Diana Danielle Saya Masih Bahagia






"Saya tidak berani untuk berjanji atau sumpah atas nama Allah, tetapi lihat ke dalam mata saya. Saya bahagia dengan Farid."

Demikian ungkapan Datin Diana Danielle menutup spekulasi umum kononnya hubungan rumah tangganya bersama pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil sedang berantakan.

Mengukir raut wajah penuh persoalan, pelakon itu sendiri berasa pelik dengan khabar angin yang mendakwa dia dan Farid tidak lagi tinggal sebumbung sedangkan sebagai pasangan mereka tidak mempunyai sebarang masalah.

Diduga dengan ujian demi ujian dalam kehidupan rumah tangga Diana bagaimanapun mengakui kasihnya terhadap Farid semakin utuh dan sedar betapa mereka saling memerlukan antara satu sama lain.

“Ironinya, selepas apa yang berlaku sepanjang perkahwinan, kami semakin bahagia. Memikirkan setiap kesusahan yang ditempuh bersama menyedarkan bahawa saya sentiasa ada untuk Farid begitu juga sebaliknya.

“Setiap kepahitan dan cabaran yang ditempuhi telah mematangkan kami,” katanya ketika ditemui pada Festival Perlumbaan Toyota Gazoo musim ketiga di Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.

Kekuatan

Jarang berkongsi mengenai kisah peribadi, ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, kehidupannya kini semakin lengkap selepas membuat keputusan membawa ibunya, Norsiah Ramli tinggal bersama.

Katanya, sebagai anak yang bertanggungjawab sekarang merupakan masa terbaik untuk membalas jasa ibunya yang selama ini berkorban demi memastikan keperluannya mencukupi.

Keberadaan ibunya di sisi antara faktor bintang filem Hanyut itu sentiasa kuat untuk berdepan dengan setiap ujian yang mendatang.

“Sudah dua tahun ibu menetap bersama kami sekeluarga. Kami tidak lagi tinggal berasingan. Setiap hari bangun tidur, saya sentiasa bersyukur kerana adanya ibu di sisi.

“Adanya ibu, saya mempunyai tempat untuk mengadu, meminta nasihat dan menangis sepuasnya. Setiap hari saya memanjatkan kesyukuran terhadap Allah atas peluang ini,” luahnya jujur.

Mengajak Diana untuk merenung kembali kehidupannya sepanjang ketiadaan Farid selama 35 hari kerana menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang sejak 15 Mei lalu, Diana pantas mengukirkan senyuman.

Apatah lagi sepanjang tempoh berkenaan menyaksikan Diana mampu menjalani kehidupan seperti biasa biarpun tanpa suami di sisi.

“Saya tidak murung. Ada ketika saya berdebar dan berasa takut. Namun, selepas saya reda dan yakin setiap dugaan yang datang merupakan aturan daripada Allah, saya menjadi tenang,” ujarnya.

Akui Diana, sebagai seorang isteri sudah pasti dia merasai kehilangan Farid dalam tempoh hukuman penjara tersebut, namun melihat wajah anaknya, Muhammad, 6, dan Nur Aurora, 4, hati kecilnya berbisik Allah tidak kejam kerana masih memberi dirinya peluang bersama insan-insan tersayang.

“Setelah apa yang berlaku saya mempelajari mengenai konsep kehidupan adalah sementara. Setiap perkara yang baik juga sementara, begitu juga sebaliknya. Saya tidak mahu buruk sangka dengan ketentuan Allah.

“Jika ada satu dugaan besar mendatang, saya yakin wujud juga perkara baik yang akan hadir kelak. Sebagai manusia, kita jangan terlalu makan hati sehingga murung. Percaya dengan Allah,” tegasnya.



Karier seni

Beralih bicara mengenai karier seni, tutur Diana selepas sekian lama dia kini semakin terbuka untuk bekerjasama dalam sesebuah naskhah.

Terdahulu pelakon drama Raisha itu pernah memberi kenyataan bahawa dia enggan bekerjasama dengan Farid secara profesional berikutan kedua-duanya bersikap panas baran dan saling bertentangan pendapat.

Pendirian Diana bagaimanapun berubah selepas dipujuk suaminya.

“Rasanya ramai yang tahu bahawa saya sering mengelak untuk bekerjasama dengan Farid dalam kerja. Tetapi kali ini dia berjaya memujuk saya untuk bekerjasama dengan kerja seninya,” kata Diana.

Berkongsi mengenai projek istimewa tersebut, jelas wanita berusia 28 tahun itu, Farid bakal terbabit sebagai penerbit dalam filem Remp-It 2, manakala dia bertindak sebagai pembantu.

“Farid mahu saya belajar mengenai selok-belok dunia penerbitan. Saya pula tidak pernah mempunyai latar belakang ilmu berkaitan penerbitan. Jadi, apa salahnya belajar.

“Sampai bila saya mahu jadi pelakon. Saya terima tawaran Farid kerana ilmu baharu dan berbaloi untuk dipelajari,” kongsinya.

Selain bakal bekerjasama dengan suaminya menerusi filem Remp-It 2, Diana juga sedang sibuk mengumpulkan material untuk album penuh yang dijangka menemui peminat pada tahun depan.

Album tersebut mempertaruhkan lagu dengan elemen muzik country, pop dan R&B.

Sebagai debut daripada album berkenaan, Diana akan meluncurkan sebuah single baharu sebelum penghujung tahun ini.

“Single baharu saya berentak balada dan dirakamkan dalam bahasa Melayu untuk pasaran tempatan. Lagu itu juga mempunyai kaitan dengan kehidupan saya dan sepenuhnya ciptaan sendiri,” katanya mengakhiri bicara.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/07/diana-danielle-saya-masih-bahagia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Saya Bahagia Dengan Farid Kami Masih Tinggal Sebumbung Diana Danielle

Hiburan Saya Bahagia Dengan Farid Kami Masih Tinggal Sebumbung Diana Danielle

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 567 hits
Baru baru ini timbul spekulasi kononnya rumah tangga pelakon Datin Diana Danielle dan Datuk Farid Kamil sedang berantakan mendakwa pasangan ini sudah tidak tinggal sebumbung Bagaimanapun Diana menafikan khabar angin tersebut Tidak dinafikan...
Lebih Sewindu Menikah Pasangan Artis Ini Masih Tetap Bahagia Dan Mesra Meski Belum Punya Anak

Lebih Sewindu Menikah Pasangan Artis Ini Masih Tetap Bahagia Dan Mesra Meski Belum Punya Anak

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 548 hits
Kebahagiaan berumah tangga nggak selalu lewat kehadiran anak Tapi buat kamu yang lagi berusaha semoga disegerakan ya
Farid Suami Dan Ayah Terbaik Diana Danielle Jawab Persoalan Netizen

Farid Suami Dan Ayah Terbaik Diana Danielle Jawab Persoalan Netizen

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 302 hits
Farid Suami Dan Ayah Terbaik Diana Danielle Jawab Persoalan Netizen Pelakon jelita Datin Diana Danielle menyifatkan setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan rumah tangganya dengan Datuk Farid Kamil menguatkan hubungan cinta mereka Jelas ...
Diana Danielle Farid Kamil Bakal Menerbitkan Filem Remp It 2

Diana Danielle Farid Kamil Bakal Menerbitkan Filem Remp It 2

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 597 hits
Pelakon Diana Danielle dilaporkan bakal bekerjasama dengan suaminya Farid Kamil dalam menerbitkan sebuah filem terbaru yang juga merupakan sekuel Remp It 2 Menurut laporan dari Cinemaonline Diana akan bertindak selaku pembantu penerbit kepa...
5 Otai Masih Berbisa Yang Menyerlah Sepanjang Liga Super 2019

5 Otai Masih Berbisa Yang Menyerlah Sepanjang Liga Super 2019

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 399 hits
Tua tua ubi berisi makin tua terus maintain power Mungkin itu ungkapan ringkas yang boleh kita katakan kepada lima pemain yang berada di dalam senarai di bawah Kelima lima pemain sudah melewati usia 30 tahun Malah pada satu ketika ada diant...
Kami Masih Sepasukan Kata Anwar Selepas Azmin Tak Hadir Temu Rapat Pkr

Kami Masih Sepasukan Kata Anwar Selepas Azmin Tak Hadir Temu Rapat Pkr

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 465 hits
July 21 2019 2 54 PMAnwar Ibrahim bersama Timbalan Perdana Menteri Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution di majlis temu rapat parti itu hari ini PORT DICKSON Presiden PKR Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau dan...
Guru Wanita Trauma M Sia Di Bawah Ph Masih Dijajah Along

Guru Wanita Trauma M Sia Di Bawah Ph Masih Dijajah Along

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 487 hits
Guru wanita trauma diganggu diugut alongKUANTAN Seorang guru wanita di sebuah sekolah di sini kini hidup dalam ketakutan selepas diganggu samseng upahan ceti haram atau along walaupun selepas mangsa selesai melunaskan pinjamannya Malah gamb...
Lirik Lagu Tanya Tuhan Yonnyboii Malique

Court Orders Naza Wheels To Pay Damages Over Breach Of Contract

Aktiviti Sesi Libat Urus Kajian Semakan Semula Perundangan E Dagang Ppim 17 07 2025

7 Skim Perkhidmatan Ekonomi Gred E Sspa Yang Disenarai Ikut Pekeliling 2024

Precious Metal Recycling Malaysia A Smarter Way To Reduce Waste And Recover Value

Tunm To Pmx No Harm Stepping Down Due To Public Pressure Both Boris Johnson Sheikh Hasina Did So

Private Jet Photo Ignites New Storm In Sabah

Resipi Kuah Rojak Homemade Ala Penang Manis Pedas Memang Padu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lavazza X Aura Pop Up Coffee Experience Di Suria Klcc Rasai Kemewahan Kopi Itali Asli

Demystifying The Insurance Declaration Page Understanding Your Policy At A Glance

Dah Cuba Hubungi Aaron Aziz Tuntut Agensi Umrah Amp Haji Bayar Hutang Rm65 000 Nantikan Surat Peguam

Hantaran Tiktok Marissa Dania Raih Perhatian Netizen Kata Seperti Menggambarkan Perasaan Jika Kamu Tidak Diperjuangkan

Rafizi Aku Dah Tak Kenal Parti Ini Rafizi Petik Situasi Umno 1998

S Line Thriller Fantasi Misteri Korea Lakonan Lee Soo Hyuk Paling Berani Tahun Ini