Didik Anak Nilai Murni Dengan Surah Al Fatihah Cukup Sempurna Untuk Bentuk Akhlak Terbaik


Kebaikan ayat-ayat Al Quran tidak dapat dinafikan. Setiap satu darinya mempunyai manfaat tersendiri dan boleh diguna pakai dalam kehidupan seharian. Begitu juga ketika kita mahu mendidik anak-anak. Boleh guna ayat-ayat Al Quran untuk menceritakan tentang nilai-nilai murni kepada mereka.
Salah satu surah yang boleh kita jadikan rujukan untuk mengajar anak adalah Al Fatihah. Ayat-ayat di dalam surah ini cukup sempurna untuk mendidik mereka.

Ikuti perkongsian dari Ustazah Nazifatunnisa Salim ini.
Allah ajar kita dalam surah Al Fatihah cara-cara mendidik anak. Sempurna. Cuma perlu ikut sahaja ‘manual’ yang Allah beri.
* Ajar anak mentauhidkan Allah
* Ajar anak bersyukur
* Ajar anak bersifat Rahman dan Rahim
* Ajar anak hakikat apa yang ada itu tidaklah kekal milik kita
* Hanya Allah yang disembah dan Allah sahaja yang memberi pertolongan
* Ajar anak cara berdoa iaitu paling utama minta Allah tunjuki jalan yang lurus iaitu jalan orang yang Allah kasih, reda dan beri nikmat. Bukan jalan orang yang Allah murka (marah).

1. Biismillah. Orang yang merasa bertuhan tidak akan berani berbuat kesalahan.
Pertama sekali, perlu ajar anak ilmu ketauhidan. Bahawa Allah itu ada sebagai Tuhan. Segala perlakuan kita adalah dengan izin dan rahmat kasih sayang Allah. Mereka yang melakukan segala perbuatan dengan menyedari bahawa Allah Maha Melihat tidak mungkin melakukan kesalahan.
Tetapi sebelum itu kita sebagai ibu bapa perlulah menghayati terlebih dahulu rasa bertuhan. Barulah ilmu itu akan mudah mengalir kepada anak melalui perbuatan dan tauladan.

2. Alhamdulillah, kita bersyukur dengan nikmat Allah. Ajarkan anak bersyukur.
Anak-anak itu anugerah yang wajib kita syukuri. Mereka adalah hadiah yang paling sempurna Allah berikan kepada kita. Tidak ada ibu bapa yang sengaja ‘merosakkan’ akhlak anak dan pastinya kita mahu yang terbaik untuk anak.
Ajarkan juga anak untuk bersyukur, ucapkan terima kasih kepada Allah. Supaya mereka tahu, segala nikmat dan kebahagiaan yang ada semuanya adalah milik dan pemberian Allah.
Artikel Lain: [Anak Buat Hal, Jangan Terus Marah. Sebenarnya Dia Frust, Tak Cukup Perhatian Mak Ayah!]
3. Rahman Rahim. Ajarkan siapa Allah itu yang bersifat Rahman dan Rahim.
Penekanan Rahman dan Rahim juga adalah penting dalam kita mendidik anak. Mana mungkin kita dapat mendidik dengan baik jika kita sendiri sebagai ibu bapa tidak memiliki sifat Rahman dan Rahim.
Dengan Sifat Rahman dan Rahim Allah maka kita dapat hidup dengan baik dan gembira di dunia ini. Dengan sifat Rahman dan Rahim Allah maka kita diberi nikmat yang banyak. Anak kita jika ditanam sifat pengasih dan penyayang, maka akan membesarlah mereka menjadi manusia yang baik akhlaknya, bertoleransi, mulia hatinya dan punya empati yang tinggi.
4. Suatu hari nanti akan ada penamat kita iaitu hari kematian. “Maliki yaumiddin”. Kuasa Allah sahaja yg mampu mewujudkan “Yaumiddin” Hari Pengakhiran, Hari Pembalasan.
Fahamkan pada anak bahawa semua yang kita ada tidaklah kekal selamanya. Akan hilang dan pergi jua bila sampai masa. Jika anak faham akan hakikat itu, mereka juga perlu diajar tentang mengurus emosi bahawa setiap perkara itu juga berlaku dengan hikmah. Hikmah yang ditentukan oleh Malik (raja) bersifat Rahman dan Rahim.
Ajarkan kepada anak juga mengenai Hari Pembalasan iaitu hakikat Syurga dan Neraka.

5. Setelah kita ajarkan pada anak bahawa Allah sahaja selayaknya disembah (iyyaka na’budu) maka ajarlah anak-anak minta pertolongan dari Allah (iyyaka nastaeen).
Nescaya sekiranya kita menjadi mu’min yang beramal soleh taat pada Allah, apa sahaja permintaan (doa) kita akan Allah kabulkan.
Surah ini juga mengajar kita bahawa dalam mendidik anak kita perlu ajar anak hakikat bahawa “buatlah kebaikan, Allah akan tolong orang yang selalu buat kebaikan”.
6. Dan Allah ajar apa yg perlu kita minta utama sekali adalah (ihdinas sirat al mustaqeem). Tunjukilah kami jalan yang lurus. Jalan yang Allah rahmat, jalan yang Allah redha. Perlu ajar anak sentiasa doa pada Allah agar dipelihara hidup.
7. ( Sirat al lazeena anamta alaihim ghairil maghdubi’ alaihim waladaaleen)
Dan mintalah segala kebaikan sebagaimana umat terdahulu yang Allah beri nikmat bukan jalan orang terdahulu yang Allah laknat.
InsyaAllah jika semua manual ini diikuti dalam kita mendidik anak, kitalah ibu bapa yang akan berbahagia bukan sahaja di bumi tetapi juga di Syurga Allah.
Kan mahu masuk Syurga sekeluarga.
Semoga Bermanfaat.
Nazifatunnisa Salim.
Artikel Lain: [Tak Ada Niat Nak Marahkan Anak, Tapi Terlepas Juga. Dalam Diam, Dia Kecil Hati Dengan Kita!]
Semoga perkongsian ini dapat membantu ibu ayah dalam mendidik anak-anak menjadi individu yang terbaik. Dalam surah Al Fatihah ternyata banyak manfaat yang boleh kita jadikan rujukan dan jadikan contoh semasa membesarkan mereka. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
The post Didik Anak Nilai Murni Dengan Surah Al Fatihah. Cukup Sempurna Untuk Bentuk Akhlak Terbaik appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/didik-anak-nilai-murni-dengan-surah-al-fatihah-cukup-sempurna-untuk-bentuk-akhlak-terbaik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukan Nak Jadi Sempurna Tapi Bab Didik Anak Anak Mak Ayah Jangan Mudah Melatah Mula Dari Awal Untuk Pelajaran Terbaik

Bukan Nak Jadi Sempurna Tapi Bab Didik Anak Anak Mak Ayah Jangan Mudah Melatah Mula Dari Awal Untuk Pelajaran Terbaik

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 381 hits
Menjadi ibu bapa bukan satu tugas yang mudah Bermula dari dalam kandungan seterusnya melahirkan dan membesarkan pelbagai cabaran dan dugaan perlu ditempuhi Bila dah ada anak setiap hari ada sahaja benda yang kita akan belajar dan itu semua ...
Isteri Tunggu Hari Nak Bersalin Saharul Ridzwan Kongsi Surah Pilihan Untuk Persiapan Sambut Anak Bakal Lahir

Isteri Tunggu Hari Nak Bersalin Saharul Ridzwan Kongsi Surah Pilihan Untuk Persiapan Sambut Anak Bakal Lahir

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 412 hits
Kelahiran bayi baru pastinya menjadi saat yang ditunggu tunggu oleh setiap pasangan Seperti juga pelakon Saharul Ridzwan dan isteri tercinta Qaabila Deena Amir yang menghitung hari menantikan kelahiran cahaya mata kedua mereka Dalam hantara...
Waktu Makan Sebenarnya Masa Terbaik Anak Belajar Kita Tengok Muka Dia Jangan Hulur Gajet

Waktu Makan Sebenarnya Masa Terbaik Anak Belajar Kita Tengok Muka Dia Jangan Hulur Gajet

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 389 hits
Sesetengah ibu ayah mengalami kesukaran bila ajak anak makan Anak anak menolak untuk makan atau suka bermain waktu makan Bagi memudahkan kita memujuk anak anak untuk fokus makan dan tidak bermain main kita hulurkan gajet pada mereka Dalam p...
Anak Buat Hal Jangan Terus Marah Sebenarnya Dia Frust Tak Cukup Perhatian Mak Ayah

Anak Buat Hal Jangan Terus Marah Sebenarnya Dia Frust Tak Cukup Perhatian Mak Ayah

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 338 hits
Seawal usia dua tahun anak anak sudah mula faham dengan persekitaran mereka Biasanya pada usia begini mereka banyak ragam dan kerap tantrum jika tidak dikawal Adalah normal untuk anak anak menjerit berkelakuan agresif meniru gaya dan sebaga...
Dari Kecil Ditatang Cukup Umur 17 Tahun Allah Jemput Pulang Shaliza Aziz Reda Pemergian Anak Leukemia

Dari Kecil Ditatang Cukup Umur 17 Tahun Allah Jemput Pulang Shaliza Aziz Reda Pemergian Anak Leukemia

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 359 hits
Ketika semua ibu bapa mengharapkan anak anak untuk menguruskan jenazah mereka takdir pula berkata sebaliknya Bayangkan anak kecil yang pernah riang ditimang kini dewasa menunggu kita untuk dikafankan Kehilangan anak sulung yang menjadi hara...
Ikut Lathi Challenge Didik Nini Thowok Banjir Pujian Tak Lupa Ia Menitipkan Pesan Untuk Anak Muda

Ikut Lathi Challenge Didik Nini Thowok Banjir Pujian Tak Lupa Ia Menitipkan Pesan Untuk Anak Muda

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 290 hits
Walaupun seorang maestro Eyang Didik ternyata sampai belajar serius sebelum bikin challenge ini Dia sedih karena banyak pemahaman keliru seputar kebudayaan Jawa
Sekolah Dibuka 2 Siswa Kena Corona Guru Dan Anak Didik Seketika Dipulangkan

Sekolah Dibuka 2 Siswa Kena Corona Guru Dan Anak Didik Seketika Dipulangkan

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 305 hits
Pertengahan bulan Juni 2020 ini dimulai Penerimaan Peserta Didik Baru atau PPDB untuk SD SMP SMA di berbagai kota Indonesia termasuk Jakarta Solo Bandung Surabaya Medan Makassar Medan Semarang Yogyakarta dan seluruh Indonesia Di media sosia...
Cara Didik Anak Supaya Rajin Solat

Cara Didik Anak Supaya Rajin Solat

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 440 hits
Cara didik anak rajin solat 5 waktu Malam tadi layan cerita Door to Door Ebit Liew kat astro Prima tak silap Ustaz jalan jalan tengah malam jumpa anak anak muda beri peringatan tentang solat Rajin betul ustaz ni berkali kali ustaz kata jang...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Worldcoin Dan Ai

Sampul Duit Raya Menghargai Tradisi Dan Budaya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi

Goatbet678

Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2