Bukan Pengkhianat Tun M Pernah Akui Muhyiddin Layak


DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF RAMAI yang silap faham dengan apa yang saya perkatakan dalam Wacana Sinar Harian Ke-53, “Apakah Tun Mahathir Terlalu Tua Untuk Jadi PM”, pada 22 Mac 2018.


Ringkasnya, saya menyebut bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri dalam ucapan beliau bertajuk “Malaysia in the World Today” di University of London pada 21 September 2016 mengumumkan bahawa jika pakatan pembangkang menang, maka yang akan menjadi Perdana Menteri ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ini ucapan Tun Dr Mahathir waktu itu: “If the Opposition wins, the most likely Prime Minister will be Tan Sri Muhyiddin”.

Kemudian saya mengeluarkan beberapa fakta objektif mengenai tajuk wacana.

Pengakuan Tun Dr Mahathir

Pada 30 Oktober 2009, Tun Dr Mahathir menyebut dalam TV9 mengenai betapa Dato’ Nik Abdul Aziz, seperti Tun Dr Mahathir, perlu bersara daripada politik kerana beliau sudah tua dan nyanyuk.
Ini kata-kata Tun Dr Mahathir waktu itu: “I think Nik Aziz, it is about time he goes, like me also, after sometimes you will become old and nyanyuk, all that, see, like me, step downlah.”

Pada 27 April 2013, Tun Dr Mahathir direkodkan menyebut di Putrajaya mengenai betapa Dato’ Nik Abdul Aziz, seperti beliau, perlu bersara daripada politik kerana beliau sudah tua. Ini kata-kata Tun Dr Mahathir waktu itu: “Saya ni umur 87, dah tua dah, kalau tengok ni nampak tua, berapa kali jatuh tadi. Ini dah umur 82, nak berdiri pun dah tak boleh, masih nak bertanding lagi, sampai bila-bila, apa jenis manusia ini?”

Pada 11 April 2016, Tun Dr Mahathir menyebut dalam akhbar The Australian mengenai betapa Dato’ Seri Anwar sudah terlalu tua untuk menjadi Perdana Menteri. Ini kata-kata Tun Dr Mahathir waktu itu: “Saya fikir dia sudah terlalu tua. Bila saya dalam usia 70-an saya umumkan saya tak boleh jadi PM pada usia 80 jadi saya nyatakan bahawa saya akan letak jawatan dan saya lakukannya sebelum saya berusia 80.”

Pada 23 April 2017, Tun Dr Mahathir direkodkan menyebut di Tasek Gelugor mengenai betapa beliau sudah tua untuk menjadi Perdana Menteri. Ini kata-kata Tun Dr Mahathir waktu itu: “Tak apalah, saya dah (tua), lagi dua bulan 92 tahun, tak tengok dah ini, bagi kat orang muda lah.”
Rekod kesihatan Tun M

Tun Dr Mahathir telah dua kali melakukan pembedahan pintasan jantung, iaitu pada 24 Januari 1989 dan pada 4 September 2007.

Tun Dr Mahathir telah beberapa kali gagal menghadiri majlis ceramah atas masalah kesihatan, antaranya ialah ceramah di Ipoh pada 3 Disember 2017, ceramah di Bentong pada 10 Februari 2018 dan ceramah di Pulau Pinang pada 11 Mac 2018, selain batuk teruk ketika berceramah di Tanjung Malim pada 16 Mac 2018.

Jangka hayat adik-beradik Tun M

Abang Tun Dr Mahathir, Mashahor, meninggal dunia sewaktu berusia 79 tahun pada 30 September 2002.

Abang Tun Dr Mahathir, Mahadi, meninggal dunia sewaktu berusia 86 tahun pada 12 Disember 2000.

Kakak Tun Dr Mahathir, Habshah @ Bibi, meninggal dunia sewaktu berusia 89 tahun pada 6 Disember 2006.

Kakak Tun Dr Mahathir, Rafeah, meninggal dunia sewaktu berusia 94 tahun pada 1 September 2009.
Inilah antara beberapa fakta objektif yang saya keluarkan dalam wacana ini.

Pujian Tun M kepada TS Muhyiddin

Kemudiannya, setelah Tun Dr Mahathir menerjah wacana tersebut, saya telah bercakap mengenai dominasi DAP dalam pakatan pembangkang dan mempersoalkan kemampuan beliau untuk mengawal DAP. Tun Dr Mahathir bagaimanapun menjawab dengan yakin bahawa beliau mampu, kerana “I have been around quite sometime, I have some experience.”

Setelah dipelawa oleh moderator, Nazri Kahar, untuk bertanya soalan kepada Tun Dr Mahathir, saya telah menanyakan mengenai mengapa Tun Dr Mahathir berubah fikiran mahu menjadi Perdana Menteri setelah beliau sendiri mengumumkan pada 21 September 2016 bahawa Tan Sri Muhyiddin yang akan menjadi Perdana Menteri.

Ini adalah jawapan Tun Dr Mahathir waktu itu:

(1) “I wanted Tan Sri Muhyiddin to be Prime Minister because I have no wish to become Prime Minister.”
 
(2) “Tan Sri Muhyiddin has the capacity… I think Tan Sri Muhyiddin is far better and more honest (than other people).”
 
(3) “But later on I found that people just wanting asking me to take over… The other parties wanted me.”
 
(4) “People especially Malays warmed up to me much more than to other leaders, I am sure they knew me much more than they knew Tan Sri Muhyiddin.”
 
(5) “It is not a change of mind, (but) it is a response to the pressures I received from the members of the four coalition parties.”

Berdasarkan kepada jawapan Tun Dr Mahathir dalam Wacana Sinar Harian Ke-53 ini, maka, pada hemat saya, tidaklah boleh dikatakan bahawa Tan Sri Muhyiddin adalah seorang pengkhianat.

Sebaliknya, Tan Sri Muhyiddinlah yang telah berkorban memberikan laluan kepada Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri walaupun Tun Dr Mahathir sendiri mengumumkan sebelumnya bahawa Tan Sri Muhyiddin yang akan menjadi Perdana Menteri.

Apatah lagi bila Tun Dr Mahathir sendiri dalam Wacana Sinar Harian Ke-53 ini memuji Tan Sri Muhyiddin dengan menyebut Tan Sri Muhyiddin mampu (has the capacity) serta jauh lebih baik dan lebih jujur berbanding orang lain (far better and more honest than other people) untuk menjadi Perdana Menteri.   HARAKAHDAILY



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/03/bukan-pengkhianat-tun-m-pernah-akui.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Bukan Pengkhianat Tun Tiada Sokongan Muhyiddin

Saya Bukan Pengkhianat Tun Tiada Sokongan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 380 hits
Saya tiada pilihan Dr M tiada sokongan kata Muhyiddin Muhyiddin Yassin menepis dakwaan beberapa pihak yang menuduhnya sebagai pengkhianat selepas beliau menerima pencalonan sebagai perdana menteri ke 8 Dalam ucapan sulung yang disiarkan sec...
Kenapa Tak Lantik Anwar Je Lelaki Ini Kongsi Teori Tun M Buka Jalan Muhyiddin Jadi Pm Ke 8

Kenapa Tak Lantik Anwar Je Lelaki Ini Kongsi Teori Tun M Buka Jalan Muhyiddin Jadi Pm Ke 8

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 247 hits
Minggu lepas kita dikejutkan dengan kemelut politik apabila Tun Mahathir telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Pelbagai plot twist telah berlaku sehinggakan tiada siapa boleh mengagak siapa yang akan menjadi Perdana Menteri ke 8 ...
Ts Muhyiddin Yassin Pm Ke 8 Malaysia Selepas Tun M

Ts Muhyiddin Yassin Pm Ke 8 Malaysia Selepas Tun M

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 1142 hits
Setelah lebih seminggu Malaysia berdepan dengan situasi politik yang mencabar akhirnya pada 29 Februari 2020 Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin daripada Kerajaan Perikatan ...
Begini Rupanya Macam Mana Tun M Buka Jalan Untuk Muhyiddin Yassin Jadi Pm

Begini Rupanya Macam Mana Tun M Buka Jalan Untuk Muhyiddin Yassin Jadi Pm

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 426 hits
SELEPAS Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baharu pada Ahad Tun Dr Mahathir Mohamad memuat naik satu video di laman Facebook beliau Begini rupanya macam mana Tun M Buka Jalan Untuk Muhyi...
Tun M Salahkan Muhyiddin Anwar Punca Dia Gagal Jadi Pm

Tun M Salahkan Muhyiddin Anwar Punca Dia Gagal Jadi Pm

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 375 hits
KUALA LUMPUR Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi punca pengkhianatan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Pakatan Harapan Dia nak cari alasan untuk krisis sahaja katanya dan mendakwa yang sebenarnya Muhyiddin m...
Terkini Muhyiddin Azmin Racun Otak Tun M Khalid Samad

Terkini Muhyiddin Azmin Racun Otak Tun M Khalid Samad

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 296 hits
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara Khalid Samad mendakwa Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjadi dalang kepada kehancuran Pakatan Harapan Khalid yang juga bekas Men...
Tan Sri Muhyiddin And Tun Dr Mahathir Met Last Night

Tan Sri Muhyiddin And Tun Dr Mahathir Met Last Night

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 232 hits
Its is revealed that Tun Dr Mahathir and Tan Sri Muhyiddin met last night at Tun Dr Mahathir s residence
Buang Umno Dulu Baru Jumpa Saya Pesan Tun M Kepada Muhyiddin

Buang Umno Dulu Baru Jumpa Saya Pesan Tun M Kepada Muhyiddin

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 385 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad tidak melihat sebarang keperluan untuk bertemu Muhyiddin Yassin melainkan perdana menteri itu sanggup membuang Umno dahulu daripada gabungan baharu kerajaan Pengerusi Bersatu itu mengakui menerima surat daripada Muhy...
Mahathir Mohon Maaf Letak Jawatan Akui Diperdaya Muhyiddin

Mahathir Mohon Maaf Letak Jawatan Akui Diperdaya Muhyiddin

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 321 hits
Malaysiakini Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad meminta maaf kepada anggota parlimen PH di pejabatnya di Kuala Lumpur pada semalam ketika bekas sekutunya Muhyiddin Yassin bersiap sedia menjadi perdana menteri baru Berdasarkan rakaman...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game