Sarang Art Hub Cafe Di Tanjung Malim
Sarang Art Hub Cafe Di Tanjung Malim | Pada minggu lepas, kami sekeluarga turun ke Tanjung Malim. Itupun suami yang ajak sebenarnya. Katanya nak makan kat kedai makan Mamat Khalid. Kinah tanya la mana tahu pasal tu? Katanya rakan sekursus yang bagitau. Katanya nak merasa. Ok lah ikutkan je la dah orang tu yang nak belanja makan dekat kedai artis ni
Sarang Art Hub Cafe dari pandangan tepiKitorang sampai masa tu dah petang. Lebih kurang pukul 5 macam tu la. Keadaan kedai masa tu agak lengang. Kami je pelanggan masa tu. Kalau malam mungkin ramai lagi kot. Masuk je ke sini, korang akan dihidangkan dengan hasil seni mural dan juga barangan lama. Serius menarik la jugak. Tempat makan kami pilih di bahagian dalam. Sejuk sikit ada aircond. Nak duduk luar panas pulak masa tu.
Tak banyak gambar yang kinah tangkap pada masa ni sebab keadaan cuaca yang agak panas pada masa ni.
Perut dah berkeroncong dah ha, apa lagi jom la kita ngorder nak makan apa. Antara menu yang terdapat di sini.
Rare juga nama menuSementara tunggu order siap kinah duk ralit lihat kawasan sekeliling tempat kami makan. Haa ni kinah kongsikan sebahagian yang ada di sini
Tak boleh lupa dengan kerusi tu. Selalunya kerusi tu digunakan masa kenduri kahwin. Siapa ingat lagi zaman tu? Zaman sekarang tak pakai dah kerusi ni
Menarik jugak kan. Ada juga filem-filem lama yang belum kinah tengok lagi
Mesin taip lama turut dipamerkan (sila abaikan glade tu)
Beberapa minit kemudian, pesanan kami pun dah sampai. Disebabkan lapar, sekali makan untuk dinner ni jadi kinah pun order Nasi Goreng Kampung PisangMinuman pula kinah order Greentea FloatSuami pulak order nasi goreng petaiOverall la ek, bagi kinah rasa kedua-dua nasi ni bolehlah. Mungkin next time kitorang cuba yang western pulak.
Korang yang teringin nak ke sini bolehlah ikut alamat ni
AlamatJalan Rumah Rehat, Taman Bandar, 35900 Tanjong Malim, Negeri Perak
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.apekinah.com/2019/02/sarang-art-hub-cafe-di-tanjung-malim.html