Yang Melimpah

Doa Nabi Sulaiman Agar Dikurniakan Rezeki Yang Melimpah

papar berkaitan - pada 13/2/2024 - jumlah : 376 hits
Doa Nabi Sulaiman Agar Dikurniakan Rezeki Yang Melimpah Nabi Sulaiman adalah merupakan salah satu nabi yang termasuk dalam senarai 25 rasul yang wajib diketahui Seperti nabi nabi yang lain nabi Sulaiman juga dikurniakan mukzikat oleh Allah ...
Masa Tenang Cak Imin Dan Kiai Pendukungnya Doa Bersama Agar Pemilu Jujur

Masa Tenang Cak Imin Dan Kiai Pendukungnya Doa Bersama Agar Pemilu Jujur

papar berkaitan - pada 13/2/2024 - jumlah : 288 hits
Mendoakan Indonesia agar mampu mengatasi berbagai kesulitan yang dihadapi rakyatnya
Doa Istikharah Memohon Diberikan Petunjuk Dalam Membuat Keputusan

Doa Istikharah Memohon Diberikan Petunjuk Dalam Membuat Keputusan

papar berkaitan - pada 14/2/2024 - jumlah : 259 hits
Doa Istikharah Memohon Diberikan Petunjuk Dalam Membuat Keputusan Dalam kehidupan kita tidak lari daripada situasi ataupun masalah yang memerlukan kita membuat pilihan dan keputusan Islam mengajarkan umatnya untuk melakukan istikharah untuk...
Doa Nabi Ayub Memohon Kesembuhan Daripada Penyakit

Doa Nabi Ayub Memohon Kesembuhan Daripada Penyakit

papar berkaitan - pada 14/2/2024 - jumlah : 482 hits
Doa Nabi Ayub Memohon Kesembuhan Daripada Penyakit Nabi Ayub adalah merupakan salah satu nabi yang termasuk dalam senarai 25 rasul yang wajib diketahui Kisah Nabi Ayub terkenal dengan kesabaran dan ketabahannya dalam menghadapi ujian yang A...
Amalan Doa Memohon Kemudahan

Amalan Doa Memohon Kemudahan

papar berkaitan - pada 3/2/2024 - jumlah : 188 hits
Amalkan Doa Memohon Kemudahan Amalan doa dalam kehidupan seorang muslim adalah satu kemestian kerana kita hidup berharap kepada pertolongan Allah Dalam susah dan senang mesti ingat nak berdoa Doa kan senjata orang muslim Betul tak Salah sat...
Doa Penerang Hati Senarai Doa Untuk Penuntut Ilmu

Doa Penerang Hati Senarai Doa Untuk Penuntut Ilmu

papar berkaitan - pada 7/2/2024 - jumlah : 222 hits
Dalam kehidupan seharian kita seringkali berhadapan dengan keputusan yang sukar cabaran emosi keraguan dan sebagainya Untuk menghadapi semuanya dengan tenang kita memohon kepada Allah SWT agar diberikan petunjuk melalui doa Salah satu doa y...
Doa Mula Kerja Memohon Rezeki Yang Baik

Doa Mula Kerja Memohon Rezeki Yang Baik

papar berkaitan - pada 20/2/2024 - jumlah : 310 hits
Doa Mula Kerja Memohon Rezeki Yang Baik Mencari rezeki dengan bekerja adalah merupakan satu ibadah sekiranya diniatkan kerana Allah SWT untuk mengharapkan redhaNya Rasulullah SAW bersabda Maksudnya Barangsiapa mencari rezeki halal untuk men...
Antara Jumaat Yang Hitam Dan Hati Yang Hitam

Antara Jumaat Yang Hitam Dan Hati Yang Hitam

papar berkaitan - pada 12/2/2024 - jumlah : 235 hits
Susulan keputusan Mahkamah Persekutuan Jumaat lalu yang memihak kepada peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman dalam cabarannya ternadap keabsahan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kelan...
Takaful Malaysia Catat Prestasi Berdaya Tahan Dengan Pendapatan Rm1 85 Bilion

Kotak Packaging Barang Kemas Custom Eksklusif Elegan Tingkatkan Nilai Produk Anda

Aktiviti Avocake Pukis Delight By Elegance Group Lancar Produk Hiliran Terbaharu Berasaskan Santan Ppim 22 08 2025

Putting Merit Over Race The Only Option For Progress

How To Spot Genuine Free Money Offers In The Casino World

Sukan Sea Pekak 2025 Pelari Pecut Negara Sapu Bersih Acara 100m Berita Harian

Aktiviti Seminar Scamproof Safeguarding Malaysia Consumers Financial Future Ppim 20 08 2025

Monolog Khas Jumaat 22 Ogos 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Koci Kuih Kacang Hitam Sarapan Pagi Hari Ini

Yummy Beef Meatball Recipe Blw

Schizzo Redux Walzwerk S Made To Order Bmw R 12 Caf Racer

Penumpang Cemas Flap Sayap Pesawat Patah

Doa 23 September 2025

Zahra Janjiku Padamu Chord