Alorsetar Angkara Pemandu Mabuk Bayi Dan Ibu Cedera Parah


Angkara pemandu mabuk, empat beranak cedera termasuk bayi perempuan berusia 12 bulan bersama ibunya parah, selepas seisi keluarga itu dirempuh sebuah kereta ketika berada di tepi jalan Persiaran Sultan Abdul Hamid di sini, malam tadi.

Kejadian jam 11.30 malam tadi berlaku selepas kereta BMW dikatakan terbabas melanggar bahagian belakang sebuah van persiaran menyebabkan terbalik di tempat kejadian sebelum melanggar empat beranak itu.

Kejadian itu menyebabkan Norhidayah Ahmad Yusof, 12 bulan dan ibunya, Bashirah Mohd Yazid, 31, cedera parah dan kini masih dalam rawatan kecemasan di Hospital Sultanah Bahiyah.

Suami Bashirah, Ahmad Yusof Che Kar, 42, dan seorang lagi anak pasangan itu, Mohamad Taufiq Ahmad Yusof, 10, hanya cedera ringan menerima rawatan pesakit luar di hospital sama.




Keluarga terbabit beralamat dari Kampung Pulau Nyior, Kota Sarang Semut, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, berkata kemalangan berlaku membabitkan dua buah kenderaan dan empat mangsa yang berada di tepi jalan di kawasan itu.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati van persiaran yang dipandu lelaki berusia 58 tahun dari Ampang, Selangor dikatakan keluar dari arah simpang susuran Sultan Abdul Hamid 3, yang sedang bergerak lurus.

“Namun selepas van persiaran itu bergerak pada jarak lebih kurang 20 meter, kenderaan itu dilanggar dari arah belakang oleh kereta BMW yang datang dari arah Jalan Teratai.

“Akibat perlanggaran itu, kereta BMW itu hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar empat mangsa yang berada berhampiran lokasi kejadian.

“Pemandu BMW berusia 39 tahun itu yang turut mengalami kecederaan kini dirawat di sebuah hospital swasta di sini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Rozi berkata, saringan awal mendapati pemandu BMW itu memandu di bawah pengaruh alkohol, namun siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.









Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, sepasukan anggotanya dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja tiba di lokasi jam 11.37 malam.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 11.34 malam berhubung kemalangan di lokasi kejadian.

“Operasi turut dibantu sepasukan anggota dari BBP Alor Setar dan mangsa yang cedera dihantar ke hospital oleh ambulan KKM.

“Tindakan anggota bomba melakukan kerja-kerja membersih sisa kemalangan di tempat kejadian,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/02/alorsetar-angkara-pemandu-mabuk-bayi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Bayi 12 Bulan Parah Dilanggar Pemandu Mabuk

Ibu Bayi 12 Bulan Parah Dilanggar Pemandu Mabuk

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 395 hits
Empat beranak termasuk bayi perempuan berusia 12 bulan bersama ibunya cedera parah selepas terbabit dalam kemalangan yang berpunca dari pemandu mabuk Dalam kejadian yang berlaku pada jam 11 30 malam Selasa 18 Februari 2020 di Persiaran Sult...
4 Sekeluarga Sedang Berjalan Dirempuh Lelaki Mabuk Bawa Kereta Bmw Ibu Amp Bayi Parah

4 Sekeluarga Sedang Berjalan Dirempuh Lelaki Mabuk Bawa Kereta Bmw Ibu Amp Bayi Parah

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 409 hits
Bagaikan tiada kesudahan hari ini satu lagi kes baru yang melibatkan onar si pemandu mabuk sehingga mengakibatkan empat beranak cedera termasuk bayi perempuan berusia 12 bulan bersama ibunya parah Difahamkan keluarga itu telah dirempuh oleh...
Dua Beranak Parah Angkara Pemandu Mabuk

Dua Beranak Parah Angkara Pemandu Mabuk

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 409 hits
4 sekeluarga dirempuh sebuah kereta ketika berada di tepi jalanALOR SETAR Lagi kes pemandu mabuk Terbaharu empat beranak cedera termasuk seorang wanita bersama bayi perempuan parah selepas dirempuh sebuah kereta ketika berada di tepi jalan ...
Bayi Maut Tiga Anak Parah Dikelar Ibu

Bayi Maut Tiga Anak Parah Dikelar Ibu

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 818 hits
BAYI lelaki berusia lapan bulan maut manakala dua kakak dan abangnya parah selepas leher mereka dikelar dengan pisau oleh ibu kandung di kuarters sebuah pusat peranginan di Pulau Mantanani dekat Kota Belud hari ini Jerry Yohanes meninggal d...
Lagi Kemalangan Berpunca Dari Pemandu Mabuk Suami Meninggal Dunia Isteri Parah

Lagi Kemalangan Berpunca Dari Pemandu Mabuk Suami Meninggal Dunia Isteri Parah

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 621 hits
Korang tak rasa panas ke bila dengar berita ni Ohmedia tiap kali dengar kemalangan yang berpunca dari pemandu mabuk ni mesti akan rasa geram sangat sangat sampai menggigil rasa jari ni masa menaip Tadi terbaca satu lagi kemalangan maut yang...
Undang Apa Ni Pemandu Rempuh Ibu Dan Bayi Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Undang Apa Ni Pemandu Rempuh Ibu Dan Bayi Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 518 hits
Undang2 pemandu mabuk di Malaysia Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata pemandu kereta BMW yang berusia 39 tahun itu dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan diambil Beliau berkata lelaki itu ber...
Suami Maut Isteri Cedera Dirempuh Pemandu Mabuk

Suami Maut Isteri Cedera Dirempuh Pemandu Mabuk

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 514 hits
BUKIT MERTAJAM Seorang pekerja kilang maut manakala isterinya parah selepas motosikal mereka dirempuh kereta dipandu lelaki dipercayai di bawah pengaruh alkohol dalam kejadian di Kilometer 140 2 Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke utara be...
Bayi 3 Bulan Dicampak Dari Stroller Selepas Kena Rempuh Dengan Pemandu Mabuk

Bayi 3 Bulan Dicampak Dari Stroller Selepas Kena Rempuh Dengan Pemandu Mabuk

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 423 hits
Semakin hari semakin banyak kes kemalangan yang berlaku di atas jalan raya disebabkan kecuaian pemandu kan Rasa rasanya bukan dekat Malaysia je terjadi seperti ini malah dekat negara lain pun ada tau Orang tu yang mabuk kita yang jadi mangs...
Kerana Pemandu Mabuk Mereka Jadi Yatim Ayah Meninggal Dunia Ibu Masih Koma

Kerana Pemandu Mabuk Mereka Jadi Yatim Ayah Meninggal Dunia Ibu Masih Koma

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 1637 hits
Tanggungjawab remaja ini sebagai anak sulung sangat besar apatah lagi bapanya dijemput Ilahi pada Ahad lalu dan ibu masih koma Jika diikutkan Nur Afni Nirwani Khairizul 16 tidak kuat menghadapi takdir itu namun demi empat adik dan janjinya ...
Tips Lengkap Dan Mudah Cara Berniaga Kek Coklat Moist Bermula Dari Rumah

Murid Sekolah Tidak Wajib Pakai Tali Leher Mulai 2026 Kpm

Zakat Pendapatan Cara Kira Bayar Zakat Ikut Negeri

Aktiviti Sembang Akhir Tahun 2025 Kopi Ukhwah Ppim 26 12 2025

Malaysia Gemilang Meraih Kemenangan Yang Membanggakan

Best Recipetin Beef Ribs

4fingers For Lunch

Cindy Prado S Legs And Feet In Tights


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Hantar Borang Pencen

Itinerari Malam Sabtu Tahun Baharu 2026 Membeli Belah Dan Santai Di Pj Night Car Boot Sale

Kotak Kurma Eksklusif Tarikan Utama Jualan Ramadan 2026

Jalan Jalan Cari Makan

Skandal Bekas Wanita Pertama Korea Selatan Menggoncang Landskap Politik Negara

Semangat Muda Di Usia Emas Inspirasi Perjalanan Seorang Warga Emas Berusia 68 Tahun