Rugi Rm10 000 Ditipu Sindiket Wang Haram Kisah Azhan Rani Harus Dijadikan Pengajaran



Azhan Rani terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM10,000 gara-gara ditipu sindiket penipuan wang haram.
PETALING JAYA: Pelakon Azhan Rani terpaksa menanggung kerugian berjumlah RM10,000 apabila pernah menjadi mangsa sindiket penipuan wang haram kira-kira tiga bulan lalu.

Azhan berkata, dia terpanggil untuk bercerita mengenai kejadian itu kerana melihat sindiket itu masih bergiat aktif dengan modus operandi meyakinkan sehingga ramai masih terpedaya.

"Jujurnya modus operandi mereka sangat bagus. Saya sendiri pada awalnya langsung tak rasa seperti kena tipu kerana apa mereka katakan sangat meyakinkan.

"Meskipun kejadian itu telah lama berlaku tetapi rasa perit itu masih ada namun saya anggap bukan rezeki saya.

"Saya tertarik untuk menceritakan hal ini pun kerana sedar masih ramai terpedaya dengan sindiket ini jadi harap-harap kisah saya ini dapat jadi pengajaran juga kepada orang lain," katanya.
Pendedahan Azhan di Twitter miliknya.
Bercerita mengenai pengalaman pahit itu, Azhan berkata, ketika kejadian dia baharu sahaja selesai menjalani penggambaran sekitar pukul enam pagi sebelum menerima mesej kononnya daripada pihak sebuah bank.

Dalam keadaan tertekan dan keletihan, Azhan memberitahu dia menghubungi nombor yang tertera bagi mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan dia menggunakan kad kredit membeli barang di sebuah lapangan terbang walaupun tidak pernah mempunyai akaun bersama bank terbabit.

"Ketika itu saya memang terkejut kerana tidak pernah buat sebarang pembelian seperti dikatakan dan dalam keadaan letih, tertekan memang saya marah dan menelefon nombor yang tertera dalam SMS itu.

"Jujurnya saya tidak rasa seperti ditipu kerana SMS yang dihantar juga standard seperti mana kebiasaan bank menghantar pesanan kepada pelanggan malah saya dapat bercakap dengan pegawai perkhidmatan pelanggan berhubung masalah saya.

"Cara mereka menjelaskan situasi itu juga cukup menyakinkan malah saya dirujuk pula kononnya kepada pegawai penyiasat Bank Negara Malaysia malah mereka memberikan maklumat peribadi dan perbankan saya dengan tepat," katanya.

Cerita Azhan lagi, sindiket itu cukup licik apabila memintanya mengemas kini akaunnya di mesin ATM dan proses itu dibuat secara berperingkat selama dua hari agar penipuan mereka tidak dihidu.

Azhan berharap orang ramai tidak mudah terpedaya dengan sindiket berkenaan.
"Saya tak sedar pun sebenarnya saya pindahkan wang kepada mereka kerana taktik mereka minta saya kemas kini akaun di mesin ATM secara berperingkat dengan diawasi oleh pegawai penyiasat bank negara yang 'berlakon' menerusi telefon.

"Masa mengemas kini itu dia minta saya tukar kata laluan dan saya mengikut arahan dia masukkan kod dan nombor tertentu.

"Proses ini mereka lakukan secara berperingkat iaitu selama dua hari bagi mengelakkan saya tersedar sedang ditipu dan kemudiannya barulah saya sedar wang dalam akaun sudah tiada," katanya.

Kata Azhan, dia yang masih berfikiran positif cuba menelefon kembali pegawai berkenaan namun ia tidak berjawab sebelum rakannya yang juga pelakon Beto Khusyairi mendapatkan nombor sebenar Bank Negara.

"Ketika itulah saya sedar sudah ditipu kerana apabila menelefon Bank Negara mereka memberitahu pihak mereka tidak pernah ada pegawai penyiasat.

"Saya ada buat laporan polis dan pegawai dari bahagian jenayah siber ada beritahu itu sebenarnya akaun luar negara yang saya pindahkan tetapi sukar untuk mendapatkan kembali wang tersebut kerana mereka ini licik," katanya. - mstar

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wwwberita-semasa.blogspot.com/2018/11/rugi-rm10000-ditipu-sindiket-wang-haram.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cuai Kerani Akaun Rugi Rm120 000 Ditipu Sindiket Macau Scam

Cuai Kerani Akaun Rugi Rm120 000 Ditipu Sindiket Macau Scam

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 381 hits
HiasanKEPALA BATAS Seorang kerani akaun kerugian RM120 000 selepas ditipu sindiket Macau Scam yang mendakwa lelaki itu mempunyai kes jenayah serta tidak hadir perbicaraan kes di mahkamah Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komis...
Kisah Ini Bukan Untuk Mengaibkan Tetapi Untuk Dijadikan Iktibar Dan Pengajaran Jom Baca

Kisah Ini Bukan Untuk Mengaibkan Tetapi Untuk Dijadikan Iktibar Dan Pengajaran Jom Baca

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 232 hits
Kisah Ini Bukan Untuk Mengaibkan Tetapi Untuk Dijadikan Iktibar Dan Pengajaran Jom BacaKisah Ini Bukan Untuk Mengaibkan Tetapi Untuk Dijadikan Iktibar Dan Pengajaran Jom Baca
Polis Pemandu Lori Rugi Ditipu Wang Jamin Kes Langgar Lari

Polis Pemandu Lori Rugi Ditipu Wang Jamin Kes Langgar Lari

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 333 hits
KUANTAN Seorang pemandu lori kerugian RM2 000 selepas diarahkan membayar wang jamin bagi siasatan kes langgar lari seorang remaja yang tidak wujud semalam Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusuf berkata ma...
Jamal Yunos Diarah Bayar Ganti Rugi Rm300 000 Kepada Maria Chin

Jamal Yunos Diarah Bayar Ganti Rugi Rm300 000 Kepada Maria Chin

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 302 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos membayar ganti rugi RM300 000 kepada bekas Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil Maria Chin Abdulla...
Rosmah Ke Mahkamah 17 Tuduhan Gubah Wang Haram Tidak Isytihar Pendapatan Lhdn

Rosmah Ke Mahkamah 17 Tuduhan Gubah Wang Haram Tidak Isytihar Pendapatan Lhdn

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 411 hits
Rosmah Mansor ditemani Najib Tun Razak dan anaknya Ashman ke mahkamah bagi sebutan 17 kes pertuduhan pengubahan wang haram dan tidak mengisytihar pendapatan Foto Roy Aziz Utusan KUALA LUMPUR 8 Nov Isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Ros...
Mara Sediakan Pinjaman Rm10 000 Tanpa Faedah Untuk Usahawan Belia Bumiputera

Mara Sediakan Pinjaman Rm10 000 Tanpa Faedah Untuk Usahawan Belia Bumiputera

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 569 hits
Golongan belia bumiputera berusia 40 tahun ke bawah yang menjalankan perniagaan sendiri bakal dibantu kerajaan menerusi pengenalan Dana Permudah Cara yang dikelolakan MARA Menerusi skim berkenaan setiap usahawan diberi pinjaman sehingga RM1...
Bos Gaurus Dapat Insentif Rm10 000 Lot Rumah

Bos Gaurus Dapat Insentif Rm10 000 Lot Rumah

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 259 hits
Kerajaan Negeri Perak mengumumkan insentif serta satu lot tapak rumah kepada pemain dan pegawai pasukan bola sepak Perak yang memenangi Piala Malaysia baru baru ini Pemain serta pegawai pasukan bola sepak Perak masing masing bakal menerima ...
Pemuda Kongsi Pengalaman Ditipu Scammer Sehingga Pindahkan Wang Ke Akaun Lain

Pemuda Kongsi Pengalaman Ditipu Scammer Sehingga Pindahkan Wang Ke Akaun Lain

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 352 hits
Terbaru seorang pemuda berkongsi pengalamannya ditipu oleh scammer hanya melalui telefon bimbitnya sahaja Cara beliau ditipu sungguh meyakinkan Jika tidak berhati hati anda juga boleh menjadi mangsa mereka yang seterusnya sembang pacak Baru...
Dalam Tv Bukan Main Gengster Ini Jadinya Bila Raja Azura Menyakat Azhan Rani Melatah

Dalam Tv Bukan Main Gengster Ini Jadinya Bila Raja Azura Menyakat Azhan Rani Melatah

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 736 hits
Sepotong video yang dimuat naik oleh pelakon dan pengacara popular Raja Azura membuatkan ramai terhibur Bukan kerana keletahnya sebaliknya aksi pelakon drama bersiri Nur Azhan Rani yang dirakamkan ketika melatah mengundang rasa geli hati ne...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kenapa Doktor Jarang Ambil Mc Ini Sebabnya

Kek Hello Kitty Untuk Birthday Adik Nona

Notice Secure Your Wallet With 2fa

How To Get Slot Spaceman Online Gambling Login Bonus Today

Petronas Nusa Perintis

Hypothyroid Dan Keletihan Adakah Sukar Dipisahkan