Doa Hari Lahir Memohon Keberkatan Umur Kebaikan Dunia Akhirat


Doa Hari Lahir – Memohon Keberkatan Umur & Kebaikan Dunia Akhirat
Hari lahir adalah adalah merupakan hari yang istimewa untuk setiap individu. Terdapat pelbagai cara untuk meraikan hari istimewa ini, salah satunya ialah dengan memanjatkan doa sebagai rasa syukur. 
Berikut dikongsikan doa hari lahir dengan makna yang baik untuk diucapkan sempena meraikan hari lahir anda atau insan tersayang. 
Hukum Sambutan Hari Lahir Dari Perspektif Islam Hukum menyambut ulang tahun kelahiran mengikut perspektif Islam adalah harus, tetapi ia mestilah mengikuti beberapa garis panduan. 
Berikut ialah penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan:
Adapun semata-mata memperingati dan menzahirkan rasa gembira di samping muhasabah diri yang betapa dekatnya dengan kematian ketika mana usia telah lanjut dan menuju senja, atau pun untuk menyemak dan muhasabah kembali kehidupan yang dilalui, serta muamalah antara suami dan isteri, dan meng-elokkan hubungan pasangan, maka ini dibolehkan.
Adapun jika terhasil pada sambutan itu, jemputan yang membawa kepada percampuran kepada lelaki dan perempuan tanpa batasan, ucapan yang dimurkai Allah, nyanyian dan tarian yang keji, maka hukumnya tidak harus, kerana perhimpunan atas kebatilan.
BACA JUGA: Alhamdulillah (ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ): Maksud, Bila Perlu Diucap & Manfaatnya
Senarai Doa Hari Lahir Dengan Makna Baik  DOA 1:  Doa ini boleh diucapkan kepada individu yang meraikan hari kelahirannya. Walaupun ringkas, namun maknanya sangat hebat. 
براك الله في عمرك
Maksudnya: 
Semoga Allah memberkati usiamu.
DOA 2:  اَللَّهُمَّ طَوِّلْ عُمُورَنَا وَصَحِّحْ أَجْسَادَنَا وَنَوِّرْ قُلُوْبَنَا وَثَبِّتْ إِيْمَانَنَا وَأَحْسِنْ أَعْمَالَنَا وَوَسِّعْ أَرْزَقَنَا وَإِلَى الخَيْرِ قَرِّبْنَا وَعَنِ الشَّرِّ اَبْعِدْنَا وَاقْضِ حَوَائِجَنَا فِى الدِّيْنِ وَالدُّنْيَا وَالۤاخِرَةِ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيْرٌ
Maksudnya:
“Ya Allah, panjangkanlah umur kami, sihatkanlah jasad kami, terangilah hati kami, tetapkanlah iman kami, baikkanlah amalan kami, luaskanlah rezeki kami. Dekatkanlah kami pada kebaikan dan jauhkanlah kami dari kejahatan, kabulkanlah segala keperluan kami dalam agama, dunia, dan akhirat. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu”
DOA 3:  اَللهُمَّ اِنَّا نَسْأَلُكَ سَلاَمَةً فِى الدِّيْنِ وَعَافِيَةً فِى الْجَسَدِ وَزِيَادَةً فِى الْعِلْمِ وَبَرَكَةً فِى الرِّزْقِ وَتَوْبَةً قَبْلَ الْمَوْتِ وَرَحْمَةً عِنْدَ الْمَوْتِ وَمَغْفِرَةً بَعْدَ الْمَوْتِ
Maksudnya: 
“Ya Allah kami memohon kepada-Mu keselamatan dalam agama, dan kesegaran atau kesejahteraan pada tubuh dan penambahan ilmu, dan keberkahan rezeki, serta taubat sebelum mati dan rahmat di waktu mati, dan ampunan sesudah mati.”
DOA 4: اَللهُمَّ اِنِّىْ اَسْأَلُكَ اَنْ تَرْزُقَنِىْ رِزْقًا حَلاَلاً وَاسِعًا طَيِّبًا مِنْ غَيْرِ تَعَبٍ وَلاَمَشَقَّةٍ وَلاَضَيْرٍ وَلاَنَصَبٍ اِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيْرٌ
Maksudnya:
 “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu untuk mengurniakan rezeki kepadaku dalam bentuk rezeki yang halal, luas dan tidak menyakitkan. Tanpa beban, tanpa mudarat dan tanpa kelesuan dalam mendapatkannya. Sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu.”
Contoh Doa Majlis Hari Jadi – Template  Untuk sambutan majlis hari jadi, anda boleh jadikan contoh doa di bawah sebagai panduan:
Ya Allah,sesungguhnya kami ini memohon dengan penuh pengharapan kepadaMu Ya Allah, sempena ulangtahun kelahiran (nama);
Kau panjangkanlah umurnya dan karuniakan kepadanya kehidupan yang lebih bahagia dan berjaya dari tahun sebelumnya. 
Kurniakanlah kepadanya rezeki yang halal dan melimpah ruah. Jauhkanlah dia dari belenggu kesusahan, kemiskinan dan kebuluran.
Ya Allah,Ya Tuhan kami, bukakanlah kepadanya pintu kebajikan, pintu keberkatan, pintu kenikmatan, pintu rezeki, pintu kesihatan, pintu keselamatan dan segala pintu kebaikan di dunia dan akhirat yang menjurus ke SyurgaMu.
Kami juga memohon kepadaMu Ya Allah, jauhkanlah segala pintu kejahatan dan keburukan darinya dan keluarganya. 
Ya Allah, tiada yang mudah kecuali Engkau yang memudahkan dan Kau juga Ya Allah yang menjadikan yang susah itu mudah. Permudahkanlah kehidupannya dan keluarganya. 
Ya Allah, Kau berikanlah padanya kesihatan fizikal dan mental yang terbaik, terangilah hatinya dengan cahaya hidayahMu. Perbaikilah amalannya dan tunaikanlah hajatnya yang baik.
Hidupkanlah dia dengan keimanan dan matikanlah dia dalam keimanan. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu kejadian. 
Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosanya dankedua ibu bapanya serta keluarganya dan semua teman dan sahabatnya kerana hanya Engkau Maha Pengampun akan setiap dosa. 
Ya Allah jadikan dia seorang hambaMu yang soleh/ah. Ya Allah, kami menadah tangan mengakhiri permintaan ini dengan permintaan semoga Kau kurniakan segala kebahagiaan, kejayaan,kekayaan dan keindahan kepada (nama) ini di dunia dan akhirat. Kau Jadikan dia hamba yang beriman, bertaqwa, beramal soleh dan taat atas segala perintahMu.
Amin Ya Allah, Amin Ya Rahman, Amin Ya Rahim.
RUJUKAN: Mufti Wilayah Persekutuan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/doa-hari-lahir/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=doa-hari-lahir

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Setiap Hari Saya Doa Dipanggil Ke Sana Maryam Terharu Terima Kejutan Pakej Umrah Sempena Hari Lahir Bakal Bawa Peminat

Setiap Hari Saya Doa Dipanggil Ke Sana Maryam Terharu Terima Kejutan Pakej Umrah Sempena Hari Lahir Bakal Bawa Peminat

papar berkaitan - pada 20/2/2024 - jumlah : 231 hits
Sudah lama menyimpan hajat personaliti media sosial Maryam You Narae sebak apabila mendapat kejutan jemputan mengerjakan ibadah umrah daripada suaminya Ryzal Ibrahim Sempena ulang tahun Kata Maryam dirinya sudah berhasrat untuk menunaikan u...
Doa Nabi Ayub Memohon Kesembuhan Daripada Penyakit

Doa Nabi Ayub Memohon Kesembuhan Daripada Penyakit

papar berkaitan - pada 14/2/2024 - jumlah : 253 hits
Doa Nabi Ayub Memohon Kesembuhan Daripada Penyakit Nabi Ayub adalah merupakan salah satu nabi yang termasuk dalam senarai 25 rasul yang wajib diketahui Kisah Nabi Ayub terkenal dengan kesabaran dan ketabahannya dalam menghadapi ujian yang A...
Dapat Hadiah Hari Lahir Dari Rabia

Dapat Hadiah Hari Lahir Dari Rabia

papar berkaitan - pada 15/2/2024 - jumlah : 267 hits
Assalamulaikum Maaf sangat sangat sebab dah lama sangat tak menulis kat blog Bukan malas atau tiada idea tapi masih mencari kekuatan diri dan semangat setelah sebelah sayap utama telah pergi buat selamanya Nak menaip pun rasa tak keruan bia...
Doa Barang Hilang Memohon Agar Barang Ditemui Semula

Doa Barang Hilang Memohon Agar Barang Ditemui Semula

papar berkaitan - pada 22/2/2024 - jumlah : 196 hits
Doa Barang Hilang Memohon Agar Barang Ditemui Semula Pernah tak cari barang tak jumpa jumpa Dah puas cari sana sini setiap sudut dah cari tapi tak jumpa jumpa Mesti letih dan geram kan Lebih lebih lagi kalau barang tu barang yang berharga a...
Doa Memulakan Hari Penghulu Istighfar

Doa Memulakan Hari Penghulu Istighfar

papar berkaitan - pada 22/2/2024 - jumlah : 222 hits
DOA MEMULAKAN HARI PENGHULU ISTIGHFAR Ya Allah Engkaulah Tuhanku tiada Tuhan selain Engkau Engkaulah yang menjadikan aku sedang aku adalah hambaMu dan aku dalam genggamanMu dan dalam perjanjian setia beriman dan taat kepadaMu sekuat semampu...
Jalan Paling Jem Di Dunia Sangkut Sampai 12 Hari Dalam Kereta

Jalan Paling Jem Di Dunia Sangkut Sampai 12 Hari Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 12/2/2024 - jumlah : 168 hits
Kesesakan jalan raya adalah satu masalah yang kerap dihadapi dalam masyarakat moden seiring dengan kemajuan teknologi pengangkutan Di Malaysia kesesakan jalan sering terjadi di kota kota besar terutamanya semasa waktu berangkat dan pulang d...
Doa Untuk Suami Amalkan Setiap Hari Untuk Suami Tercinta

Doa Untuk Suami Amalkan Setiap Hari Untuk Suami Tercinta

papar berkaitan - pada 28/2/2024 - jumlah : 140 hits
Doa Untuk Suami Amalkan Setiap Hari Untuk Suami Tercinta Disebalik kejayaan seorang suami ada isteri yang sentiasa mendoakannya Doa seorang isteri memainkan peranan yang sangat penting dalam kejayaan serta kebahagiaan seorang suami Sokongan...
Doa Mula Kerja Memohon Rezeki Yang Baik

Doa Mula Kerja Memohon Rezeki Yang Baik

papar berkaitan - pada 20/2/2024 - jumlah : 237 hits
Doa Mula Kerja Memohon Rezeki Yang Baik Mencari rezeki dengan bekerja adalah merupakan satu ibadah sekiranya diniatkan kerana Allah SWT untuk mengharapkan redhaNya Rasulullah SAW bersabda Maksudnya Barangsiapa mencari rezeki halal untuk men...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization