Delyva Memudahkan Urusan Pengeposan Bagi Peniaga Online
DELYVA - MEMUDAHKAN URUSAN PENGEPOSAN
BAGI PENIAGA ONLINE
Haiii.. Hari ni TB nak share tentang satu Website yang amat sesuai untuk Seller Online gunakan dalam urusan penghantaran barang.
Haa.. nama website tu ialah www.delyva.com . Delyva ni dapat menjadikan kehidupan lebih mudah untuk Seller Online dimana ia dapat menjimatkan masa Seller Online dalam urusan pengeposan .
Delyva adalah penyelesaian penghantaran sehenti Malaysia yang membantu Seller Online / Penjual Dalam Talian menjimatkan masa dengan tidak perlu keluar dan beratur di pejabat pos.
Hanya tempah online, cetak label shipping / nota penghantaran dan tunggu untuk pickup. Mudahnya seller online sekarang nak berurusan kan..
Tiada komitmen minimum atau kontrak yang diperlukan.
Dengan Delyva, seller online juga boleh mendapatkan kadar penghantaran yang lebih murah untuk Poslaju, MatDespatch, penghantaran antarabangsa dan banyak lagi, tanpa sebarang komitmen atau kontrak minimum.
Sesuai dengan Misi Delyva iaitu untuk membantu perniagaan kecil berkembang.
Bagi TB Delyva ni juga sangat sesuai untuk suri rumah yang menjual online kerana ia menjimatkan banyak masa sehingga mereka dapat melakukan perkara lain. Tak perlu keluar rumah untuk pergi mengepos.
Jimat wang pada setiap penghantaranApa yang menarik, sama ada korang menghantar 1, 10, atau 100 parcel sehari, korang tetap boleh menikmati kadar penghantaran yang lebih murah yang biasanya digunakan untuk syarikat yang lebih besar.
Semua keperluan penghantaran pada satu platformHantar parcel, dokumen, makanan, bunga, kek, barangan rapuh atau pakej besar menggunakan satu platform
Ada Banyak Pilihan Cara Penghantaran, korang boleh pilih pilihan penghantaran yang paling mudah untuk korang dan pelanggan
Ok.. Buat yang mula tertarik dengan Delyva ni.. korang boleh la baca bagaimana cara untuk untuk menggunakan servis penghantaran dari Delyva ni yea. Jom baca info dibawah ni.
CARA-CARA
TEMPAHPesanan import melalui integrasi e-dagang atau fail excel. Atau mengisi butiran penghantaran menggunakan borang tempahan Delyvia
CETAKCetak label penghantaran yang mengandungi nombor tracking, kod bar dan butiran penghantaran. Lampirkan label pada item yang ingin di post
SHIPTunggu team Delyva datang untuk pick up dan menghantar barang kita atau hanya drop item pada pusat serahan terdekat.
Ramai dah beri feedback positif tentang Delyva ni.. dibawah ni ialah antara feedback positif dari pelanggan Delyva :
Selain membantu menjimatkan masa dan tenaga, mereka tak perlu lagi beratur panjang semasa mengepos,
Mereka juga berpuashati dengan Kadar Caj Delyva yang berpatutan tak kira berapa banyak parcel pun tanpa apa-apa kos tambahan dan topup minimum
Delyva telah banyak memudahkan tugas seller online dan dalam masa yang sama membantu menjimatkan masa mereka, dan masa yang ada itu mereka dapatlah memberi tumpuan kepada aspek-aspek penting lain dalam perniagaan mereka .
Jom layari :www.delyva.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.tengkubutang.com/2019/02/delyva-memudahkan-urusan-pengeposan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+SharingMyCeritera+%28Sharing+My+Ceritera%29