Anak Buat Hal Jangan Terus Marah Sebenarnya Dia Frust Tak Cukup Perhatian Mak Ayah


Seawal usia dua tahun, anak-anak sudah mula faham dengan persekitaran mereka. Biasanya pada usia begini mereka banyak ragam dan kerap tantrum jika tidak dikawal. Adalah normal untuk anak-anak, menjerit, berkelakuan agresif, meniru gaya dan sebagainya pada usia ini.
Identiti mereka juga terbentuk sekitar usia begini. Sebagai ibu ayah, kita harus lebih peka dengan karakter anak-anak. Penulis Ilmu Keibubapaan & Psikologi Kanak-Kanak, Ummu Aminah ada berkongsi tentang cara yang boleh ibu ayah boleh buat untuk mengatasi karakter pelik anak-anak.

ATASI KARAKTER PELIK ANAK?
Yelling, shouting, screaming, aggressive, high-tempered, disaster, mocking, vandalism.
Identiti kanak-kanak mula terbentuk seawal usia 2 tahun. Fasa ini amat mencabar untuk memastikan kanak-kanak itu mengalami perkembangan yang stabil dari segala sudut.
Pada fasa early stage, kanak-kanak sudah mula memahami situasi dan keadaan sekeliling namun mereka tidak mempunyai keupayaan dalam menceritakan kefahaman mereka kerana peringkat ini perkembangan bahasa tidak berlaku secara menyeluruh. Malah ianya berperingkat.
Namun kanak-kanak sudah pun membentuk identiti mereka tersendiri setelah mind menjadi complex. (Mind complex – 2 yo) Setiap karakter yang terbentuk berbeza-beza menurut pengalaman awal dan parenting yang diberikan.

Bagaimana mengatasi karakter pelik kanak-kanak yang pastinya bersifat negatif?
1. Sediakan persekitaran yang tenteram, bersih dan teratur supaya kanak-kanak dapat menjiwai watak sekeliling dengan cara yang positif. Persekitaran yang kotor atau tidak teratur akan memberi kesan refleksi pada jiwa kanak-kanak berasa kusut, rimas dan tidak selesa.
2. Hubungan ibu bapa yang sentiasa menunjukkan keserasian atau toleransi. Kanak-kanak pada peringkat awal usia dapat membezakan tingkahlaku ibu bapa samada relevan atau pun tidak. Meskipun ibu bapa berpura-pura tetapi tahap minda kanak-kanak telah dapat memproses dengan baik apa yang mereka lihat.

3. Sentiasa menggunakan kata-kata yang baik, perkataan yang sesuai dan membina. Jangan sesekali mengucapkan kata kesat atau cacian di hadapan kanak-kanak. Ataupun terhadap pasangan. Perkataan dan ucapan akan memberi kesinambungan pada cognitif mereka bahawa percakapan yang buruk akan bergerak seiring dengan kelakuan yang buruk.
Artikel Lain: [Kalau Anda Sedih, Anak Juga Rasa Sedih. Sebab Itu Ibu Bapa Kena Bijak Kawal Emosi]
4. Kerap memberi sentuhan selamat kepada kanak-kanak agar mereka rasa dilindungi dan dihargai setiap masa. Pelukan dan ciuman adalah terapi emosi yang sedang berkecamuk. Sentuhan kasih sayang jika disulam dengan kata-kata indah akan meninggalkan memori manis pada jiwa mereka. Hal ini membantu kanak-kanak untuk tidak menjadi seorang yang baran, pemarah, dendam dan benci.
5. Two-ways communication amat penting pada diri kanak-kanak. Berilah perhatian apabila kanak-kanak sedang cuba untuk bercerita atau explain sesuatu perkara dalam bahasa ‘babbling’ mereka. Walaupun sukar difahami namun pada tafsiran kanak-kanak, suara dan pendapat mereka sentiasa didengari dan diterima oleh ibu bapa. Jangan lali untuk beri respon terhadap perbualan kanak-kanak.

6. Outdoor dan riadah amat disukai kanak-kanak. Cth: taman rekreasi atau playground. Namun kebanyakan ibu bapa hanya membiarkan anak mereka bermain sendiri. Perkara ini mungkin ia nampak kecil namun besar pada pengharapan kanak-kanak. Peganglah tangan anak anda dan jalan seiring mengelilingi taman bersama-sama. Layanlah jiwa kecil mereka semampunya untuk hadirkan pelangi indah. Gunakan ruang ini untuk memberi nasihat atau input yang membina. Minda yang berada di aras tenang akan lebih cepat memproses maklumat.
7. Ego. Apabila berhadapan dengan anak yang bermasalah atau disorder janganlah mencampur aduk sisi ego dan emosi dewasa ibu bapa. Masalah rumah tangga, tempat kerja, dan sebagainya harus diketepikan. Jika ibu bapa yang stress dan ego akan terus memukul serta memarahi anak, pada mereka mengapa anak tidak boleh behave dengan baik dan faham kondisi mereka yang penat? Anda yang dewasa tidak memahami jiwa kanak-kanak lalu bagaimana kanak-kanak mampu memahami kondisi anda!?
Artikel Lain: [Jangan Suka-Suka Salin Baju, Tanggal Seluar Depan Anak. Khuatir Itu Yang Dia Suka Tengok!]

8. Rujuk doktor pakar psikologi kanak-kanak jika anak berterusan memiliki sifat ganas. Jangan malu dengan kelemahan anak kerana tindakan awal ibu bapa akan menentukan masa hadapan mereka. Jika berlarutan perkara ini akan sukar dibendung. Doktor pakar psikologi kanak-kanak pastinya lebih arif dalam mengendalikan assessment dan terapi yang bersesuaian untuk membaik pulih karakter anak.
The post Anak Buat Hal, Jangan Terus Marah. Sebenarnya Dia Frust, Tak Cukup Perhatian Mak Ayah! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-buat-hal-jangan-terus-marah-sebenarnya-dia-frust-mak-ayah-tak-pedulikan-dia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukan Nak Jadi Sempurna Tapi Bab Didik Anak Anak Mak Ayah Jangan Mudah Melatah Mula Dari Awal Untuk Pelajaran Terbaik

Bukan Nak Jadi Sempurna Tapi Bab Didik Anak Anak Mak Ayah Jangan Mudah Melatah Mula Dari Awal Untuk Pelajaran Terbaik

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 381 hits
Menjadi ibu bapa bukan satu tugas yang mudah Bermula dari dalam kandungan seterusnya melahirkan dan membesarkan pelbagai cabaran dan dugaan perlu ditempuhi Bila dah ada anak setiap hari ada sahaja benda yang kita akan belajar dan itu semua ...
Sop Ketat Kami Jaga Sebaiknya Demi Pastikan Anak Anak Di Taska Selamat Mak Ayah Jangan Bimbang

Sop Ketat Kami Jaga Sebaiknya Demi Pastikan Anak Anak Di Taska Selamat Mak Ayah Jangan Bimbang

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 406 hits
Keputusan kerajaan untuk membuka semula Taska demi memastikan ibu bapa dapat kembali bekerja sepenuhnya bukanlah satu keputusan yang mudah dilakukan Namun demi memastikan ibu bapa dapat bekerja dengan tenang tanpa memikirkan keselamatan ana...
Anak Buat Kejutan Harijadi Untuk Mak Ayah Istimewa Rider Sebak Tolong Bacakan Kad Ucapan

Anak Buat Kejutan Harijadi Untuk Mak Ayah Istimewa Rider Sebak Tolong Bacakan Kad Ucapan

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 610 hits
Walau sebesar mana pun kebaikan yang kita lakukan tiada apa yang mampu membalas jasa ibu ayah yang telah bergolok gadai korbankan segalanya untuk kita Semuanya tidak setanding dengan pengorbanan mereka membesarkan kita sehingga kita hidup s...
Mak Mentua Selalu Panggil Anak Dengan Panggilan Yang Baik Baik Walaupun Marah Akhirnya Anak Jadi Berjaya

Mak Mentua Selalu Panggil Anak Dengan Panggilan Yang Baik Baik Walaupun Marah Akhirnya Anak Jadi Berjaya

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 493 hits
Sering kita dengar dalam ceramah ceramah agama panel menasihati para ibu supaya mengucapkan perkataan atau perkara yang baik baik pada anak Perkataan yang baik baik yang keluar dari mulut ibu sebenarnya doa buat anak anak Baik kata kata ibu...
Nak Sangat Abah Sembuh Abah Satu Satunya Ayah Luahan Hati Anak Cukup Sebak

Nak Sangat Abah Sembuh Abah Satu Satunya Ayah Luahan Hati Anak Cukup Sebak

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 399 hits
Kebahagiaan suami isteri yang mengharapkan ia kekal ke akhir hayat diragut ketika anak anak masih kecil dan memerlukan kasih sayang seorang ayah Namun siapa kita untuk menidakkan takdir Allah Walaupun ujian ini dianggap besar tapi dengan ya...
Anak Kalau Dengan Mak Mulalah Dia Buat Perangai Jangan Label Tapi Betulkan Cara Didikan Kita

Anak Kalau Dengan Mak Mulalah Dia Buat Perangai Jangan Label Tapi Betulkan Cara Didikan Kita

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 392 hits
Tak senang duduk jadinya bila anak mula buat perangai berkepit 24 dengan ibu sampai ibu langsung tak boleh uruskan hal lain Belum lagi dikira ibu hal hal lain Anak kita sebenarnya memerlukan masa dalam segala hal Mereka harus memahami menga...
Anak Millenial Fragile Macam Kaca Mudah Stress Ini Mungkin Penyebab Yang Mak Ayah Perlu Ambil Tahu

Anak Millenial Fragile Macam Kaca Mudah Stress Ini Mungkin Penyebab Yang Mak Ayah Perlu Ambil Tahu

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 353 hits
Membesarkan anak anak pada zaman sekarang bukan satu tugas yang mudah Pendedahan kepada teknologi dari awal usia membuatkan mereka kurang berekplorasi dengan alam selain emosi dikawal oleh gajet Selain itu aras akademik yang semakin tinggi ...
Memang Comel Bila Tengok Anak Tidur Mulut Ternganga Tapi Sebenarnya Bahaya

Memang Comel Bila Tengok Anak Tidur Mulut Ternganga Tapi Sebenarnya Bahaya

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 407 hits
Ada sesetengah ibu bapa berasa ia sesuatu yang normal apabila anak bernafas melalui mulut semasa tidur Hakikatnya ia mungkin petunjuk kepada masalah gangguan pernafasan tidur Tabiat bernafas melalui mulut Umumnya sebagai manusia kita boleh ...
Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Portland Maine

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Bertolak Ansurlah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Lava168 1

Lirik Lagu 123 Iman Troye Ft Mal Hamka

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord

10 Influencer Terkenal Di Malaysia

Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada Rm14 18 Juta Berbanding Rm8 Juta Tahun Lepas