Diffenz Junior Bantu Menyokong Tumbesaran Dan Tingkatkan Sistem Imun Kanak Kanak


Diffenz Junior Bantu Menyokong Tumbesaran Dan Tingkatkan Sistem Imun Kanak-Kanak | Sekian lama terperap dalam rumah, banyak aktiviti tidak dapat dilakukan seperti berkelah di pantai atau pun sungai, bermain di padang permainan apatah lagi ke taman tema dan paling menyedihkan nak jumpa atok dan nenek di kampong pun tak boleh.Kini pergerakan rentas negeri telah dibenarkan apabila pandemik Covid19 sudah mula menunjukkan pengurangan. Jadi ramai ibu bapa mula membuat perancangan untuk bercuti, berlibur dan paling utama balik ke kampung bertemu dengan atok dan nenek serta sanak saudara.
Namun ibu bapa harus ambil tahu dan ambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan kesihatan anak serta sanak saudara di kampong terus terjamin kerana fasa kanak-kanak amat penting dan perlu diberikan perhatian khusus. Ini kerana apa saja yang diserap dan berlaku di sekeliling kita akan mempengaruhi kehidupan mereka pada masa akan datang. 
Dua elemen penting yang perlu diberi perhatian dalam zaman kanak-kanak adalah tumbesaran dan perkembangan mereka.
Menurut Dr Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri, doktor perubatan dan pakar formulasi, yakin peranan makanan tambahan atau suplemen amat penting untuk membekalkan sumber-sumber nutrisi yang tidak cukup ini dengan lebih mudah dan cepat. Beliau juga percaya pengambilan suplemen tidak boleh dipandang remeh terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. 
Namun begitu ada sebilangan pendapat mengatakan cukup sekadar mengamalkan pemakanan yang seimbang dan semulajadi. Manakala sebarang pengambilan suplemen atau vitamin hanya akan menghasilkan air kencing yang mahal apabila ia dikumuhkan. 
Ini mungkin benar,  jika dunia kita bebas daripada pencemaran; sentiasa mengamalkan pemakanan  yang sihat; makanan segar dan bebas daripada pencemaran terpaksa seperti kandungan raksa daripada ikan dan kandungan racun serangga daripada sayuran dan buahan; usia yang masih muda di mana semua fungsi sistem dan organ badan masih tip-top; memiliki sistem imun yang tiada cacat cela  termasuk penghasilan antioksidan semulajadi yang tidak semakin menurun dengan usia; dan kita menjalani gaya hidup sihat yang optima tanpa stres. 
 
Diffenz Junior Bantu Menyokong Tumbesaran Dan Tingkatkan Sistem Imun Kanak-Kanak

Agak sukar sebenarnya untuk direalisasikan dalam kehidupan masa kini terutamanya di zaman moden ini yang terlalu banyak pendedahan diri  terhadap makanan terproses (junkfood), pencemaran yang berleluasa, stres  kehidupan, pola hidup yang kurang aktif serta pelbagai faktor lain yang sememangnya tidak menjayakan model kehidupan amalan gaya hidup sihat.  


Melalui revolusi dunia sains, Eskayvie Diffenz Junior telah mengenengahkan 6 bahan utama iaitu Multivitamin & Mineral, Kolostrum, Cendawan Susu Harimau, Vitamin C, Vitamin D dan buah Camu-Camu. Gabungan bahan ini sudah tentu memudahkan para pengguna untuk mendapat kebaikan enam bahan dengan bukan hanya mudah tetapi murah. Cuba bayangkan jika anda mengambil 6 jenis suplemen, pasti harganya akan mencecah RM400 dan ke atas, tetapi Eskayvie Diffenz Junior menyediakan anda pilihan yang lebih berpatutan dengan hanya RM60 bagi satu botol.


1. Cendawan Susu Harimau

Nutrisi daripada Cendawan Susu Harimau semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia kerana ia mengandungi khasiat yang dapat menyembuhkan masalah kesihatan berkaitan sistem pernafasan seperti batuk kronik, asma, resdung, demam dan selesema. Cendawan ini didapati hanya tumbuh di kawasan hutan tebal tertentu terutama Banjaran Titiwangsa dan mempunyai keunikan tersendiri sehingga menyebabkan usaha mencarinya menjadi sangat sukar. 


Cendawan ini diiktiraf sebagai Harta Karun Negara dan amat sukar didapati. Menurut kajian  penyelidik, cendawan herba itu tumbuh di bawah tanah dan hanya payungnya sahaja akan keluar ke permukaan bumi. Cendawan Susu Harimau dikatakan hampir pupus dan hanya boleh didapati di kawasan tertentu yang bersuhu lembab dan sejuk. 


Namun kini, dengan kemajuan sains dan teknologi, penghasilan Cendawan Susu Harimau telah dikultur dan dikomersialkan untuk memudahkan lebih ramai mendapat kebaikannya. Malah, kajian mendapati Cendawan Susu Harimau yang dikulturkan mempunyai kandungan nutrisi yang lebih tinggi berbanding yang tumbuh meliar.


Harganya cukup mahal kerana ia hanya akan tumbuh daripada titisan susu harimau yang jatuh di lantai hutan. Cendawan jenis eksotik ini amat berkhasiat bagi menguatkan sistem imun daripada jangkitan kuman dan virus. Uniknya cendawan susu harimau ni tidak tumbuh secara berjemaah macam cendawan yang lain, sebaliknya ia tumbuh secara sendirian.


Cendawan ini mengambil masa bertahun untuk membesar, menjadikan cendawan yang tumbuh di lereng bukit Hutan Khatulistiwa ini sangat ‘rare’ dan susah diperolehi. 


Harganya juga boleh mencecah sehingga ribuan ringgit! Cendawan Susu Harimau mula giat dikaji apabila pada tahun 2002, Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia, mengatakan bahawa penyakit batuk kronik yang dialaminya bertahun-tahun dapat diubati dengan cendawan ini. 


Jadi Eskayvie Diffenz Junior untuk kanak-kanak ini telah diformulasikan untuk anak anda  mendapat khasiat daripada cendawan ini tanpa perlu meredah hutan. 


Kebaikan:
- Mengatasi masalah resdung, alahan dan ekzema.
- Melegakan batuk, selesema, radang paru-paru, asma.
- Menguatkan paru-paru bagi pesakit paru-paru kronik dan perokok tegar. 
- Menguatkan sistem imun badan daripada jangkitan kuman dan virus.
- Digunakan secara tradisional untuk merawat symptom masalah yang berkaitan sistem pernafasan seperti batuk kronik, allergi sinus dan asma.


2. Multivitamin Dan Mineral 

Berdasarkan Kajian Pemakanan Kanak-Kanak Malaysia (SEANUTS Malaysia), didapati bahawa secara purata kanak-kanak Malaysia berusia 1-6 tahun masing-masing hanya makan 0.91 dan 1.07 sajian buah dan sayur setiap hari. Ini kurang daripada separuh jumlah yang disyorkan oleh Garis Panduan Diet Malaysia untuk Kanak-kanak dan Remaja (2013).


Terdapat jurang yang jelas antara jumlah yang anak-anak kita makan dan jumlah yang mereka perlukan. Justeru, pengambilan multivitamin dan mineral yang terdiri daripada vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B3, vitamin B5, vitamin B6, vitamin B7, vitamin B9, vitamin B12, vitamin D3, kalsium, iodine, zat besi, magnesium, fosforus, selenium dan zink sangat penting untuk memenuhi keperluan nutrisi yang diperlukan bagi tumbesaran terutamanya bagi kanak-kanak yang ‘picky eater’.


Multivitamin dan mineral adalah nutrisi yang mengandungi banyak vitamin dan mineral tertentu. Ia bertindak untuk memenuhi jurang pemakanan (kekurangan vitamin atau mineral yang boleh mempengaruhi kesihatan optimum). Masalah kekurangan nutrisi ini biasa terjadi dalam kalangan kanak-kanak yang memilih makan atau picky eater. Multivitamin dan mineral ini dapat membantu,
- melengkapkan keperluan nutrisi
- menyokong penglihatan 
- merangsang sistem imun badan (immunomodulatory) 
- melindungi diri daripada jangkitan 
- membantu menguatkan otot dan sistem saraf kanak-kanak
- membantu dalam penghasilan tenaga, dan memelihara kesihatan sistem saraf 


 
3. Kolostrum

Anak-anak dilahirkan dengan daya tahan yang rendah kerana sistem imun masih belum berkembang. Setiap kali jatuh sakit, badan akan membina antibodi terhadap kuman tersebut. Cara lebih efektif untuk menguatkan sistem imun dan antibodi kanak-kanak adalah dengan pengambilan kolostrum. 


Kolostrum atau turut dikenali sebagai cecair emas dikaji dapat meningkatkan sistem imun dan menyokong tumbesaran sihat di kalangan kanak-kanak. Kolostrum ialah susu pertama yang dihasilkan oleh ibu, sama ada manusia mahupun haiwan dalam beberapa hari pertama selepas melahirkan anak. Ia amat kaya dengan antibodi dan juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor).


Di antara kandungan terpenting kolostrum adalah sejenis protein yang dinamakan Sekretori Imunoglobulin A (SIgA). Immunoglobulin adalah sejenis protein yang berfungsi sebagai antibodi di dalam badan manusia. Ia digunakan di dalam sistem pertahanan tubuh badan untuk mengenalpasti dan meneutralkan objek asing seperti bakteria dan virus. Para saintis sudah membuktikan bahawa antibodi jenis SIgA dapat melawan pelbagai jenis bakteria, terutamanya bakteria yang berasal dari sistem usus kanak-kanak. 


Kolostrum juga membantu
- meningkatkan sistem imun badan 
- melindungi daripada jangkitan yang melibatkan sistem pencernaan 
- kesan anti-mikrob dan anti-virus
- melindungi daripada jangkitan sistem pernafasan dan cirit birit 
- menyokong perkembangan dan tumbesaran yang sihat




4. Buah Camu - Camu (Myrciaria Dubia)



“Digunakan bagi tujuan perubatan oleh penduduk asli Amazon sejak lebih 700 tahun dahulu”
Camu-camu, yang juga dikenali sebagai Myrciaria dubia, adalah buah yang tipikal di rantau Amazon dengan kandungan vitamin C yang tinggi dan mudah diserap, berbanding buah-buahan lain seperti acerola, oren, lemon dan nanas. Banyak kajian mendapati ia mempunyai kandungan Vitamin C hingga 60 kali ganda lebih tinggi daripada buah oren! Disebabkan khasiatnya yang melimpah ruah inilah maka buah camu-camu ini mendapat jolokan SUPERFOOD.


Superfood ini turut mengandungi antioksidan seperti polyphenols, carotenoids, flavonoids, anthocyanin, asid gallic dan asid ellagic yang menguatkan lagi sistem imun badan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan merokok! Bukan hanya mengandungi Vitamin C, superfood ini mengandungi banyak mineral yang mampu menguatkan sistem imun badan seperti Zinc, Magnesium dan Manganese.


Kebaikan: 
- Menguatkan sistem imun
- Antioksidan dan anti-radang
- Melangsingkan badan dan mengurangkan sel lemak
- Menstabilkan tekanan darah tinggi
- Merangsang penghasilan kolagen
- Mengawal gula darah




5. Vitamin C 

Vitamin C memberi kesan kepada pelbagai komponen maklum balas daya tahan badan dan ia mempunyai khasiat anti-viral. Dengan meningkatkan pengambilan vitamin C, ini boleh memberi manfaat kepada golongan berisiko terdedah kepada jangkitan. Walaupun vitamin C mudah didapati kerana terdapat dalam pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran semula jadi, khasiat vitamin C ini boleh berkurangan apabila dimasak ataupun disimpan terlalu lama.


Kajian di Perancis pula mendapati kira-kira separuh daripada kanak-kanak berumur tujuh hingga 19 tahun mempunyai kadar pengambilan vitamin C di bawah purata jangkaan keperluan


Vitamin C memastikan sistem imun badan bekerja dengan baik dan pengambilannya boleh bantu elak jangkitan virus serta mengurangkan kesan virus terhadap mereka yang dijangkiti.


Sebenarnya badan kita tidak mampu menghasilkan Vitamin C atau menyimpannya secara efisien kerana ia adalah vitamin larut air. Walaupun pengambilan makanan telah seimbang, tetapi penyerapan vitamin dan nutrisi masih bergantung kepada kadar penyerapan nutrisi tersebut yang mana bukan semua vitamin C daripada makanan akan diserap ke dalam badan. 


Pengambilan vitamin C yang mencukupi daripada makanan boleh didapati melalui sekurang-kurangnya 5 hidangan buah segar dan sayuran, dengan syarat, 2 hidangan daripada makanan tadi adalah tinggi dengan vitamin C dan perkara ini agak mustahil untuk sesetengah individu. Situasi ini menjadikan pengambilan suplemen vitamin C amat diperlukan masa kini.


Bukan itu sahaja, cara masakan juga menyebabkan vitamin C di dalam sayuran berkurangan sekitar 13-60% menyebabkan semakin ramai yang tidak dapat mendapat bekalan vitamin C yang cukup. Jika kita tidak mengambil vitamin C dengan cukup, anda akan berhadapan dengan masalah kekurangan vitamin C seperti gusi berdarah atau skurvi, kulit kering, sakit sendi, mudah dijangkiti penyakit dan luka lambat sembuh.


Bagi memastikan sistem imun sentiasa kuat, pengambilan vitamin ini mestilah dalam jumlah yang mencukupi. Vitamin C juga penting untuk merangsang pembentukan kolagen, membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan meningkatkan penyerapan zat besi.


6. Vitamin D

Dulu, Vitamin D sering war-warkan untuk fungsi tulang yang kuat, namun, kini saintis giat mengkaji dan telah menemui 3000 reseptor vitamin D di dalam badan, menyebabkan ia bukan hanya penting untuk tulang tetapi untuk keseluruhan badan. 


Di musim pandemik ianya amat penting untuk membantu meningkatkan lapisan saluran pernafasan. Ada golongan tertentu yang mempunyai risiko kekurangan vitamin ini seperti wanita berhijab, individu yang mempunyai penyakit kronik, kanak-kanak, wanita hamil dan menyusu serta mereka yang berusia 60 tahun ke atas dan perokok adalah individu yang mudah mendapat keradangan pada bahagian paru-paru, sehingga boleh menyebabkan batuk yang teruk.


Sumber utama Vitamin D dalam badan adalah daripada matahari. Namun terdapat faktor lain yang turut mempengaruhi penyerapan vitamin ini di antaranya seperti warna kulit yang lebih gelap menyukarkan penyerapan vitamin D ke dalam badan.


Walaupun Malaysia merupakan negara yang mempunyai sinar matahari mencukupi, namun, 67.4% rakyat Malaysia mempunyai masalah kekurangan vitamin ni. Walhal, ia sangat penting untuk mengawal selia sistem imun, membantu kawalan gula darah, kekuatan tulang dan banyak lagi. 


Cahaya matahari perlu kena terus kepada kulit tanpa halangan antaranya sunblock, pakaian, kaca, awan mendung, topi dan hanya 10-20% sumber Vitamin D mampu dicapai daripada sumber makanan dan ramai yang kekurangan Vitamin D. 


Bagi kanak-kanak, ia amat penting untuk tumbesaran untuk fungsi tulang, kalsium dan metabolisma badan. Sekiranya anda mendapat kalsium yang cukup, anda juga mendapat vitamin D yang cukup. 


Tidak sukar untuk mendapatkan sumber vitamin D, anda hanya perlu mendedahkan diri kepada sinaran matahari pada waktu pagi bermula jam 10 pagi sehingga jam 3 petang. Namun, ia tidak semudah itu kerana kanak-kanak sudah bersiap untuk ke sekolah pada jam enam pagi dan mereka bertolak ke sekolah sebelum matahari memancarkan sinar dan sampai ke rumah ketika matahari sudah tiada.


MAKLUMAT PRODUK
Eskayvie Diffenz Junior membantu menyokong tumbesaran, tingkatkan sistem imun badan dan perlindungan terbaik untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 12 tahun agar dapat nutrisi tambahan serta terhindar dari jangkitan kuman & virus


Harga Produk: RM60 sebotol
Harga Combo: RM100 2 botol

Jadi, sebagai ibu bapa perihatin akan kesihatan serta tumbesaran anak-anak, bolehlah cuba dapatkan Eskayvie Diffenz Junior secara online atau melalui ejen. Untuk info lanjut layari,  


Website : https://diffenzjunior.com/ 
FB  Page : https://www.facebook.com/eskayviemalaysia21official 
Instagram :  https://www.instagram.com/eskayviemalaysia/
#Eskayvie #EskayvieDiffenzJunior #DiffenzJunior #KitaIkhtiar



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2021/12/diffenz-junior-bantu-menyokong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tingkatkan Nutrisi Dan Tumbesaran Kanak Kanak Dengan Diffenz Junior

Tingkatkan Nutrisi Dan Tumbesaran Kanak Kanak Dengan Diffenz Junior

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 310 hits
Tingkatkan Nutrisi dan Tumbesaran kanak kanak dengan Diffenz Junior Nutrisi yang lengkap dan pemakanan yang seimbang amat penting bagi kanak kanak yang sedang membesar Zaman sekarang ni tidak semua ibu bapa berjaya membentuk corak pemakanan...
Tips Penjagaan Kesihatan Kanak Kanak Norma Baharu Dengan Eskayvie Diffenz Junior

Tips Penjagaan Kesihatan Kanak Kanak Norma Baharu Dengan Eskayvie Diffenz Junior

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 464 hits
Walaupun ana tidak lagi punyai anak kecil yang bersekolah namun sering kali menerima chat dari adik dan sepupu yang bertanyakan pendapat tentang dilema mereka apabila sesi persekolahan mula dibuka semula selepas hampir setahun menjalani pem...
Kanak Kanak Lebih Sihat Dan Aktif Dengan Diffenz Junior

Kanak Kanak Lebih Sihat Dan Aktif Dengan Diffenz Junior

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 222 hits
Pernah tak korang menghadapi situasi dimana anak korang sukar untuk makan K fiezz yakin sebahagian besar dari kita mempunyai masalah ini betul tak Tahukah korang kanak kanak yang susah nak makan ni berkemungkinan tidak akan dapat nutrisi ya...
Kandungan Diffenz Junior Sesuai Untuk Kanak Kanak Berumur 12 Tahun Kebawah

Kandungan Diffenz Junior Sesuai Untuk Kanak Kanak Berumur 12 Tahun Kebawah

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 261 hits
Assalamualaikum Nak cari produk terbaik untuk perlindungan anak anak berumur 12 tahun ke bawah di musim Covid ni Ha Ni aku nak kongsikan kat korang semua satu produk makanan tambahan yang sesuai untuk mereka Biasanya kalau kanak kanak yang ...
Perlindungan Sokongan Imun Dan Tumbesaran Kanak Kanak

Perlindungan Sokongan Imun Dan Tumbesaran Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 5/12/2021 - jumlah : 348 hits
PENULARAN wabak COVID 19 yang berlarutan sehingga kini dan hidup dalam era endemik mampu memberikan kesan kepada pelbagai aspek emosi fikiran dan tingkah laku individu Pengalaman sebagai ibu bapa dalam menguruskan anak anak yang kembali ber...
Increase Your Child S Immune System And Growth With Diffenz Junior

Increase Your Child S Immune System And Growth With Diffenz Junior

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 261 hits
Increase Your Child s Immune System and Growth with Diffenz Junior Looking at my nephews and nieces their happy faces reminded me of those years when nothing really matters except for time to meet with friends and playtime Oh Not forgetting...
Sistem Elektronik Dorong Peningkatan Jumlah Investor Pasar Modal

Sistem Elektronik Dorong Peningkatan Jumlah Investor Pasar Modal

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 105 hits
IFSoc menilai perkembangan sistem elektronik pada produk pasar modal yakni reksa dana SBN ritel dan saham berhasil menjawab persoalan inklusi keuangan di Indonesia
Sunway Pyramid Perkenal Sistem Internet Tandas

Sunway Pyramid Perkenal Sistem Internet Tandas

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 279 hits
Sunway Pyramid bakal memperkenalkan sistem Internet Tandas atau Internet of Toilet yang akan menyaksikan pusat beli belah ini beralih daripada sistem bilik air konvensional kepada sistem pengurusan yang lebih efisien Langkah Transformasi Us...
Bukan Najib Saja Didakwa Tetapi Sistem Negara Dan Diri Kita Juga Dibicara Kata Zaid Ibrahim

Bukan Najib Saja Didakwa Tetapi Sistem Negara Dan Diri Kita Juga Dibicara Kata Zaid Ibrahim

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 162 hits
December 9 2021 Zaid Ibrahim berkata kes Najib tidak membuahkan keadilan sepenuhnya yang diharapkan oleh rakyat kerana pelbagai pihak lain tidak dibawa ke muka pengadilan PETALING JAYA Pendakwaan terhadap Najib Razak yang disabit atas kesal...
Pengalaman Menarik Menaiki Langkawi Skycab Menuju Ke Langkawi Skybridge

Perunding Berdaftar Harta Pusaka Islam Hans Legacy Sdn Bhd

Pembangkang Perlu Ketepi Ego Contohi Langkah Ph Meterai Mou Bersama Kabinet Ismail Sabri

A Triple Somersault Wearing A Sarong In C Wealth Games 2026

Indonesia Perkenal Insentif Tingkat Jualan Kereta Elektrik

Penurunan Wall Street Didorong Oleh Sektor Teknologi Dan Kadar Fed

Rawatan Urutan Badan Chiropractic Dan Acupressure Dari Tukang Urut Skudai

Interview Q And A With Ji Chang Wook Asia S Noble Prince



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hero Seorang Cinderella Musim 2 Astro Ria

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 Mesti Tonton

5 Budaya Barat Yang Dah Jadi Ikutan Pasangan Melayu

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Syurga Slot Akasia TV3

5 Fakta Tentang Dragonball Mutiara Naga Yang Anda Perlu Tahu


9 Kelebihan Malam Lailatul Qadar Maksud Doa Tanda Dan Amalan Disertakan

Stoking Ambil Tindakan Tegas Kalimah Allah Amat Suci

Elegant Nostalgia Old Money Bedroom Makeover Ideas

Bufet Ramadan 2024 The Pearl Kuala Lumpur

Kena Pindah Tempat Duduk

Natalia D Sulu Ngelebu Chord