Penafian Muhyiddin Beliau Bukan Pengkhianat Meragukan


SUSUPAN MALAM

Muhyiddin PMTCN?MUHYIDDIN Yassin tidak mengakui dan tidak bersetuju apabila beliau dituduh sebagai pengkhianat menyebabkan hilangnya kerajaan PH. Katanya apa yang beliau lakukan adalah untuk menyelamatkan keadaan apabila tidak ada individu mendapat sokongan ahli parlimen untuk dilantik jadi perdana menteri.

Apabila Dr Mahathir tidak mendapat angka cukup untuk dilantik semula sebagai perdana menteri selepas meletakkan jawatan, menyebabkan partinya (PPBM) mencadangkan namanya. Dakwanya cadangan itu turut disetujui oleh Dr Mahathir Mohamad. Nampak indah, tetapi apakah benar begitu?

Muhyiddin menjelaskan perkara itu dalam ucapan khasnya disiarkan secara langsung oleh televisyen Malaysia sekejap tadi. Ucapan khas itu adalah kenyataan umum pertama beliau selepas menjadi PM, menjelaskan situasi yang berlaku seminggu lepas. Melalui ucapan itu beliau cuba meredakan keadaan dan menenangkan rakyat berhubung pelantikannya sebagai PM ke - 8.

Dalam penjelasan itu menampakkan Muhyiddin jujur dan ikhlas dan cuba menolak persepsi buruk kepadanya. Menurutnya beliau tidak pun mengidamkan untuk jadi perdana menteri dan turut berfikir panjang apabila namanya diberi perkenan oleh Yang diPertuan Agong.

Bagaimana pun penjelasan Muhyiddin itu kabur dan boleh dipertikai dan diragui. Benarkah beliau tidak berhasrat untuk jadi perdana menteri? Kalau benar kenapa beliau sanggup bersekongkol dengan Azmin Ali yang telah mengkhianati Anwar Ibrahim? Begitu juga macam mana beliau boleh bekerjasama dengan Umno yang kebanyakan pemimpinnya korup dan juga bekerjasama dengan Pas yang pernah dianggap sebagai parti tidak boleh dipercayai?

Dengan mengambil kata Musa Hitam bodohlah seseorang ahli politik itu kalau tidak bercita-cita untuk jadi perdana menteri, kenyataan Muhyiddin itu tertolak sama sekali.

Bukankah tindakan Muhyiddin itu merupakan tindakan matlamat menghalalkan cara?
Justeru kenyataan dan pengakuan Muhyiddin itu boleh diragui dan bohong. Dan lebih mendukacitakan lagi beliau masih lagi ingin mengaburi rakyat dengan satu lagi pembohongan dengan menafikan tuduhan itu. Sebaiknya beliau terima dan reda sahaja.

Mudah sahaja, sekiranya beliau tidak berhasrat jadi perdana menteri dan masih jujur, apabila Dr Mahathir tidak cukupi sokongan, kenapa beliau tidak menyokong Anwar Ibrahim? Bukankah Anwar ketika itu berada dalam Pakatan Harapan bersama dengan beliau (PPBM)? Wajarkah dan halalkah sebagai seorang Islam bertindak menikam belakang.

Itukah ajaran dan pegangan Muhyiddin yang selama ini beliau dilihat sebagai seorang pemimpin berintegriti?

Kalau beliau tidak menyokong Anwar beliau tidak seharusnya bersama PH sejak awal lagi kerana dalam PH itu Anwar berada lebih lama daripadanya. Tetapi kenapa Muhyiddin rela dan sanggup berada dalam PH sejak awal? Bukankah permainan dan cara itu sebagai munafik? Sebagai orang Islam Muhyiddin tentu tahu dan reti istilah dan batas-batas munafik.

Semua keadaan dan realiti itu menjelaskan perndirian dan niat sebenar Muhyiddin. Bahawa beliau tidak menyokong Anwar yang sudah pun dikonsensuskan oleh PH untuk menjadi PM selepas Mahathir. Tidakkah tindakan itu juga boleh disifatkan beliau menentang konsensus itu dan selama ini berpura-pura. Maka tidak salahlah kalau beliau dituduh pengkhianat? Sebaiknya beliau mengakui dan tidak menambahkan kepalsuan.

Persekongkolan beliau dengan Azmin menjelaskan lagi sifat dan pengkhianatannya. Jadi macam mana Muhyiddin boleh menafikan yang beliau bukan pengkhianat.

Kalau pun beliau tidak mengakui mengkhianati dan membelakangkan Mahathir yang menjadi pengerusi PPBM, tetapi jelas beliau mengkhianati Anwar dan tidak jujur dengan konsensus PH. Apa erti dan makna apabila Mahathir menyatakan dia terkilan dan kesal dengan Muhyiddin. Dimanakah letaknya hukum dan diri Muhyiddin dalam situasi begini?

Apakah beliau sudah mendapat penjelasan dan huraian hukum daripada para pemimpin Pas yang memang memiliki kitab hukum lebih daripada dua jenis, halal dan haram. Begitukah?

Kepada saya walaupun ada simpati kepada Muhyiddin yang tentu akan berhadapan dengan cabaran dan tentangan sebagai Perdana Menteri kerana pengangkatannya disitu dengan nombor meragukan, namun sukar untuk menerima kenyataan yang pengakuan dan ucapan bahawa beliau bukan pengkhianat.

Selamanya sejarah akan merakam kejadian bermula 24 hingga 27 Februari, kudeta kerajaan PH yang dipilih rakyat secara sah menerusi pilihan raya itu, adalah satu pengkhianatan. Sekiranya Muhyiddin mempunyai integriti, jujur dan berpegang kepada hukum sejati beliau mestilah tidak bersedia memikul kesalahan yang dilakukan itu sampai ke akhirnya. [wm.kl.10:57 pm 02/03/2020] 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2020/03/penafian-muhyiddin-beliau-bukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Mahathir Penipu Atau Muhyiddin Pengkhianat

Dr Mahathir Penipu Atau Muhyiddin Pengkhianat

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 435 hits
Dr Mahathir Penipu Atau Muhyiddin Pengkhianat Sejak Kerajaan Pakatan Harapan tumbang perkataan pengkhianat sudah menjadi zikir harian pemimpin Pakatan Harapan Pakatan Harapan telah menuduh Muhyiddin mengkhianati Dr Mahathir kerana merealisa...
Pengkhianat Muhyiddin Jawab Mahathir

Pengkhianat Muhyiddin Jawab Mahathir

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 361 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata beliau sedar pelantikannya sebagai Perdana Menteri kelapan bukanlah melalui pilihan raya Namun katanya beliau dipilih sebagai Perdana Menteri selepas mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat Ini...
Bukan Pengkhianat Tun M Pernah Akui Muhyiddin Layak

Bukan Pengkhianat Tun M Pernah Akui Muhyiddin Layak

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 386 hits
DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF RAMAI yang silap faham dengan apa yang saya perkatakan dalam Wacana Sinar Harian Ke 53 Apakah Tun Mahathir Terlalu Tua Untuk Jadi PM pada 22 Mac 2018 Ringkasnya saya menyebut bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad sendi...
Saya Bukan Pengkhianat Tun Tiada Sokongan Muhyiddin

Saya Bukan Pengkhianat Tun Tiada Sokongan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 447 hits
Saya tiada pilihan Dr M tiada sokongan kata Muhyiddin Muhyiddin Yassin menepis dakwaan beberapa pihak yang menuduhnya sebagai pengkhianat selepas beliau menerima pencalonan sebagai perdana menteri ke 8 Dalam ucapan sulung yang disiarkan sec...
Dengarlah Baik Baik Saya Bukanlah Pengkhianat Muhyiddin

Dengarlah Baik Baik Saya Bukanlah Pengkhianat Muhyiddin

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 457 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melambai ke arah petugas media ketika tiba dipejabatnya pada hari pertama bertugas di Bangunan Perdana Putra Putrajaya foto HAZROL ZAINAL KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak m...
Muhyiddin Paling Banyak Khianati Saya Kata Mahathir

Muhyiddin Paling Banyak Khianati Saya Kata Mahathir

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 454 hits
Berbanding Azmin Ali bagi Dr Mahathir Mohamad luka lebih dalam dirasainya berpunca daripada tindakan Muhyiddin Yassin yang diberi kepercayaan menjadi presiden Bersatu selepas mereka diketepikan dari Umno beberapa tahun lalu Ditanya semasa b...
Bohong Untuk Jadi Pm Mukhriz Persoal Jumlah Mp Bersatu Sokong Muhyiddin

Bohong Untuk Jadi Pm Mukhriz Persoal Jumlah Mp Bersatu Sokong Muhyiddin

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 451 hits
BERITATimbalan Presiden Bersatu Mukhriz Mahathir mempersoalkan majoriti sokongan terhadap Muhyiddin Yassin apabila bukan semua anggota parlimen Bersatu menyokong presiden parti itu sebagai perdana menteri Mukhriz berkata enam anggota parlim...
Muhyiddin Dapat Sokongan 114 Ahli Parlimen

Muhyiddin Dapat Sokongan 114 Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 538 hits
Suraya Roslanam hmetro com myDatuk Takiyuddin Hassan FOTO NSTPSETIAUSAHA Agung PAS Datuk Takiyuddin Hasan mengesahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin disokong 114 Ahli Parlimen sebagai calon Perdana Menteri ke 8 Menurutnya Muhyiddin memperoleh sok...
Samsung Wallet Cashback Get Rm5 This Merdeka

Biodata Qistina Rania Pelakon Cantik Dari Kelantan

Kebaikan Memasukkan Bawang Putih Dalam Nasi

Building Products That Retain Users

Make Over Bedroom Barang Barang Dah Sampai

Ideas Baked Beef Chili Relleno Recipe

Lirik Lagu Dalam Diam Mojack Hafiz

Kerajaan Akan Kaji Keperluan Gubal Akta Anti Buli Azalina


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Makan Makan Dinner Buffet Di Renaissance Johor Bahru

Pemuda Umno Pahang Jangan Jadi Penonton Bisu

Ronaldo Jadi Tumpuan Aksi Separuh Akhir Piala Super Saudi Di Hong Kong

Dua Malam Layan Tiga Lelaki Dalam Hotel

Pembangkang Tunggang Teruk Kes Zara Terpaling Tahu Hingga Fitnah Orang Lain

Rawatan Fisioterapi Untuk Sakit Tumit Kaki Panduan Lengkap