Doa Mula Kerja Memohon Rezeki Yang Baik


Doa Mula Kerja – Memohon Rezeki Yang Baik 
Mencari rezeki dengan bekerja adalah merupakan satu ibadah sekiranya diniatkan kerana Allah SWT untuk mengharapkan redhaNya. 
Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ طَلَبَ الدُّنْيَا حَلَالَا اسْتِعْفَافًا عَنِ الْمَسْأَلَةِ ، وَسَعْيَا عَلَى أَهْلِهِ ، وَتَعَطُّفًا عَلَى جَارِهِ ، جَاءَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَوَجْهُهُ كَالْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ
Maksudnya: “Barangsiapa mencari rezeki halal untuk menjaga diri daripada meminta-minta, dan dengan tujuan memenuhi nafkah keluarga, serta supaya dapat membantu tetangganya, nescaya dia akan datang pada hari Kiamat dengan wajahnya yang berseri-seri seperti bulan di malam purnama.”
Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (9890) dan al-Tabarani dalam Musnad al-Syamiyyin (3465) Sebelum mula melakukan sesuatu, kita dianjurkan untuk berdoa bagi mendapatkan keberkahan. Berikut dikongsikan beberapa doa mula kerja sebagai panduan. 
BACA JUGA: Doa Nabi Sulaiman Agar Dikurniakan Rezeki Yang Melimpah
Doa Mula Kerja Berikut ialah antara-doa-doa yang anda boleh amalkan sebelum memulakan kerja atau melakukan sesuatu pekerjaan:
DOA 1: اَللهُمَّ اغْفِرْلِى ذَنْبِيْ وَوَسِّعْ خُلُقِيْ وَطَيِّبْ لِيْ كَسَبِيْ وَقَنِّعْنِيْ بِمَا رَزَقْتَنِيْ وَلاَتَذْهَبْ قَلْبِيْ إِلَى شَيْئٍ صَرَّفْتَهُ عَنِّيْ
Rumi: Allaahummaghfir lii dzanbii, wa wassi’ khuluqii, wa thayyib lii kasabii, wa qanni’nii bimaa razaqtanii, wa laa tadz-hab qalbii ilaa syai-in sharraftahu ‘annii.
Maksud: “Ya Allah, ampunilah dosaku, perluaslah (muliakanlah) akhlakku, berilah untukku pekerjaan yang baik, jadikanlah aku puas menerima apapun yang Engkau kurniakan kepadaku dan janganlah Engkau buat hatiku mengingat apapun yang telah Engkau palingkan dariku.”
DOA 2: بِسْمِ اللهِ تَوَكَّلْتُ عَلىَ اللهِ وَاعْتَصَمْتُ بِااللهِ وَفَوَّضْتُ أَمْرِى إِلَى اللهِ حَسْبِىَ اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَةَإِلَّابِاللهِ اْلعَلِىِّ اْلعَظِيْمِ
Rumi: Bismillaahi tawakkaltu ‘alallaahi wa tashamtu billaahi wa faw-wazhtu amri ilallaahi hasbiyallaahu wani’mal wakiilu walaa haula wallaa quwwata illaa billaahil ‘aliyyil ‘adhiim.
Maksud: “Dengan nama Allah, aku mulai dan aku bertawakal kepada Allah, aku berpegang teguh kepada Allah, dan aku menyerahkan kepada Allah, cukup Allah tempatku berpegang dan bertawakal, tidak ada yang lebih kuat dan kuasa, hanya Allah yang Maha Tinggi dan Maha Esa.”
DOA 3: اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً
Rumi: Allahumma inni asaluka ‘ilman nafi’an. Wa rizqan toyyiban, wa ‘amalan mutaqobbalan
Maksud: “Ya Allah, sungguh aku memohon kepadaMu ilmu yang manfaat, rezeki yang baik dan amal yang diterima.”
DOA 4: بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Rumi: Bismillahhirrohmanirrohim
Maksud: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih 
Nabi Muhammad SAW menganjurkan untuk mengucapkan Bismillahirrohmanirrohim ketika hendak melakukan sesuatu. Sabda Nabi SAW:
كلُّ أمرٍ ذي بالٍ لا يُبدَأُ فيهِ ببسمِ اللهِ الرحمنِ الرحيم فهو أقْطَعُ
Maksudnya: Setiap perkara yang tidak dimulai dengan memuji Allah, maka amalan tersebut akan terputus.
Riwayat Ibnu Majah (1894) Kerja Sebagai Ibadah Bagaimana menjadikan kerja sebagai ibadah?
1. Niat.
Mulakan pekerjaan anda setiap hari dengan niat yang baik. Niatkan apa yang anda lakukan adalah untuk mencari rezeki buat diri/keluarga dan untuk mendapatkan rahmat Allah. 
2. Bertanggungjawab.
Lakukan pekerjaan anda dengan penuh tanggungjawab dan bersungguh-sungguh agar memperoleh hasil rezeki yang berkat. 
3. Jujur & Amanah.
Lakukan pekerjaan anda dengan penuh kejujuran. Elakkan terlibat dalam perkara-perkara yang tidak beretika atau merugikan orang lain.
4. Ikhlas. 
Jadikanlah pekerjaan anda sebagai jalan untuk memberi manfaat kepada orang lain serta untuk memperoleh pahala. Apapun pekerjaan anda, cari kesempatan untuk meyumbang secara positif kepada masyarakat sekeliling. 
5. Syukur. 
Bersyukurlah atas kesempatan untuk bekerja dan memiliki kemampuan untuk melakukan pekerjaan tersebut. Banyakkan ucap Alhamdulillah sebagai tanda syukur. 
6. Menjaga waktu solat.
Walaupun sibuk bekerja, jangan sesekali meninggalkan kewajipan untuk menunaikan solat. 
Dengan menerapkan prinsip-prinsip ini dalam kehidupan seharian, inshaAllah kerja anda akan dikira sebagai ibadah. 
RUJUKAN:
https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/4178-al-kafi-1603 https://muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/3555

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/doa-mula-kerja/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=doa-mula-kerja

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doa Hari Lahir Memohon Keberkatan Umur Kebaikan Dunia Akhirat

Doa Hari Lahir Memohon Keberkatan Umur Kebaikan Dunia Akhirat

papar berkaitan - pada 22/2/2024 - jumlah : 374 hits
Doa Hari Lahir Memohon Keberkatan Umur Kebaikan Dunia Akhirat Hari lahir adalah adalah merupakan hari yang istimewa untuk setiap individu Terdapat pelbagai cara untuk meraikan hari istimewa ini salah satunya ialah dengan memanjatkan doa seb...
Doa Istikharah Memohon Diberikan Petunjuk Dalam Membuat Keputusan

Doa Istikharah Memohon Diberikan Petunjuk Dalam Membuat Keputusan

papar berkaitan - pada 14/2/2024 - jumlah : 270 hits
Doa Istikharah Memohon Diberikan Petunjuk Dalam Membuat Keputusan Dalam kehidupan kita tidak lari daripada situasi ataupun masalah yang memerlukan kita membuat pilihan dan keputusan Islam mengajarkan umatnya untuk melakukan istikharah untuk...
Doa Nabi Ayub Memohon Kesembuhan Daripada Penyakit

Doa Nabi Ayub Memohon Kesembuhan Daripada Penyakit

papar berkaitan - pada 14/2/2024 - jumlah : 519 hits
Doa Nabi Ayub Memohon Kesembuhan Daripada Penyakit Nabi Ayub adalah merupakan salah satu nabi yang termasuk dalam senarai 25 rasul yang wajib diketahui Kisah Nabi Ayub terkenal dengan kesabaran dan ketabahannya dalam menghadapi ujian yang A...
Doa Nabi Sulaiman Agar Dikurniakan Rezeki Yang Melimpah

Doa Nabi Sulaiman Agar Dikurniakan Rezeki Yang Melimpah

papar berkaitan - pada 13/2/2024 - jumlah : 400 hits
Doa Nabi Sulaiman Agar Dikurniakan Rezeki Yang Melimpah Nabi Sulaiman adalah merupakan salah satu nabi yang termasuk dalam senarai 25 rasul yang wajib diketahui Seperti nabi nabi yang lain nabi Sulaiman juga dikurniakan mukzikat oleh Allah ...
Doa Barang Hilang Memohon Agar Barang Ditemui Semula

Doa Barang Hilang Memohon Agar Barang Ditemui Semula

papar berkaitan - pada 22/2/2024 - jumlah : 263 hits
Doa Barang Hilang Memohon Agar Barang Ditemui Semula Pernah tak cari barang tak jumpa jumpa Dah puas cari sana sini setiap sudut dah cari tapi tak jumpa jumpa Mesti letih dan geram kan Lebih lebih lagi kalau barang tu barang yang berharga a...
Doa Rabitah Memohon Agar Dikuatkan Ikatan Hati

Doa Rabitah Memohon Agar Dikuatkan Ikatan Hati

papar berkaitan - pada 14/2/2024 - jumlah : 510 hits
Doa Rabitah Memohon Agar Dikuatkan Ikatan Hati Setiap manusia mempunyai hati dan fikiran masing masing Ini menandakan bahawa sudah pasti terdapat perbezaan yang wujud Walaupun perbezaan tersebut menjadikan seseorang tersebut unik dan istime...
Doa Murah Rezeki Amalan Agar Rezeki Melimpah Ruah

Doa Murah Rezeki Amalan Agar Rezeki Melimpah Ruah

papar berkaitan - pada 23/2/2024 - jumlah : 498 hits
Doa Murah Rezeki Amalan Agar Rezeki Melimpah Ruah Rezeki adalah merupakan apa sahaja nikmat dan kurniaan Allah SWT kepada hambaNya Ia tidak terhad kepada wang ringgit atau harta semata mata tetapi kesihatan ilmu pengetahuan perlindungan keb...
Salam Alhamdulillah Rezeki Nak Kongsi Rumah Baru Saya Yang Dah Siap Tak Sabar

Salam Alhamdulillah Rezeki Nak Kongsi Rumah Baru Saya Yang Dah Siap Tak Sabar

papar berkaitan - pada 17/2/2024 - jumlah : 217 hits
Assalamualaikum syukur Alhamdulillah Nak share rumah saya yang baru siap takde idea lagi nak deco Masa tengah proses hari hari tengok deco rumah orang lain sebab nak tengok warna cat Tengok warna kabinet tengok dapur stainless steel Roboh r...
Demi Rezeki Yang Halal Wanita Sanggup Tunggang Motosikal Lebih 4 Jam Ke Kuala Lumpur Untuk Jual Sayur Segar

Demi Rezeki Yang Halal Wanita Sanggup Tunggang Motosikal Lebih 4 Jam Ke Kuala Lumpur Untuk Jual Sayur Segar

papar berkaitan - pada 19/2/2024 - jumlah : 205 hits
Tidak mengalah demi mencari rezeki yang halal seorang wanita sanggup berulang alik ratusan kilometer dari Changkat Jering ke Kuala Lumpur bagi menjual sayur kampung segar Hanya tunggang motosikal Wanita yang bernama Siti Norol Salwani Ismai...
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions

Pahang Bersatu Chief Denies Plans To Join Pas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Xiaomi 17 17 Pro 17 Pro Max Dilancarkan Secara Rasmi

Cara Mohonan Mykasih 2025 Syarat Kelayakan Kadar Bantuan

Cekodok Pisang Rangup Di Luar Dan Tanda Kematian

Top Reasons Online Casino Malaysia Has Become A Preferred Choice For Gamblers

Jemput Trump Waktu Terbaik Bincang Isu Negara Bergolak Tegaskan Pendirian Malaysia Fahmi

Selepas Setahun Terima Kasih Allah Beego Kongsi Foto Bersama Linda Hashim Amp Anak Anak