Desa Dairy Farm Kundasang Rasa Rugi Kalau Tak Singgah Bila Dah Bercuti Di Kundasang


Hari ini merupakan hari kedua saya bercuti di Kundasang, Sabah.
 
Memandangkan percutian kali ini, adalah kali yang kedua saya melawat Kundasang, Sabah jadi saya tak begitu tergesa-gesa nak mulakan hari saya. Saya ambil masa secukupnya untuk lepak santai di cafe H Benjamin Residence.
 
Kiranya memang saya nikmati betul-betul set sarapan pagi yang disediakan untuk kami.
 
Apa yang menarik yang terdapat di Desa Dairy Farm, Kundasang Kalau pergi bercuti ke Kundasang, memang tak lengkap rasanya kalau tak singgah di Desa Dairy Farm. Saya ni, walaupun dah dua kali datang ke Kundasang, masih lagi tetap nak datang singgah ke tempat ini.

Saya suka pemandangan dekat tempat ini.
 
Dengan kawasan padang rumput yang menghijau, dengan berlatarbelakangkan kawasan pergunungan, memang memukau mata yang melihat.

Ini gambar yang saya ambil semasa bercuti di Sabah pada tahun yang lepas (2017). Kalau kebetulan cuaca baik, awan pun tak menutupi pemandangan, memang nampak cantik apabila bergambar disini.
 
Ini pintu masuk untuk ke Desa Dairy Farm. Boleh nampak kan
Welcome to Desa Dairy Farm

Untuk masuk ke tempat ini, anda perlu buat bayaran terlebih dahulu. Tak perlu susah payah nak turun dari kereta, sebab boleh beli terus dari kaunter.
 
Macam nak bayar parking lebih kurang.
 
Berapa bayaran masuk untuk ke Desa Dairy Farm pada 2018? Kalau tahun lepas, jumlah yang saya kena bayar ialah RM5.00. Pada waktu itu, bayaran yang dikenakan itu adalah termasuk 6% cukai GST.

Tapi sekarang ini, saya pergi ke tempat ini pada bulan Oktober 2018 dengan Zero GST Rate, harga yang perlu dibayar untuk dewasa ialah RM4.70 sahaja.
 
Jom kita masuk ke tempat ini. Laluan yang disediakan tak begitu besar, cuma ada satu lorong sahaja.

Dekat sini tak perlulah nak bawa laju-laju. Drive safe dan nikmati pemandangan kawasan sekitar.
 
Sepanjang jalan, kita akan lalu pagar berwarna putih.

Kadang-kadang ada lembu-lembu yang dibiarkan lepas meragut rumput.
 
Orang kata pemandangan ini macam dekat New Zealand. Betul ke? Saya pun tak pasti sebab tak pernah lagi sampai ke tempat tu.

Tempat letak kereta di Desa Dairy Farm ni memang agak terhad.
 
Kalau boleh datang awal pagi, kalau tak nak berebut tempat letak kereta. Kali pertama saya datang ke sini, sebelum jam 8 pagi lagi saya dah sampai. Masa tu memang senang nak dapat tempat parking.

Tapi kali ini, saya datang agak lewat. Sekitar jam 9 lebih. Agak susah nak dapat parking dan terpaksa tunggu giliran.

Ini dikawasan luar. Dari kedudukan ini, boleh nampak kawasan perkampungan sekitar Kundasang.
 
Bila datang bercuti ke tempat ini, jadilah kreatif. Bagi yang memang suka bergambar tu, kalau anda nak tahu memang ada banyak tempat-tempat yang memang cantik kalau nak bergambar.
 
Oleh kerana pemandangan dekat tempat ini yang memang cantik, maka tak hairanlah kalau ramai pasangan yang menjadikan Kundasang sebagai salah satu tempat pilihan untuk honeymoon.

Batu besar kat bawah ni nampak macam senang kalau nak panjat.
 
Kalau tak silap saya, saya macam ada nampak pengunjung yang panjat batu ni dan bergambar disitu. Tak kisahlah anda nak buat apa sekalipun ya, yang penting berhati-hatilah.

Ini pagar besi. Saya rasa kalau nak panjat dan duduk kat situ tak ada masalah kot. Lebih kukuh dari pagar-pagar kayu yang berwarna putih sebelum ni.

Dah puas pusing-pusing dekat bahagian luar, kita masuk ke bahagian dalam pula.
 
Tempat ini, merupakan salah satu destinasi tumpuan pelancong yang datang bercuti ke Kundasang, maka kebiasaannya dalam ni memang ramai orang.

Dalam ini kita boleh dapatkan informasi tentang cara menternak lembu, proses menghasilkan susu, boleh juga dapatkan produk-produk berasaskan susu dan sebagainya.
 
Sediakan duit belanja yang secukupnya bila ke sini, sebab mungkin ada barangan yang dijual di dalam ini, yang memang tak akan ditemui di tempat lain.

Dekat bahagian dalam, ada juga replika gunung kinabalu. Sayangnya, kita tak dibenarkan untuk panjat replika tersebut. Saya kira ia mungkin bagi tujuan mengelakkan berlakunya kemalangan.
 
Kalau boleh panjat, pasti ramai yang nak tawan “gunung kinabalu” ini.
 
Ini pula bangsal yang menempatkan lembu-lembu di Desa Dairy Farm ini.

Bangsal ini memang luas dan kalau saya tak silap, ada beberapa lagi bangsal seperti ini. Kita boleh lihat sendiri aktiviti lembu-lembu ni semua.
 
Ada yang menjilat-jilat garam. Ada yang garu badan gunakan mesin yang berputar tu, dan ada yang duduk saja.
 
Dibahagian yang lain, ada ditempatkan anak kambing dan juga anak lembu.

Dekat bahagian ini, kita boleh cuba pengalaman beri makan rumput dan minum susu menggunakan botol kepada lembu-lembu dan juga kambing disini. Ada rumput dan susu khas yang dijual, untuk kita berikan kepada mereka ini.
 
Kalau ramai yang bagi makan dan bagi susu pada lembu-lembu disini, memang kenyang. Ada lembu dekat sini yang sampai dah tak larat nak minum susu dan makan rumput yang diberi.

Bila dah berkunjung ke Desa Dairy Farm ini, jangan lupa untuk rasa susu pelbagai perisa dan juga aiskrim.

Aiskrim dia sedap.
 
Memang tak rugi datang sini dan makan aiskrim ini. Kat luar tak ada tau ais krim macam ini. Rasa aiskrim dia, hampir nak sama macam ais krim dekat llaollao.

Dekat sini juga ada tempat makan.
 
Anda boleh singgah ke Des a Cow Restaurant ini. Saya tak rancang nak makan disini. Lagipun perut masih kenyang lagi lepas makan ais krim dan minum susu. Sebelum tu dah makan sarapan di H Benjamin.
 
Dekat sini luangkanlah masa sekitar 1 jam ke 1 jam setengah. Ada banyak spot yang menarik kalau nak bergambar. Nanti kalau keluar cepat sangat, rasa menyesal pula sebab tak banyak ambil gambar disini.
 
Siap sedia dengan cermin mata hitam ya. Bila waktu tak ada awan, tempat ni agak panas, dan agak susah nak buka mata semasa bergambar.
 
Jom saya bawa anda ke destinasi tumpuan pelancong seterusnya, yang pada saya agak menarik untuk dikunjungi.
 
 
The post Desa Dairy Farm Kundasang – Rasa rugi kalau tak singgah bila dah bercuti di Kundasang appeared first on Xplorasi Destinasi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://xplorasidestinasi.com/desa-dairy-farm-kundasang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ada Apa Yang Menarik Di Kundasang War Memorial Tempat Mesti Singgah Bila Ke Kundasang

Ada Apa Yang Menarik Di Kundasang War Memorial Tempat Mesti Singgah Bila Ke Kundasang

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 688 hits
Selesai jalan jalan di sekitar Pekan Tamparuli dan naik ke saya meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya pula iaitu ke Kundasang Ini merupakan kali kedua saya datang bercuti di Kundasang Waktu pertama kali saya datang ke sini saya tak ...
Pengalaman Menginap Di H Benjamin Residence Semasa Bercuti Di Kundasang Sabah

Pengalaman Menginap Di H Benjamin Residence Semasa Bercuti Di Kundasang Sabah

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 1253 hits
Saya luangkan masa kira kira satu jam di Sebelum bergerak ke tempat penginapan yang kami tempah iaitu di H Benjamin Residence saya sempat beli beberapa pek buah buahan di Pekan Kundasang Salah satu buah yang saya suka ialah Avocado Cheese R...
Inilah Perkara Yang Dipesan Rasulullah Saw Sebelum Wanita Tidur Rugi Tak Amal

Inilah Perkara Yang Dipesan Rasulullah Saw Sebelum Wanita Tidur Rugi Tak Amal

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 506 hits
Sebelum wanita tidur eloklah melakukan adab adab tidur dan jangan lupa selitkan amalan yang diajarkan Rasulullah untuk kaut ganjaran pahala dan kelebihan yang sangat besar jika buat Rasulullah SAW berpesan kepada Aisyah Ummul Mukminin ister...
Faedahkan Hair Dryer Untuk 9 Kemaslahatan Ini Kalau Cuma Dipakai Pengering Rambut Saja Rugi

Faedahkan Hair Dryer Untuk 9 Kemaslahatan Ini Kalau Cuma Dipakai Pengering Rambut Saja Rugi

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 295 hits
Melonggarkan sepatu yang sempit sampai bersihkan coretan krayon di dinding pakai hair dryer bisa
Tak Mahu Rugi Tetapi Merugikan Pihak Lain 8624

Tak Mahu Rugi Tetapi Merugikan Pihak Lain 8624

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 497 hits
Kisah ini berlaku di China dikhabarkan oleh Indonesia dan dibaca di Malaysia Gunakan Fasilitas Sekolah untuk Menambang Bitcoin Kepsek DipecatSelasa 13 November 2018 00 01 WIBIlustrasi Bitcoin FOTO IstJAKARTA Seorang kepala sekolah menengah ...
Rugi Rm10 000 Ditipu Sindiket Wang Haram Kisah Azhan Rani Harus Dijadikan Pengajaran

Rugi Rm10 000 Ditipu Sindiket Wang Haram Kisah Azhan Rani Harus Dijadikan Pengajaran

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 336 hits
Azhan Rani terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM10 000 gara gara ditipu sindiket penipuan wang haram PETALING JAYA Pelakon Azhan Rani terpaksa menanggung kerugian berjumlah RM10 000 apabila pernah menjadi mangsa sindiket penipuan wang ha...
Untung Rugi Jokowi Rangkul Yusril Versi Timses

Untung Rugi Jokowi Rangkul Yusril Versi Timses

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 217 hits
Yusril mengaku bergabungnya ke kubu Jokowi Ma ruf Amin karena dilobi oleh Ketua Tim Kampanye Nasional Jokowi Ma ruf Amin Ercik Thohir
Tempat Menarik Di Melbourne Rugi Tak Datang Sini

Tempat Menarik Di Melbourne Rugi Tak Datang Sini

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 489 hits
Melbourne Australia ialah salah satu destinasi popular dikalangan rakyat Malaysia Boleh dikatakan ia negara 4 musim yang paling dekat dan sangat berbaloi untuk dikunjungi Jom saya kongsikan tempat tempat best di Melbourne yang korang mesti ...
Kuartal Iii 2018 Pln Rugi Rp 18 48 Triliun Akibat Rupiah Melemah

Kuartal Iii 2018 Pln Rugi Rp 18 48 Triliun Akibat Rupiah Melemah

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 225 hits
PT PLN menanggung kerugian Rp 18 48 triliun hingga kuartal III 2018 dari periode sama tahun sebelumnya untuk Rp 30 4 triliun Ini disebabkan oleh pelemahan nilai tukar rupiah terhadap dolar Amerika Serikat sehingga membuat beban operasional ...
Use Care In Talking About Interaction With Big Businesses Leaders Told

Wordplay And Slang For Brand Name

Bekas Ceo Dakwa As Tembak Pesawat Mh370

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Get 10 000 Social Ads Visits For Just 10

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Should Fruit Be Eaten Before Or After Meals

Kl Chinatown Festival 2024


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Makan Steamboat Dapat Henna Free

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Damasutra Sesat Dalam Rindu Chord

Cara Tengok Tempat Kelahiran

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Orimilk Susu Awal Lembu Kolostrum Dan Kalsium Terbaik Di Malaysia Buka Cawangan Di Kuantan