Pengalaman Menarik Di Farm In The City Seri Kembangan


Buntu nak bawak anak - anak outing dihujung minggu? Bosan juga kalau selalu ke playground, shopping mall atau jalan - jalan di tepi tasik. Anak - anak tak boring, mak ayah pun mesti nak juga kelainan sesekali. Kalau Gee sendiri, Gee suka pelbagaikan aktiviti anak - anak supaya minda mereka lebih terbuka dan dapat pengalaman baru di tempat yang berbeza. 

Namun, dalam pada anak - anak melakukan aktiviti luar, kita mak ayah mempunyai peranan yang besar untuk memastikan mereka sentiasa bersih. Antara langkah pencegahan adalah membawa tisu basah dan juga menggunakan hand sanitizer. Gee bukan nak story bab kebersihan, tapi Gee nak share satu tempat best dan selamat untuk korang bawak anak - anak datang ketika cuti sekolah atau hujung minggu. 
Jom Explore Farm In The City!!

Nama pun menarik FARM IN THE CITY which means kebun di dalam bandar. Biasa kita dengar, budak bandar mana kenal ayam dan lembu. Tapi korang silap sebab anak - anak Gee sendiri yang tinggal kat kawasan kampung ni pun teruja bila tengok ayam dan lembu depan mata. Hahahaha! 


Cuti CNY baru-baru ni, Gee dan family berpeluang bawa anak - anak untuk merasai pengalaman di Farm In The City ni. Memandangkan bawa budak-budak, maka sangat digalakkan datang seawal pagi sebabnya waktu pagi ni, mood diaorang masih fresh. Kami sampai dalam jam 10 pagi dan kalini pengalaman ini sangat meriah tau dengan adanya family adik - adik Gee, anak - anak saudara dan juga travel buddy Gee yang biasa sangat dah kami travel bersama iaitu Mek Yunie. Kalau korang nak baca pengalaman Mek Yunie, korang boleh KLIK SINI

Apa Yang Best di Farm In The City?
Farm In The City juga dikenali sebagai Petting Zoo di mana korang dapat sentuh, bermain, mengejar, memberi makan dan memegang kebanyakkan haiwan yang ada di sini. Bagi haiwan yang agak merbahaya seperti ular, ia ditempatkan di kawasan yang bertutup dan selamat untuk ditontoni dari luar sahaja. 


Anak - anak seronok apabila melihat kuda yang bersize kecil ini. Ia merupakan spesis kuda yang paling kecil di dunia. Kuda ni lebih kecil dari kuda poni dan tidak mempunyai tulang belakang yang kuat so memang tidak sesuai untuk dijadikan tunggangan. 
Kalau berkesempatan, anak - anak boleh buat aktiviti 'Pony Ride'. Mesti seronok mereka bila dapat tunggang poni yang comel. Geng 4A tak merasa sebabnya diaorang dah excited dengan haiwan yang lain. Maybe sebab diaorang dah pernah merasa tunggang kuda di Terengganu, so pandang sebelah mata je. Hahahah


Terdapat 'Exhibition Hall' di mana korang boleh sentuh dan memegang pelbagai spesis haiwan yang ada. Tengok incik suami kemain pegang anak landak tu. Gee mampu snap gambar je. Hihi. Nak tengok blogger Mek Yunie berani pegang apa kat sini? Nanti korang layan video kat bawah nanti


Longkang Fishing ni memang best untuk anak - anak. Dalam longkang tu ada banyak juga ikan besar dan kecil. Kalau dapat tangkap seronoklah diaorang. Kalau tak dapat sila usaha lagi. Hahahaha! Dah dapat tu jangan lupa lepaskan balik dalam longkang tu tau!! Hahaha


Feeding Fish ni memang best sebab setiap sorang dapat bagi makan ikan dalam tasik. Tapi bukan ikan je tau yang datang, ada banyak spesis itik dan angsa berlumba-lumba datang untuk dapatkan makanan. Anak - anak memang seronok bila haiwan - haiwan makan makanan yang diberikan


Soal kebersihan, korang jangan risau sebabnya di setiap station, ada diletakkan kemudahan sinki dan sabun. Selepas anak - anak sentuh dan memegang haiwan kat sini, mereka boleh terus basuh tangan dengan bersih. Owh! Kalau nak mudah, korang bawa tisu basah juga supaya boleh lap kotoran dengan segera. 

Yang bestnya adalah di Farm In The City, korang boleh lepaskan anak - anak kecil bermain tanpa perlu pengawasan yang terlalu ketat. Setiap bahagian tidaklah terlalu besar dan tidak pula terlalu kecil. Disebabkan itu anak - anak dapat diperhatikan dengan baik walaupun mereka jalan sendiri


Korang tengok movie Madagascar tak? Watak monyet kecik yang nakal tu, korang ingat tak? Haaa...tu Amani duk posing dengan monyet spesis tu lah. Tapi Gee lupa apa nama dia. Sebenarnya, monyet tu sememangnya nakal dan suka mengusik. So, cerita madagascar tu cipta watak yang mempunyai personaliti yang sama dengan haiwan yang asli


Itik - itik tu antara haiwan yang paling comel kat sini. Sebab tu Gee ambil gambar comel tu untuk tatapan korang. Hehe. Kat sini, korang boleh letak makanan pada tapak tangan, kemudian naikkan ke atas dan burung akan datang makan makanan tersebut. Tapi kena cuba jaya juga sebab adik Gee sampai ke sudah burung tak datang kat dia, Hahahaha! Tapi Gee cuba juga bagi burung makan di ranting pokok. So burung tak perlu terbang ke atas tangan kita sebab kita hulurkan tangan di tempat burung itu berada. I am so excited dan jugak geli!! Buktinya korang boleh tengok gambar kat bawah ni. Haha


Meet the Giant Tortoise!! Ada banyak kura - kura gergasi dilepaskan begitu je. Korang boleh bagi makan dan sentuh juga. Bila anak - anak sendiri dapat melihat haiwan yang unik dan besar, ia sememangnya satu pengalaman yang sangat bagus untuk diaorang. Dan diaorang akan tahu, kura - kura ni suka makan apa, apa habitat mereka, bagaimana rasa sentuhan pada cengkerangnya dan sebagainya


Jangan Lepaskan Peluang Melihat Animals Show

Perkara pertama untuk anda ketahui setelah sampai di Farm In The City ini adalah waktu Animal Shows akan diadakan. Pasti anak - anak lebih teruja apabila dapat melihat pelbagai haiwan beraksi. Antara Animals Show yang ada adalah Otter Feeding dan juga Parrots Show. Mudah apabila korang tahu waktu shows diadakan supaya tidak terlepas apabila sudah masuk ke station yang lain

Tonton Video Pengalaman di Farm In The City


Tempah Tiket Online Untuk Jimat Lebih Masa

Korang kalau nak mudah dan malas beratur, boleh tempah siap - siap tiket secara online tau! Kat bawah ni Gee kongsikan harga tiket masuk Farm In The City :
Dewasa ( 12 tahun ke atas ) : RM39Kanak - Kanak ( 11 tahun ke bawah ) : RM32Warga Emas ( 60 tahun ke atas ) : RM32Ketinggian Bawah 90cm : Percuma
Jom Rancang Cuti - Cuti Bersama Anak di Farm In The City!!

Bagi korang yang berada di Kuala Lumpur, Selangor, Melaka atau Negeri Sembilan, Gee rasa okey je korang nak plan weekend gateaway di Farm In The City ni. Tempoh masa untuk round kat dalam lebih kurang 2 hingga ke 3 jam je. Kalau yang jauh macam Gee ni dari Terengganu, mesti nak kena plan datang ketika cuti sekolah atau cuti umum yang lama sebab perjalanan sahaja dah sehari suntuk. Hehe.


Keseluruhannya, Gee recommend sangat untuk korang bawak anak - anak kat Farm In The City ni. Tempat sangat selamat untuk anak kecil, tandas sangat bersih, persekitaran pun bersih dan staff yang friendly. Paling best adalah anak - anak dapat pengalaman sentuh dan mengenali haiwan - haiwan dengan lebih dekat.


Untuk info lanjut atau sebarang pertanyaan, korang boleh klik pautan kat bawah ini : 
WEBSITE : https://www.farminthecity.my/
FACEBOOK : @FarmInTheCityMalaysia
ONLINE TICKETS : https://www.farminthecity.my/tickets/
CUSTOMER SERVICE : 03 - 8941 2099
MAPS : KLIK SINI




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sisgee.com/2019/02/pengalaman-menarik-di-farm-in-city-seri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mengenal Haiwan Di Farm In The City

Mengenal Haiwan Di Farm In The City

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 508 hits
Assalamualaikum Malaysia16 September 2018 yang lepas me berpeluang bawa anak anak ke Farm In The City Seri Kembangan Dah lama sebenarnya plan nak ke sana tapi ada je masalah yang timbul Along Angah dan Addeena memang teruja sangat bila bagi...
Ranau Rabbit Farm Destinasi Menarik Di Ranau Untuk Dikunjungi

Ranau Rabbit Farm Destinasi Menarik Di Ranau Untuk Dikunjungi

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 277 hits
Salam dan hai semua Hujung tahun lepas berkesempatan berkumpul bersama keluarga dan melawat beberapa tempat di sekitar Ranau dan Kundasang Dan salah satu tempat yang kami kunjungi adalah Ranau Rabbit Farm Anak anak kami memang sukakan haiwa...
Tempat Menarik Melaka Vrar Interactive Park The Shore

Tempat Menarik Melaka Vrar Interactive Park The Shore

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 447 hits
Assalamualaikum Hi Semua Tempat Menarik Melaka VRAR Interactive Park The Shore merupakan salah satu tarikan terbaru di Melaka Baru baru ni sis sudah pergi ke seperti yang sis pernah kongsikan di Alang alang dah pergi sis singgah sekali deka...
West Ham Vs Liverpool Misi Terselubung The Hammers Raih Kemenangan Demi Bantu City

West Ham Vs Liverpool Misi Terselubung The Hammers Raih Kemenangan Demi Bantu City

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 274 hits
Laga West Ham United vs Liverpool akan tersaji dalam lanjutan Premier League pekan ke 25 di London Stadium Selasa pukul 03 00 WIB Bertandang ke markas The Hammers Mohamed Salah cs membawa misi kemenangan untuk memperlebar jarak dengan Manch...
Apa Pengalaman Menarik Kami Di Sungai Besar

Apa Pengalaman Menarik Kami Di Sungai Besar

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 983 hits
Memang sunyi minggu ni bila ketiga tiga puteri balik ke lokasi masing masing hari Sabtu KC Iman dah selamat sampai ke Jitra dengan menaiki ETS jam 11 20 pagi sementara KY Amanda pulak menaiki bas di TBS ke Pekan Alhamdulillah kedua dua anak...
By Withdrawing The Defamation Suit Against Clare Rewcastle Brown Hadi Awang Admits Guilt

By Withdrawing The Defamation Suit Against Clare Rewcastle Brown Hadi Awang Admits Guilt

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 402 hits
Tok Guru Hj Hadi Awang initiated the Defamation Suit in London against Clare Rewcastle Brown of Sarawak Report over her article that Hadi and some PAS leaders had received RM90 Million from former premier Najib Razak Hadi Awang has now with...
Stop Using The Racial Card To Gain Political Mileage Sabah Govt Told

Stop Using The Racial Card To Gain Political Mileage Sabah Govt Told

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 301 hits
Some of those who turned up for the protest against the recognition of Bugis and Javanese as natives at the Double Six monument in Kota Kinabalu today KOTA KINABALU A local NGO for the rights of the Sabah natives urged the state government ...
Chinese New Year Is All About The Family

Chinese New Year Is All About The Family

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 395 hits
WE TOOK a road trip to my father s hometown of Sarikei to celebrate Chinese New Year this week Known for its pineapple Sarikei is a small town on the banks of the Rajang River that barely changed for ages before suddenly sprouting some new ...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Resipi Daging Masak Hitam Berempah Terlajak Sedap

Masjid Sri Sendayan Keindahan Keunikan Seni Bina Masjid


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Orang Bunian Mystiska V Senden I Den Malaysianska Urskogen

Usd Cad Ulasan Dan Analisis

Dakwaan Projek Rumah Pahang Gagal Dan Terbengkalai Fitnah Kdmi Buat Laporan Polis Terhadap Adun Kuala Sentul

Penjawat Awam Antara 13 Ditahan Disyaki Terbabit Dengan Kartel Pindah Milik Tanah Secara Tidak Sah

Sila Cermin Diri

Pi Kwc Fashion Mall Pulak