Inilah Perkara Yang Dipesan Rasulullah Saw Sebelum Wanita Tidur Rugi Tak Amal


Sebelum wanita tidur, eloklah melakukan adab-adab tidur dan jangan lupa selitkan amalan yang diajarkan Rasulullah untuk kaut ganjaran pahala dan kelebihan yang sangat besar jika buat.
Rasulullah SAW berpesan kepada Aisyah Ummul Mukminin (ra), isteri tercintanya:
“Wahai Aisyah, jangan engkau tidur sebelum melakukan EMPAT perkara ini, iaitu:
Sebelum mengkhatamkan Al-Qur’an.
Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di Hari Akhirat.
Sebelum para Muslim meredhaimu.
Sebelum kau laksanakan Ibadah Haji dan Umrah.
Aisyah pun, bertanya kepada Rasullah SAW:
“Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara ini, seketika?”
Rasullah SAW tersenyum dan bersabda: “Sebelum engkau tidur (lakukan ini):
“Jika engkau akan tidur , membacalah Surah al –Ikhlas tiga kali. Seakan-akan engkau telah mengkhatamkan Al-Quran.
“Bacalah selawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat “
“Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai kamu.
Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah.
“Subhanallaahi Walhamdulillaahi Walaailaaha Illallaahu Allaahu Akbar ( 3x ).
Semoga kita bersama-sama dapat mengamalkan 4 perkara ini dan memperolehi ganjaran pahala yang dijanjikan.
Semoga bermanfaat!
Siapa-siapa membaca Surah ini 7 (tujuh) kali pada tiap-tiap lepas sembahyang, nescaya terlepas daripadanya kesusahan dan mudah oleh Allah s.w.t. akan rezekinya.
Bukankah kami telah melapangkan bagimu, Dadamu (wahai Muhammad dengan mengisi petunjuk dan hidayah) dan Kami telah meringankan daripadamu : Bebanmu (menyiarkan Islam) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan pelbagai kemudahan dalam melaksanakannya)
dan Kami telah meninggikan bagimu : sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh) maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain) dan kepada Tuhanmu saja tempat engkau memohon. (apa yang engkau gemar dan ingini)
Keterangan Surah al Insyirah
Erti terbuka dada Muhammad ialah senang hatinya, dan tenteram jiwanya, kerana telah memperoleh ilmu pengetahuan (wahyu) yang dianugerahkan Allah kepadanya. Sebetulnya nama nabi Muhammad itu telah ditinggikan Allah, iaitu namanya mahsyur di mana-mana. Tiap-tiap azan terdengar nama Muhammad. Di mana-mana pun di seluruh dunia mengenali Nabi Muhammad.
Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari yang kemudian, jika ditimpa musibah, ia teringat akan firman Allah ini, iaitu, “Di samping kesusahan ada kesenangan, di samping kesempitan ada kelapangan. Sesudah bala menggoda, di belakangnya nikmat berlipat ganda. Sebab itu ia tidak berduka cita atau berkeluh kesah atas cubaan dari Allah itu. Kerana ia mempunyai kepercayaan, bahawa Allah akan mengganti kesusahan itu dengan kesenangan, jika tidak hari ini mungkin esok hari. Inilah orang yang berhati sabar, yang tidak berputus asa kerana ditimpa satu cubaan melainkan ia terus berusaha untuk mencapai hajatnya. Adapun orang yang tidak beriman kepada Allah, maka ia sangat berkeluh kesah dan berduka cita kerana ditimpa sesuatu bala, kadang-kadabg ia membinasakan dirinya sendiri. Inilah bahayanya jika tidak beriman kepada Allah.
Kelebihan Surah Al Insyirah
Nabi Muhammad S.A.W bersabda : “Barangsiapa membaca Surah Al-Insyiraah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku”.
Barangsiapa membiasakan membaca Surah Al-Insyiraah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.
Sesiapa yang membaca Surah Al-Insyiraah nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.
Barangsiapa membaca Surah Al-Insyiraah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.
Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah jadi wirid pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu, nescaya hilang dukacita nya dan mengurniailah oleh Allah s.w.t. akan rezekinya dengan beberapa banyak.
Siapa-siapa sentiasa banyak membaca Surah Al-Insyiraah nescaya mudah mendapat rezekinya dan luas fikirannya, senang membuat sesuatu pekerjaan dan hilang daripadanya sifat malas.
Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 7 (tujuh) kali pada tiap-tiap lepas sembahyang, nescaya terlepas daripadanya kesusahan dan mudah oleh Allah s.w.t. akan rezekinya.
Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 40 (empat puluh) kali pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu selama tujuh hari berturut-turut, nescaya mengurnia Allah s.w.t. kepadanya kekayaan.
Kelebihan membaca surah al Insyirah ketika susah
Siapa-siapa susah pada suatu pekerjaan, hendaklah sembahyang dengan cara yang tersebut di bawah ini, nescaya sampai maksudnya, iaitu:
Sembahyang sunat dua rakaat.
Pada tiap-tiap rakaat baca Surah Al-Fatihah dan surah (mana-mana surah)
Lepas sembahyang, duduk menghadap kiblat dengan tetap bersungguh-sungguh ingatlah akan Allah s.w.t., dan baca Surah Al-Insyiraah sebanyak bilangan hurufnya.
Sesudah membaca Surah Al-Insyiraah, pohonkanlah apa-apa yang di hajati daripada Allah s.w.t.
**a) Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 200 (dua ratus) kali pada tiap-tiap hari ketika matahari naik (waktu dhuha), nescaya memperlihat oleh Allah s.w.t. kepadanya perkara-perkara yang ajaib.
**b) Siapa-siapa berhajat sesuatu perkara, bacalah Surah Al-Insyiraah 700 (tujuh ratus) kali atau 1000 (seribu) kali pada tiap-tiap hari selama ia mengusahakannya, nescaya beroleh apa-apa yang di hajati.
**c) Siapa-siapa menulis Surah Al-Insyiraah pada suatu bekas dan menghapuskannya dengan air mawar kemudian minum, nescaya hilang dukacitanya dan terpelihara daripada terkejut.
Insya Allah, semoga perkongsian ilmu yang sedikit di atas dapat memberikan 1001 manfaat dan kebaikan kepada kita semua.
Wallahualam.
VIDEO:

Sumber: darahatiku
The post Inilah Perkara Yang Dipesan Rasulullah SAW Sebelum Wanita Tidur, Rugi Tak Amal appeared first on MFADHLY.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mfadhly.net/2018/11/07/inilah-perkara-yang-dipesan-rasulullah-saw-sebelum-wanita-tidur-rugi-tak-amal/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Inilah Kriteria Hewan Qurban Sesuai Pilihan Rasulullah Saw

Inilah Kriteria Hewan Qurban Sesuai Pilihan Rasulullah Saw

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 460 hits
Blog Khusus Doa Qurban merupakan salah satu ibadah yang hukumnya sunnah muakkad khususnya bagi yang mampu Dalam praktek berkorban seorang muslim juga diperbolehkan untuk berkurban secara patungan namun ini hanya di perbolehkan untuk Qurban ...
5 Kebaikan Baca Buku Sebelum Anak Tidur

5 Kebaikan Baca Buku Sebelum Anak Tidur

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 433 hits
Kenapa baca buku sebelum anak tidur bagus dijadikan amalan 1 Bantu kembangkan daya imaginasiMembaca dan bercerita kepada anak pastinya membantu untuk perkembangan imaginasi sihat Kita akan membantu anak untuk berfikir dan berimaginasi denga...
12 Doa Rasulullah Saw Untuk Kita Amalkan Setiap Hari

12 Doa Rasulullah Saw Untuk Kita Amalkan Setiap Hari

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 318 hits
Blog Khusus Doa Doa Doa dan Doa Itulah yang patut kita panjatkan sebelum dan setelah kita berusaha semaksimal mungkin untuk menggapai sesuatu Allah SWT berfirman yang artinya Berdoalah kepada Ku niscaya akan Kuperkenankan bagimu Sesungguhny...
4 Perkara Sering Terlepas Pandang Sebelum Pergi Umrah

4 Perkara Sering Terlepas Pandang Sebelum Pergi Umrah

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 328 hits
4 Perkara Sering Terlepas Pandang Sebelum Pergi Umrah Ibadah Umrah atau dikenali sebagai Haji kecil diambil dari perkataan Al I timar iaitu merupakan salah satu perkara yang dituntut bagi yang mampu Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah ...
14 Perkara Wajib Perlu Tahu Sebelum Dan Selepas Uruskan Jenazah

14 Perkara Wajib Perlu Tahu Sebelum Dan Selepas Uruskan Jenazah

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 663 hits
14 PERKARA WAJIB PERLU TAHU SEBELUM DAN SELEPAS URUSKAN JENAZAH Salam Jumaat Assalamualaikum lama sudah mummy tak tepek takzirah Jumaat dan ilmu agama Ewahhh dah macam ustajah bunyiknya Okaylah sebenarnya mummy terima WhatsApp dari kawan mu...
Rakaman Ini Menjadi Viral Apabila Wanita Ini Muat Naik Video Suami Dia Sebelum Naik Pesawat Lion Air Yang Terh3mpas

Rakaman Ini Menjadi Viral Apabila Wanita Ini Muat Naik Video Suami Dia Sebelum Naik Pesawat Lion Air Yang Terh3mpas

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 451 hits
Rakaman Ini Menjadi Viral Apabila Wanita Ini Muat Naik Video Suami Dia Sebelum Naik Pesawat Lion Air Yang Terh3mpasRakaman Ini Menjadi Viral Apabila Wanita Ini Muat Naik Video Suami Dia Sebelum Naik Pesawat Lion Air Yang Terh3mpas
Ini 2 Doa Yang Paling Sering Dibaca Rasulullah Saw

Ini 2 Doa Yang Paling Sering Dibaca Rasulullah Saw

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 502 hits
Rasulullah Saw selalu menyertai doa dalam setiap aktifitasnya Diantara doa doa yang pernah dibaca ada dua doa yang paling sering dipanjatkan Nabi Saw yaitu Allahumma rabbanaa aatina fid dun ya hasanah wa fil aakhirati hasanah wa qina adzaba...
Kisah Di Balik Dipilihnya Nama Muhammad Untuk Rasulullah Saw

Kisah Di Balik Dipilihnya Nama Muhammad Untuk Rasulullah Saw

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 315 hits
Ketika lahir di dunia bayi yang kelak menjadi utusan Allah SWT dinamai Muhammad bin Abdullah Uniknya nama itu tidak berasal dari sang ayah Abdullah melainkan dari sang kakek Abdul Muthalib Nama Muhammad baru muncul 14 abad lalu Tepatnya pad...
Saka Bapak Kau

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kenapa Ibu Bapa Patut Hantar Anak Anak Ke Tadika Lebih Awal

Kadar Kesuburan Negara Menurun Kkwpk Sedia Bantuan Galak Anak

Movie Jangan Pandang Belakang 2

Samarinda Lara Kasih

Daging Goreng Belengas

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik