Keputusan Umno Pas Jemput Bersatu Selari Hasil Mesyuarat Mn Shahril Hamdan


 


Surat tanda tangan Presiden UMNO dan Presiden Pas yang menjemput Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ke dalam Muafakat Nasional (MN) konsisten dengan keputusan mesyuarat gabungan itu dan pemakluman kepada Majlis Tertinggi (MT) parti sendiri, kata Shahril Sufian Hamdan

Ketua Penerangan UMNO itu menegaskan keyakinannya, dalam hari-hari mendatang perkara berkenaan akan dikupas dengan lebih panjang oleh pelbagai pihak

"Mutakhir ini, spekulasi rancak berkenaan MN, PN. Dalam situasi tersebut, tular satu surat yang ditandatangani kedua-dua Presiden UMNO dan Pas menjemput Bersatu ke dalam Muafakat Nasional. Surat itu baru sahaja disahkan oleh Presiden UMNO dalam tweetnya. Dalam kerancakan spekulasi dan lontaran pandangan, izinkan saya berkongsi kronologi fakta yang berlaku - dengan izin kepimpinan parti yang juga telah berkongsi fakta serupa dan mengulas sebelum ini




"Dalam perjumpaan bersama Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) pada 29/7/2020, Perdana Menteri mengumumkan hasrat Bersatu menyertai Muafakat Nasional. Hasrat sama barangkali juga disuarakan kepada pihak Pas, tetapi bukan tempat UMNO untuk mengesahkan bab itu. Pada 6 Ogos lepas, Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Muafakat Nasional dipengerusikan kedua-dua Timbalan Presiden UMNO dan Pas telah mengambil keputusan untuk menerima Bersatu masuk ke dalam MN. Pada masa yang sama, soal perbincangan agihan kerusi dan hal-hal lain akan diteruskan

"Pada Mesyuarat MT dan Biro Politik UMNO bertarikh 7 Ogos, perkara ini dilaporkan kepada kedua-dua mesyuarat dan semua yang hadir jelas mengenai keputusan mesyuarat MN sehari sebelumnya," katanya dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya di sini, pada Jumaat

Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan partinya dan Pas menjemput Bersatu untuk menyertai MN

Pengesahan itu dibuat selepas sepucuk surat tular di media sosial pada Khamis berhubung jemputan terhadap Bersatu menyertai MN

Dalam pada itu kata Shahril, kronologi itu adalah hakikat selain mengakui keresahan akar umbi setelah hal tersebut dilaporkan di media juga adalah hakikat

"Saya turut mempunyai pandangan tersendiri tetapi selaku Ketua Penerangan dan dalam soal besar seperti ini, biarlah pandangan itu dilontarkan dalam mesyuarat terlebih dahulu selagi isu masih boleh dibincang - berlandaskan analisa lanskap politik yang juga kian berubah semenjak mesyuarat terakhir. Jika ada keperluan kelak, saya akan mengulas situasi ini dengan lebih panjang

"Tetapi untuk ketika ini, apapun kaedah penyampaian pandangan kita, dan apapun kaedah untuk mengharmonikan antara dua hakikat yang saya sebut di atas, biarlah fakta kekal fakta. Adalah tidak tepat andai ada gambaran bahawa Presiden bertindak di luar pengetahuan majlis kepimpinan yang lain

"Melihat "mood" akar umbi, kenyataan ini mungkin kurang popular, tetapi berpegang kepada prinsip "berkata benar walaupun pahit". Ini terpakai kepada pemimpin juga akar umbi

"Kita tidak wajar mengubah fakta atau sejarah semata-mata melihat 'ground' berubah lantas mahu meraih populariti dalaman parti. Wallahua'lam," ujarnya

Sebelum ini, Muhyiddin mengumumkan Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu telah bersetuju menyertai MN dalam masa terdekat

Bagaimanapun, beberapa pemimpin UMNO kurang senang dengan pengumuman yang dibuat oleh Muhyiddin itu dan menjelaskan akar umbi parti itu tidak bersetuju menerima Bersatu dalam MN

AWANI

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/08/keputusan-umno-pas-jemput-bersatu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Paduan Pas Umno Bersatu Jamin Menangi Perak

Paduan Pas Umno Bersatu Jamin Menangi Perak

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 309 hits
PAS Umno dan BERSATU di negeri ini mesti melicinkan kerjasama dan memperteguhkannya untuk menjamin kemenangan pada PRU15 nanti demikian kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Muhammad Ismi Taib Menurutnya perkara tersebut akan teruji pad...
Dulu Jemput Masuk Mn Sekarang Kata Lain Umno Kenakan Bersatu

Dulu Jemput Masuk Mn Sekarang Kata Lain Umno Kenakan Bersatu

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 304 hits
Umno berpusing pusing dalam menjemput Bersatu ke dalam Muafakat Nasional Sebelum ini Presiden Umno Zahid Hamidi mahu Bersatu menyertai MN tetapi sekarang Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan pula berkata akar umbi parti itu tidak selesa dan...
Takiyuddin Pas Umno Presidents Have Officially Invited Bersatu To Join Muafakat Nasional

Takiyuddin Pas Umno Presidents Have Officially Invited Bersatu To Join Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 375 hits
The presidents of PAS and Umno had sent signed letters inviting Parti Pribumi Bersatu Malaysia to officially join the Muafakat Nasional pact PAS secretary general Datuk Takiyuddin Hassan said Speaking to the media here the de facto law mini...
Gabungan Pas Umno Bersatu Wujudkan Gagasan Melayu Raya Pas

Gabungan Pas Umno Bersatu Wujudkan Gagasan Melayu Raya Pas

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 342 hits
Astro Awani Ogos 16 2020 18 56PAS yakin gandingan UMNO Pas dan Bersatu akan mewujudkan suatu gagasan besar Melayu Raya KUALA LUMPUR PAS menyatakan sokongan penuh dengan keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia untuk menyertai Muafakat Nasio...
Demi Bersatu Pas Mungkin Tinggalkan Umno

Demi Bersatu Pas Mungkin Tinggalkan Umno

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 294 hits
Walaupun Pas sudah ada perjanjian kerjasama dengan UMNO dalam Muafakat Nasional hubungan itu mungkin tidak berakhir hingga ke jinjang pelamin PRU15 Tanda tanda mutakhir ini memperlihatkan Pas semakin menampakkan hubungan kian erat dengan Be...
Selepas Dicemoh Di Slim Umno Pas Pula Tidak Akan Bagi Kerusi Kepada Bersatu

Selepas Dicemoh Di Slim Umno Pas Pula Tidak Akan Bagi Kerusi Kepada Bersatu

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 424 hits
BORHAN AHMAD Selepas ahlinya dicemoh dalam siri kempen pilihan raya kecil Slim tekanan kepada Bersatu khasnya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin semakin kuat dari Umno termasuk tidak akan memberikan kerusi yang dituntut Bersatu Umno sudah be...
Snap Polls Hadi Believes Two Thirds Majority Within Reach For Pas Umno Bersatu Combo

Snap Polls Hadi Believes Two Thirds Majority Within Reach For Pas Umno Bersatu Combo

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 371 hits
PAS together with allies Umno and Bersatu could form a new government with two thirds majority should snap polls be called said PAS president Abdul Hadi Awang If you mix the support for PAS Umno and Bersatu there are many seats that we can ...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi