D Kayangan Steamboat Bbq Buffet Tempat Makan Stimbot Sedap Di Shah Alam



Sabtu lepas tercapai juga hasrat nak makan stimbot di D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam. Diah ke sini kerana menghadiri majlis mini gathering sempena menyambut ulang tahun ke sepuluh kami berkawan. D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet Shah Alam menjadi tempat pilihan kami berdasarkan review dari kawan-kawan yang pernah datang ke sini.

Kalau nak tahu D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet terkenal dikalangan peminat stimbot kerana pilihan stimbot yang pelbagai dan harganya yang murah. Memang puas hati. Harga yang dikenakan sama termasuklah Sabtu dan Ahad. Diah pernah makan di restoran stimbot lain harga dikenakan berbeza ikut hari dan waktu. Geram bila fikir. Paling best, restoran D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet Shah Alam dibuka seawal pukul tiga petang pada hari Sabtu dan Ahad.

Mini Gathering di D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet Shah AlamAlhamdulillah majlis kami pada hari tersebut berjalan dengan lancar sekali. Oleh sebab kami agak ramai, dalam 20 orang kesemuanya jadi kami pilih tempat berkumpul berdasarkan keselesaan untuk satu keluarga. Lagipun jadi mudah sebab semua orang boleh makan apa yang mereka suka dan tanpa had. Parking dekat sini banyak dan lokasi restoran ni hanya lima minit dari Stadium Shah Alam. Kemudahan seperti surau disediakan. Tandas dia bersih. Jadi puas hati.  

Pilihan yang banyakD'Kayangan Steamboat BBQ Buffet Shah Alam menawarkan lebih 150 jenis hidangan bagi pengunjung setiap hari. Dengan ruang makan yang santai, restoran ini boleh menampung sehingga 600 orang dalam satu masa iaitu seramai 200 orang dibahagian dalam dan 400 orang di bahagian ruang terbuka. Pendek kata memang pilihan yang tepat untuk kami yang ramai dan kuat makan ni.

Pilihan Stimbot & Grill

Dekat sini pelanggan boleh pilih samaada mahu sup ayam atau tomyam sebagai kuah rebusan stimbot. Ada sesetengah restoran stimbot kalau refill atau pilih kuah tomyam, caj tambahan akan dikenakan.  Bagusnya D'Kayangan Steamboat & Grill ni tiada caj tambahan kalau nak refill sup atau pilih tomyam. Makan la sampai kenyang.

Grill & SteamboatSayur Segar

Mee, rojak Buah & buah-buahan Pilihan yang disediakan di sini seperti udang besar, kupang, kepah, kerang, sotong, isi ikan, bamboo lala dan banyak lagi. Paling rare yang Diah jumpa dekat sini ialah PERUT LEMBU dan IKAN PATIN. Pelbagai bebola, sayur-sayuran, aneka mee dan juga fucuk turut disediakan untuk pilihan pelanggan.


Pilih je nak apa. Perapan dia terbaikPutih tu Perut lembu dan kerang dia besar. Love Sangat. Terdapat juga pelbagai pilihan sos yang dibuat sendiri oleh Chef seperti Sos Cili Pedas, Sos Thousand Island, Sos Cili Thai, Sos Cili Manis, Sos Bawang Putih, Sos Black Pepper, Sos Yong Tau Foo dan macam-macam lagi. Pilihan hidangan sampingan juga disediakan seperti mee goreng, nasi goreng, nasi lemak, kari ayam dan spagethi Bolognese. Ada ais krim dan juga ABC untuk menyejukkan tekak.  

Hidangan Sampingan
ABCAis Krim yang jadi tumpuan anak-anak
Tempat Ideal Untuk Reunion, Sambutan Hari Jadi & Gathering

Krew restoran pun pantas buat kerja dan senang sangat nak deal sebab kami request nak hias tempat tu dengan belon masa sesi Gift Exchange kami. Krew restoran memberi kerja sama yang baik dan amat membantu. Jadi anda yang nak buat majlis gathering, reunion, sambutan hari jadi D'Kayangan Steamboat merupakan pilihan ideal untuk anda pertimbangkan. 
Gift Exchange KamiHarga D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet Shah Alam

Harga terbaru yang ditawarkan amat berpatutan iaitu hanya RM 29.90 bagi dewasa dan RM 12.50bagi kanak-kanak yang berusia 5 – 11 tahun. Kanak-kanak empat tahun ke bawah adalah percuma. Macam Diah beritahu dekat atas tadi, tiada bayaran tambahan untuk ‘refill’ sup. Bagi pelanggan yang membelanjakan lebih daripada rm 150, anda layak untuk dapat kad diskaun bernilai RM 10.

Riang-Ria Cabutan Bertuah 'Makan Dan Menang' Di D'kayangan Steamboat BBQ Buffe Shah Alam

Berita baik untuk pelanggan yang makan di D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet Shah Alam, anda boleh memenangi hadiah-hadiah menarik seperti Skuter, TV 60 inci, Mountain bike, dan voucher steamboat jika anda belanja RM100 dalam satu resit. Hanya isi butiran yang di kehendaki dalam borang penyertaan yang disediakan. Tempoh peraduan bermula 31hb Disember 2018 sehingga 29hb Mac 2019.

D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet Shah Alam pernah menjadi pilihan rancangan makanan popular, Jan-jalan Cari Makan (JJCM) dan juga Nasi Lemak Kopi O. Jadi apa tunggu lagi. Jom serbu D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet Shah Alam hari ni juga. Pilihan makanan yang pelbagai, perapan dan sos yang sedap, dan tempat yang selesa untuk anda makan-makan bersama kawan-kawan dan keluarga.

Waktu Operasi 

Isnin – Jumaat: 5:00petang hingga 12 Tengah malam
Sabtu- Ahad: 3:00petang hingga 12 Tengah malam

D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet Shah Alam
Sri Acappella Servis Apartment, Restauran D'Kayangan,
No. 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33M Seksyen 13, Shah Alam
Shah Alam, Malaysia
Waze: Dkayangan Steamboat & Grill

Whatsapp 012-297 1091 untuk tempahan

Facebook https://www.facebook.com/dkayangansteamboat/
Instgram https://www.instagram.com/dkayangansteamboat/

Kenangan 2019
Terima kasih D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet Shah Alam untuk makanan, layanan, & kenangan indah, Nanti kami datang lagi!

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2019/02/Dkayangan-steamboat-BBQ-tempat-makan-stimbot-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Tempat Makan Paling Sedap Di Batu Pahat

10 Tempat Makan Paling Sedap Di Batu Pahat

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 834 hits
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini Cukup lah hanya sekali Terima kasih Please Click the advertisment Once is enough Thank YouAIK BACA JE KOMEN LA SIKIT sumber
Tempat Permainan Menarik Di Shah Alam Rocky Basecamp Dan Air On Park

Tempat Permainan Menarik Di Shah Alam Rocky Basecamp Dan Air On Park

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 460 hits
Assalamualaikum Hai semua seronokkan bila kita dapat laungkan masa bersama dengan anak Hari ini Shailla ingin berkongsi satu tempat permainan menarik di Shah Alam Kalau korang yang ingin meluangkan masa melakukan aktivi bersama kawan kawan ...
Travel Yogyakarta Warung Satay Klatak Pak Pong Tempat Makan Sedap Di Yogyakarta

Travel Yogyakarta Warung Satay Klatak Pak Pong Tempat Makan Sedap Di Yogyakarta

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 351 hits
Percutian ke mana ya saya nak ceritakan kali ni banyak sangat entry pasal travel tertunggak sampai tak tahu nak tulis yang mana satu hehehe Ok lah kali ni jom ikuti percutian saya ke Yogyakarta Indonesia yang mana saya telah kesana pada awa...
5 Tempat Makan Sedap Jalan Jalan Ipoh

5 Tempat Makan Sedap Jalan Jalan Ipoh

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 393 hits
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini Cukup lah hanya sekali Terima kasih Please Click the advertisment Once is enough Thank YouAIK BACA JE KOMEN LA SIKIT sumber
Rocky Basecamp Dan Air On Park Indoor Games Di Aeon Shah Alam

Rocky Basecamp Dan Air On Park Indoor Games Di Aeon Shah Alam

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 641 hits
Ummi nanti cuti kita pergi lagi ye Ikut Cik Sue pergi Rocky Basecamp dan Air On Park boleh Ummi Kat sana best Angah juga yang bising haiii memang setiap kali kemana sahaja angah jer la jurucakap Yang lain pula follow jer Rocky Basecamp Mala...
Dinner Makan Satay Sedap Di Kg Melayu Subang

Dinner Makan Satay Sedap Di Kg Melayu Subang

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 736 hits
DINNER MAKAN SATAY SEDAP DI KG MELAYU SUBANG Sehari sebelum kami fly ke Bandung Indonesia mummy awal awal lagi sesiap informed mak Supaya tak payah masak dinner kitorang Plan nak makan satay kat luar je Mak mummy tu sejenis tak suka makan l...
Sokong Lon G Auto Services Proton Edar Subang 2 U5 Shah Alam

Sokong Lon G Auto Services Proton Edar Subang 2 U5 Shah Alam

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 338 hits
Assalam komrad semua Seperti mana pusat pusat service kereta yang aku promote sebelum ni kali ni aku nak tiup semboyan area Shah Alam Bandar Pinggiran Subang dan yang sekitarbya untuk sokong pusar service kereta milik Muslim Lon G Auto Serv...
Rockybase Camp Di Aeon Shah Alam Jom Buat Aktiviti Climbing Rock Di Dalam Mall

Rockybase Camp Di Aeon Shah Alam Jom Buat Aktiviti Climbing Rock Di Dalam Mall

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 406 hits
AssalamualaikumBestnya tengok orang buat aktiviti climbing rock macam dah lama jugak tak buat aktiviti aktiviti lasak sejak bergelar ibu ni haishh nak join orang lain daki gunung tak boleh nak tinggal anak pulak tapi beberapa hari lepas akh...
Bayar Saman Jpj Di Jpj Shah Alam

Bayar Saman Jpj Di Jpj Shah Alam

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 1940 hits
Assalamualaikum guys Geleng kepala bila housemate bagitau kena saman dengan JPJ kat tol LDP hentian Sunway Mungkin nasib dia tak baik kena pass by roadblock JPJ time otw balik rumah Btw si housemate ni tak ada lesen motor tapi ada lesen ker...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Karakteristik Generasi Z Memahami Cara Mereka Mendapatkan Informasi

Pertama Kali Guna Servis Cuci Karpet

Kmum Dakwa Insiden Syarahan Pro Israel Disengajakan

Kronologi Serangan Israel Terhadap Iran

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City