Dengarlah Baik Baik Saya Bukanlah Pengkhianat Muhyiddin


Wartawan MalaysiaGazette Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melambai ke arah petugas media ketika tiba dipejabatnya pada hari pertama bertugas di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL 
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mengidamkan jawatan Perdana Menteri dan beliau hanya tampil untuk menyelamatkan keadaan apabila kedua-dua calon, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.

Menurut Muhyiddin, pada peringkat awal, beliau dan semua ahli Dewan Rakyat daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah memberikan sokongan padu kepada Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri namun beliau gagal mendapatkan sokongan majoriti daripada ahli-ahli Dewan Rakyat yang lain.

Oleh yang demikian, katanya, Yang di-Pertuan Agong (YDPA) telah mengambil keputusan dengan menjemput ketua-ketua parti mengemukakan seorang calon lain yang berkemungkinan mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat yang mana ketika itu nama beliau telah dikemukakan oleh Ahli-Ahli Dewan Rakyat daripada Bersatu dan ketua-ketua parti lain yang berpendapat mempunyai sokongan majoriti.

“Saya mengambil masa untuk berfikir sedalam-dalamnya sebelum membuat keputusan. Apa pilihan yang saya ada? Terus menyokong Tun Dr Mahathir yang tidak mempunyai sokongan majoriti atau menerima pencalonan sebagai Perdana Menteri?,” katanya dalam ucapan yang disiarkan secara langsung TV1 malam ini.

Menurut Muhyiddin, jika beliau terus menyokong Dr Mahathir, kemelut politik akan berpanjangan.

Berkemungkinan Parlimen terpaksa dibubarkan dan Pilihan Raya Umum perlu diadakan yang mana rakyat sudah pun letih dengan kemelut politik yang berlaku.

Tambah Perdana Menteri, sebagai pemimpin beliau mesti mencari jalan penyelesaian dan tidak boleh membiarkan kemelut berpanjangan.

Berikutan itu, jelas Muhyiddin, beliau telah bertemu Dr Mahathir dan meminta beliau menyokongnya dalam pertemuan yang disaksikan oleh dua orang tokoh parti.

Katanya, Dr. Mahathir telah menyatakan bahawa beliau bersedia memberi laluan kepadanya sekiranya mendapat sokongan majoriti.

“Dengan sokongan itu, saya telah menerima pencalonan saya sebagai Perdana Menteri. Saya tahu ada yang marah kepada saya. Seperti yang dijangka, ada pihak yang menggelar saya pengkhianat.
“Dengarlah baik-baik. Saya bukanlah pengkhianat,” katanya.

Menurut Muhyiddin, naluri beliau jelas bahawa  keberadaannya adalah untuk menyelamatkan negara daripada berterusan dilanda kemelut. – MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/03/dengarlah-baik-baik-saya-bukanlah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Bukan Pengkhianat Tun Tiada Sokongan Muhyiddin

Saya Bukan Pengkhianat Tun Tiada Sokongan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 339 hits
Saya tiada pilihan Dr M tiada sokongan kata Muhyiddin Muhyiddin Yassin menepis dakwaan beberapa pihak yang menuduhnya sebagai pengkhianat selepas beliau menerima pencalonan sebagai perdana menteri ke 8 Dalam ucapan sulung yang disiarkan sec...
Masih Ada Sangkaan Baik Buat Muhyiddin

Masih Ada Sangkaan Baik Buat Muhyiddin

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 264 hits
AHMAD LUTFI OTHMAN Marah Terkejut Dikhianati Pelbagai rasa bercampur baur bila kerajaan PH tumbang susulan Bersatu keluar Pakatan Harapan geng Azmin Ali dalam PKR bersekutu dengan BN Pas dan Dr Mahathir Mohamad letak jawatan perdana menteri...
Pengkhianat Muhyiddin Jawab Mahathir

Pengkhianat Muhyiddin Jawab Mahathir

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 263 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata beliau sedar pelantikannya sebagai Perdana Menteri kelapan bukanlah melalui pilihan raya Namun katanya beliau dipilih sebagai Perdana Menteri selepas mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat Ini...
Penafian Muhyiddin Beliau Bukan Pengkhianat Meragukan

Penafian Muhyiddin Beliau Bukan Pengkhianat Meragukan

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 538 hits
SUSUPAN MALAMMuhyiddin PMTCN MUHYIDDIN Yassin tidak mengakui dan tidak bersetuju apabila beliau dituduh sebagai pengkhianat menyebabkan hilangnya kerajaan PH Katanya apa yang beliau lakukan adalah untuk menyelamatkan keadaan apabila tidak a...
Bukan Pengkhianat Tun M Pernah Akui Muhyiddin Layak

Bukan Pengkhianat Tun M Pernah Akui Muhyiddin Layak

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 313 hits
DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF RAMAI yang silap faham dengan apa yang saya perkatakan dalam Wacana Sinar Harian Ke 53 Apakah Tun Mahathir Terlalu Tua Untuk Jadi PM pada 22 Mac 2018 Ringkasnya saya menyebut bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad sendi...
Bersyukur Muhyiddin Mohon Seluruh Rakyat Terima Baik Keputusan Agong

Bersyukur Muhyiddin Mohon Seluruh Rakyat Terima Baik Keputusan Agong

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 367 hits
Menzahirkan kesyukuran atas perkenan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah melantiknya sebagai Perdana Menteri kelapan Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon seluruh rakyat Malaysia menerima baik keputusan y...
10 Minuman Elektrolit Ala Rumahan Yang Baik Bagi Tubuh

10 Minuman Elektrolit Ala Rumahan Yang Baik Bagi Tubuh

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 285 hits
Elektrolit merupakan sebuah cairan dalam tubuh yang memainkan peran penting dalam fungsi kesehatan yang tepat Secara alami bentuk dari elektrolit yang terkandung dalam tubuh kita berbentuk kalsium natrium dan kalium
Dr Mahathir Penipu Atau Muhyiddin Pengkhianat

Dr Mahathir Penipu Atau Muhyiddin Pengkhianat

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 325 hits
Dr Mahathir Penipu Atau Muhyiddin Pengkhianat Sejak Kerajaan Pakatan Harapan tumbang perkataan pengkhianat sudah menjadi zikir harian pemimpin Pakatan Harapan Pakatan Harapan telah menuduh Muhyiddin mengkhianati Dr Mahathir kerana merealisa...
Keperdanamenterian Muhyiddin Beberapa Persoalan Awal

Keperdanamenterian Muhyiddin Beberapa Persoalan Awal

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 276 hits
Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger Ia tiada kena mengena dengan apa apa jawatan yang mungkin saya pegang Muhyiddin Mohd Yassin angkat sumpah Pe...
Lirik Campak Bintang Faizal Tahir M Nasir

Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Two In Five Malaysians Might Quit If Required To Work More In Office Randstad

Umno Explores Every Means Possible To Free Najib

Lumira Di Eka Heights Kehidupan Bermakna Yang Dinantikan

100 Cawangan Kfc Tutup Dan Akur Kuasa Boikot

Calon Bersatu Prk Kkb Tunggang Isu Kematian Teoh Beng Hock

Bonus R 5000 Jogue Ca A T Queis Onlin



10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria


Samsung Knox Vault Ciri Keselamatan Wajib Untuk Semua Pemilik Telefon Pintar

Kempen Ramadan Dan Raya 2024 Kuskop Mari Beli Lokal Kembali Lagi

Sustainable And Ethical Practices

Aktiviti Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Yayasan Bekas Anggota Perisikan Tentera Malaysia 04 05 2024

Aktiviti Majlis Perasmian Richiamo Mart Dan Rumah Terbuka Aidilfitri Kumpulan Richiamo 2024 Ppim 05 05 2024

Suspek Simbah Asid Faisal Halim Ditahan Direman Hari Ini