Hiburan Saya Bahagia Dengan Farid Kami Masih Tinggal Sebumbung Diana Danielle
Baru-baru ini, timbul spekulasi kononnya rumah tangga pelakon Datin Diana Danielle dan Datuk Farid Kamil sedang berantakan, mendakwa pasangan ini sudah tidak tinggal sebumbung.
Bagaimanapun, Diana menafikan khabar angin tersebut. Tidak dinafikan pelbagai dugaan dan ujian melanda, tetapi cinta dan kasih sayang mereka berdua tetap ututh dan cukup bahagia bersama.
Saya tidak berani untuk berjanji atau sumpah atas nama Allah, tetapi lihat ke dalam mata saya. Saya bahagia dengan Farid.
Ironinya, selepas apa yang berlaku sepanjang perkahwinan, kami semakin bahagia. Memikirkan setiap kesusahan yang ditempuh bersama menyedarkan bahawa saya sentiasa ada untuk Farid begitu juga sebaliknya. Setiap kepahitan dan cabaran yang ditempuhi telah mematangkan kami.
Berbicara mengenai kehidupannya sepanjang ketiadaan Farid selama 35 hari menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang sejak 15 Mei lalu, Diana berkata dia percaya dengan ketentuan Allah SWT buatnya.
Saya tidak murung. Ada ketika saya berdebar dan berasa takut. Namun, selepas saya reda dan yakin setiap dugaan yang datang merupakan aturan daripada Allah, saya menjadi tenang. Setelah apa yang berlaku saya mempelajari mengenai konsep kehidupan adalah sementara. Setiap perkara yang baik juga sementara, begitu juga sebaliknya. Saya tidak mahu buruk sangka dengan ketentuan Allah.
Jika ada satu dugaan besar mendatang, saya yakin wujud juga perkara baik yang akan hadir kelak. Sebagai manusia, kita jangan terlalu makan hati sehingga murung. Percaya dengan Allah.
Terdahulu, pada 15 Mei lalu, Farid dihukum penjara sembilan bulan dan diperintah berada di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya selepas didapati bersalah menggunakan dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC) pada Januari tahun lalu.
Namun, pada 19 Jun lalu, Farid dibenarkan menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sembilan yang dikenakan terhadapnya dengan syarat dia harus menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan.
Sumber Berita : Kosmo Online
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.superpantas.com/2019/07/hiburan-saya-bahagia-dengan-farid-kami.html