Kandungan Diffenz Junior Sesuai Untuk Kanak Kanak Berumur 12 Tahun Kebawah


 Assalamualaikum..


Nak cari produk terbaik untuk perlindungan anak-anak berumur 12 tahun ke bawah di musim Covid ni? Ha… Ni aku nak kongsikan kat korang semua satu produk makanan tambahan yang sesuai untuk mereka.


Biasanya kalau kanak-kanak yang jenis susah nak makan atau memilih makan ni mak ayah akan belikan vitamin untuk tingkatkan selera makan anak. Diffenz Junior ni fungsinya sama macam vitamin dan boleh tingkatkan selera anak kerana ada kandungan vitamin C dan D. Selain dapat tingkatkan selera anak, Diffenz Junior boleh melindungi daripada jangkitan kuman yang berbahaya serta memberikan nutrisi tambahan untuk bantu anak-anak membesar dengan aktif dan sihat. Lagi-lagi waktu covid sekarang ni.

 

Aku tau ramai mak ayah yang risau kat luar sana nak bawa anak-anak keluar kerana mereka ni masih belum boleh ambil vaksin dan seperti yang kita sedia maklum, kes harian Covid-19 ni tak ada tanda-tanda penurunan dan tak mustahil juga kes akan naik balik macam sebelum ni. Dr Noor Hisyam juga dah bagi amaran mungkin akan ada gelombang ketiga kalau kita tak jaga SOP.

 


 

Dengan Diffenz Junior, sedikit sebanyak ia boleh bantu tingkatkan sistem imun badan kanak-kanak ni untuk elakkan mereka daripada dijangkiti. Dah la tengah musim ramai yang pergi bercuti sekarang ni. Jadi, korang perlulah buat persediaan untuk beri perlindungan kepada anak-anak ni.
 

Jom kita ambil tahu apakah kandungan Diffenz Junior ni.

 

Cendawan Susu Harimau (Lignosus Rhinocerus)




Cendawan ini diiktiraf sebagai Harta Karun Negara dan amat sukar didapati pada masa kini. Menurut cerita orang-orang tua dahulu, nilai cendawan ini sangat mahal kerana ia hanya akan tumbuh daripada titisan susu harimau yang jatuh di lantai hutan. Cendawan jenis eksotik ini amat berkhasiat bagi menguatkan sistem imun daripada jangkitan kuman dan virus. Uniknya cendawan susu harimau ini tak tumbuh secara berjemaah macam cendawan yang lain, sebaliknya ia tumbuh secara bersendirian.

 

Tempoh masa untuk cendawan ni membesar memakan masa bertahun lamanya, menjadikan ia cendawan yang tumbuh di lereng bukit Hutan Khatulistiwa ini sangat ‘rare’ dan susah diperolehi.. Harganya juga boleh mencecah sehingga ribuan ringgit! Cendawan Susu Harimau mula giat dikaji apabila pada tahun 2002, Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia, mengatakan bahawa penyakit batuk kronik yang dialaminya bertahun-tahun dapat diubati dengan cendawan ini. 

 

Sememangnya Cendawan Susu Harimau ini adalah khazanah negara yang sukar didapati dan sangat mahal harganya ya. Jadi, Eskayvie Diffenz Junior ini telah diformulasikan untuk memudahkan anda mendapat khasiat daripada cendawan ini tanpa perlu meredah hutan. 

 

Kebaikan Cendawan Susu Harimau

 

●        Mengatasi masalah resdung, alahan dan ekzema.

●        Melegakan batuk, selesema, radang paru-paru, asma.

●        Menguatkan paru-paru bagi pesakit paru-paru kronik dan perokok tegar. 

●        Menguatkan sistem imun badan daripada jangkitan kuman dan virus.

●      Digunakan secara tradisional untuk merawat symptom masalah yang berkaitan sistem pernafasan seperti batuk kronik, allergi sinus dan asma.

 

Kolostrum

 



Kolostrum ialah susu pertama yang dihasilkan oleh ibu, sama ada manusia mahupun haiwan dalam beberapa hari pertama selepas melahirkan anak. Ia turut dikenali sebagai cecair emas dan amat kaya dengan antibodi dan juga mengandungi pelbagai Faktor Tumbesaran (Growth Factor). Selain itu, ia juga membantu

 

●        meningkatkan sistem imun badan 

●        melindungi daripada jangkitan yang melibatkan sistem pencernaan 

●        kesan anti-mikrob dan anti-virus

●        melindungi daripada jangkitan sistem pernafasan dan cirit birit 

●        menyokong perkembangan dan tumbesaran yang sihat

 

Multivitamin Dan Mineral

 



Multivitamin dan mineral adalah nutrisi yang mengandungi banyak vitamin dan mineral tertentu. Ia bertindak untuk memenuhi jurang pemakanan (kekurangan vitamin atau mineral yang boleh mempengaruhi kesihatan optimum). Masalah kekurangan nutrisi ini biasa terjadi dalam kalangan kanak-kanak yang memilih makan atau picky eater. Multivitamin dan mineral ini dapat membantu,
 

●        melengkapkan keperluan nutrisi

●        menyokong penglihatan 

●        merangsang sistem imun badan (immunomodulatory) 

●        melindungi diri daripada jangkitan 

●        membantu menguatkan otot dan sistem saraf kanak-kanak

●        membantu dalam penghasilan tenaga, dan memelihara kesihatan sistem saraf 

 

Buah Camu - Camu (Myrciaria Dubia)

 



“Digunakan bagi tujuan perubatan oleh penduduk asli Amazon sejak lebih 700 tahun dahulu”

Camu-camu, yang juga dikenali sebagai Myrciaria dubia, adalah buah yang tipikal di rantau Amazon dengan kandungan vitamin C yang tinggi dan mudah diserap, berbanding buah-buahan lain seperti acerola, oren, lemon dan nanas. Banyak kajian mendapati ia mempunyai kandungan Vitamin C hingga 60 kali ganda lebih tinggi daripada buah oren! Disebabkan khasiatnya yang melimpah ruah inilah maka buah camu-camu ini mendapat jolokan SUPERFOOD.

 

Superfood ini turut mengandungi antioksidan seperti polyphenols, carotenoids, flavonoids, anthocyanin, asid gallic dan asid ellagic yang menguatkan lagi sistem imun badan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan merokok! Bukan hanya mengandungi Vitamin C, superfood ini mengandungi banyak mineral yang mampu menguatkan sistem imun badan seperti Zinc, Magnesium dan Manganese.

 

Kebaikan Buah Camu-Camu 

 

●        Menguatkan sistem imun

●        Antioksidan dan anti-radang

●        Melangsingkan badan dan mengurangkan sel lemak

●        Menstabilkan tekanan darah tinggi

●        Merangsang penghasilan kolagen

●        Mengawal gula darah

 

Vitamin D

 



Jika dulu vitamin D sering diwar-warkan untuk fungsi tulang yang kuat. Namun, kini saintis giat mengkaji dan telah menemui 3000 reseptor vitamin D di dalam badan, menyebabkan ia bukan hanya penting untuk tulang tetapi untuk keseluruhan badan. Malah, ia sangat penting di musim pandemik ini kerana membantu meningkatkan lapisan saluran pernafasan.

 

Malah, ada golongan tertentu yang mempunyai risiko kekurangan vitamin ini seperti wanita berhijab, individu yang mempunyai penyakit kronik, kanak-kanak, wanita hamil dan menyusu serta mereka yang berusia 60 tahun ke atas. 

 

Walaupun Malaysia merupakan negara yang mempunyai sinar matahari mencukupi, namun, 67.4% rakyat Malaysia mempunyai masalah kekurangan vitamin ni. Walhal, ia sangat penting untuk mengawal selia sistem imun, membantu kawalan gula darah, kekuatan tulang dan banyak lagi. Sumber utama vitamin D dalam badan adalah daripada matahari, namun ada beberapa faktor lain yang boleh mempengaruhi penyerapan vitamin ini di antaranya termasuklah:

 

Warna kulit yang lebih gelap menyukarkan penyerapan cahaya matahari.
Cahaya matahari perlu kena terus kepada kulit tanpa halangan sunblock, pakaian, kaca, awan mendung dan topi.
 

Hanya 10-20% sumber Vitamin D mampu dicapai daripada sumber makanan dan ini mengakibatkan ramai individu mengalami kekurangan Vitamin D. 

 

Vitamin C

 



Vitamin ini dapat memastikan sistem imun badan bekerja dengan baik. Sudah tentu pengambilan vitamin C ini boleh bantu elak jangkitan virus dan mengurangkan kesan virus terhadap mereka yang dijangkiti.

 

Namun, badan tak mampu menghasilkan Vitamin C atau menyimpannya secara efisien kerana ia adalah vitamin larut air. Ia boleh didapati daripada pengambilan makanan seperti buah-buahan dan sayuran ataupun melalui makanan tambahan yang berasaskan vitamin C.
 

Walaupun pengambilan makanan telah seimbang, tetapi penyerapan vitamin dan nutrisi masih bergantung kepada kadar penyerapan nutrisi tersebut yang mana bukan semua vitamin C daripada makanan akan dapat diserap oleh badan. Pengambilan vitamin C yang mencukupi daripada makanan boleh didapati melalui sekurang-kurangnya 5 hidangan buah segar dan sayuran, dengan syarat, 2 hidangan daripada makanan tadi adalah tinggi dengan vitamin C dan perkara ini agak mustahil untuk sesetengah individu. Situasi ini menjadikan pengambilan suplemen vitamin C amat diperlukan masa kini.

 

Bukan itu sahaja, cara masakan juga menyebabkan vitamin C di dalam sayuran berkurangan sekitar 13-60% menyebabkan semakin ramai yang tidak dapat mendapat bekalan vitamin C yang cukup. Jika kita tidak mengambil vitamin C dengan cukup, anda akan berhadapan dengan masalah seperti gusi berdarah atau skurvi, kulit kering, sakit sendi, mudah dijangkiti penyakit dan luka lambat sembuh.

 

Bagi memastikan sistem imun sentiasa kuat, pengambilan vitamin ini mestilah dalam jumlah yang mencukupi. Vitamin C juga penting untuk merangsang pembentukan kolagen, membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan meningkatkan penyerapan zat besi.

 

Dapatkan Diffenz Junior Untuk Anak-Anak Anda

 

Pengenalan tentang Diffenz Junior oleh Dr Syid 

 

Kalau korang tengok pada bahan-bahan yang ada dalam Diffenz Junior, ia dihasilkan untuk menyokong kesihatan dan memberi perlindungan yang terbaik untuk kanak-kanak serta membantu meningkatkan perkembangan dan tumbesaran mereka.

 

So, kalau anak korang ada resdung, alahan dan eczema, Diffenz Junior ni memang sesuai sangat.

 

Macam mana nak dapatkan Diffenz Junior ni? Mudah je caranya. Korang boleh layari laman web dan media sosial Eskayvie dibawah untuk dapatkan lebih lanjut mengenai Diffenz Junior.

 

Website:  https://diffenzjunior.com/

FB PAGE: Eskayvie Malaysia -  https://www.facebook.com/eskayviemalaysia21official

INSTAGRAM: Eskayvie Malaysia -  https://www.instagram.com/eskayviemalaysia/

 

 

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cinqleafclover.com/2021/11/kandungan-diffenz-junior-sesuai-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Diffenz Junior Bantu Menyokong Tumbesaran Dan Tingkatkan Sistem Imun Kanak Kanak

Diffenz Junior Bantu Menyokong Tumbesaran Dan Tingkatkan Sistem Imun Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 295 hits
Diffenz Junior Bantu Menyokong Tumbesaran Dan Tingkatkan Sistem Imun Kanak Kanak Sekian lama terperap dalam rumah banyak aktiviti tidak dapat dilakukan seperti berkelah di pantai atau pun sungai bermain di padang permainan apatah lagi ke ta...
Tingkatkan Nutrisi Dan Tumbesaran Kanak Kanak Dengan Diffenz Junior

Tingkatkan Nutrisi Dan Tumbesaran Kanak Kanak Dengan Diffenz Junior

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 346 hits
Tingkatkan Nutrisi dan Tumbesaran kanak kanak dengan Diffenz Junior Nutrisi yang lengkap dan pemakanan yang seimbang amat penting bagi kanak kanak yang sedang membesar Zaman sekarang ni tidak semua ibu bapa berjaya membentuk corak pemakanan...
Diffenz Junior Bantu Sokong Tumbesaran Dan Perlindungan Terbaik Untuk Kanak Kanak

Diffenz Junior Bantu Sokong Tumbesaran Dan Perlindungan Terbaik Untuk Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 275 hits
Pandemik Covid 19 telah menyebabkan ramai yang terjejas berikutan pelbagai sekatan dan undang undang yang dikuatkuasakan oleh kerajaan bagi mengelakkan penularan wabak tersebut dari terus menular ke tahap yang lebih membimbangkan Antara yan...
Tips Penjagaan Kesihatan Kanak Kanak Norma Baharu Dengan Eskayvie Diffenz Junior

Tips Penjagaan Kesihatan Kanak Kanak Norma Baharu Dengan Eskayvie Diffenz Junior

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 548 hits
Walaupun ana tidak lagi punyai anak kecil yang bersekolah namun sering kali menerima chat dari adik dan sepupu yang bertanyakan pendapat tentang dilema mereka apabila sesi persekolahan mula dibuka semula selepas hampir setahun menjalani pem...
Ikhtiar Perlindungan Untuk Kanak Kanak Dengan Eskayvie Diffenz Junior Tiada Ada Penyakit Tiada Penawar

Ikhtiar Perlindungan Untuk Kanak Kanak Dengan Eskayvie Diffenz Junior Tiada Ada Penyakit Tiada Penawar

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 233 hits
Ikhtiar Perlindungan Untuk Kanak Kanak Dengan Eskayvie Diffenz Junior Tidak Ada Penyakit Tiada Penawar Assalamualaikum Kebanyakkan negeri kini telah pun masuk ke Pelan Pemulihan Negara Fasa ke 4 di mana banyak sektor sosial dan ekonomi tela...
Kanak Kanak Lebih Sihat Dan Aktif Dengan Diffenz Junior

Kanak Kanak Lebih Sihat Dan Aktif Dengan Diffenz Junior

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 261 hits
Pernah tak korang menghadapi situasi dimana anak korang sukar untuk makan K fiezz yakin sebahagian besar dari kita mempunyai masalah ini betul tak Tahukah korang kanak kanak yang susah nak makan ni berkemungkinan tidak akan dapat nutrisi ya...
Lakaran Ala Pro Jika Digilap Karya Kanak Kanak 11 Tahun Ini Ada Potensi Ke Pentas Fesyen Dunia

Lakaran Ala Pro Jika Digilap Karya Kanak Kanak 11 Tahun Ini Ada Potensi Ke Pentas Fesyen Dunia

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 247 hits
WALAUPUN baharu berusia 11 tahun kanak kanak ini memiliki bakat luar biasa dalam menghasilkan lakaran pakaian persis pereka fesyen terkemuka Muhammad Dailami Hail Mohd Nurullail cukup meminati bidang rekaan fesyen malah lakaran yang dihasil...
Original Ayam Ketul Ayaq Milo Vide0 Kanak Kanak Cvri Perhatian Baru 3 Tahun Dah Pandai Order Kfc

Original Ayam Ketul Ayaq Milo Vide0 Kanak Kanak Cvri Perhatian Baru 3 Tahun Dah Pandai Order Kfc

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 285 hits
Melihat keletah dan fasihnya si anak ketika berkata kata seawal usia tiga tahun sememangnya sesuatu yang para ibu bapa nantikan Pandai order KFCMenerusi video yang dimuat naik oleh seorang wanita di TikTok dikenali sebagai Rose memaparkan s...
10 Pencipta Kandungan Youtube Kategori Breakout Paling Popular Di Malaysia Tahun 2021

10 Pencipta Kandungan Youtube Kategori Breakout Paling Popular Di Malaysia Tahun 2021

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 378 hits
Pencipta kandungan paling popular di Malaysia Kandungan breakout membawa maksud kandungan yang dihasilkan itu popular Dalam kategori ini sekali lagi berada di tangga pertama Mungkin kerana kandungan video yang dihasilkan kebanyakannya ada u...
Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

How To Survive Thanksgiving Travel

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Bagi Yang Tak Faham Matematik Pengiraan Perjalanan Pmx

Lokman Adam Jawab Hilman Berhubung Pembiayaan Swasta Semasa Lawatan Pm Ke Luar Negara

The American Society Of Cinematographers Over And Above The Frame Casin

Hoya Pro1 Uv Filter

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu