Keperdanamenterian Muhyiddin Beberapa Persoalan Awal



A Kadir Jasin
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
Muhyiddin Mohd Yassin angkat sumpah Perdana MenteriPENYOKONG Tun Dr Mahathir Mohamad tidak perlu terlalu dukacita, sedih dan kecewa. Perjuangan belum selesai sehingga badan dikandung tanah.
Dr Mahathir adalah insan perjuangan. Calar-balar politik adalah manifesti komitmen beliau kepada prinsip dan idelisme. Beliau hilang jawatan Perdana Menteri tetapi tidak hilang harga diri.
Tan Sri Muhyiddin Yassin diangkat menjadi pengganti walaupun timbul pertikaian mengenai majoriti Ahli Dewan Rakyat yang menyokong beliau.
“Saya dikhianati,” isytihar Dr Mahathir di sidang media di Yayasan Albukhary pagi tadi. Dan tanpa bersembunyi, beliau berkata Muhyiddin telah menghianatinya berulang kali.
Pakatan Harapan (PH) yang menang Pilihan Raya Umum ke-14 dipinggirkan dan parti-parti yang kalah direstui oleh Raja untuk menubuhkan kerajaan.
Demokrasi dilarikan. Mandat rakyat jelata dipersetankan.
Maaf cakaplah kalau saya kata inilah kemuncak persekongkolan feksyen Muhyiddin dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang melancarkan operasi kilat di mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) pada 23 Februari lalu.
Gerakan yang membelakangkan Dr Mahathir itu adalah bagi membawa Bersatu keluar daripada PH yang sekali gus menyebabkan Kerajaan PH jatuh dan Dr Mahathir tersingkir daripada jawatan Perdana Menteri.
Dan dalam masa lapan hari, dengan kelancaran sebuah jam (clockwork precision), Muhyiddin diangkat menjadi Perdana Menteri mewakili feksyen beliau, Umno dan Pas.
Kalau ini bukan konspirasi yang terancang, apa lagi?
Bayangkanlah rayuan Dr Mahathir kepada MPT tidak diendahkan dan semalam, permohonan beliau kepada Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, tidak dilayan.
Jadi bukan lagi keanehan atau ledakan emosi apabila dalam sidang media itu beliau menyifatkan dirinya dikhianati dan mandat rakyat jelata dilacurkan.
Malah Dr Mahathir dan PH sejak semalam mempertikaikan bilangan sokongan kepada Muhyiddin berbanding Dr Mahathir yang ada 114 daripada 222 Ahli Dewan Rakyat.
Jadi, ke manakah arah tujuan kita? Mari kita pertimbangkan hal-hal berikut:
1. Dr Mahathir masih Pengerusi Bersatu kerana peletakan jawatan beliau daripada jawatan itu tidak diterima oleh MPT. Tetapi pada masa yang sama Mahyuddin mengisytihar dirinya Pemangku Presiden;
2. Enam orang ahli Dewan Rakyat Bersatu iaitu Dr Mahathir, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Datuk Amiruddin Hamzah, Dr Maszlee Malik dan Edin Syazlee Shith tidak menyokong pencalonan Muhyiddin sedangkan pihak Muhyiddin mendakwa kesemua 36 ahli Dewan Rakyat Bersatu menyokong beliau. Ada dua pertikaian di sini. Pertama, memberi maklumat yang mungkin tidak tepat dan kedua sokongan sebenar yang ada kepada Muhyiddin;
3. PH bersama feksyen Dr Mahathir boleh mengemukakan undi tidak percaya terhadap Muhyiddin apabila sidang Dewan bermula 9 Mac ini. Tetapi sebagai Perdana Menteri Muhyiddin berhak meminta supaya sidang ditunda ke satu tarikh lain;
4. Beliau boleh menggunakan kuasa eksekutif yang ada di tangannya untuk menarik sokongan daripada feksyen Dr Mahathir dengan menawarkan mereka jawatan dan kedudukan;
5. Walaupun gagal menubuhkan kerajaan, PH masih mempunyai bilangan ahli yang besar dalam Dewan Rakyat. Kekuatan ini boleh digunakan untuk mengawal kuasa kerajaan, khususnya dalam memerangi rasuah dan membicarakan para pemimpin Umno yang melakukan rasuah serta jenayah-jenayah berat lain;
6. Apakah yang akan terjadi kepada feksyen Muhyiddin dalam Bersatu apabila berdepan dengan Umno dan Pas? Harus diingatkan yang ramai ahli Dewan Rakyat Bersatu sekarang adalah wakil rakyat Umno/BN yang melompat masuk Bersatu. Ada kemungkinan Bersatu akan bersatu dengan Umno atau ditelan oleh parti kleptokrat itu; dan
7. Kalau Dr Mahathir keluar Bersatu, sama ada secara sukarela atau disingkir, kemungkinan besar ramai ahli akar umbi akan mengikut jejak beliau. Tetapi kalau beliau kekal, feksyen Muhyiddin akan mendapti sukar dan tidak selesa berhadapan dengan beliau setelah menikamnya dari belakang.
Kesimpulannya, suka atau tidak, pelantikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri ke-8 berlaku dalam suasana yang penuh persoalan dan ini akan mencetuskan isu keyakikan kecuali di kalangan pelaung slogan “demi agama, bangsa dan negara” dan oportunis.
Nota kaki: Setiausaha Politik yang terus bersama Dr Mahathir adalah Abu Bakar Yahya dan Mohamad Nuhairi Rahmat.
Wallahuaklam. Terima kasih.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kadirjasin.blogspot.com/2020/03/keperdanamenterian-muhyiddin-beberapa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
M Nasional Beberapa Sokong Muhyiddin Pm Kedah Perak Melaka Ikut Johor

M Nasional Beberapa Sokong Muhyiddin Pm Kedah Perak Melaka Ikut Johor

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 356 hits
MN BERSATU capai majoriti DAP cemas saat iniLEWAT petang Jumaat penghulu segala hari yang penuh barakah satu keputusan awal dicapai Muafakat Nasional dan BERSATU selain beberapa parti lain yang dijangka menyusul memberi sokongan agar Tan Sr...
Muhyiddin Tidak Akan Angkat Sumpah Perdana Menteri Anwar Gagal Dapat Majoriti

Muhyiddin Tidak Akan Angkat Sumpah Perdana Menteri Anwar Gagal Dapat Majoriti

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 529 hits
Raggie Jessy Rithaudeen Terdapat dua berita yang tengah tular pada ketika ini berhubung pelantikan Perdana Menteri ke 8 Berita pertama datangnya terus daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim di mana beliau berkata Pakatan Harapan Lagi Bukan sekad...
Muhyiddin Calon Pm Ke 8 Berakhirkah Kemelut Perebutan Kuasa

Muhyiddin Calon Pm Ke 8 Berakhirkah Kemelut Perebutan Kuasa

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 249 hits
Diterbitkan Hari ini 8 31 pagi BERITAULASAN Saat ini khabar angin bertiup kencang bahawa Muhyiddin Yassin akan dilantik sebagai perdana menteri ke 8 Dr Mahathir pula dikhabarkan akan dikekalkan di dalam kabinet baru sebagai menteri kanan Se...
Muhyiddin Dilantik Pm Kelapan

Muhyiddin Dilantik Pm Kelapan

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 326 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan Loading Dalam kenyataan media Istana Negara yang dikeluarkan Datuk Pengelo...
Belum Terlambat Muhyiddin Tarik Diri

Belum Terlambat Muhyiddin Tarik Diri

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 396 hits
Kekal Presiden BERSATU kekal BERSATU KELUAR PH Dan kekalkan calonkan Tun PM8
Muhyiddin Tempah Penyakit

Muhyiddin Tempah Penyakit

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 496 hits
BERSATU ditubuhkan dan terbina atas aura Tun Difahamkan Tun telah KEMBALI memegang jawatan Pengerusi BERSATU Bukankah parti tolak PERLETAKAN JAWATAN Tun sebagai Pengerusi JIKA MUHYIDDIN cuba menafikan atau cuba beralasan dia takkan ke mana ...
Muhyiddin Kumpulannya Tinggalkan Istana Negara

Muhyiddin Kumpulannya Tinggalkan Istana Negara

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 379 hits
Kelihatan beberapa kenderaan milik pemimpin parti politik mula keluar dari perkarangan pintu masuk 2 Istana Negara Kuala Lumpur Kenderaan milik Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dilihat yang pertama meninggalkan istana diikuti Presiden PAS ...
Sokongan Umno Pada Muhyiddin Bukan U Turn Kata Umno

Sokongan Umno Pada Muhyiddin Bukan U Turn Kata Umno

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 340 hits
Tindakan Umno memberikan sokongan kepada Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri bukanlah langkah U turn kata Ahmad Zahid Hamidi Bukan U turn Majlis Raja raja dan Yang di Pertuan Agong memutuskan bahawa tidak akan ad...
Pertembungan Antara Muhyiddin Yassin Dan Anwar Ibrahim Untuk Pm Ke 8 Bila Tommy Thomas Letak Jawatan Apa Petandanya

Pertembungan Antara Muhyiddin Yassin Dan Anwar Ibrahim Untuk Pm Ke 8 Bila Tommy Thomas Letak Jawatan Apa Petandanya

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 792 hits
Kenyataan Media rasmi yang dikeluarkan Istana Negara lewat petang semalam jelas menunjukkan kemelut politik tanah air masih belum dapat diselesaikan SPB YDP Agong masih lagi belum lagi dapat memutuskan siapa yang akan dilantik sebagai Perda...
Setiausha Agong Veteran Umno

The Transformative Practice Of Yoga Cultivating Mind Body And Soul

Ai As A Career Catalyst Turning Job Displacement Fears Into Employment Opportunities

Anwar Congratulates Catholics Worldwide On Pope Leo S Election

Gangguan Bekalan Air Dah Okay

Start Your Property Journey Here Malaysia S Real Estate Trends And Opportunities

Surah Al Humazah Dalam Al Quran Dan Terjemahannya

We Re In Business As Usual Says Sapura Energy


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Breaking News New Big Recall Now For 500 000 Volvo Vehicles Over Backup Camera Issues

Berjumpa Pengurusi Perniagaan Jerman

Pemilihan Panas Sikit

Anak Dr Sheikh Muszaphar Tak Pernah Merungut Walau Jadual Harian Padat Sejak Umur 3 Tahun

Rehat Jika Perlu Tapi Jangan Sampai Hilang Semangat

Sepuluh Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Oleh Pesara Guru