Diana Danielle Sayu Cerita Kisah Bapanya


Selama ini Diana Danielle tidak pernah bercerita mengenai bapanya, namun pada Isnin, dia berbuat demikian di Instagramnya. - Gambar Instagram DIANA DANIELLE Diana Danielle sayu cerita kisah bapanya

"Dia pernah jadi bapa saya, namun esoknya dia hilang" - Diana bercerita mengenai bapanya SELAMA dia masyhur sebagai pelakon selain kedudukannya sebagai isteri kepada aktor ternama Datuk Farid Kamil, tidak pernah walau sekali wajah ayah Datin Diana Danielle kelihatan.

Sebilangan besar peminat tentu sekali tertanya-tanya kenapa Diana tidak pernah bercerita mengenai ayahnya.

Yang kerap kelihatan ialah wajah ibunya, Norsiah Ramli.

Wanita itu merupakan tulang belakang kejayaan anaknya dalam industri hiburan tanah air. Norsiah tidak pernah membiarkan anaknya sendirian melalui onak dan ranjau dunia lakonan.

Lalu, apabila Diana secara terbuka bercerita mengenai bapanya di laman Instagram peribadinya, ramai yang semakin memahami situasinya.

Hati anak mana yang tidak sedih apabila ayah kandung sendiri enggan bertemu zuriatnya.

Kesedihan itu tambah berganda apabila harapan menggunung disandarkan oleh si anak untuk memeluk dan berkongsi kasih dengan ayah.
Demikianlah kesedihan yang sebetulnya disembunyikan Diana selama ini.

Selama ini juga, hatinya meronta-ronta bertanya kenapa bapanya tergamak enggan menemuinya.

"Dia pernah ada dalam hidup saya, dia pernah menjadi bapa saya namun esoknya dia hilang. Saya terima hakikat itu sekarang... tapi kenapa?

"Tak tahu bagaimana rasa sakit itu kerana anda mengharapkan dia kembali dan bawa semua kesakitan berkenaan. Tapi tak mengapa, Alhamdulillah dengan kehidupan saya sekarang walau tanpa kehadiran dia.

"Bukan saya yang tak nak jumpa, dia yang tak nak," kata Diana menjawab pertanyaan pengikutnya di laman Instagramnya.

Dibesarkan tanpa kasih sayang, bimbingan dan perhatian bapa bukan suatu perkara yang mudah untuk sesiapa pun.

Apatah lagi mengetahui hakikat bahawa ayahnya masih ada.

Namun, Diana tidak pernah berdendam atau berjauh hati, sebaliknya, fasa menyedihkan itu mendidiknya untuk menjadi seorang anak yang berjiwa besar.

Kerana itu, Diana, 28, tidak pernah walau dalam sehari untuk melupakan ayahnya.

Ikrar Diana, selagi masih ada hayatnya, dia akan sentiasa mendoakan kesejahteraan ayahnya.

"D (Diana) sekejap sangat rasa kasih sayang seorang ayah, sampai sekarang walaupun dia tahu saya wujud... dia masih cuba untuk lupakan yang dia adalah ayah saya dan darahnya mengalir dalam badan saya.

"Itulah takdir, itulah kehidupan. Walau apa yang berlaku, saya akan sentiasa mendoakan untuk ayah saya kerana dia tetap ayah saya," luah Diana lagi.

Realitinya, ketiadaan bapa kandung di sisi adalah satu kesedihan buat Diana, namun kedukaan itu terubat dengan kehadiran ibunya yang tidak pernah membiarkan dia sendirian sejak dia dilahirkan sehinggalah sudah berumah tangga.

"Syukur ibu saya masih hidup, dia yang korbankan segalanya untuk saya. Dialah teman, dialah pembimbing dan saya syukur ada suami yang sayang anak-anaknya seluruh jiwa raganya," kata Diana lagi dalam entri beserta foto suaminya, Farid sedang melayan telatah anak perempuan mereka, Nur Aurora, 4.


Nur Aurora dalam ribaan ayahnya, Farid Kamil. - Gambar Instagram DIANA DANIELLE

Dalam luahan rasa itu juga, pelakon utama filem Hanyut itu turut menyatakan rasa syukurnya kerana Nur Aurora dan abangnya, Muhammad, 6, berkesempatan berkongsi kasih sayang dengan ayah mereka.

Farid, katanya, melengkapkan kehidupannya selain kedua-dua permata hati mereka.

"Masa akan berlalu dengan pantas, semoga hubungan ini akan buat anak-anak kita tak lekang doa di bibir bila kita tak ada nanti," kata Diana lagi.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malatup.blogspot.com/2019/08/diana-danielle-sayu-cerita-kisah-bapanya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Diana Danielle Saya Masih Bahagia

Diana Danielle Saya Masih Bahagia

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 682 hits
Saya tidak berani untuk berjanji atau sumpah atas nama Allah tetapi lihat ke dalam mata saya Saya bahagia dengan Farid Demikian ungkapan Datin Diana Danielle menutup spekulasi umum kononnya hubungan rumah tangganya bersama pelakon dan penga...
Hiburan Saya Bahagia Dengan Farid Kami Masih Tinggal Sebumbung Diana Danielle

Hiburan Saya Bahagia Dengan Farid Kami Masih Tinggal Sebumbung Diana Danielle

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 505 hits
Baru baru ini timbul spekulasi kononnya rumah tangga pelakon Datin Diana Danielle dan Datuk Farid Kamil sedang berantakan mendakwa pasangan ini sudah tidak tinggal sebumbung Bagaimanapun Diana menafikan khabar angin tersebut Tidak dinafikan...
Diana Danielle Farid Kamil Bakal Menerbitkan Filem Remp It 2

Diana Danielle Farid Kamil Bakal Menerbitkan Filem Remp It 2

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 516 hits
Pelakon Diana Danielle dilaporkan bakal bekerjasama dengan suaminya Farid Kamil dalam menerbitkan sebuah filem terbaru yang juga merupakan sekuel Remp It 2 Menurut laporan dari Cinemaonline Diana akan bertindak selaku pembantu penerbit kepa...
Kisah Si Tukang Sapu

Kisah Si Tukang Sapu

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 491 hits
Assalamualaikum Hari ni saya nak cerita kisah si tukang sapu Itulah status saya yang terasa kerdil mencari rezeki yang halal di bumi Allah ini Hinakah pekerjaan sebagai seorang tukang sapu Saya menjadi tukang sapu sekolah selepas sebulan sa...
10 Filem Korea Yang Diadaptasikan Dari Kisah Benar

10 Filem Korea Yang Diadaptasikan Dari Kisah Benar

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 813 hits
Selain Hollywood Korea juga sering mengangkat kejadian kejadian sebenar ke layar perak Dan tidak dinafikan hampir kesemuanya banyak memberi kesan kepada penonton yang menyaksikan filem filem bertemakan sebegitu Jadi kepada yang ingin menont...
Kocaknya Kisah Dm Dari Mantan Yang Kadang Bikin Lemah Siapa Juga Yang Dulu Ninggalin Hayooo

Kocaknya Kisah Dm Dari Mantan Yang Kadang Bikin Lemah Siapa Juga Yang Dulu Ninggalin Hayooo

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 238 hits
Awalnya bilang ganteng lama lama ngajak jalan bareng Padahal dulu nyakitinnya kayak apa tau
Orang Greek Panggil Chersonesus Aurea Ini Kisah Yang Ramai Tidak Tahu Tentang Malaysia Dahulu Kala

Orang Greek Panggil Chersonesus Aurea Ini Kisah Yang Ramai Tidak Tahu Tentang Malaysia Dahulu Kala

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 516 hits
Jika ditanya kepada rakyat Malaysia hari ini tentang nama lama bagi negara kita yang mereka ketahui pasti majoriti daripada kita akan menjawab Malaya dan Tanah Melayu sahaja Namun sebenarnya beribu ribu tahun dulu negara kita mempunyai satu...
Kisah Pilu Calon Mahasiswa Di Ntt Salah Masuk Toilet Jatuh Dari Lantai 3 Nyawanya Tak Tertolong

Kisah Pilu Calon Mahasiswa Di Ntt Salah Masuk Toilet Jatuh Dari Lantai 3 Nyawanya Tak Tertolong

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 287 hits
Dikiranya toilet padahal bangunan belum jadi yang dibiarkan sejak 10 tahun lalu Kasihan banget
60 Vs 400 Kisah Kehebatan The Great Escape Komando Malaysia Lawan Komunis Ramai Tak Tahu

60 Vs 400 Kisah Kehebatan The Great Escape Komando Malaysia Lawan Komunis Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 742 hits
Keamanan yang kita kecapi hari ini adalah hasil daripada pengorbanan yang dilakukan oleh para pejuang negara menentang penjajah dan pasukan komunis Beberapa kisah perjuangan terutamanya menentang tentera Jepun dan pasukan komunis telah difi...
Bahaya Bila Masuk Guardian Atau Watson Memacam Terbeli

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

Parts Of Klang Valley Hit By Flash Floods Due To Downpour

Ainz Tulpe Introduces Hince In Malaysia

Business Website Boosts Credibility

Pengalaman Pertama Kali Buat Pet Ct Scan

Queue Cutting Police Patrol Car Gets Called Out By Angry Netizens

Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


Johor Masjid Kota Iskandar Sederhana Tenang

Sekejap Tapi Bermakna Healing Di Qowiy Village Hulu Langat

Abdullah Bin Amr Bin Haram Bicara Dengan Allah Tanpa Hijab

Siap Tadbir Pahang Negeri Ke 5 Pn Ok Nyonya Jom Sama

Dessy Dian Umbang Diberi Isi Diambi Chord

Maybe Rafizi Is Busy Playing With The Coins In His Pocket