Demi Bersatu Pas Mungkin Tinggalkan Umno



Walaupun Pas sudah ada perjanjian kerjasama dengan UMNO dalam Muafakat Nasional, hubungan itu mungkin tidak berakhir hingga ke jinjang pelamin PRU15
Tanda-tanda mutakhir ini memperlihatkan Pas semakin menampakkan hubungan kian erat dengan Bersatu yang Presidennya, Muhyiddin Yassin adalah Perdana Menteri
Dalam masa yang sama, hubungan Pas dengan UMNO pula mula menjadi suam-suam kuku dan tidak lagi seperti dahulu
Presiden Pas, Hadi Awang selain mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin di Parlimen baru-baru ini, bahkan turut menjemput Perdana Menteri beramah mesra dengan semua Ahli-Ahli Parlimen parti itu, juga Parlimen minggu lalu
Kata-kata sokongan dan memuji kepimpinan Muhyiddin, jangan ceritalah lagi, ahli-ahli Pas bawahan pun ramai yang sudah pandai melebarkan pelbagai cerita mengenai kelebihan Perdana Menteri itu
Tidak cukup dengan itu, di ketika UMNO mengatakan mereka akan merujuk pandangan akar umbi terlebih dahulu sebelum memutuskan mahu bekerjasama dengan Bersatu atau tidak, Pas sebaliknya mengatakan mereka tiada sebarang masalah dengan akar umbi
Kata Setiausaha Agung Pas , Takiyuddin Hassan, ahli-ahli Pas di peringkat akar umbi rata-ratanya dapat menerima Bersatu dengan baik
“Tiada masalah,” kata beliau ringkas
Sebelum itu, ketika UMNO mengumumkan tidak akan menyertai PN jika ia didaftarkan sebagai gabungan yang rasmi, Pas turut berbeza dengan mengatakan mereka akan menyertainya
Sekali lagi Takiyuddin juga berkata, Pas adalah antara parti penaja dalam gabungan baru yang ditubuhkan oleh Muhyiddin itu
Dengan perkembangan ini, oleh kerana UMNO yang lebih dulu mengikat kerjasama dengan Pas, tindak-tanduk Pas kebelakangan ini sudah barang tentu merimas, mencemas dan dan menimbulkan pelbagai tafsiran buat mereka
Tetapi, secara mudahnya Pas memang lebih memandang Bersatu berbanding UMNO kebelakangan ini dan salah satu sebab utamanya ialah kerana Presiden Bersatu merupakan Perdana Menteri
Dengan pelbagai jawatan dalam kerajaan, GLC dan duta bergaji menteri walau tanpa perlu ambil tahu apa yang berlaku di Timur Tengah, ia adalah nikmat dunia yang tak pernah terbayang akan dinikmati oleh Pas selama ini
Lantaran mahu nikmat itu terus dalam dakapan, mahu tak mahu, Pas tentu lebih berterima kasih kepada Muhyiddin berbanding Zahid Hamidi
Tujuan Pas menunjukkan lebih kecenderungan kepada Muhyiddin tidak lain ialah agar UMNO akhirnya tunduk untuk menerima Bersatu dalam MN atau UMNO setuju menyertai PN dan kemudian tiga parti itu bergabung sebagai Melayu Raya dalam politik negara
Berbeza dengan UMNO yang mahu mengambil balik jawatan Perdana Menteri daripada Bersatu, Pas hanya mahu mereka kekal menikmati pelbagai jawatan dalam kerajaan
Untuk itu, Pas bukan mahu banyak kerusi untuk ditandingi sebagaimana UMNO mengingini kouta terbanyak kerana Pas bukan mahu kerusi Perdana Menteri
Dalam soal berbahagi kerusi, Pas tidak rugi apa-apa kerana yang lebih berebut ialah antara UMNO dengan Bersatu
Malah Pas boleh senang hati dengan 18 kerusi Parlimen yang dimenanginya sekarang sebagai kouta untuk ditandingi dalam PRU15, asalkan Kelantan, Terengganu dan Kedah yang sedang dalam genggaman terus dikekalkan buat mereka
Melalui 18 kerusi Parlimen di mana semuanya ada jawatan dalam kerajaan, ditambah tiga negeri terus dalam penguasaan, syurga dunia apa lagi yang Pas harapkan
Yang Pas harapkan hanyalah agar Muhyiddin terus kekal lagi sebagai Perdana Menteri selepas PRU akan datang agar nikmat dunia yang dinikmati sekarang tidak lagi terlepas di tengah jalan
Kalau pemimpin UMNO yang menjadi Perdana Menteri selepas ini, Pas sedar bahawa belum tentu nikmat yang sama dapat mereka kecapi lantaran dalam UMNO sendiri banyak pemimpinnya yang perlu diberikan jawatan
Ini berbeza dengan Bersatu, oleh kerana Bersatu tidak ramai pemimpin berkaliber sama ada di Pusat, negeri atau bahagian, maka pengagihan jawatan dan kedudukan secara automatik lebih melimpah untuk Pas
Sebelum ini pun, ketika Tun Mahathir Mohamad jadi Perdana Menteri, walau tanpa ada kerjasama dengan PH atau Bersatu, siang malam disokongnya Ahli Parlimen Langkawi itu dengan nyanyian agar kekal berkuasa sehingga habis penggal
Alih-alih dapat juga duit royalti RM400 juta untuk Terengganu
Di era Najib Razak dulu pun begitu juga kecenderungan Pas
Maknanya, sama ada bekerjasama atau tidak, lebih-lebih jika bersama, memihak dan menyokong sesiapa yang ada jawatan Perdana Menteri adalah kebiasaan baru bagi Pas
Dalam konteks UMNO dan Bersatu, walaupun tujuan Pas ialah agar UMNO sedia tunduk menerima Bersatu sebagai rakan kongsi dalam PRU akan datang dengan harapan PN terus berkuasa, Muhyiddin kekal lagi sebagai Perdana Menteri dan apa yang dinikmati sekarang tidak berkurangan, tetapi jika diberi pilihan, Pas pasti akan memilih Bersatu berbanding UMNO
Bukan saja kerana dalam Bersatu ada jawatan Perdana Menteri, malah Pas tiada masalah berpisah dengan UMNO kerana kahwin cerai dan kahwin cerai adalah lumrah bagi parti itu selama ini
Jika dengan banyak parti sebelum ini pun Pas sudah biasa berkahwin dan kemudian bercerai dengan mereka, apa masalahnya untuk Pas berpisah dengan UMNO
Lagi pun, berpisah dengan UMNO yang masa depannya belum menentu berbanding memilih Bersatu yang ketuanya sudah pun duduk di kerusi Perdana Menteri, Pas belumlah lagi buta dunia untuk membuat pilihan. (Shahbudindotcom 20/08/2020)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/08/demi-bersatupas-mungkin-tinggalkan-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bersatu Ganggu Hubungan Pas Umno

Bersatu Ganggu Hubungan Pas Umno

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 721 hits
MSO Hubungan Pas dengan Bersatu kian rapat apabila kedua parti bersetuju untuk menjadi penaja kepada penubuhan Perikatan Nasional Perkembangan ini menyebabkan hubungan Pas dengan Umno menerusi Muafakat Nasional jadi tanda tanya Apa dimaklum...
Selepas Dicemoh Di Slim Umno Pas Pula Tidak Akan Bagi Kerusi Kepada Bersatu

Selepas Dicemoh Di Slim Umno Pas Pula Tidak Akan Bagi Kerusi Kepada Bersatu

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 369 hits
BORHAN AHMAD Selepas ahlinya dicemoh dalam siri kempen pilihan raya kecil Slim tekanan kepada Bersatu khasnya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin semakin kuat dari Umno termasuk tidak akan memberikan kerusi yang dituntut Bersatu Umno sudah be...
Snap Polls Hadi Believes Two Thirds Majority Within Reach For Pas Umno Bersatu Combo

Snap Polls Hadi Believes Two Thirds Majority Within Reach For Pas Umno Bersatu Combo

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 304 hits
PAS together with allies Umno and Bersatu could form a new government with two thirds majority should snap polls be called said PAS president Abdul Hadi Awang If you mix the support for PAS Umno and Bersatu there are many seats that we can ...
Mungkin Pas Umno Bertanding 3 Penjuru Di Terengganu Azan

Mungkin Pas Umno Bertanding 3 Penjuru Di Terengganu Azan

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 232 hits
Kemelut politik yang berlaku di Terengganu antara Pas dan Umno tidak mungkin boleh diselesaikan dengan mudah Bagi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu Azan Ismail persaingan politik dalam Muafakat Nasional di negeri itu tida...
Bersatu Hanya Mahu Tumpang Jentera Umno Pas Dakwa Ahli Umno

Bersatu Hanya Mahu Tumpang Jentera Umno Pas Dakwa Ahli Umno

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 369 hits
PRU14 Bersatu tumpang jentera PKR DAP dan Amanah Kali ini mereka bersungguh dengan Muafakat Nasional pula sebab nak tumpang jentera UMNO BN dan PAS sebab itulah beriya iya mereka mahu Muafakat Nasional Plus Sama juga di Sabah bersungguh mer...
Paduan Pas Umno Bersatu Jamin Menangi Perak

Paduan Pas Umno Bersatu Jamin Menangi Perak

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 253 hits
PAS Umno dan BERSATU di negeri ini mesti melicinkan kerjasama dan memperteguhkannya untuk menjamin kemenangan pada PRU15 nanti demikian kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Muhammad Ismi Taib Menurutnya perkara tersebut akan teruji pad...
Takiyuddin Pas Umno Presidents Have Officially Invited Bersatu To Join Muafakat Nasional

Takiyuddin Pas Umno Presidents Have Officially Invited Bersatu To Join Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 320 hits
The presidents of PAS and Umno had sent signed letters inviting Parti Pribumi Bersatu Malaysia to officially join the Muafakat Nasional pact PAS secretary general Datuk Takiyuddin Hassan said Speaking to the media here the de facto law mini...
Keputusan Umno Pas Jemput Bersatu Selari Hasil Mesyuarat Mn Shahril Hamdan

Keputusan Umno Pas Jemput Bersatu Selari Hasil Mesyuarat Mn Shahril Hamdan

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 344 hits
Surat tanda tangan Presiden UMNO dan Presiden Pas yang menjemput Parti Pribumi Bersatu Malaysia ke dalam Muafakat Nasional konsisten dengan keputusan mesyuarat gabungan itu dan pemakluman kepada Majlis Tertinggi parti sendiri kata Shahril S...
Anjing Anjing Neraka Versi Rfans Donald

Filem Ngesot

Infinix Memperkenalkan Gt 20 Pro Telefon Pintar Dual Chip Gaming Beast Ke Malaysia

Makan Makan Santai Dengan Kawan Office

Sultan Pahang Mohon Mendoakan Tengku Hassanal Segera Mendirikan Rumah Tangga

Mahalini Dah Peluk Islam

Fiersa Besari April Chord

Ibu Meraung Luluh Hati Lihat Kaki Anak Putus Akibat Kemalangan Motorsikal Depan Sekolah



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3


Lelaki Diganggu Oleh Pemandu Selepas Mengekori Kenderaannya

Indonesia Kaji Semula Tadbir Urus Pekerja Asing

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Yusoff Rawther Paksa Polis Dedah Keputusan Ujian Poligraf

Tiada Hasrat Tahan Dr Mahathir Kata Ketua Pesuruhjaya Sprm

Kenyataan Cukai Jalan Oleh Bjak

Don T Let Renovations Ruin Your Home And Your Budget Or Some Tips For Choosing A Contractor