Demi Maruah Berpisah Dengan Bersatu Pilihan Terbaik Buat Umno


 


Matematik mudahnya begini – UMNO ada 3.4 juta ahli, Pas ada lebih 1 juta ahli dan Bersatu hanya ada sekitar 200 ribu ahli.
Kalau ditanya kepada sesiapa, waima budak kecil sekali pun tentang siapa yang harus jadi ketua di antara tiga parti itu, jawapannya tidaklah sukar untuk diketahui.
Dengan itu, saranan Pengerusi Lembaga Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah agar parti itu mengkaji semula hubungan kerjasamanya dengan UMNO dan Pas bukanlah sesuatu yang pelik dan luar biasa.
Hubungan kerjasama sekarang, menurut Tengku Razaleigh tidak memberi sebarang manfaat kepada UMNO.
“Apa untung kita (UMNO) dengan parti Bersatu? Apa untung kita berpakat dengan PAS?
“Matlamat mereka seakan sama, akhirnya kita bergaduh pula.
“Konflik yang bakal berlaku tak baik untuk rakyat dan negara. Baiklah kita fikir masak-masak.
“Saya rasa elok kita kaji semula,” katanya seperti dipetik dalam wawancara sebuah portal berita.


Pemimpin veteran UMNO yang dikenali sebagai Ku Li turut berkata, dari segi pengagihan kerusi, parti itu perlu bertegas untuk mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada PRU14 lalu tanpa bertolak ansur dengan Bersatu.
“Mana kerusi kita dulu kita kekal, tidak ada nak runding-runding lagi. Apa nak runding, kerusi kita,” katanya.
Ku Li juga berkata UMNO perlu merampas semula kerusi Parlimen Pagoh (Muhyiddin Yassin) dan Langkawi (Dr Mahathir Mohamad).
“Itu bukan sesiapa punya. Kerusi itu bukan baru wujud… baru menjelma, tapi kesilapan kempen dulu kita kalah.
“Sebelum ini kita tak pernah kalah, baik di Langkawi atau Pagoh,” tambahnya lagi.
Pada masa sama, Ahli Parlimen Gua Musang itu menyifatkan pemimpin UMNO yang lebih memihak kepada Presiden Bersatu sebagai pengkhianat yang tidak boleh dimaafkan kesalahannya.
“Ramai yang memihak kepada Muhyiddin adalah mereka yang terdiri daripada pengkhianat… orang yang lari daripada kita, yang ada kes, yang kita rasa tak boleh dimaaf. Mereka berada bersama Muhyiddin.
“Kita rasa tak sepatutnya kita berada dalam perkongsian ini, walaupun untuk berkuasa di negara,” tegas Ku Li.
Senang cerita, demi mengembalikan maruah UMNO sebagai parti terbesar, ahli teramai dan memiliki jumlah Ahli Parlimen terbanyak di Dewan Rakyat, parti itu tidak ada pilihan lain selain kembali kepada kekuatan sendiri untuk menghadapi PRU15 akan datang.

UMNO perlu mengumpul kembali kekuatannya bersama rakan komponen sedia ada dalam BN dan berusaha sedaya mungkin untuk kembali berkuasa tanpa bergantung kepada pihak luar.
Berdasarkan banyak kelebihan yang ada, cuma perlu penambahbaikan dalam beberapa aspek, UMNO sebenarnya mampu untuk tampil lebih gagah selepas tragedi kekalahan pada 2018 lalu.
Yang penting usaha, kerja keras dan iltizam yang tinggi untuk kembali berkuasa mesti sentiasa membara.
Bergantung atau bekerjasama dengan Pas dan Bersatu bukanlah pilihan yang baik, selain kerana terpaksa berkongsi kerusi, yang lebih buruk lagi ialah kerana Bersatu yang kecil dan serpihan itu hanya mahu “membunuh” UMNO saja matlamat utamanya.
Tanpa “membunuh” UMNO atau selagi UMNO ada,!Bersatu tidak mungkin mampu memanjangkan hayat politiknya
UMNO bukan saja mesti memimpin, tidak dipimpin, malah UMNO juga tidak sepatutnya memberi sebarang ruang kepada Bersatu untuk menguasai atau melebihinya.
Tetapi, semuanya hanya mungkin menjadi kenyataan jika kata-kata Ku Li ini dijadikan azimat perjuangan oleh semua peringkat kepimpinan dalam UMNO itu sendiri.
Jangan sesekali dibiarkan pengkhianat dalam parti dipergunakan oleh Bersatu untuk “mematikan” UMNO.
Kalau tidak, UMNO hanya akan tinggal sejarah dan nama saja selepas ini.
 
(Shahbudindotcom 17/11/2020)








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/11/demi-maruah-berpisah-dengan-bersatu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Noraini Bidas Fitnah Tersebar Dakwa Beliau Berwajah Umno Tapi Jiwa Bersatu

Noraini Bidas Fitnah Tersebar Dakwa Beliau Berwajah Umno Tapi Jiwa Bersatu

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 351 hits
Umno Wanita chief Datuk Dr Noraini Ahmad IZZRAFIQ ALIAS The Star July 4 2018 Dakwaan beberapa pemimpin Umno cenderung menyokong parti lain yang dikatakan berwajah Umno tapi berjiwa Bersatu adalah tidak benar sama sekali kata Ketua Wanitanya...
Tiada Apa Apa Untung Bersama Bersatu Hanya Membuatkan Umno Tumbang Sebelum Berjuang

Tiada Apa Apa Untung Bersama Bersatu Hanya Membuatkan Umno Tumbang Sebelum Berjuang

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 262 hits
Apa untungnya jika UMNO bekerjasama dengan Bersatu Dengan UMNO mempunyai keahlian seramai 3 4 juta manakala Bersatu hanya sekitar 200 ribu dan di sesetengah bahagian pula jari tangan lebih banyak daripada jumlah cawangan yang dimiliki Bersa...
Pas Tak Ke Mana Tanpa Umno Dan Bersatu

Pas Tak Ke Mana Tanpa Umno Dan Bersatu

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 295 hits
Naib Presiden PAS Mohd Amar Nik Abdullah berkata parti itu tidak akan mampu melangkah lebih jauh sekiranya kerjasama Dengan Umno dan Bersatu tidak terjalin Dia berkata PAS Umno dan Bersatu saling memerlukan antara satu sama lain Pada padang...
Nur Jazlan Annuar Musa Should Quit Umno If He Cares So Much About Bersatu

Nur Jazlan Annuar Musa Should Quit Umno If He Cares So Much About Bersatu

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 352 hits
Datuk Nur Jazlan Mohamed says that Tan Sri Annuar Musa should leave Umno if he insists on supporting other parties more than he defends his own party This comes days after the Johor Umno deputy chairman claimed that Annuar had lost the supp...
Kulit Berminyak Dan Berjerawat Cosmoderm Pilihan Terbaik

Kulit Berminyak Dan Berjerawat Cosmoderm Pilihan Terbaik

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 524 hits
Mempunyai kulit wajah jenis kombinasi perkara yang paling susah untuk saya sembunyikan adalah menghilangkan lebihan minyak pada bahagian T zone di wajah Tiada masalah pada awalnya namun selepas beberapa jam keluar bertemu sahabat handai waj...
Palsu Dakwa Wajah Saya Umno Tapi Jiwa Bersatu Kata Noraini

Palsu Dakwa Wajah Saya Umno Tapi Jiwa Bersatu Kata Noraini

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 312 hits
Dakwaan beberapa pemimpin Umno cenderung menyokong parti lain yang dikatakan berwajah Umno tapi berjiwa Bersatu adalah tidak benar sama sekali kata Ketua Wanitanya Dr Noraini Ahmad Dakwaan ini adalah fitnah dan sengaja disebarkan sebagai ca...
Gabungan Pas Umno Bersatu Tak Mampu Gugat Ph

Gabungan Pas Umno Bersatu Tak Mampu Gugat Ph

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 299 hits
MOHD ALI HASHIMGabungan Pas Umno dan Bersatu sepertimana yang dicadangkan oleh Pas sepertimana yang dicanang canangkan tidak akan mampu menggugat kekuatan gabungan kental dan utuh yang masih ada pada komponen PH Demikian dinyatakan oleh Pen...
Pecatlah Annuar Sebagai Setiausaha Bn Jika Umno Ada Maruah

Pecatlah Annuar Sebagai Setiausaha Bn Jika Umno Ada Maruah

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 463 hits
Dah ramai pemimpin UMNO pro penyamun panas bontot bersuara dan kecam Annuar tetapi Zahid masih membisu Pemimpin UMNO berjawatan dan pro Muhyiddin juga setakat ini mendiamkan diri Apa yang Annuar sarankan mungkin satu realiti yang sukar mere...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities