Doa Nabi Ayub Memohon Kesembuhan Daripada Penyakit


 Doa Nabi Ayub – Memohon Kesembuhan Daripada Penyakit
Nabi Ayub adalah merupakan salah satu nabi yang termasuk dalam senarai 25 rasul yang wajib diketahui. Kisah Nabi Ayub terkenal dengan kesabaran dan ketabahannya dalam menghadapi ujian yang Allah berikan kepadanya. 
Salah satu ujian terbesar Nabi Ayub adalah penyakit yang parah menimpanya. Namun Ayub tetap bersabar berdoa agar diberikan kesembuhan serta tidak lekang memohon ampun kepada Allah. 
Rasulullah SAW bersabda:
أَشَدُّ النَّاسِ بَلاَءً الأَنْبِيَاءُ ، ثُمَّ الصَّالِحُونَ، ثُمَّ الأَمْثَلُ فَالأَمْثَلُ
Maksudnya: “Manusia yang paling berat ujiannya adalah para nabi, lalu orang-orang soleh dan seterusnya.”
Riwayat al-Nasa’ie (7440) dan al-Baihaqi.  Siapakah Nabi Ayub? Nama penuh Nabi Ayub ialah Ayyub AS bin ‘Amush bin Zarih bin al-Aish bin Ishaq bin Ibrahim. Nabi Ayyub dikurniakan harta yang melimpah ruah oleh Allah SWT. Antara hartanya ialah binatang ternakan, hamba sahaya, dan tanah yang luas di al-Tsaniyah (الثَّنية) di daerah Huran (حُورَانَ). 
Walaubagaimanapun, kenikmatan-kenikmatan itu diambil daripadanya dan beliau diuji dengan pelbagai musibah. Nabi Ayyub AS menderita penyakit yang kronik sehingga semua orang menjauhinya kerana merasa jijik. Tidak ada seorang pun yang mahu mendekatinya kecuali isterinya. 
Namun begitu, Nabi Ayyub AS sentiasa bersabar mengharapkan pahala daripada Allah. Beliau sentiasa berzikir kepada Allah di waktu malam, siang, pagi dan petang hari.
Isterinya pernah berkata: “Wahai Ayyub, sekiranya engkau berdoa kepada Allah, nescaya Allah akan memberikan kelapangan bagimu.”
Namun, Nabi Ayyub AS menjawab: “Aku telah menjalani hidup dengan sihat selama tujuh puluh tahun. Sangat sedikit sekali bagi Allah bila aku bersabar untuk menghadapi ujian ini selama tujuh puluh tahun.” 
Si isteri tersentak mendengar ungkapan Nabi Ayyub AS.
Disebabkan kesukaran hidup, isterinya mengambil upah dengan bekerja dengan orang lain. Sehinggalah satu masa,  dia tidak lagi menemui orang yang mahu mengambilnya bekerja. Lalu, dia menjual tocang rambutnya untuk membeli makanan yang baik dan banyak sehingga kepalanya botak. 
Doa Nabi Ayub Apabila mengetahui hal tersebut, Nabi Ayyub AS berdoa sepertimana firman Allah SWT:
وَأَيُّوبَ إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ
Maksudnya: Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayyub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: “Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani”.
(Surah al-Anbiya’: 83)
Teladan Kisah Nabi Ayub Kisah Nabi Ayub adalah salah satu contoh teladan tentang kesabaran, keimanan, dan keteguhan hati dalam menghadapi  ujian daripada Allah. Berikut adalah beberapa pelajaran yang dapat dipetik dari kisah Nabi Ayub:
1. Kesabaran dalam Menghadapi Ujian
 Nabi Ayub menunjukkan kesabaran yang luar biasa meskipun mengalami ujian yang sangat berat; kehilangan harta dan keluarganya serta diuji dengan sakit yang parah. Kesabaran ini menjadi teladan bagi kita agar tetap tabah menghadapi ujian hidup.
2. Keteguhan Iman
Walaupun dalam keadaan yang diuji, Nabi Ayub tetap teguh dalam imannya kepada Allah. Ia tidak pernah mengeluh atau meragukan keadilan dan kasih sayang Allah, melainkan terus berserah diri dan memohon pertolongan kepada-Nya.
3. Kekuatan Doa dan Taubat
Nabi Ayub menunjukkan kekuatan doa dan taubat dalam menghadapi ujian Allah SWT. 
4. Tawakkal kepada Allah
Nabi Ayub menunjukkan kepercayaan yang mendalam kepada Allah dengan bertawakal sepenuhnya dalam setiap keadaan. Nabi Ayub tidak putus asa dan mempercayai perancangan Allah. 
Penutup Inilah doa Nabi Ayub A.S ketika baginda menghadapi penyakit kulit yang agak dahsyat. Sekiranya anda diuji dengan sakit, anda boleh cuba amalkan doa Nabi Ayub ini. 
Semoga dengan keyakinan dan keimanan yang teguh, Allah memberikan kesihatan yang baik semula. Amin. 
RUJUKAN: https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2914-al-kafi-979-sakit-nabi-ayyub-as 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/doa-nabi-ayub/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=doa-nabi-ayub

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doa Rabitah Memohon Agar Dikuatkan Ikatan Hati

Doa Rabitah Memohon Agar Dikuatkan Ikatan Hati

papar berkaitan - pada 14/2/2024 - jumlah : 510 hits
Doa Rabitah Memohon Agar Dikuatkan Ikatan Hati Setiap manusia mempunyai hati dan fikiran masing masing Ini menandakan bahawa sudah pasti terdapat perbezaan yang wujud Walaupun perbezaan tersebut menjadikan seseorang tersebut unik dan istime...
Doa Nabi Sulaiman Agar Dikurniakan Rezeki Yang Melimpah

Doa Nabi Sulaiman Agar Dikurniakan Rezeki Yang Melimpah

papar berkaitan - pada 13/2/2024 - jumlah : 400 hits
Doa Nabi Sulaiman Agar Dikurniakan Rezeki Yang Melimpah Nabi Sulaiman adalah merupakan salah satu nabi yang termasuk dalam senarai 25 rasul yang wajib diketahui Seperti nabi nabi yang lain nabi Sulaiman juga dikurniakan mukzikat oleh Allah ...
Amalan Doa Memohon Kemudahan

Amalan Doa Memohon Kemudahan

papar berkaitan - pada 3/2/2024 - jumlah : 194 hits
Amalkan Doa Memohon Kemudahan Amalan doa dalam kehidupan seorang muslim adalah satu kemestian kerana kita hidup berharap kepada pertolongan Allah Dalam susah dan senang mesti ingat nak berdoa Doa kan senjata orang muslim Betul tak Salah sat...
Doa Istikharah Memohon Diberikan Petunjuk Dalam Membuat Keputusan

Doa Istikharah Memohon Diberikan Petunjuk Dalam Membuat Keputusan

papar berkaitan - pada 14/2/2024 - jumlah : 271 hits
Doa Istikharah Memohon Diberikan Petunjuk Dalam Membuat Keputusan Dalam kehidupan kita tidak lari daripada situasi ataupun masalah yang memerlukan kita membuat pilihan dan keputusan Islam mengajarkan umatnya untuk melakukan istikharah untuk...
Doa Mula Kerja Memohon Rezeki Yang Baik

Doa Mula Kerja Memohon Rezeki Yang Baik

papar berkaitan - pada 20/2/2024 - jumlah : 321 hits
Doa Mula Kerja Memohon Rezeki Yang Baik Mencari rezeki dengan bekerja adalah merupakan satu ibadah sekiranya diniatkan kerana Allah SWT untuk mengharapkan redhaNya Rasulullah SAW bersabda Maksudnya Barangsiapa mencari rezeki halal untuk men...
Mahu Wujudkan Kerajaan 9 Mawla Konon Ada Susur Galur Nabi Dipantau Polis

Mahu Wujudkan Kerajaan 9 Mawla Konon Ada Susur Galur Nabi Dipantau Polis

papar berkaitan - pada 20/2/2024 - jumlah : 263 hits
SITI NUR ZAWANISeorang lelaki warga Maghribi dikenali dalam kalangan pengikutnya sebagai Mawla Mohamed Amin al Hassani yang mendakwa dirinya mempunyai jalur keturunan Nabi Muhammad kini menjadi buruan Polis Diraja Malaysia Maula yang pernah...
Majlis Maulid Nabi Sambut Israk Mikraj

Majlis Maulid Nabi Sambut Israk Mikraj

papar berkaitan - pada 8/2/2024 - jumlah : 274 hits
Ikut kalendar hari ini ialah ulang tahun peristiwa Israk dan Mikraj peristiwa yang merupakan mukjizat dianugerahkan kepada Rasul junjungan kita Nabi Muhammad SAW Dulu waktu dekat sekolah Agama ustazah dan ustaz sering bercerita tentang ajai...
Betul Ke Tak Bacaan Doa Iftitah Yang Selama Ini Kita Baca Dalam Solat Tu

Betul Ke Tak Bacaan Doa Iftitah Yang Selama Ini Kita Baca Dalam Solat Tu

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 379 hits
Jangan kerana kita dah hafal sejak usia kanak kanak lagi kita tak mahu semak dah bacaan kita Betul atau tak Ada 4 kesalahan yang kerap berlaku Doa Iftitah 1 Huruf pada kalimah mestilah dibaca dengan baris hadapan Jangan dimatikan huruf ters...
Malam Sunyi Penuh Doa

Malam Sunyi Penuh Doa

papar berkaitan - pada 2/2/2024 - jumlah : 425 hits
MALAM SUNYI PENUH DOA Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Assalammualaikum semua Satu Februari dah hari ni Selamat berlabuh Januari 2024 Moga bertemu lagi nanti 2025 Allahu Hari pertama jatuh hari Khamis Khamis malam Jum...
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions

Pahang Bersatu Chief Denies Plans To Join Pas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu F Nyanyian Floor 88

Generasi Perfect 10 Angkat Kisah Tekanan Dan Pencarian Identiti Anak Muda

Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal

Barca Gah Di Puncak Liga

Masak Nasi Tomato Ayam Masak Merah

Tular Konten Kreator Malaysia Bertahan 4 Jam Atas Pokok Elak Serangan Harimau