Jual Beli Bayi Dalam Talian


azrul hakimie Libatkan nilai dagangan hingga cecah puluhan ribu ringgit

KUALA LUMPUR – Sima (bukan nama sebenar) ditawarkan seorang bayi untuk dijadikan anak angkat tetapi perlu membayar pelbagai kos sehingga mencecah RM15,000

Wanita berusia 35 tahun itu berkata dia mencari anak angkat menerusi laman sosial sejak awal tahun lepas dan nyaris ditipu ibu kandung bayi yang dikenalinya kira-kira 10 bulan lepas apabila wanita terbabit mengarahkannya membuat transaksi wang melalui bank

“… tetapi saya bertegas mahu bersemuka dengannya bersama bayi itu… dia paksa saya masukkan duit dalam akaunnya… bila saya bertegas saya disekat daripada menghubungi ibu kandung itu,” katanya yang nyaris rugi ribuan ringgit

Selain kes itu, terdapat juga orang tengah atau pihak tertentu menawarkan bayi untuk dijadikan anak angkat dengan bayaran tertentu

Kebanyakan mereka beroperasi melalui media sosial dan hasil carian Bernama selama lebih sebulan mendapati terdapat pelbagai akaun yang menggunakan kata kunci ‘anak angkat’ dengan rata-rata kos yang perlu ditanggung bakal ibu bapa angkat mencecah RM10,000 hingga RM20,000

Prosesnya juga mudah iaitu mereka yang ingin mendapatkan anak angkat hanya perlu mengisi butiran peribadi seperti pekerjaan, tempat tinggal, sebab untuk mengambil anak angkat dan yang paling penting perlu bersedia menanggung kos yang mencecah RM10,000 sehingga RM20,000

Ada juga yang meletakkan harga bayi mengikut warganegara dan bukan warganegara serta yang sah taraf dan tidak sah taraf

‘Pelanggan’ juga perlu membayar wang deposit antara RM2,000 hingga RM7,000 dengan alasan wang itu adalah untuk kegunaan pembayaran kos bersalin di hospital swasta dan sagu hati kepada ibu kandung untuk meneruskan kehidupan

Menceritakan pengalamannya, Sima berkata: “Saya pernah ditawarkan bayi tetapi perlu membayar RM15,000 untuk kos bersalin di hospital swasta dan sagu hati kepada ibu kandung. Urusan penawaran itu dilakukan oleh seorang individu yang menjadi orang tengah kepada ibu kandung bayi berkenaan”

Berkongsi pengalaman urusan ‘jual beli’ bayi di media sosial, seorang lagi wanita, Fizah (bukan nama sebenar) berusia 30 tahun, menceritakan pengalamanya yang telah dua kali berunding dengan dua ibu kandung menerusi laman sosial untuk mengambil bayi mereka sebagai anak angkat

“Sudah dua kali saya hampir nak dapatkan anak angkat tetapi ibu kandung batalkan kerana mendapat tawaran yang lebih (tinggi) daripada orang lain

“Saya jadi tertekan kerana semua barang keperluan bayi sudah dibeli tetapi akhirnya ibu kandung enggan menyerahkan anaknya kepada saya kerana ada pasangan lain yang menjanjikan tawaran wang yang lebih tinggi,” katanya yang sudah lima tahun berkahwin dan belum dikurniakan cahaya mata

Katanya sehingga kini dia masih menerima mesej menerusi laman sosial daripada pihak tertentu menawarkan bayi mereka untuk dijadikan anak angkat

Kedua-dua wanita itu sehingga kini gagal mendapatkan anak angkat melalui dalam talian

Ditanya mengapa tidak mendapatkan anak angkat menerusi saluran yang betul seperti mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, tanggapan mereka adalah sama iaitu prosesnya lambat dan perlu melalui beberapa tapisan serta tidak boleh memilih jantina bayi yang mereka mahu

Persoalannya adakah cara untuk mendapatkan anak angkat yang seolah-olah ‘urusan jual beli bayi’ itu sah di sisi undang-undang dan sejauh mana jaminan pasangan yang berurusan itu akan mendapat anak yang diidam-idamkan

Sebuah akaun yang menawarkan perkhidmatan mencari anak angkat di laman sosial mendakwa mereka adalah badan bukan kerajaan (NGO) yang membantu ibu kandung mencari keluarga angkat untuk anak mereka

Hasil perbualan Bernama bersama wakil NGO itu menjelaskan kebanyakan golongan ibu yang menggunakan khidmat organisasi itu mengalami pelbagai masalah peribadi termasuk melibatkan wang

“Mereka (ibu kandung) ini datang dengan pelbagai masalah dan minta RM12,000 hingga RM14,000… apabila diselidik memang mereka berdepan dengan masalah hutang dan rancang jual anak untuk selesaikan hutang,” katanya yang menganggap perkara itu sebagai situasi menang-menang apabila kedua-dua pihak mendapat apa yang mereka mahukan

Beliau berkata pihaknya akan mengenakan bayaran perkhidmatan antara RM200 dan RM500 bagi setiap keluarga angkat yang mahukan perkhidmatan mereka dan duit itu akan digunakan untuk rumah anak-anak yatim di bawah pengurusan mereka

Bagaimanapun, urusan yang boleh diibaratkan sebagai ‘jual beli’ bayi di media sosial itu menimbulkan kerisauan mengenai nasib bayi itu

Pengerusi Pelindung Kanak-Kanak Wilayah Persekutuan Syed Azmi Alhabshi berkata bayi berkenaan tidak boleh dipantau dan butiran lengkap ibu bapa angkat juga tidak direkod untuk tindakan seterusnya

“Jika menerusi JKM, butiran ibu bapa direkod dan keadaan bayi dapat dipantau bagi memastikan nasibnya terbela…yang menjadi kerisauan saya adalah apa nasib bayi selepas dijaga ibu bapa angkat menerusi laman sosial ini

“Perkara yang dibimbangkan adalah jika bayi itu tidak mempunyai sijil kelahiran dan tiada warganegara,” katanya yang pernah berdepan dengan masalah ibu kandung menghilangkan diri selepas menyerahkan bayi mereka kepada keluarga angkat.- Bernama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/02/jual-beli-bayi-dalam-talian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Demi Nak Langsai Hutang Ibu Dikesan Jual Bayi Belasan Ribu Ringgit Di Atas Talian

Demi Nak Langsai Hutang Ibu Dikesan Jual Bayi Belasan Ribu Ringgit Di Atas Talian

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 335 hits
KUALA LUMPUR 16 Feb Sima ditawarkan seorang bayi untuk dijadikan anak angkat tetapi perlu membayar pelbagai kos sehingga mencecah RM15 000 Wanita berusia 35 tahun itu berkata dia mencari anak angkat menerusi laman sosial sejak awal tahun le...
Cewek Ini Cari Orang Yang Sudi Adopsi Bayi Yang Bakal Dia Lahirkan Menawarkan Di Grup Jual Beli Fb

Cewek Ini Cari Orang Yang Sudi Adopsi Bayi Yang Bakal Dia Lahirkan Menawarkan Di Grup Jual Beli Fb

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 308 hits
Media sosial khususnya pengguna Facebook dihebohkan dengan sebuah pengakuan dari pengguna Facebook dengan nama akun Aura Rohana Kamis Nama pengguna akun Facebook Aura Rohana yang tercantum pada profilnya tinggal di Singkawang Kalimantan Bar...
Lagi Usut Jual Beli Organ Satwa Polisi Malah Ciduk Mahasiswa Edarkan 2 5 Kg Ganja

Lagi Usut Jual Beli Organ Satwa Polisi Malah Ciduk Mahasiswa Edarkan 2 5 Kg Ganja

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 306 hits
Istiqomah dan Reza dua mahasiswa di Samarinda Kalimantan Timur meringkuk di penjara Keduanya diketahui sebagai pengedar ganja kering yang diduga dikendalikan seorang napi di Lapas Narkotika Bayur Samarinda Barang bukti 2 5 kilogram disita p...
Firma Guaman Perdaya Mangsa Jual Beli Hartanah

Firma Guaman Perdaya Mangsa Jual Beli Hartanah

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 337 hits
Firma guaman perdaya mangsa jual beli hartanah nbsp Dikemas kini 15 minit yang lalu Diterbitkan pada 3 Feb 2020 11 47PM
Media Sosial Dimanfaatkan Untuk Lapak Jual Beli Narkoba

Media Sosial Dimanfaatkan Untuk Lapak Jual Beli Narkoba

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 291 hits
Media sosial dimanfaatkan sebagai sarana jual beli narkoba Direktorat Reserse Narkoba Polda Metro Jaya meminta penyedia platform media sosial maupun penyedia jasa toko daring untuk memblokir akun yang ditengarai menjual narkotika dan obat b...
Polisi Bongkar Jual Beli Organ Harimau Sumatera Di Riau

Polisi Bongkar Jual Beli Organ Harimau Sumatera Di Riau

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 190 hits
Selembar kulit harimau bisa dijual dengan harga sekitar Rp 30 juta hingga Rp 80 juta taring harimau Rp 500 ribu hingga Rp 1 juta per buah Dan tulang harimau laku Rp 2 juta per kilo di pasar gelap
4 Termasuk Bayi 16 Bulan Maut Selepas Langgar Dihempap Muatan Treler

4 Termasuk Bayi 16 Bulan Maut Selepas Langgar Dihempap Muatan Treler

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 569 hits
Polis mengesahkan hanya empat yang maut termasuk seorang bayi lelaki dalam perlanggaran melibatkan kereta dan treler di Km37 Jalan Ipoh Kuala Kangsar dekat Kampung Salak Stesyen di sini malam tadi Ketua Polis Daerah Sungai Siput Supt Mohd K...
Bayi Memang Suka Meneroka Benda Baru Beri Permainan Sesuai Boleh Bantu Perkembangan Fizikal Mental Anak

Bayi Memang Suka Meneroka Benda Baru Beri Permainan Sesuai Boleh Bantu Perkembangan Fizikal Mental Anak

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 522 hits
Bermain adalah aktiviti penting untuk kanak kanak Bermain bukan sahaja untuk mengisi waktu si kecil anda ia juga turut membantu perkembangan fizikal dan mental anak Sebagai ibu bapa anda pasti dapat memilih permainan yang sesuai dengan umur...
Kajian Sarankan Bayi Tidur Dengan Posisi Terlentang Dan Bukannya Meniarap Atau Mengiring

Kajian Sarankan Bayi Tidur Dengan Posisi Terlentang Dan Bukannya Meniarap Atau Mengiring

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 413 hits
Kelahiran bayi yang baru lahir dalam sesebuah keluarga pastinya menjadi suatu titik kebahagiaan yang tidak terhingga buat seluruh ahli keluarga Bagaimanapun masih ramai lagi bakal ibu bapa mahupun ibu bapa yang masih kurang pengetahuan tent...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord