Demi Nak Langsai Hutang Ibu Dikesan Jual Bayi Belasan Ribu Ringgit Di Atas Talian


KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) — Sima (bukan nama sebenar) ditawarkan seorang bayi untuk dijadikan anak angkat tetapi perlu membayar pelbagai kos sehingga mencecah RM15,000.
Wanita berusia 35 tahun itu berkata dia mencari anak angkat menerusi laman sosial sejak awal tahun lepas dan nyaris ditipu ibu kandung bayi yang dikenalinya kira-kira 10 bulan lepas apabila wanita terbabit mengarahkannya membuat transaksi wang melalui bank.
“… tetapi saya bertegas mahu bersemuka dengannya bersama bayi itu… dia paksa saya masukkan duit dalam akaunnya.
“Bila saya bertegas saya disekat daripada menghubungi ibu kandung itu,” katanya yang nyaris rugi ribuan ringgit.
Selain kes itu, terdapat juga orang tengah atau pihak tertentu menawarkan bayi untuk dijadikan anak angkat dengan bayaran tertentu.
Kebanyakan mereka beroperasi melalui media sosial dan hasil carian Bernama selama lebih sebulan mendapati terdapat pelbagai akaun yang menggunakan kata kunci ‘anak angkat’ dengan rata-rata kos yang perlu ditanggung bakal ibu bapa angkat mencecah RM10,000 hingga RM20,000.
Gambar hiasan. (Kredit: Google) Harga ikut kewarganegaraan Prosesnya juga mudah iaitu mereka yang ingin mendapatkan anak angkat hanya perlu mengisi butiran peribadi seperti pekerjaan, tempat tinggal, sebab untuk mengambil anak angkat dan yang paling penting perlu bersedia menanggung kos yang mencecah RM10,000 sehingga RM20,000.
Ada juga yang meletakkan harga bayi mengikut warganegara dan bukan warganegara serta yang sah taraf dan tidak sah taraf.
Bayar deposit saguhati ibu kandung ‘Pelanggan’ juga perlu membayar wang deposit antara RM2,000 hingga RM7,000 dengan alasan wang itu adalah untuk kegunaan pembayaran kos bersalin di hospital swasta dan sagu hati kepada ibu kandung untuk meneruskan kehidupan.
Menceritakan pengalamannya, Sima berkata: “Saya pernah ditawarkan bayi tetapi perlu membayar RM15,000 untuk kos bersalin di hospital swasta dan sagu hati kepada ibu kandung.
“Urusan penawaran itu dilakukan oleh seorang individu yang menjadi orang tengah kepada ibu kandung bayi berkenaan”.
Gambar hiasan. (Kredit: Google) Jual kepada individu yang bayar lebih tinggi Berkongsi pengalaman urusan ‘jual beli’ bayi di media sosial, seorang lagi wanita, Fizah (bukan nama sebenar) berusia 30 tahun, menceritakan pengalamanya yang telah dua kali berunding dengan dua ibu kandung menerusi laman sosial untuk mengambil bayi mereka sebagai anak angkat.
Sudah dua kali saya hampir nak dapatkan anak angkat tetapi ibu kandung batalkan kerana mendapat tawaran yang lebih (tinggi) daripada orang lain.
“Saya jadi tertekan kerana semua barang keperluan bayi sudah dibeli tetapi akhirnya ibu kandung enggan menyerahkan anaknya kepada saya kerana ada pasangan lain yang menjanjikan tawaran wang yang lebih tinggi,” katanya yang sudah lima tahun berkahwin dan belum dikurniakan cahaya mata.
Katanya sehingga kini dia masih menerima mesej menerusi laman sosial daripada pihak tertentu menawarkan bayi mereka untuk dijadikan anak angkat.
Kedua-dua wanita itu sehingga kini gagal mendapatkan anak angkat melalui dalam talian.
Ditanya mengapa tidak mendapatkan anak angkat menerusi saluran yang betul seperti mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, tanggapan mereka adalah sama iaitu prosesnya lambat dan perlu melalui beberapa tapisan serta tidak boleh memilih jantina bayi yang mereka mahu.
Gambar hiasan. (Kredit: Google) Ibu kandung berdepan masalah hutang, jual anak Persoalannya adakah cara untuk mendapatkan anak angkat yang seolah-olah ‘urusan jual beli bayi’ itu sah di sisi undang-undang dan sejauh mana jaminan pasangan yang berurusan itu akan mendapat anak yang diidam-idamkan.
Sebuah akaun yang menawarkan perkhidmatan mencari anak angkat di laman sosial mendakwa mereka adalah badan bukan kerajaan (NGO) yang membantu ibu kandung mencari keluarga angkat untuk anak mereka.
Hasil perbualan Bernama bersama wakil NGO itu menjelaskan kebanyakan golongan ibu yang menggunakan khidmat organisasi itu mengalami pelbagai masalah peribadi termasuk melibatkan wang.
“Mereka (ibu kandung) ini datang dengan pelbagai masalah dan minta RM12,000 hingga RM14,000.
Apabila diselidik memang mereka berdepan dengan masalah hutang dan rancang jual anak untuk selesaikan hutang,” katanya yang menganggap perkara itu sebagai situasi menang-menang apabila kedua-dua pihak mendapat apa yang mereka mahukan.
Beliau berkata pihaknya akan mengenakan bayaran perkhidmatan antara RM200 dan RM500 bagi setiap keluarga angkat yang mahukan perkhidmatan mereka dan duit itu akan digunakan untuk rumah anak-anak yatim di bawah pengurusan mereka.
Gambar hiasan. (Kredit: Google) Nasib bayi tak terjamin Bagaimanapun, urusan yang boleh diibaratkan sebagai ‘jual beli’ bayi di media sosial itu menimbulkan kerisauan mengenai nasib bayi itu.
Pengerusi Pelindung Kanak-Kanak Wilayah Persekutuan Syed Azmi Alhabshi berkata bayi berkenaan tidak boleh dipantau dan butiran lengkap ibu bapa angkat juga tidak direkod untuk tindakan seterusnya.
“Jika menerusi JKM, butiran ibu bapa direkod dan keadaan bayi dapat dipantau bagi memastikan nasibnya terbela…yang menjadi kerisauan saya adalah apa nasib bayi selepas dijaga ibu bapa angkat menerusi laman sosial ini.
“Perkara yang dibimbangkan adalah jika bayi itu tidak mempunyai sijil kelahiran dan tiada warganegara,” katanya yang pernah berdepan dengan masalah ibu kandung menghilangkan diri selepas menyerahkan bayi mereka kepada keluarga angkat.
Sumber: BERNAMA
The post Demi Nak Langsai Hutang, Ibu Dikesan Jual Bayi Belasan Ribu Ringgit Di Atas Talian appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/02/16/demi-nak-langsai-hutang-ibu-dikesan-jual-bayi-belasan-ribu-ringgit-di-atas-talian/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Susukan Bayi Sampai 2 Tahun Bukan Senang Kering Air Mata Ibu Dibuatnya

Nak Susukan Bayi Sampai 2 Tahun Bukan Senang Kering Air Mata Ibu Dibuatnya

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 274 hits
Amalan penyusuan susu ibu bukanlah sesuatu yang mudah Namun ia tidak juga susah Asalkan anda tahu teknik yang betul amalan ini dapat dilaksanakan dengan tenang dan dan lancar Artikel Menarik Bagi anda yang berazam mahu menyusukan bayi denga...
Sunat Anak Lelaki Masa Bayi Ibu Kongsi Cara Mudah Nak Jaga Sembuh Cepat Ikut Saranan Doktor

Sunat Anak Lelaki Masa Bayi Ibu Kongsi Cara Mudah Nak Jaga Sembuh Cepat Ikut Saranan Doktor

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 631 hits
Bersunat atau berkhatan adalah kemestian yang perlu dilakukan kepada anak anak bagi orang Muslim Ada yang memilih untuk mengkhatankan anak anak ketika usia yang masih kecil dan ada juga yang sunatkan anak anak bila mereka dah mula bersekola...
Jual Beli Bayi Dalam Talian

Jual Beli Bayi Dalam Talian

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 205 hits
Libatkan nilai dagangan hingga cecah puluhan ribu ringgitKUALA LUMPUR Sima ditawarkan seorang bayi untuk dijadikan anak angkat tetapi perlu membayar pelbagai kos sehingga mencecah RM15 000 Wanita berusia 35 tahun itu berkata dia mencari ana...
Disebabkan Lahir Dengan Keadaan Kerdil Bayi Ini Dibuang Ibu Kandungnya

Disebabkan Lahir Dengan Keadaan Kerdil Bayi Ini Dibuang Ibu Kandungnya

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 972 hits
Ohmedia agak terkilan dengan sikap manusia zaman sekarang kerana sanggup membuang anak yang dikurniakan oleh Allah SWT Ingat anak adalah pembawa rezeki tau untuk semua pasangan yang sudah berkahwin di luar sana Bagi yang belum berkahwin kor...
Honor Menjadualkan Acara Atas Talian Untuk Pengenalan Sejumlah Produk Baru

Honor Menjadualkan Acara Atas Talian Untuk Pengenalan Sejumlah Produk Baru

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 288 hits
Dengan pembatalan acara MWC 2020 kini pelbagai pengeluar melihat kepada beberapa alternatif untuk memperkenalkan beberapa produk baru mereka Terbaru Honor dilihat menjadualkan acara atas talian pada 24 Februari 2020 ini Honor dilihat akan m...
7 Kado Manis Berfaedah Untuk Ibu Habis Melahirkan Bunda Senang Bayi Tentu Ikut Riang

7 Kado Manis Berfaedah Untuk Ibu Habis Melahirkan Bunda Senang Bayi Tentu Ikut Riang

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 378 hits
Yang kasih kado untuk si bayi pasti udah banyak Tapi untuk sang mama pasti masih jarang kan Tag teman kamu yang butuh ini sekarang
Alorsetar Angkara Pemandu Mabuk Bayi Dan Ibu Cedera Parah

Alorsetar Angkara Pemandu Mabuk Bayi Dan Ibu Cedera Parah

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 502 hits
Angkara pemandu mabuk empat beranak cedera termasuk bayi perempuan berusia 12 bulan bersama ibunya parah selepas seisi keluarga itu dirempuh sebuah kereta ketika berada di tepi jalan Persiaran Sultan Abdul Hamid di sini malam tadi Kejadian ...
4 Sekeluarga Sedang Berjalan Dirempuh Lelaki Mabuk Bawa Kereta Bmw Ibu Amp Bayi Parah

4 Sekeluarga Sedang Berjalan Dirempuh Lelaki Mabuk Bawa Kereta Bmw Ibu Amp Bayi Parah

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 302 hits
Bagaikan tiada kesudahan hari ini satu lagi kes baru yang melibatkan onar si pemandu mabuk sehingga mengakibatkan empat beranak cedera termasuk bayi perempuan berusia 12 bulan bersama ibunya parah Difahamkan keluarga itu telah dirempuh oleh...
Huawei Akan Memperlihatkan Beberapa Produk Baru Melalui Acara Atas Talian

Huawei Akan Memperlihatkan Beberapa Produk Baru Melalui Acara Atas Talian

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 267 hits
https ift tt eA8V8J Huawei sebelum ini telah menjadualkan acara pengenalan sejumlah produk dan teknologi baru pada acara MWC 2020 Walaubagaimanapun kini dengan pembatalan acara MWC 2020 pihak Huawei sedang melihat kepada beberapa alternatif...
Saka Bapak Kau

Natural Gas Fuel Not A Hazard

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Creating A Winning Pitch Deck


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama


Pesakit Diabetes Mengalami Masalah Mati Pucuk

Transformasi Bank Btpn Kini Berubah Nama Menjadi Smbc Indonesia

Pengalaman Mencicipi Hidangan Kuliner Khas Georgia Yang Menggugah Selera

Tattoos Portland Maine

Tattoos Raised And Itchy

Kepala Ikan Merah