Delyva Sedia Membantu Online Seller Untuk Penghantaran Barang Yang Lebih Cepat Murah Dan Menjimatkan Masa
Delyva Sedia Membantu Online Seller Untuk Penghantaran Barang Yang Lebih Cepat, Murah Dan Menjimatkan Masa || Salam semua, Siapa kat sini online seller, mana tahu kan yang tengah baca entri ini ada yang online seller kan. Baru - baru ini, ada ternampak status sahabat facebook, dia cakap mahal sangat bayaran postage sekarang. Jadi, dia sangat risau lah, takut customer pun tak nak kalau bayaran postage mahal. Kita lah yang rugi dah customer tak jadi nak beli barang gara- gara bayaran postage mahal.
Kalau kita jadi customer pun kita nak bayaran postage yang murah kan takkan nak ambil yang mahal. Betul tak ?
Macam tu lah dilema yang selalu online seller asyik fikir. Kita pun faham sebab diri sendiri pun online seller juga hii. Masalah online seller sekarang, kalau boleh nak puaskan hati customer untuk dapatkan bayaran postage yang lebih murah dan jimat. Mana nak cari tu ?
Khidmat Penghantaran Barang Bagi Servis Kurier yang Terpilih Hanya Di Delyva
Tengah buntu nak cari postage yang murah dan jimat sikit, terjumpa satu website ni, sebab sebelum ini pun ada orang yang tengah sembang pasal Delyva ni. Untuk pengetahuan semua, Delyva adalah satu platform di mana korang boleh dapatkan servis kurier seperti Pos Laju, Karhoo, Aramex, MatDespatch MY untuk proses penghantaran barang.
Bukan setakat dalam negeri seluruh Malaysia malah untuk penghantaran antarabangsa pun boleh ke lebih 200 negara.
Ke semuanya di bawah satu platform, korang boleh pilih nak servis mana dan hanya beberapa klik sahaja dah siap untuk proses penghantaran barang. Senang kan. Tak ada pening kepala nak beratur dan pergi ke pejabat pos. Hanya buat di rumah sahaja.
Untuk penghantaran barang pula, tidak terhad kepada bungkusan ataupun dokumen sahaja. Antara barang yang diterima untuk penghantaran adalah :
1. Dokumen
2. Bungkusan
3. Makanan
4. Bunga
5. Kek
6. Barangan yang perlu disejukkan
7. Bungkusan yang melebihi 10 kg.
8. Barangan yang mudah pecah
Langkah - Langkah Mudah Untuk Menggunakan Servis Delyva
1. Pertama sekali untuk menggunakan servis ini, hanya perlu "sign up" untuk buka akaun Delyva. Sahkan emel dan isi maklumat seperti nama penuh, maklumat bank untuk memudahkan proses seterusnya.
2. Kemudian, korang akan dapat akses admin system shipping. Kat sini, boleh terus booking Pos Laju online.
Klik "Book" untuk isi segala maklumat pengirim dan penerima dan juga maklumat barang seperti gambar di bawah dan ikut segala arahan sehinggalah kepada proses pembayaran yang terakhir.
3. Untuk proses pembayaran pula, korang hanya perlu top up, kat sini, banyak special rate yang ditawarkan di bawah top up plan, pandai lah buat pilihan yang bijak ya. Fokus utama kita nak cari special rate pos laju yang murah nak banding kita beli dekat kaunter.
Pilihan bijak kat sini akan pilih, top up plan bernilai RM 100, tapi terpulang atas korang ya. Lagi banyak amaun top up plan yang dipilih, lagi murah special rate yang dapat.
Bukan setakat murah, dapat free flyers lagi dan kredit percuma. Siapa tak nak kan.
Pembayaran untuk top up boleh dibuat secara online banking
4. Akhir sekali boleh print consignment note dan tampal di bungkusan barang yang hendak dihantar. Tak perlu tulis - tulis dah hanya print sahaja.
5. Selepas pihak kurier datang ambil barang, untuk mengetahui status setiap barang yang dihantar kepada customer, boleh track dan trace di sini. Mudah nampak sikit, barang dah sampai kat mana.
Kelebihan Menggunakan Delyva Untuk Online Seller
Banyak sebenarnya kebaikan menggunakan servis Delyva. Buat online seller di luar sana khususnya yang sentiasa sibuk dengan nak ambil order customer, proses nak bungkus barang lagi. Pening nak fikir ke pejabat pos nak beratur, lebih - lebih lagi masa beratur yang panjang. Kini, tak perlu risau lagi dengan masalah tersebut.
Dengan Delyva, di antara kelebihan yang dapat membawa manfaat kepada online seller adalah:
1. Menjimatkan masa, duit dan tenaga
Masa dapat dijimatkan sebab tak payah keluar dari rumah, Pos laju siap pick up datang ambil sendiri barang untuk proses penghantaran barang seterusnya tanpa sebarang caj tambahan. Print consignment note dah siap - siap di rumah dan tampal pada bungkusan barang yang nak dihantar. Tunggu panggilan telefon daripada pihak kurier untuk pick up dari rumah.
Tak payah susah nak memandu keluar hanya semata- mata nak pergi ke pejabat pos nak isi details pada setiap borang kan. . Kat situ pun dah banyak buang masa. Lagipun, jimat duit dan tenaga.
2. Kredit Percuma Dan "flyers" Dengan Top Up Plan Yang Terpilih
Sekiranya nak dapatkan harga yang lebih murah dan menjimatkan bagi setiap servis kurier, korang boleh top up plan mengikut kadar harga yang telah ditetapkan oleh Delyva. Lagi banyak korang top up, lagi murah special rate yang diberi.
Bukan itu sahaja, siap boleh dapat kredit percuma dan free flyer untuk top up plan yang terpilih. Jadi buatlah pilihan yang bijak ya.
3. Tidak Terikat Dengan Kontrak
Benda yang paling merunsingkan online seller, takut terikat dengan kontrak. Untuk makluman, Delyva tidak menetapkan sebarang kontrak. Tidak kiralah kalau barang yang dihantar itu hanya 1 barang ke atau 10 ke 100 barang untuk sehari
4. Servis Cash On delivery (COD)
Jangan risau sekiranya ada customer yang nak COD, Delyva dapat menghantar barang dan mengambil duit bagi pihak anda.
Dengan adanya servis seperti Delyva ini, ia bukan sahaja dapat membantu mengurangkan masalah yang biasa dihadapi oleh online seller, malah dapat lebih memberi tumpuan kepada bisnes yang dijalankan.
Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk ke semua link di bawah
Website : http://delyva.com/my/
Facebook : https://www.facebook.com/DelyvaMY/
Instagram : https://www.instagram.com/delyva_my/
Twitter : https://twitter.com/Delyva_MY
Email :
[email protected]
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.wanisukarno.com/2019/01/delyva-sedia-membantu-online-seller-untuk-penghantaran-barang-yang-lebih-cepat-murah-dan-menjimatkan-masa.html