60 Vs 400 Kisah Kehebatan The Great Escape Komando Malaysia Lawan Komunis Ramai Tak Tahu


Keamanan yang kita kecapi hari ini adalah hasil daripada pengorbanan yang dilakukan oleh para pejuang negara menentang penjajah dan pasukan komunis.
Beberapa kisah perjuangan terutamanya menentang tentera Jepun dan pasukan komunis telah difilemkan membolehkan generasi kini mengetahui sedikit sebanyak tentang apa yang telah dikorbankan oleh perwira negara satu ketika itu.
Namun, tidak dinafikan sebenarnya ada banyak lagi kisah perjuangan yang tidak diketahui dan tidak pernah dihebahkan kepada masyarakat. Antaranya ialah kisah “The Great Escape” yang berlaku di kawasan berhampiran dengan sempadan Malaysia-Thailand.
Kita bernasib baik apabila kisah itu telah dikongsikan oleh sebuah laman Facebook, AgendaKini tidak lama dahulu.
60 komando vs. 400 komunis (komando menang).
Operasi Gubir 2 (20 April – 3 Mei 1976)
Susulan kepada pertempuran dan serang hendap yang dilancarkan oleh pengganas komunis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengambil keputusan untuk melancarkan serangan balas terhadap musuh di sebuah kawasan yang disyaki kubu kuat mereka.
Dianggarkan 400 anggota pengganas berkubu di situ berserta dengan 3,600 jerangkap samar yang telah dipasang sekitarnya.
Operasi dirancang berdasarkan maklumat SEP (Surrendered Enemy Personnel) yang dikenali sebagai Abdullah. Dia mengatakan yang dia telah dilatih di sebuah kem di kawasan pergunungan berhanpiran sempadan Thailand.
Kem tersebut mampu menempatkan beberapa ratus pengganas komunis dan dilengkapi dengan generator elektrik dan juga mesin cetak. Bagaimanapun dia tidak dapat memastikan lokasi kem tersebut dengan tepat.
Seorang pegawai tentera mengatakan dia pernah nampak kawasan kebun sayur seperti yang dikatakan oleh Abdullah dan mahu beliau mengikutnya untuk mengecam kawasan tersebut.
Bagaimanapun Abdullah enggan kerana khuatir akan keselamatan dirinya. Setelah berbincang, mereka bersetuju untuk melakukan tinjauan dari udara.
Formasi yang terlibat adalah seperti berikut:
Markas 2 Divisyen Infantri – Mej. Jen Dato’ Mahmood Sulaiman Markas 6 Briged Infantri – Brig. Jen. Dato’ Arul Pragasam Rejimen Gerak Khas Malaysia (1 RGKM) – Lt. Kol Hasbullah Bon Markas Jurutera 2 Divisyen – Lt. Kol Mei York Chee No. 3 Skuadron Jurutera – Mej. Akhbar Khan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kekuatan Pasukan Penggempur – X Skuadron, 1 RGKM (60 sukarela)
a. Ketua Skuadron – Kapt. Sudirman Haji Ahmad
b. Ketua Terup – Lt. Aziz Rashid & Lt. Azizan
c. Anggota Lain – Lain Pangkat (LLP) – 57 orang
Kekuatan Detasmen Jurutera – Gabungan 1 & 2 Terup, 3 Skuadron Jurutera
a. Ketua – Lt. M Basri (23 April hingga 25 April 1976) diambilalih Lt. M Mior Safian
b. LLP – 18 anggota
Tugasan Utama Jurutera – membantu pasukan komando RGK
a. membina tempat mendarat helikopter
b. membersihkan jerangkap samar
Serangan Udara
Pada 16 April 1976, jet-jet CL-41G Tebuan dari No.6 Skuadron dan F5E Tiger II dari No.12 Skuadron TUDM telah terlibat dalam melakukan serangan udara.
Beberapa jet Tebuan dilengkapi dengan minigun dan roket manakala sebahagian lagi membawa bom-bom 500 lbs.
Helikopter Allouette bertindak sebagai Forward Air Controller (FAC) untuk menandakan sasaran.
Serangan pertama tidak memberi banyak kesan kerana kawasan hutan tebal cukup memberi perlindungan kepada sasaran.
Bagaimanapun serangan bertubi-tubi itu akhirnya berjaya membuatkan sebahagian besar pengganas komunis berundur ke sempadan Thailand melalui terowong khas yang telah mereka bina.
Laporan yang diterima keesokkannya menunjukkan terdapat kesan-kesan darah dikawasan sasaran.
Pendaratan Pasukan Penggempur
Percubaan pertama gagal kerana mereka diserang terlebih dahulu oleh penganas komunis. Percubaan kali ke-2 diiringi oleh helikopter gunship Allouette.
Anggota-anggota komando Gerakhas (RGK) menggunakan 3 buah helikopter Nuri untuk masuk ke kawasan sasaran.
Ini adalah satu-satunya cara ‘insertion’ kerana kawasan sekitar telah dipasang banyak jerangkap samar.
Helikopter ke-2 mula-mula menurunkan anggota, bagaimanapun teknik rapelling tidak dapat dilakukan kerana tali tersangkut dipokok.
Kaedah winching (menggunakan kabel yang dijana mesin) kemudian digunakan.
Bagaimanapun, kedatangan mereka disedari oleh pasukan musuh. Pengganas komunis menembak helikopter dengan pelancar grened M79 tetapi tersasar mengenai pokok.
Pertempuran berlangsung selama kira-kira setengan jam. Kedudukan tersebut akhirnya berjaya ditawan oleh RGK tetapi memakan korban dengan 11 anggota RGK terbunuh, manakala 22 pengganas komunis dapat dibunuh.
Mereka meneruskan pembersihan jerangkap samar dikawasan laluan dan menyediakan Landing Point (LP) untuk pendaratan anggota jurutera yang akan meneruskan kerja-kerja memusnahkan jerangkap samar serta membuat penyiasatan dan kajian lanjut keatas terowong yang ditemui.
Dalam proses pengeledahan dan pembersihan 3 anggota cedera RGK telah tercedera terkena jerangkap samar, mereka ialah:
Sarjan Ahmad Jantan – cedera parah di kaki Truper Yaacob Hassan – cedera parah di kaki Truper Hussin Mahbeb – cedera parah di tangan Pembersihan Dalam Terowong
Pembersihan di dalam terowong diteruskan pada 25 April 1976. Laluan dalam terowong yang telah dibersihkan dari jerangkap samar akan diletupkan.
Tugas ini dilaksanakan oleh Terup 1 dan Terup 2 dari 3 Skuadron Jurutera.
Ketika di dalam terowong, team yang diketuai oleh Lt. Meor telah berada jauh dihadapan. Lt. M Basri dengan ditemani L/Kpl. Abdullah pula menuruni 31 anak tangga didalam terowong tersebut. Mereka menggunakan lampu suluh kerana suasana di dalam terowong itu agak gelap.
Ketika itu Lt. M Basri terlihat satu guni beras yang diletakkan di sebelah kiri laluan dan mengesyaki terdapat jerangkap samar di situ. Beliau mengarahkan anggota-anggota lain mengikuti rapat di sebelah kanan.
Sebaik saja Lt. Muda Basri melangkah kakinya ke kanan, tiba-tiba berlaku satu letupan kuat. Dia rebah dan senjata yang dibawanya terpelanting. Dia telah mengalami kecederaan di punggung. Ketika itu juga L/Kpl. Abdullah menjerit memberitahu bahawa dia tercedera di bahagian dada.
Sememangnya jerangkap samar itu dipasang pada ketinggian yang menjadikan jantung sebagai sasaran. Beliau diusung naik keluar dari terowong dalam keadaan parah dan setibanya di permukaan, beliau menghembuskan nafas terakhir.
Foto: AgendaKini Tragedi Nuri Ditembak Jatuh – 26 April 1976
Sebuah helikopter Nuri yang membawa bekalan peluru, bahan letupan (untuk memusnahkan terowong) dan juga 11 penumpang serta krew telah ditembak jatuh oleh pengganas komunis. Berikut adalah senarai mangsa yang terkorban didalam tragedi itu:
Lt. (U) Chung Ming Teck PTU, No.10 Skuadron, Kapten helikopter Lt. (U) Wan Munsiff bin Wan Salim KPK, No.10 Skuadron, Co-pilot Sjn. Leong Yee Heng PTU, No.10 Skuadron, AQM Kapt. (U) Choo Yeok Boo PGB, No.7 Skuadron (Kapten) Kapt. (U) Mustapha Kamal bin Mohamad Shafie KPK, No.7 Skuadron (Co-pilot) Mej. Haris bin Rejab, MMLO Haadyai
Kapt Sulaiman bin Abdullah, 6 Briged Infantri Lt. Ibrahim bin Zakaria, Batalion ke-3 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Sjn Kamis bin Dolmat, Batalion ke-3 RAMD L/Kpl. Kamarulzaman bin Zakaria, X Skuadron Rejimen Gerakhas (RGK) L/Kpl. Suandi bin Saim, X Skuadron RGK Pada 27 April 1976, elemen jurutera dan sebahagian anggota komando dikeluarkan dari kubu pengganas tersebut setelah berjaya memusnahkan terowong dan bunker. Mereka bergerak menuju ke “extraction point”.
Helikopter melakukan beberapa penerbangan ulang-alik sehinggalah ia disedari oleh sepasukan pengganas komunis. Penerbangan terpaksa dihentikan, baki 18 anggota komando RGK terpaksa ditinggalkan dan mereka diarah melakukan RV (rendezvous) disatu kawasan berhampiran LP (landing point) di mana sepasukan komando akan menanti ketibaan mereka untuk dibawa keluar.
 The Great Escape
1 MEI 1976 Kumpulan 18 anggota komando itu diketuai oleh Lt. M Aziz Rashid (bersara Lt. Kol). Dianggarkan terdapat seramai 60 pengganas komunis mengepung lokasi mereka. Kawasan ini ditanam dengan anak pokok getah.
Pengganas komunis datang dengan menaiki lori. Lt. M Aziz memecahkan anggotanya kepada 3 kumpulan. Mereka diingatkan tidak menembak musuh kecuali kehadiran mereka sangat jelas kerana hendak menjimatkan peluru. Anehnya mereka tidak diserang pada malam itu.
Beliau sempat menghubungi Z Skuadron dan dia dimaklumkan helikopter Nuri tidak dapat mengambil mereka kerana lokasi didapati tidak selamat.
Seterusnya, beliau diarahkan untuk RV dengan sepasukan komando yang telah ditugaskan untuk menyelamatkan mereka.
2 MEI 1976 Markas Taktikal di Gubir telah menghantar 2 x helikopter Allouette (gunship) ke lokasi yang dilaporkan oleh Lt. M Aziz. Beliau telah mengarahkan Alouette tersebut menembak kekawasan tertentu yang dipercayai ada pengganas komunis.
Setiap helikopter menghamburkan 200 butir peluru meriam 20 mm HE (High Explosive). Lt. M Aziz dan anggotanya bergerak keluar tetapi tidak mengikut “track” yang sedia ada dikhuatiri ianya telah dipasang jerangkap samar.
Dalam perjalanan mereka menemui sebuah kem pengganas komunis yang telah ditinggalkan secara tergesa-gesa mungkin untuk menyelamatkan diri dari serangan helikopter Allouette tadi.
Menyedari yang musuh akan terus memburu mereka menjelang malam, Lt. M Aziz mengarahkan anggotanya membuat “rumah batu” (hammock juga digelar Jungle Hotel – Jungtel).
Ini bukan kebiasaan bagi anggota komando kerana mereka biasanya tidur berhamparkan ponco diatas tanah. Rupanya ini adalah umpan untuk mengelirukan pasukan musuh.
Mereka bergerak meninggalkan lokasi itu dan menuju ke kawasan tinggi untuk membuat serang hendap.Seperti malam sebelumnya, arahan jangan menembak kecuali kehadiran musuh jelas.
Selain itu anggota diingatkan kemungkinan pangganas komunis akan memasang lampu suluh pada hujung kayu panjang dan menyuluh ke arah atas untuk mengelirukan penembak.
Sebagaimana yang dijangkakan, memang benar musuh menghampiri kawasan khemah (Jungtel) mereka kerana kelihatan cahaya lampu suluh menghala keatas.
3 Mei 1976 Menjelang pagi mereka turun semula ke Jungtel dan mendapati banyak kesan tapak kaki disitu, dianggarkan kira-kira 40 pengganas komunis telah menggeledah kawasan itu.
Mereka meneruskan perjalan ke RV dan apabila tiba dikawasan sempadan Malaysia – Thailand terdapat tanda lakaran jerangkap samar yang dilekatkan pada 2-3 batang pokok.
Memang pengganas komunis akan meninggalkan tanda jika sesuatu kawasan itu telah dipasang jerangkap samar supaya kawan-kawan mereka akan menghindari kawasan tersebut.
Bagi mengelak dari terkena jerangkap samar, mereka mengikat 3 beg galas (haversack) dengan tali dan melontar ke arah laluan dihadapan.
Kemudian tali akan ditarik perlahan-lahan sekiranya ada jerangkap samar yang meletup, itu tidak akan memudaratkan mereka kerana mereka berada dalam jarak yang selamat.
Proses ini diulang sehinggalah mereka selamat tiba di kawasan RV. Sepasukan komando RGK dari Y Skuadron yang diketuai oleh Lt. M Rajasegaran telah menanti mereka. Inilah kali pertama dalam beberapa hari mereka berpeluang mendapatkan makanan.
Seterusnya mereka bergerak menuju ke LP dan diterbangkan oleh helikopter Nuri ke Kem Gubir. Ketika disana, Lt. M Aziz telah dimaklumkan pihak atasan telah menyediakan 18 keranda seandainya mereka tidak dapat kembali dengan selamat.
AL-FATIHAH BUAT PEJUANG TANAH AIR YANG GUGUR
HAPUSKAN ANCAMAN PENGGANAS YANG MENGANCAM KESELAMATAN AGAMA, BANGSA DAN TANAH AIR.
Takziah diucapkan kepada ahli keluarga perwira negara yang telah terkorban dan kami mewakili seluruh rakyat Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih atas pengorbanan yang telah anda lakukan demi negara tercinta.
Sumber: AgendaKini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/08/07/60-vs-400-kisah-kehebatan-the-great-escape-komando-malaysia-lawan-komunis-ramai-tak-tahu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Hebat 60 Komando Vs 400 Komunis

Kisah Hebat 60 Komando Vs 400 Komunis

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 692 hits
Sempena bulan kemerdekaan ni Hati amat tersentuh dengan satu post facebook tentang kisah perjuangan pasukan keselamatan kita melawan komunis ketika dulu Betapa besar pengorbanan mereka untuk kita sayangnya sekarang anak muda kurang diberi p...
Lirik Lagu Leading The Way International Islamic University Malaysia Official Song

Lirik Lagu Leading The Way International Islamic University Malaysia Official Song

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 316 hits
Lirik Lagu Leading The Way International Islamic University Malaysia Official Song Lets lead the way Enlighten the future Share the wisdom Through the spirit of Islam Revelation and Reason We shall excel we shall prevail Merging faith and k...
Absolutely Halal Malaysia Absolutely Great For Everyone

Absolutely Halal Malaysia Absolutely Great For Everyone

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 539 hits
The need for Halal talent is magnified as people are demanding more of it globally As the demand is growing hence the players are growing in numbers too in all sorts of industry food cosmetics and pharmaceutical to name a few With that in m...
Strong Winds Lash Northern Malaysia A Sign Of The Times

Strong Winds Lash Northern Malaysia A Sign Of The Times

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 350 hits
Strong gusts of wind the tail end of violent super typhoon Lekima which has slammed into southern Japan and eastern China wreaked havoc in northern Peninsula Malaysia last night Last night residents looked on in alarm as howling winds sent ...
Orang Greek Panggil Chersonesus Aurea Ini Kisah Yang Ramai Tidak Tahu Tentang Malaysia Dahulu Kala

Orang Greek Panggil Chersonesus Aurea Ini Kisah Yang Ramai Tidak Tahu Tentang Malaysia Dahulu Kala

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 520 hits
Jika ditanya kepada rakyat Malaysia hari ini tentang nama lama bagi negara kita yang mereka ketahui pasti majoriti daripada kita akan menjawab Malaya dan Tanah Melayu sahaja Namun sebenarnya beribu ribu tahun dulu negara kita mempunyai satu...
Malaysia S Not So Toothless Monarchy The Deep State The Nexus Between The Special Branch The State Islamic Apparatus

Malaysia S Not So Toothless Monarchy The Deep State The Nexus Between The Special Branch The State Islamic Apparatus

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 383 hits
The investiture this week of Pahang Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shaw as Malaysia s 16th Yang di Pertuan Agong or King shines a light on one of the world s most unusual royal institutions with the county s eight sultans and one Raja rotatin...
Larang Solat Ini Negara Malaysia Bukan Komunis

Larang Solat Ini Negara Malaysia Bukan Komunis

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 433 hits
SYARHAN HUMAIZI HALIMPENULARAN memo larangan solat ke atas pekerja oleh pihak pengurusan salah satu kilang di Klang adalah satu tindakan yang biadab dan tidak menghormati sensitiviti umat Islam yang merupakan majoriti rakyat dalam negara Ma...
Guardian Malaysia Raikan 4 Wanita Sebagai The Face Of Healthy Beauty

Guardian Malaysia Raikan 4 Wanita Sebagai The Face Of Healthy Beauty

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 493 hits
Hi Korang Guardian Malaysia telah mengumumkan EMPAT wanita Malaysia daripada barisan 16 orang peserta akhir sebagai The Face of Healthy Beauty merangkap duta jenamanya dan Sabtu lepas kak lily berkesempatan ke finale The Face of Healthy Bea...
An Intention To Do Dishonour Mahathir The Source Of Instability In Malaysia

An Intention To Do Dishonour Mahathir The Source Of Instability In Malaysia

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 326 hits
Many people may be aghast at the title of this title How could it be Prime Minister Mahathir Mohamad is the savior of the country for having toppled the corrupt to the core Umno led regime So how could he have caused such trouble to the cou...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik