Ada Apa Yang Menarik Di Kundasang War Memorial Tempat Mesti Singgah Bila Ke Kundasang


Selesai jalan-jalan di sekitar Pekan Tamparuli dan naik ke Jambatan Gantung Tamparuli, saya meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya pula, iaitu ke Kundasang.
 
Ini merupakan kali kedua saya datang bercuti di Kundasang. Waktu pertama kali saya datang ke sini, saya tak berkesempatan untuk masuk ke Kundasang War Memorial ini.
 
Masa kali pertama datang dulu, saya rasa tak cukup masa, dan kebetulan ada satu hari tu, hujan turun dengan lebat.

Maka terpaksalah saya duduk dalam bilik resort sahaja. Pada waktu tu, saya dan keluarga menginap di Ayana Holiday Resort.
 
Sekarang ini, apabila saya berkesempatan untuk datang sekali lagi di bumi Kundasang ini, saya memang dah masukkan dalam itinerary saya, untuk pergi ke Kundasang War Memorial ini.
 
Bayaran tiket masuk ke Kundasang War Memorial Kundasang War Memorial ini letaknya di Pekan Kundasang. Ianya tak jauh dengan deretan bangunan kedai yang terdapat di Pekan Kundasang.
 
Pengunjung yang nak masuk ke tempat ini, perlu buat bayaran dan dapatkan tiket terlebih dahulu.

Saya difahamkan sebelum ni harga tiket masuk adalah RM2 sahaja. Tapi sekarang ini mungkin dah naik harga, sebab itu harga baru yang saya perlu bayar ialah RM3.00
 
Harga tersebut adalah untuk pemegang mykad sahaja. Kalau pemegang passport antarabangsa, harga dia adalah berbeza.
 
Untuk lihat apa yang ada di dalam Kundasang War Memorial ini, kita kena naik tangga sedikit ya.

Jom kita explore tempat ini.
 
Dalam war memorial ini, kita akan lihat ada 4 buah taman, iaitu Australian Garden, English Garden, Borneo Garden dan juga Contemplation Garden and pool.
 
Adakah anda kenal tiga bendera yang terdapat di war memorial ini?

Kita tengok dengan lebih dekat lagi ya.
 
Nampak macam lebih kurang sama je kan bendera-bendera ni semua.

Bendera tersebut adalah bendera negara Australia, Britain dan juga bendera New Zealand.
 
Taman pertama yang saya masuk adalah di Australian Garden.

Ini pemandangan di sekitar Australian Garden.

Dekat sini ada diceritakan serba sedikit berkenaan dengan sejarah Kinabalu War Memorial Kundasang And Australia. Saya akan taip semula, supaya pembaca dapat baca juga apa yang tercatat di sini ya.

Semasa perang dunia kedua, tawanan perang tentera Australia dan British dipenjarakan di Sandakan oleh pihak tentera Jepun. Tawanan perang pertama tiba dari Singapura dan mereka dipaksa untuk membina landasan kapal terbang tentera Jepun pada bulan Julai tahun 1942 dan menjelang pertengahan tahun 1943 lebih dari 1800 orang tawanan perang Australia dan 750 orang British menjadi buruh paksa di kem tahanan ini.
 
Keadaan hidup yang payah dan keadaan tempat kerja yang teruk wujud di kem tahanan ini. Tentera Jepun dan Pegawai Formosa yang sangat kejam terhadap tawanan perang dan bilangan tawanan perang yang mati pun meningkat terus sepanjang tahun 1943 dan 1944. Penduduk tempatan cuba sedaya upaya untuk menolong tawanan perang yang tidak berupaya itu, kadangkala tidak menghiraukan ancaman bunuh yang dikeluarkan oleh pihak tentera Jepun.
 
Menjelang tahun 1945 tentera Jepun risau bahawa pihak bersekutu akan menyerang Borneo Timur. Akibatnya, tawanan perang yang masih hidup itu, iaitu seramai 1066 orang telah dipindahkan secara berturut dalam Perjalanan Maut sejauh 265KM ke barat. Seramai 290 orang tawanan perang yang ditinggalkan di hospital di Sandakan telah meninggal dunia.
 
Lebih dari 1000 orang tawanan perang meninggal dalam perjalanan maut ini atau di kem tahanan Ranau. Sukar dipercayai bahawa enam orang tawanan perang yang kelaparan dan kurus kering itu telah berjaya melepaskan diri untuk mendedahkan tragedi perang yang mereka alami.
 
Dari 2500 orang tawanan perang di Sandakan, mereka inilah yang dapat pulang ke pangkuan keluarga.
 
Seterusnya saya ke English Garden.

Dekat English Garden ni, sepatutnya penuh dengan pokok-pokok bunga ros. Tapi mungkin waktu saya datang ini, ada banyak pokok yang dah layu dan mati. Jadi tak berapa cantik.
 
Saya masih ingat lagi, masa saya ke Cameron Highland satu masa dulu, saya ada lihat satu taman yang dibina berkonsepkan Inggeris, dan taman tersebut memang sangat cantik. Kalau anda nak lihat taman Inggeris yang cantik dan dijaga dengan baik, sila baca posting saya sebelum ini ya.
Baca di: Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highland

Dedicated to tje lasting memory of the 641 British Servicemen
Who died in terrible circumstances
In the Sandakan Prisoner of War Camp
On the death marches and at Ranau 1943 – 1945
 
They shall grow not old, as we that are left grow old.
Age shall nt weary them, not the years condemn.
At the going down of the sun and in the morning,
We will remember them.
 
Ini pula di Contemplation Garden and Pool.

Mungkin disini adalah tempat yang dikhaskan untuk para pengunjung cuba untuk renungkan kembali (contemplation) tentang sejarah gugurnya tawanan-tawanan perang ini semua sewaktu melawan tentera Jepun.
 
Ini merupakan senarai nama tawanan perang yang gugur. Ada banyak.

Taman yang terdapat di Kundasang War Memorial ini, sememangnya dibina bagi mengenang kembali kisah gugurnya para tawanan perang sewaktu perang dunia kedua. Disamping itu, kita juga dapat mengenang semula keberanian penduduk setempat yang bangkit melawan tentera Jepun dan cuba menyelamatkan tawanan perang pada ketika itu.
 
Kita yang hidup dizaman selepas merdeka ini, yang sudah semestinya tidak perlu melalui hidup zaman perang, patutnya lebih menghargai keamanan yang kita sedang nikmati ketika ini.

Dekat sini, berdekatan dengan contemplation garden ada sudut yang menarik untuk bergambar. Boleh nampak rumah-rumah dan kawasan penempatan.

Ini taman keempat yang terdapat di Kundasang War Memorial ini.

Inilah dia Borneo Garden. Taman ini didedikasikan kepada penduduk setempat yang memainkan peranan yang penting dalam usaha menentang kekejaman tentera Jepun.
 
Tumbuh-tumbuhan dan pokok-pokok bunga yang ditanam disini adalah dari jenis yang biasa terdapat dikawasan di Sabah supaya ia lebih menggambarkan suasana taman di Borneo itu sendiri.

Pemilihan pokok yang ditanam di setiap taman juga adalah satu refleksi bagi pokok yang terdapat di negara yang diwakili.
 
Saya tertarik dengan sudut yang ada dekorasi mini air terjun ni.

Ada banyak duit-duit syiling yang ditaburkan disini. Saya pun tak pasti untuk apa. Apa yang terlintas di fikiran saya, ia macam kolam untuk buat hajat.
 
Siapa-siapa yang ada hajat, boleh sebutkan hajat tersebut, kemudian campak duit syiling dalam kolam ini.
 
Sudah tentu, ini bukan cara yang dianjurkan dalam agama kita. Jadi, tak payah la nak ikut-ikut sangat ya. Kalau ada hajat sungguh, pergilah bersedekah, dan selepas tu berdoa kepada Allah apa yang kita hajatkan.
 
Nampak macam lebih kurang sama, tak serupa ya.

Alhamdulillah, sampai juga di Kundasang War Memorial selepas kali kedua jejakkan kaki di Bumi Kundasang. Masa pun dah cukup untuk check in di H Benjamin Residence.
 
Destinasi seterusnya, saya akan terus ke resort yang saya booking dari Airbnb.
 
Terima kasih saya ucapkan kerana anda sudi baca pengalaman saya melawat Kundasang War Memorial. Sebagai menghargai kesudian anda luangkan masa disini, apa kata anda tebus travel credit dari Airbnb ini.

Travel Credit ini bernilai RM120 dan anda boleh tebus disini. Anda boleh gunakan travel credit ini untuk buat tempahan mana-mana hotel, guesthouse ataupun homestay yang terdapat di laman web Airbnb. Sila ke halaman ini ya.
 
Setidak-tidaknya, anda dapat sesuatu lepas baca blog saya. Jom pergi bercuti!
 
 
The post Ada apa yang menarik di Kundasang War Memorial? Tempat mesti singgah bila ke Kundasang appeared first on Xplorasi Destinasi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://xplorasidestinasi.com/ada-apa-yang-menarik-di-kundasang-war-memorial-tempat-mesti-singgah-bila-ke-kundasang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gua Tempurung Tempat Menarik Di Perak Yang Mesti Anda Kunjungi

Gua Tempurung Tempat Menarik Di Perak Yang Mesti Anda Kunjungi

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 1315 hits
Gua Tempurung Bercerita tentang travel adventure CN tak dapat lupakan pengalaman CN hiking di Gua Tempurung di Perak 4 tahun yang lalu Best sangat CN seolah olah masuk ke dunia baru Rasa teruja bila masuk ke dalam Gua Tempurung Cuma masa tu...
Pusat Ikan Hiasan Port Dickson Tempat Menarik Untuk Percutian Bajet

Pusat Ikan Hiasan Port Dickson Tempat Menarik Untuk Percutian Bajet

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 462 hits
Saya dan keluarga memang amalkan percutian berbajet Jika boleh kalau pergi bercuti atau melancong ke destinasi menarik kami pasti akan cari lokasi atau tempat yang tidak mengenakan sebarang bayaran masuk hehe contohnya macam pantai dan tama...
Mesti Singgah Ke Don S Warong Plaza Damas

Mesti Singgah Ke Don S Warong Plaza Damas

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 442 hits
Apa plan cuti sekolah ni Jika anda merancang membawa anak anak ke Pusat Sains Negara anda boleh singgah lunch ke Don s Warong yang terletak di Plaza Damas tidak jauh dari situ Ada pelbagai menu melayu western Don s Warong tau Paling menarik...
Percutian Menarik Tak Rugi Singgah Bukit Gambang Safari Park

Percutian Menarik Tak Rugi Singgah Bukit Gambang Safari Park

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 406 hits
Soalan aku terjawab aku dapat tengok depan mata sendiri apa yang best dan beza kat Bukit Gambang Safari Park nihh TERNYATA ADA KELAINAN TAK RUGI AKU MASUK BGWP 1 WILD SAVANNAHNi aktiviti rare Tengok haiwan menaiki tram atau ATV Pilih pilihh...
Tempat Menarik Di Alor Setar

Tempat Menarik Di Alor Setar

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 550 hits
Siapa Cakap dekat Alor Setar Kedah tak ada tempat yang sempoi nak lakukan aktiviti outdoor pernah dengar mengenai Gunung Keriang antara gunung yang cukup menarik untuk didaki atau boleh mencuba aktiviti caving explore gua gua yang menarik t...
10 Tempat Percutian Menarik Di Cameron Highlands

10 Tempat Percutian Menarik Di Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 928 hits
10 Tempat Percutian Menarik Di Cameron Highlands l Jika anda jemu dengan cuaca panas dan kesesakan ibu kota larilah sebentar ke Cameron Highlands Destinasi nyaman yang terkenal dengan udara sejuknya yang dingin dan pemandangan yang menakjub...
9 Tempat Percutian Yang Menarik Di Perak Jom Bawa Seisi Keluarga Cuti Ini

9 Tempat Percutian Yang Menarik Di Perak Jom Bawa Seisi Keluarga Cuti Ini

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 791 hits
Perak adalah salah sebuah negeri di pantai Barat Semenanjung Malaysia yang terbesar dan ada pelbagai tempat percutian menarik Berikut antara 9 tempat percutian di Perak yang mungkin anda belum tahu Jom ambil masa cuti panjang ini untuk bawa...
Tempat Makan Best Dan Menarik Di Labuan Pan Mee

Tempat Makan Best Dan Menarik Di Labuan Pan Mee

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 1105 hits
Hai semua Apa khabar Harap sihat disamping insan tersayang It s been almost 5 years I live in this tiny island called Labuan Pejam celik pejam celik lama sudah pula saya tinggal di sini Cari rezeki punya pasal terpaksalah tahankan hati berj...
5 Tempat Menarik Untuk Bawa Anak Anak Cuti Sekolah

5 Tempat Menarik Untuk Bawa Anak Anak Cuti Sekolah

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 430 hits
Tak lama dah nak cuti sekolah lagi Masa ni berebut rebut lah mak ayah tengah cari pakej pakej ataupun tempat percutian menarik cuti sekolah untuk bawa ahli keluarga Family time la katakan Sama macam aku jugak cuti sekolah adalah waktu terba...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu