Kisah Si Tukang Sapu



Assalamualaikum,

          Hari ni saya nak cerita kisah si tukang sapu. Itulah status saya yang terasa kerdil mencari rezeki yang halal di bumi Allah ini. Hinakah pekerjaan sebagai seorang tukang sapu? Saya menjadi tukang sapu sekolah selepas sebulan saya menjadi warga kampung ini.

          Hampir empat tahun saya menjadi seorang tukang sapu. Pada dasarnya, kami pulang ke Kampung tempat lahir suami dengan tujuan utama suami ingin berbakti kepada orang tuanya. Mungkinkah akan ditakdirkan kami menjadi penduduk kampung yang tetap nanti? Entahlah.

          Sebelum kami pulang ke kampung, kami ada mendengar tentang projek tanah berkelompok di sini,tetapi sayangnya kami tidak layak kerana alasan tidak bermastautin di kampung. Kami juga tidak layak memohon rumah bantuan banjir dengan alasan yang sama. Kami akur.

          Tetapi selama mana kami mahu menumpang di rumah mertua? Akhirnya kami memilih untuk menyewa dan kami berjaya menyewa sebuah rumah di perkampungan banjir Bukit Betong. Kami menjadi penyewa di kampung sendiri. Lawak tak?

         Pada tahun pertama, kami tidak layak memohon tanah berkelompok dengan alasan kami tinggal di rumah banjir. Pada tahun kedua, alasan yang kami dapat, kami orang hijau. Tak layak sebab cuma orang biru je layak. Bila masa saya pakai topeng hijau pun tak tahulah diorang ni.

          Pada tahun ketiga, Malaysia dah tukar kerajaan dan orang biru dah jadi pembangkang. Entahlah boleh dapat rumah ke tidak tahun keempat ni.

          Selama tiga tahun lebih ini, saya menjadi malu alah juga nak menulis di blog sebab status tukang sapu saya ni.Hahaha...sebab selalu juga suami saya pesan supaya jangan menulis sesuatu yang membuka pekung di dada. Tapi...jadi tukang sapu ni kira memalukan ke? Jawab bossku.. Tapi kata Pokjib, malu apa boss ku..

          Terus terang saya akui, rasa rendah diri memang ada. Sebab bukan semua orang jenis suka bergaul dengan tukang sapu ni. Kelas bawahan kan... Tapi bukan semua. Saya bekerja sebagai tukang sapu sekolah demi anak-anak saya yang sedang membesar. Dan saya sangat memerlukan sumber pendapatan yang halal untuk belanja seharian kami sekeluarga.

          Bila nak jumpa kawan-kawan mulalah malu sendiri.Kawan-kawan kerja bagus belaka.Hahaha... Tapi Tukang sapu pun kerja halal juga. Walau tak duduk dalam pejabat, kami cukup makan.Tanpa kami, sekolah korang berhabuk dan kotor tau...

          Sekurang-kurangnya,saya bangga juga jadi tukang sapu ni.Sebab bila bekerja kat sekolah, orang mesti ingat saya cikgu. Ayat yang saya selalu dengar, "Awak mengajar kat sini ke?" hahaha... maklumlah saya ni walaupun selekeh,tapi masih peniaga produk kecantikan walaupun secara sampingan untuk tambah pendapatan. Mana cukup gaji tukang sapu aje nak oii..

          Akhirnya,pada bulan Julai tempohari, saya tidak lagi bekerja sebagai tukang sapu. Dari satu sudut,kelelahan menjadi tukang sapu amatlah meringankan saya. Sakit bahu,sakit lengan, tangan kebas, athma teruk, gastrik , semua itu menjadi kurang selepas saya tidak lagi bekerja sebagai tukang sapu.

          Dari satu sudut lain, menjadi suri rumah sepenuh masa dengan tiada sumber pendapatan tambahan buat bantu suami, saya juga merasa tertekan sedikit. Sedikit ajelah kan... Bila kita bersyukur, semua tu akan terasa lebih mudah walaupun payah. Bukan mudah nak terima hakikat bahawa saya dah tiada sumber pendapatan untuk bantu suami menyekolahkan anak-anak.

          Kalau sebelum pulang ke kampung,anak-anak saya masih bersekolah menengah, sekarang mereka sudah masuk universiti. Tahu-tahu ajelah perbelanjaan yang kami perlukan. Hmm...terpaksalah saya kembali menjual produk lebih aktif. Tapi...kebanyakan produk saya dah tak jual lagi atas berbagai faktor. Insyaallah saya akan update kemudian.

          Mengapa saya berhenti?

Bagus soalan itu. Saya hanya pekerja kontrak yang akan mengakhiri pekerjaan tersebut bila kontraktor bertukar. Kadang terasa geram juga bila kerajaan mengurangkan peruntukan pekerja kepada tiga orang untuk satu sekolah. Maklumlah...hidup di kampung pedalaman macam ni, agak jauh untuk bekerja di bandar. Lainlah orang bujang kan.. Hilang pekerjaan memang sangat memberi kesan kepada kami.Tetapi bukan saya seorang yang terima nasih begini, tapi semua sekoalh dikurangkan pekerja.Wadduh... cakap pun tak guna kan...reda ajelah...

         Hari ini, termaktub sudah saya bukan lagi tukang sapu. Jadi, saya kini adalah blogger dan peniaga online merangkap suri rumah tangga. Insyaallah... saya akan kembali aktif sebagai blogger bila ada peluang. Lama tak menaip di komputer, dah terasa kekok sebenarnya. Tapi alhamdulillah... boleh lagilah setakat nak mengetuk tu...hihi,

Saya sudahi dulu coretan kali ini dengan ucapan Assalamualikum.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sallyadan.blogspot.com/2019/08/kisah-si-tukang-sapu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Perwira Polisi Jadi Tukang Ojek Untuk Hidupi Anak Istri Terancam Dipecat Polri

Kisah Perwira Polisi Jadi Tukang Ojek Untuk Hidupi Anak Istri Terancam Dipecat Polri

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 331 hits
Karena tindakannya polisi ini sudah menjalani sidang rekomendasi pemberhentian oleh Propam Polda Sulawesi Tenggara Jumat
Kisah Haru Anak Tukang Ojek Jadi Perwira Tni Ad Ditolak Tamtama Hingga Tak Tahu Ibu Meninggal Dunia

Kisah Haru Anak Tukang Ojek Jadi Perwira Tni Ad Ditolak Tamtama Hingga Tak Tahu Ibu Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 335 hits
Pendidikan merupakan hal terpenting untuk seorang anak demi masa depannya Bahkan banyak cara ditempuh untuk meraih mimpi hingga mengorbankan banyak hal Seperti yang dialami seorang perwira TNI AD muda ini yang sudah harus rela tak berada di...
Kisah Bila Rumah Terbakar

Kisah Bila Rumah Terbakar

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 316 hits
Kisah bila rumah terbakar Bila rumah terbakar Aku biasa biasa je reaksi terhadap rumah aku tu Yelah ujian Allah kepada hambanya Kalau meraung raung sekali pun rumah tetap terbakar jadi abu Cuma bila berlaku trajedi ini aku tunggu reaksi mer...
Kemana Sudah Kau Balik Sini Semula Mana Airnya Kisah Seram Mayat Suami Dimakan Oleh Syaitan

Kemana Sudah Kau Balik Sini Semula Mana Airnya Kisah Seram Mayat Suami Dimakan Oleh Syaitan

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 827 hits
Kejadian ini diceritakan secara turun temurun Kisahnya begini pada suatu ketika ada sepasang suami isteri dan seorang anaknya tinggal di atas bukit agak jadi dari perkampungan Dipendekkan cerita si suami jatuh sakit lalu meninggal dunia Men...
Kisah Pilu Depi Bocah 9 Tahun Tegar Menemani Ayah Yang Lumpuh

Kisah Pilu Depi Bocah 9 Tahun Tegar Menemani Ayah Yang Lumpuh

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 283 hits
Sakijo menggeser tubuhnya sambil merambat dalam posisi duduk dari kursi panjang ke dipan tempat tidur ruang depan dalam rumah ukuran 5 5 miliknya Bekas penyadap nira kelapa asal Dusun Tangkisan 3 Desa Hargomulyo Kabupaten Kulon Progo Daerah...
Tolong Delete Jangan Malukan Suami Sendiri Please Isteri Kongsi Kisah Cinta

Tolong Delete Jangan Malukan Suami Sendiri Please Isteri Kongsi Kisah Cinta

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 755 hits
Isteri usahawan kosmetik senasi Datuk Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida ada mendedahkan kisah percintaannya bersama suaminya itu menerusi Instagram semalam Tolong Delete Jangan Malukan Suami Sendiri Please Isteri Kongsi Kisah Cinta
Tak Kisah Tampal Pelekat Pada Diaper Pant Mateen Yana Samsudin Senang Hati Elak Pembaziran

Tak Kisah Tampal Pelekat Pada Diaper Pant Mateen Yana Samsudin Senang Hati Elak Pembaziran

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 338 hits
Hati seorang ibu ini memang istimewa Bukan hanya kisahkan anak tak makan atau nak minum susu sahaja bahkan semua perkara yang melibatkan anak ibu boleh jadi rasa tak tenang seharian Bab bab melibatkan kos antara perkara penting yang sentias...
Kisah Siswi Smp Yang Belajar Sambil Berjualan Bakpau Di Pom Bensin Tangerang

Kisah Siswi Smp Yang Belajar Sambil Berjualan Bakpau Di Pom Bensin Tangerang

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 236 hits
Bakpaunya om bakpaunya tante dua lima ribu teriak Dewi Febriyanti murid SMP yang berjualan bakpau di pom bensin sebelah Perumahan Ubud Tangerang Rabu Kulitnya berwarna sawo matang terpapar sinar matahari Ia tidak menggunakan riasan wajah sa...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah