Pengalaman Menginap Di H Benjamin Residence Semasa Bercuti Di Kundasang Sabah


Saya luangkan masa kira-kira satu jam di Kundasang War Memorial.
 
Sebelum bergerak ke tempat penginapan yang kami tempah, iaitu di H Benjamin Residence, saya sempat beli beberapa pek buah-buahan di Pekan Kundasang. Salah satu buah yang saya suka ialah Avocado Cheese.
 
Rasanya ada sedikit lemak-lemak, seolah-olah kita tengah makan cheese.
 
Dari Kundasang War Memorial untuk ke H Benjamin Residence, sebenarnya tidaklah begitu jauh. Oleh sebab keadaan jalan yang berbukit dan kita perlu banyak mendaki, jadi tak boleh nak bawa laju.
 
Selain itu, sepanjang jalan untuk ke H Benjamin Residence ini juga, kita akan melalui kawasan perkampungan penduduk setempat, kawasan resort dan padang golf.
 
Selepas memandu lebih kurang hampir 30 minit, akhirnya sampai juga di tempat yang dituju.

H. Benjamin Residence Mount Kinabalu.
 
Bangunan yang anda lihat diatas ini, menempatkan pejabat, kedai serbaneka dan juga restoran. Nanti saya akan cerita serba sedikit mengenai restoran disini.
 
Ini pula pemandangan dari bilik.

Saya boleh katakan, setelah melihat beberapa resort yang terdapat di Kundasang, tempat ini antara yang cantik dan berbaloi untuk kita jadikan tempat untuk menginap.
 
Pihak pengurusan juga menyediakan ruang parking yang proper. Kita boleh parking di depan bilik sahaja. Macam kat bawah ni.

Bukak je pintu bilik, kita dah boleh nampak kereta. Lagi satu yang saya suka, kita tak perlu nak jalan jauh untuk letak kereta. Kalau kebetulan bawa barang banyak dan berat, tak ada la penat sangat nak kena jalan jauh.
 
Dekorasi dari luar menggunakan tema batu-bata. Setakat yang saya perasan, tak ada resort lain yang guna design yang macam ni.

Untuk percutian ke Sabah kali ini, bajet yang saya sediakan memang tak banyak. Selagi boleh berjimat, selagi itu saya akan cuba untuk jimatkan perbelanjaan dalam percutian kali ini.
 
Jadi, salah satu cara untuk saya berjimat adalah dengan membuat tempahan tempat penginapan di Kundasang dan juga di Kota Kinabalu, melalui laman web Airbnb. Saya pernah cerita bagaimana anda juga boleh berjimat sehingga RM120, jika membuat tempahan melalui web Airbnb sebelum ini.
Baca disini: Cara berjimat sehingga RM120 untuk tempat penginapan apabila pergi bercuti dalam dan luar negara
 
Bila saya buat carian di laman web Airbnb, kebetulan saya terjumpa listing untuk guesthouse ini. Tengok pada gambar listing, nampak cantik juga, jadi saya pun terus buat tempahan.
 
Jom saya tunjukkan gambar untuk ruangan dalaman bilik ini.

Jemput masuk.
 
Dari pintu masuk, mula-mula kita jumpa bilik mandi dengan tandas dulu. Tandas dan bilik mandi diasingkan dengan pintu yang berlainan.

Bilik ini adalah dari jenis superior room.
 
Bilik ini sebenarnya ada dua katil jenis single. Tapi saya minta staff untuk tolong adjust katil supaya jadi queen size.

Mujurlah staff dekat sini memang cekap. Kalau saya yang buat sendiri, which is dengan cara rapatkan sendiri katil, mungkin tak sekemas yang dilakukan oleh staff mereka.
 
Bilik ini juga ada disediakan TV yang saya sendiri pun tak pasti, berapa minit sangat saya buka TV ni.

Saya rasa sepanjang berada di sini, lagi seronok nikmati pemandangan alam sekitar dan jalan-jalan disekitar Kundasang – Ranau, berbanding duduk-duduk dalam bilik sambil tengok tv.
 
Mungkin satu hari nanti, kalau diberi peluang untuk datang sekali lagi ke tempat ini, dan kalau pada waktu tu, saya duduk disini dalam lima hari 4 malam, mungkin bolehlah consider untuk habiskan masa tengok tv dalam bilik.
 
Walaupun ini adalah percutian bajet ke Sabah, namun kalau boleh saya nak menginap di tempat yang nampak menarik, dengan pemandangan yang cantik.

Saya kira, dengan memilih H Benjamin Residence, pilihan saya tak salah lagi.

Tempat ini agak unik, sebab mereka sediakan satu ruangan khusus untuk duduk santai. Sambil duduk disini boleh melihat pemandangan hijau dari hutan yang terdapat disekelilingnya, dan dapat juga kita lihat pemandangan kawasan pergunungan Kinabalu.
 
Untuk pengetahuan anda, pihak pengurusan H Benjamin tidak menyediakan cerek elektrik dalam bilik. Kalau nak air panas, kena minta dekat cafe.
 
Hanya perlu bagitahu nombor bilik, dan mereka akan berikan termos dan juga mug. Nombor bilik saya ialah F205 tu.

Pada waktu petang, duduk-duduk disini sambil minum air nescafe dan makan buah-buahan yang dibeli di Pekan Kundasang. Memang satu pengalaman yang cukup menenangkan.
 
Ada satu hari tu, saya terjumpa satu keluarga melayu yang datang ke sini dan turut bergambar. Mula-mula saya ingatkan mereka check in disini juga. Kalau mereka ni check in dekat H Benjamin ni, kiranya agak meriahlah nanti.
 
Rupa-rupanya mereka check in di homestay berhampiran. Mereka datang ke sini sebab nak tengok apa menu yang disajikan di restoran ini.

Bukan semua guesthouse, mahupun resort yang terdapat di Kundasang, ada restoran ataupun cafe didalamnya. Saya rasa, lagi banyak yang tak ada restoran berbanding yang ada restoran sendiri.
 
Jadi memang merupakan perkara biasa, kalau ada tetamu yang menginap di resort berhampiran, akan datang dan makan disini.

Malam pertama disini, saya order set steamboat.
 
Berada ditempat sejuk seperti ini, menu yang paling kena dengan tekak dah tentu menu steamboat.

Ada mee, bihun, telur, pelbagai sayuran, bebola ikan, udang, sotong dan ada juga daging serta ayam untuk di grill. Mula-mula nampak macam sikit, tapi sebenarnya kalau makan untuk dua orang, memang sangat kenyang.
 
Satu lagi perkara yang saya suka apabila menginap di H. Benjamin Residence ini ialah, pakej bilik adalah termasuk set sarapan pagi.

Sementara menunggu hidangan yang lebih berat, kami disajikan dengan roti bakar dulu. Pengunjung akan diberikan menu untuk kita pilih apa yang kita nak order.

Isteri saya pilih roti dengan scramble egg, sosej dan kacang merah.

Saya pula terliur nak cuba mee goreng. Sedap. Memang sedap.
 
Saya dah cerita semua yang saya suka dengan tempat ini. Sekarang ini, saya nak beritahu apa yang kurang best dengan tempat ini.
 
Tempat ini, sangat dekat dengan jalan raya. Bila ada kenderaan lalu lalang, memang kita boleh dengar… dan pada pendapat saya, memang agak kuat kedengaran bunyi enjinnya.

Saya ada baca dalam satu review oleh pengunjung yang pernah check in disini. Pengunjung tu komplen tentang serangga. Waktu malam, ada banyak serangga!
 
Saya pun tak tahu nak respons macam mana. Kita memang datang ke hutan, ke habitat semula jadi serangga tersebut. Jadi, memang tak pelik langsung kalau dekat tempat tu ada banyak serangga, kan.
 
Saranan saya, kalau nak datang ke tempat-tempat macam ini, iaitu tempat yang begitu dekat dengan nature, cuba siap sedia dengan insect repellent. Saya ada bawa insect repellent ini dan Alhamdulillah, tak banyak serangga yang datang dekat.
 
Kalau setakat satu dua ekor yang terlepas tu biasalah. Tapi lepas tu, semua serangga tu hilang dan pergi ke tempat lain.
 
Insect repellent tu memang sangat berguna apabila berada di tempat seperti ini.

Gambar ini, kalau tak silap saya, saya ambil pada jam sekitar 6 pagi. Ini hari ketiga saya berada disini.
 
Kalau di semenanjung, pukul 6 pagi masih gelap dan tak nampak apa-apa lagi. Tapi disini, pukul 6 pagi dah terang macam ni. Hari kedua, saya terpaksa skip breakfast dan terus bertolak ke Kota Kinabalu untuk ikuti sesi Island Hopping.

Saya tertarik dengan pemandangan gunung-ganang di belakang tu.
 
Saya rasa ianya sangat… Majestic!
 
Kalau satu hari nanti, anda ada perancangan nak datang bercuti ke Kundasang, mungkin boleh pertimbangkan untuk menginap di H Benjamin Residence ini. Sebelum ini saya dah menginap di Ayana Holiday Resort.
Baca di: Pengalaman menginap di Ayana Holiday Resort semasa bercuti di Kundasang, Sabah
 
Untuk dapatkan pengalaman yang baru, saya pilih tempat ini.

Untuk lebih penjimatan, anda boleh buat tempahan melalui Airbnb dan gunakan travel kredit bernilai RM120 yang anda boleh dapatkan dari halaman ini ya.
 
Selamat bercuti ke Kundasang. In Shaa Allah dalam posting akan datang saya akan kongsikan pula beberapa tempat yang saya kunjungi sepanjang berada di Kundasang, Sabah.
 
The post Pengalaman menginap di H Benjamin Residence semasa bercuti di Kundasang, Sabah appeared first on Xplorasi Destinasi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://xplorasidestinasi.com/pengalaman-menginap-di-h-benjamin-residence/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sis Bercuti Ke Sabah Day 1

Sis Bercuti Ke Sabah Day 1

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 577 hits
Oh sayangkuSis bercuti ke Sabah dengan geng2 sado office lama sis Well done best team Rumah TerbalikSebaik tiba di Kota Kinabalu geng kami dibawa ke yayasan Sabah then kedai makan Rahmat dan bergerak ke Rumah Terbalik Rumah terbalik milik p...
Pengalaman Bersiar Siar Di Jambatan Gantung Tamparuli Sabah

Pengalaman Bersiar Siar Di Jambatan Gantung Tamparuli Sabah

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 870 hits
Sebaik sahaja saya dapat kereta yang disewa dari syarikat Global Lepa saya merancang untuk terus memandu ke Kundasang Sabah Kalau boleh saya nak sampai awal di Kundasang sebabnya ada beberapa tempat yang saya tak sempat kunjungi semasa perc...
Pengalaman Island Hopping Di Pulau Sapi Dan Pulau Manukan Sabah

Pengalaman Island Hopping Di Pulau Sapi Dan Pulau Manukan Sabah

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 973 hits
Island Hopping Sapi dan Manukan Sabah sendiri berada di kepulauan kepulauan Borneo Jadi tidak begitu pelik jika Sabah juga dikelilingi pulau dalam wilayahnya sendiri Islands Hopping Pulau Sapi dan Pulau ManukanKecantikan pulau sekitar Sabah...
Pengalaman Umrah 1979 Part 3 Umur 19 Tahun Semasa Belajar Di Uk

Pengalaman Umrah 1979 Part 3 Umur 19 Tahun Semasa Belajar Di Uk

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 462 hits
Pengalaman Umrah 1979 Part 3 Umur 19 Tahun Semasa Belajar di UK Rakan rakan rapat semua mengatakan saya membuat keputusan yang silap untuk melaksanakan umrah di usia 19 tahun Pada mereka umur terlalu muda dan life belum habis di enjoy lagi ...
Pengalaman Bercuti Di Venice Fluorence Italy

Pengalaman Bercuti Di Venice Fluorence Italy

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 490 hits
Assalamualaikum VeniceThings that I looked forward to in Venice is Gondola Rides Seperti di Amsterdam Venice juga terkenal dengan small canals and streets but lagi berselirat and serabut Memang sesat pun dekat sini Walaupun dah download map...
Pengalaman Menginap Di M Boutique Hotel Ipoh

Pengalaman Menginap Di M Boutique Hotel Ipoh

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 680 hits
Pengalaman Menginap Di M Boutique Hotel Ipoh Masa bercuti ke Movie Animation Park Studio bulan lepas kami telah memilih untuk menginap di M Boutique Hotel Ipoh Banyak sebab kami pilih hotel ni tapi paling utama adalah berdasarkan review pel...
Azmin Mendapat Sokongan Padu Rakyat Sabah Sebagai Timbalan Presiden Pkr

Azmin Mendapat Sokongan Padu Rakyat Sabah Sebagai Timbalan Presiden Pkr

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 487 hits
CALON Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terus mengukuhkan kedudukannya di Sabah selepas menang di enam cabang pada fasa kedua pemilihan parti peringkat negeri Sabah di 13 daripada 25 cabang secara serentak...
Court Rejects Election Petitions For Sipitang Sook And Kundasang

Court Rejects Election Petitions For Sipitang Sook And Kundasang

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 294 hits
The Election Court has rejected the petition filed against Yamani Hafez Musa KOTA KINABALU Yamani Hafez Musa will get to keep his Sipitang parliamentary seat after the Election Court today struck out a Warisan election petition that sought ...
Sabah Pkr Unhappy Over Peninsular Interference In State Polls

Sabah Pkr Unhappy Over Peninsular Interference In State Polls

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 343 hits
Sabah PKR election director Rosli Masaliku says there have been many complaints about election committee members from the peninsula taking charge of party polls in the state KOTA KINABALU Sabah PKR election director Rosli Masaliku is unhapp...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo

Suasana Natal Di Luar Negeri Masing Masing Penjuru Dunia Punya Perayaan Unik

23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii