Dinner Berdua Dekat D Aura Cafe Steamboat Seri Kembangan
DINNER BERDUA DEKAT D'AURA CAFE & STEAMBOAT SERI KEMBANGAN Assalamuaikum Dan Selamat Malam... Hai semua, Pernah ke Seri Kembangan, tapi tak tahu nak makan dekat mana? Datanglah ke D'Aura Cafe & Steamboat. Baru-baru ni Bonde berkesempatan Dinner berdua bersama Kanda dekat D'Aura Cafe & Steamboat Seri Kembangan. Selalunya kalau pergi Aeon Seri Kembangan tak tahu dah nak makan dekat mana! Asyik-asyik nak kena makan fast food macam tak sedap jer rasa kat tekak (tekakt orang kampunglah katakan). Nak juga makan makanan citarasa kampung! Kalau anda ke Seri Kembangan nak rasa makanan kampung anda wazelah D'Aura Cafe & Steamboat.DINNER BERDUA DEKAT D'AURA CAFE & STEAMBOAT SERI KEMBANGAN
DINNER BERDUA DEKAT D'AURA CAFE & STEAMBOAT SERI KEMBANGANSekali sekala apa salahnya suami-isteri "spend time" berdua kenalah ada kualiti time untuk kami, walau Cik Fatin duduk di asrama kami ni tinggal dirumah berdua memang jarang kami ni dapat duduk makan semeja. Maklumlah Kanda memang selalu sebuk dengan kerjanya.. jadi bila ada masa terluang memang taklah kita ni lepaskan he he he..
Cerita mengenai D'Aura Cafe & Steamboat tempat kami Dinner ni, memang sedap-sedap makanan dekat sini! Dekat D'Aura Cafe & Steamboat ada 3 pilihan buffet iaitu :
Buffet breakfast 8pagi-11pagi
Dewasa RM 22, kanak2 RM 11
Buffet lunch 12noon-3pm
Dewasa RM 33, kanak2 RM 22
Buffet dinner 7pm -11pm
Dewasa RM 44, kanak2 RM 22
Ada macam-macam menu menarik dimasak oleh Chef Hotel, memang selesa makan berhawa dingin hu hu D'Aura Cafe & Steamboat makanan dijamin HALAL, MURAH, SEDAP!
Ada Pelbagai menu makanan yang dihidangkan yang sempat Bonde rasa ialah udang goreng butter, rendang daging, asam pedas, shellout, ayam goreng berempah, sayur Pak choi masak tiram, ulam-ulaman dan pencuci mulut pula Bonde sempat makan ice-cream, bubur kacang hijau. Air pula dihidang dua jenis panas dan sejuk.AYAM GORENG BEREMPAH
UDANG GORENG BUTTER
UDANG GORENG BUTTER KESUKAAN BONDEUdang goreng butter memang kesukaan Bonde, Kalau makan dekat kedai Tom Yam sepinggan harganya dalam RM 25.00 tapi kalau makan dekat buffet ni makan banyak mana pun boleh.. sebab dah termasuk dalam pakej harga Dinner jadi boleh repeat dua-tiga kali untuk udang goreng butter ni... sedap tau! memang berbaloi dinner kat sini.
BUAH-BUAHAN DAN ULAMAN-ULAMAN
ULAM-ULAMAN DAN SAMBAL BELACANTak sah ulam-ulaman tak dimakan dengan sambal belacankan! Sambal belacan dekat D'Aura Cafe & Steamboat memang superb kena dengan tekak Bonde tau! kalau ratah ulam-ulaman cicah sambal belacan ni jer pun sudah buat bertambah, laju jer masuk mulut tapi okehlahkan boleh "eat clean" makan banyak mana pun tak kisah.. Ulam-ulaman pucuk pegaga, ulam raja, kacang panjang, kacang boto dan timun.
SNACKS
French Fries, Calamary Ring,Potato Wedges ni semua panas-panas tau memang berselera Bonde makan. Sedap sangat cicah dengan Sos Chili , Mayonis dan Tausand Island.
BUBUR KACANG HIJAU
BUBUR KACANG HIJAUBubur kacang hijau ni adalah salah satu pencuci mulut dekat D'Aura Cafe & Steamboat. Bonde sempat makan semangkuk ha ha ha hilang rindu dekat rwah Mak.. Sebab arwah selalu masak bubur kacang macam ni, kesukaan keluarga kami.
ICE CREAM
Ada empat jenis pilihan ice cream dekat sini.. so pada pengemar ice cream bolehlah repeat banyak kali ha ha ha
DECORATION DALAM D'AURA CAFE & STEAMBOAT
KAUNTER BAYARAN
HIASAN DINDING
DECORATION LUAR D'AURA CAFE & STEAMBOAT
Masa Bonde Dinner dekat D'Aura Cafe & Steamboat hari tu, ada kumpulan band Scorr makan dekat situ juga! tak lagi Scorr nak keluarkan album terbaharu mereka anda jangan lupa dapatkan yea..
Sempatlah Bonde bergambar dengan beberapa ahli kumpulan Scorr hari tu... jangan lupa nantikan 'come back' dari mereka tau!
Untuk maklumat lanjut pada anda yang nak buat Majlis istimewa seperti dibawah anda boleh buat di D AURA CAFE tau :
💝BIRTHDAY PARTY
💝ANNIVERSARY
💝BABY SHOWER
💝MAJLIS PERTUNANGAN
💝MAJLIS PERPISAHAN
💝KURSUS
💝SEMINAR
💝GRADUATION PARTY
💝RETIREMENT PARTY
💝PRODUCT LAUNCHING
📍minimum 20 orang untuk booking party
Www.wasap.my/601110923832/majlis
Boleh terus klik media sosial dibawah :
dauraspasaloncafehomestay/
C-6-g, Putra Walk, Jln PP25, Taman Pinggiran Putra, Sek 2 (18.76 km)
43300 Seri Kembangan
~ Bonde Senyum Riang ~
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.bondezaidalifah.com/2019/02/dinner-berdua-dekat-daura-cafe.html