Tingkatkan Nutrisi Dan Tumbesaran Kanak Kanak Dengan Diffenz Junior


Tingkatkan Nutrisi dan Tumbesaran kanak-kanak dengan Diffenz Junior | Nutrisi yang lengkap dan pemakanan yang seimbang amat penting bagi kanak-kanak yang sedang membesar. Zaman sekarang ni tidak semua ibu bapa berjaya membentuk corak pemakanan yang sihat untuk anak mereka lebih-lebih lagi ketika negara dan seluruh dunia dilanda Pandemik Covid-19.
Satu kajian yang dibuat mendapati berlaku peningkatan kadar obesiti yang membimbangkan di kalangan kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun. Mereka mengalami kenaikan berat badan purata 2.3 kg semasa pandemik di mana anak-anak tidak dapat bermain diluar dan pergerakan mereka terbatas hanya di dalam rumah sahaja. 

Jadi, ini mengakibatkan mereka kurang aktif kerana hanya dihidangkan dengan gajet dan siaran TV sahaja di rumah. Fasa kanak-kanak amat penting dan perlu diberi perhatian khusus oleh ibu bapa. Ini kerana apa saja yang diserap dan berlaku di sekeliling kita akan mempengaruhi kehidupan mereka pada masa akan datang. Dua elemen penting yang perlu diberi perhatian dalam zaman kanak-kanak adalah tumbesaran dan perkembangan mereka.
Di luar pengatahuan sebilangan kita, kadar kebantutan dalam kalangan kanak-kanak negara ini berada pada 20.7 peratus iaitu lebih tinggi daripada kadar 7.4 peratus berbanding di Tebing Barat dan Gaza yang dibelenggu konflik keganasan.
Kanak-kanak di Malaysia juga berhadapan dengan peningkatan risiko obesiti akibat kurang aktif dan pengambilan makanan yang tidak sihat di rumah akibat pandemik Covid-19 yang melanda. Tiada lagi keterujaan dan kebebasan bermain, berlari dan bergerak aktif bersama kawan-kawan demi memenuhi tuntutan norma baharu. 

Keadaan ini menyebabkan daya ketahanan tubuh dan tumbesaran mereka terganggu. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), masalah kebantutan bukan semata-mata berkaitan masalah ketinggian, tetapi ia juga satu petanda kesihatan berpunca daripada malnutrisi (kekurangan nutrisi), jangkitan berulang kali dan kurang stimulasi psikososial.
Dalam jangka masa pendek, kebantutan boleh meningkatkan risiko kematian dan morbiditi (berpenyakit). Daya pertahanan tubuh yang kuat juga sangat penting dan salah satu caranya adalah dengan memastikan kita mendapat sumber vitamin dan mineral yang lengkap.
Vitamin ditemui dalam kebanyakan makanan yang diambil setiap hari. Jadi, amat penting untuk ibu bapa menggalakkan pengambilan sayuran hijau dan buah-buahan dalam diet bayi mereka. Pun begitu, agak sukar untuk tubuh mendapatkan keperluan mikronutrien, disebabkan kualiti makanan berkurangan kerana proses penanaman (racun perosak, baja), pembungkusan, pengangkutan, simpanan atau pencucian berlebihan serta cara masakan.

Pengenalan tentang Diffenz Junior oleh Dr Syid
Dr Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri, doktor perubatan dan pakar formulasi yakin peranan makanan tambahan atau suplemen amat penting untuk membekalkan sumber-sumber nutrisi yang tidak cukup ini dengan lebih mudah dan cepat. Beliau juga percaya pengambilan suplemen tidak boleh dipandang remeh terutamanya di kalangan kanak-kanak

Ada pendapat yang mengatakan cukup sekadar mengamalkan pemakanan yang seimbang dan semulajadi. Manakala sebarang pengambilan suplemen atau vitamin hanya akan menghasilkan air kencing yang mahal apabila ia dikumuhkan

Namun begitu, pendapat ini mungkin benar jika dunia kita bebas daripada pencemaran; sentiasa mengamalkan pemakanan yang sihat; makanan yang diambil adalah segar dan bebas daripada pencemaran terpaksa seperti kandungan raksa daripada ikan dan kandungan racun serangga daripada sayuran dan buahan; usia yang masih muda di mana semua fungsi sistem dan organ badan masih tip-top; memiliki sistem imun yang tiada cacat cela termasuk penghasilan antioksidan semulajadi yang tidak semakin menurun dengan usia; dan kita menjalani gaya hidup sihat yang optima tanpa stres.  
Semua itu sebenarnya agak sukar untuk direalisasikan dalam kehidupan sebenar terutamanya di zaman moden ini yang terlalu banyak pendedahan diri terhadap makanan terproses (junkfood), pencemaran yang berleluasa, stres kehidupan, pola hidup yang kurang aktif serta pelbagai faktor lain yang sememangnya tidak menjayakan model kehidupan amalan gaya hidup sihat.  

Melalui revolusi dunia sains, Eskayvie Diffenz Junior telah mengenengahkan 6 bahan utama iaitu Multivitamin & Mineral, Kolostrum, Cendawan Susu Harimau, Vitamin C, Vitamin D dan buah Camu-Camu

Gabungan bahan ini sudah tentu memudahkan para pengguna untuk mendapat kebaikan enam bahan dengan bukan hanya mudah tetapi murah

Cuba bayangkan jika anda mengambil 6 jenis suplemen, pasti harganya akan mencecah RM400 dan ke atas, tetapi Eskayvie Diffenz Junior menyediakan anda pilihan yang lebih berpatutan dengan hanya RM60 bagi satu botol

Cendawan Susu Harimau

Nutrisi daripada Cendawan Susu Harimau semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia kerana ia mengandungi khasiat yang boleh menyembuhkan masalah kesihatan berkaitan sistem pernafasan seperti batuk kronik, asma, resdung, demam dan selsema. Cendawan ini didapati hanya tumbuh di kawasan hutan tebal tertentu terutama Banjaran Titiwangsa dan mempunyai keunikan tersendiri sehingga menyebabkan usaha mencarinya menjadi sangat sukar

Ramai penyelidik yang membuat kajian mengenai kebaikan cendawan herba itu, mengakui ia tumbuh di bawah tanah dan hanya payungnya sahaja akan keluar ke permukaan bumi. Cendawan Susu Harimau dikatakan hampir pupus dan hanya boleh didapati di kawasan tertentu yang bersuhu lembab dan sejuk. 
Namun kini, dengan kemajuan sains dan teknologi, penghasilan Cendawan Susu Harimau telah dikultur dan dikomersialkan untuk memudahkan lebih ramai mendapat kebaikannya. Malah, kajian mendapati Cendawan Susu Harimau yang dikulturkan mempunyai kandungan nutrisi yang lebih tinggi berbanding yang tumbuh meliar

Multivitamin Dan Mineral

Berdasarkan Kajian Pemakanan Kanak-Kanak Malaysia (SEANUTS Malaysia), didapati bahawa secara purata kanak-kanak Malaysia berusia 1-6 tahun masing-masing hanya makan 0.91 dan 1.07 sajian buah dan sayur setiap hari. Ini kurang daripada separuh jumlah yang disyorkan oleh Garis Panduan Diet Malaysia untuk Kanak-kanak dan Remaja (2013)

Terdapat jurang yang jelas di antara jumlah yang anak-anak kita makan dan jumlah yang mereka perlukan. Justeru, pengambilan multivitamin dan mineral yang terdiri daripada vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B3, vitamin B5, vitamin B6, vitamin B7, vitamin B9, vitamin B12, vitamin D3, kalsium, iodine, zat besi, magnesium, fosforus, selenium dan zink sangat penting untuk memenuhi keperluan nutrisi yang diperlukan bagi tumbesaran terutamanya bagi kanak-kanak yang ‘picky eater’

Kolostrum

Anak-anak dilahirkan dengan daya tahan yang rendah kerana sistem imun masih belum berkembang. Setiap kali jatuh sakit, badan akan membina antibodi terhadap kuman tersebut. Cara lebih efektif untuk menguatkan sistem imun dan antibodi kanak-kanak adalah dengan pengambilan kolostrum

Kolostrum atau turut dikenali sebagai cecair emas dikaji dapat meningkatkan sistem imun dan menyokong tumbesaran sihat di kalangan kanak-kanak. Kolostrum adalah susu pertama yang dihasilkan oleh ibu, sama ada manusia mahupun haiwan dalam beberapa hari pertama selepas melahirkan anak. Ia amat kaya dengan antibodi dan juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor)

Di antara kandungan terpenting kolostrum adalah sejenis protein yang dinamakan Sekretori Imunoglobulin A (SIgA). Immunoglobulin adalah sejenis protein yang berfungsi sebagai antibodi di dalam badan manusia. Ia digunakan di dalam sistem pertahanan tubuh badan untuk mengenalpasti dan meneutralkan objek asing seperti bakteria dan virus. Para saintis sudah membuktikan bahawa antibodi jenis SIgA dapat melawan pelbagai jenis bakteria, terutamanya bakteria yang berasal dari sistem usus kanak-kanak

Korang yang ada anak berumur 4 hingga 12 tahun tu, aku rekemen sangat untuk dapatkan Diffenz Junior ni. Sekurang-kurangnya anak-anak kecil ini boleh dapat nutrisi tambahan dan perlindungan yang terbaik kepada mereka untuk terhindar dari jangkitan kuman dan virus berbahaya di luar sana


Moga dengan perkongsian yang sedikit ini dapat membantu korang memberikan perlindungan yang terbaik untuk anak-anak. Mencegah kan lebih baik daripada merawat. Perlu ingat ye, kalau anak-anak ni sakit kita juga yang susah hati nanti

Ok lah. Kalau korang berminat nak dapatkan Diffenz Junior ni korang boleh layari laman web dan media sosial Eskayvie dibawah

👉 Website : https://diffenzjunior.com👉 Facebook Page : Eskayvie Malaysia 👉 Instagram : Eskayvie Malaysia






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.leaazleeya.com/2021/11/tingkatkan-nutrisi-dan-tumbesaran-kanak-kanak-dengan-diffenz.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Diffenz Junior Bantu Sokong Tumbesaran Dan Perlindungan Terbaik Untuk Kanak Kanak

Diffenz Junior Bantu Sokong Tumbesaran Dan Perlindungan Terbaik Untuk Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 281 hits
Pandemik Covid 19 telah menyebabkan ramai yang terjejas berikutan pelbagai sekatan dan undang undang yang dikuatkuasakan oleh kerajaan bagi mengelakkan penularan wabak tersebut dari terus menular ke tahap yang lebih membimbangkan Antara yan...
Ikhtiar Perlindungan Untuk Kanak Kanak Dengan Eskayvie Diffenz Junior Tiada Ada Penyakit Tiada Penawar

Ikhtiar Perlindungan Untuk Kanak Kanak Dengan Eskayvie Diffenz Junior Tiada Ada Penyakit Tiada Penawar

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 241 hits
Ikhtiar Perlindungan Untuk Kanak Kanak Dengan Eskayvie Diffenz Junior Tidak Ada Penyakit Tiada Penawar Assalamualaikum Kebanyakkan negeri kini telah pun masuk ke Pelan Pemulihan Negara Fasa ke 4 di mana banyak sektor sosial dan ekonomi tela...
Tingkatkan Imun Badan Anak Anda Dengan Eskayvie Diffenz Junior

Tingkatkan Imun Badan Anak Anda Dengan Eskayvie Diffenz Junior

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 306 hits
Assalamualaikum hai semua Kali nie Kak Sue nak kongsi satu produk yang memang bagus untuk tingkatkan sistem pertahanan badan anak anak korang Lagi lagi ketika kita dah bebas kemana mana sekarang ni Seperti yang kita semua tahu kita dah perl...
Eskayvie Diffenz Junior Perlindungan Untuk Kanak Kanak

Eskayvie Diffenz Junior Perlindungan Untuk Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 380 hits
Salam to all readers Eskayvie Diffenz Junior Perlindungan Untuk Kanak Kanak Bercakap pasal perlindungan buat masa ni memang penting untuk kita menekankan aspek perlindungan diri dari segi tingkatkan sistem pertahanan badan dan kebersihan ag...
Increase Your Child S Immune System And Growth With Diffenz Junior

Increase Your Child S Immune System And Growth With Diffenz Junior

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 310 hits
Increase Your Child s Immune System and Growth with Diffenz Junior Looking at my nephews and nieces their happy faces reminded me of those years when nothing really matters except for time to meet with friends and playtime Oh Not forgetting...
Kerusi Keselamatan Kanak Kanak Atau Carseat Suamiku Tidak Setuju

Kerusi Keselamatan Kanak Kanak Atau Carseat Suamiku Tidak Setuju

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 178 hits
Assaalammualaikum Semoga semuanya sihat selalu jika ada yang masih belum sihat didoakan akan diberikan kesembuhan inshaAllah kerusi keselamatan kanak kanak antara keperluan atau sekadar trend semasa di sini aku nak kongsikan kisah dan penga...
Makanan Kegemaran Kanak Kanak Di Kemboja

Makanan Kegemaran Kanak Kanak Di Kemboja

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 155 hits
Kesian aku tengok kehidupan kanak kanak miskin di Kemboja apa saja haiwan serangga berbisa menjadi snek kegemaran mereka sadis p s mereka sanggup melakukan apa apa saja untuk mengalas perut
Keadaan Kanak Kanak Amerika Pada Abad 19

Keadaan Kanak Kanak Amerika Pada Abad 19

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 143 hits
Pada awal abad ke 19 memang waktu yang sukar bagi penduduk Amerika Dilanda kemelesetan ekonomi akibat perang memaksa kanak kanak menjadi buruh kasar pada usia muda Jurang kehidupan antara yang kaya dan miskin jelas kelihatan
Keadaan Kanak Kanak Amerika Pada Abad 19

Keadaan Kanak Kanak Amerika Pada Abad 19

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 140 hits
Pada awal abad ke 19 memang waktu yang sukar bagi penduduk Amerika Dilanda kemelesetan ekonomi akibat perang memaksa kanak kanak menjadi buruh kasar pada usia muda Jurang kehidupan antara yang kaya dan miskin jelas kelihatan
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025