Tiada Apa Apa Untung Bersama Bersatu Hanya Membuatkan Umno Tumbang Sebelum Berjuang




 Apa untungnya jika UMNO bekerjasama dengan Bersatu?
Dengan UMNO mempunyai keahlian seramai 3.4 juta, manakala Bersatu hanya sekitar 200 ribu dan di sesetengah bahagian pula, jari tangan lebih banyak daripada jumlah cawangan yang dimiliki Bersatu, yang untung sebenarnya hanyalah parti serpihan UMNO itu.
Selain terpaksa berkongsi dan memberi laluan banyak kerusi, jentera pilihanraya juga tentulah Bersatu akan banyak menumpang dengan UMNO.
Akhirnya, bila menang dan melalui kerjasama itu, kedudukan sebagai kerajaan berjaya dikekalkan, siapa yang mendapat paling banyak kuasa?
Pemimpin parti mana yang kekal sebagai Perdana Menteri, menteri kanan dan mengetuai kementerian-kementerian yang penting?
Dalam hal ini, tidak saja bekerjasama dengan Bersatu merupakan pilihan yang merugikan UMNO, malah jika Pas pun memilih untuk bekerjasama dengan Bersatu, ia juga merugikan mereka.
Dengan Pas mempunyai keahlian seramai 1 juta, pilihan yang terbaik untuk parti itu ialah bekerjasama dengan UMNO yang bukan saja ada 3.4 juta ahli, bahkan memiliki jentera pilihanraya yang tersusun di segenap akar umbi.
Yang demikian, pilihan itu lebih memungkinkan kemenangan dapat dicapai dalam pilihanraya.
Sebaliknya, bekerjasama dengan Bersatu yang hanya ada kira-kira 200 ribu ahli dan cawangan pun tak sebanyak mana, ia adalah sesuatu yang merugikan buat Pas, sama seperti ruginya UMNO bekerjasama dengan Bersatu.
Makna kata, baik buat UMNO atau Pas, bekerjasama dengan Bersatu bukanlah pilihan yang wajar buat kedua-dua parti itu, kecuali jika sanggup terus diperkuda dan dibuli oleh Bersatu.
Yang terbaik ialah hanya UMNO dan Pas mengekalkan kerjasama dalam MN dan meninggalkan Bersatu.
Walaupun ada pemimpin UMNO yang berpendapat, kerjasama tiga parti Melayu – UMNO, Pas dan Bersatu – adalah lebih baik dan memberi jaminan ke arah kemenangan dalam PRU15 akan datang, hakikat yang sukar dinafikan ialah ia juga akan menyumbang ke arah ketidaktentuan, malah mungkin perpecahan sesama sendiri.
Ini kerana berbahagi kerusi antara UMNO dan Pas pun belum tentu boleh diselesaikan dengan baik dan aman, apatah lagi jika Bersatu dilibatkan untuk berkongsi sama.
Lebih-lebih lagi kerana Bersatu sedang menduduki kerusi Perdana Menteri dan bekerjasama dengan parti itu tentu saja akan membuatkan UMNO terpaksa mengekalkan Muhyiddin, ini juga merupakan suatu kerugian buat UMNO sebagai parti terbesar dan memiliki jumlah Ahli Parlimen paling ramai.
Apabila Muhyiddin kekal lagi, bermakna yang meriah dengan kuasa adalah Azmin Ali dan Hamzah Zainuddin, bukannya pemimpin UMNO.
Tidak mustahil, demi memastikan kuasa kekal berlegar di keliling Bersatu, pembulian terhadap UMNO berterusan sepanjang masa.
Dalam erti kata lain, keinginan sesetengah pemimpin UMNO untuk terus bekerjasama dengan Bersatu bukanlah untuk kepentingan dan masa depan UMNO, tetapi lebih untuk memberi talian hayat kepada Bersatu.
Ia malah jauh sekali untuk memastikan UMNO dapat kembali kerusi Perdana Menteri.
Dengan Bersatu terus diberi nyawa, yang mati akhirnya ialah UMNO kerana Bersatu tidak mungkin mampu bernafas selesa selagi UMNO ada berdiri dengan tegak di negara ini.
Natijahnya, bukan saja untuk menghadapi PRU15 akan datang, malah untuk keseluruhan masa depannya, UMNO boleh dikira sudah tumbang sebelum berjuang..
 (Shahbudindotcom 24/11/2020)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/11/tiada-apa-apa-untung-bersama-bersatu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Yakin Pas Tidak Akan Paksanya Terima Bersatu

Umno Yakin Pas Tidak Akan Paksanya Terima Bersatu

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 329 hits
Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin menegaskan bahawa parti itu tidak boleh dipaksa untuk menerima Bersatu sebagai rakan politik Justeru Khaled mengingatkan rakan sekutunya dalam Muafakat Nasional iaitu PAS supaya memahami dan menghorm...
Report Umno Pas And Bersatu Must Present United Front To Avoid Three Cornered Fights In Ge15 Says Tuan Ibrahim

Report Umno Pas And Bersatu Must Present United Front To Avoid Three Cornered Fights In Ge15 Says Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 290 hits
Environment and Water Minister Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man speaks during a press conference in Putrajaya September 14 2020 Picture by Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR Nov 22 Umno PAS and Bersatu must present a united front at the next general elec...
Umno Akan Bertembung Dengan Bersatu Di Selangor

Umno Akan Bertembung Dengan Bersatu Di Selangor

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 342 hits
Umno Selangor bersedia bertembung dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia pada Pilihan Raya Umum ke 15 Pengerusi Umno Selangor Tan Sri Noh Omar berkata pertembungan itu tidak dapat dielak sekiranya Bersatu meletakkan calon mereka di kerusi di...
Annuar Musa Jurucakap Bersatu Pas Curang Dakwa Umno

Annuar Musa Jurucakap Bersatu Pas Curang Dakwa Umno

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 351 hits
MALAYSIA DATELINEPenyokong Datuk Seri Najib dalam Umno menyifatkan Tan Sri Annuar Musa sudah menjadi jurucakap Bersatu demi mempertahankan kedudukannya sebagai menteri dalam kerajaan Perikatan Nasional Dia ni sudah jadi Setiausaha Agung Ber...
Nur Jazlan Annuar Musa Should Quit Umno If He Cares So Much About Bersatu

Nur Jazlan Annuar Musa Should Quit Umno If He Cares So Much About Bersatu

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 378 hits
Datuk Nur Jazlan Mohamed says that Tan Sri Annuar Musa should leave Umno if he insists on supporting other parties more than he defends his own party This comes days after the Johor Umno deputy chairman claimed that Annuar had lost the supp...
Pas Tak Ke Mana Tanpa Umno Dan Bersatu

Pas Tak Ke Mana Tanpa Umno Dan Bersatu

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 308 hits
Naib Presiden PAS Mohd Amar Nik Abdullah berkata parti itu tidak akan mampu melangkah lebih jauh sekiranya kerjasama Dengan Umno dan Bersatu tidak terjalin Dia berkata PAS Umno dan Bersatu saling memerlukan antara satu sama lain Pada padang...
Fikir Peluang Menang Sebelum Minta Lebih Banyak Kerusi Annuar Beritahu Umno

Fikir Peluang Menang Sebelum Minta Lebih Banyak Kerusi Annuar Beritahu Umno

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 303 hits
PETALING JAYA Setiausaha Agung Barisan Nasional Annuar Musa berkata Umno perlu memikirkan peluangnya untuk menang di sesebuah kerusi sebelum meminta PAS dan PPBM memberikan lebih banyak kerusi kepadanya pada Pilihan Raya Umum ke 15 Beliau b...
Palsu Dakwa Wajah Saya Umno Tapi Jiwa Bersatu Kata Noraini

Palsu Dakwa Wajah Saya Umno Tapi Jiwa Bersatu Kata Noraini

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 322 hits
Dakwaan beberapa pemimpin Umno cenderung menyokong parti lain yang dikatakan berwajah Umno tapi berjiwa Bersatu adalah tidak benar sama sekali kata Ketua Wanitanya Dr Noraini Ahmad Dakwaan ini adalah fitnah dan sengaja disebarkan sebagai ca...
Umno Akhirnya Mati Jika Kerjasama Dengan Bersatu

Umno Akhirnya Mati Jika Kerjasama Dengan Bersatu

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 322 hits
SHAHBUDIN HUSINDengan Umno mempunyai keahlian seramai 3 4 juta manakala Bersatu hanya sekitar 200 000 dan di sesetengah bahagian pula jari tangan lebih banyak daripada jumlah cawangan yang dimiliki Bersatu yang untung sebenarnya hanyalah pa...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Trump Revives Probe Over Digital Taxes


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti