Dekorasi Lebaran Di 8 Pusat Beli Belah Di Negeri Selangor Meriah
“Pusing Selangor Dulu” sempena Sambutan Lebaran 2021
Pusat beli-belah di Negeri Selangor tidak melepaskan peluang untuk memeriahkan suasana Hari Raya yang bakal menjelang. Pelbagai tema yang diketengahkan oleh pusat beli-belah ini tentunya akan menggamit suasana lebaran dan menarik kehadiran para pengunjung. Sekiranya anda memilih untuk “Pusing Selangor Dulu”; di sini disenaraikan 8 pusat beli-belah dengan hiasan lebaran yang indah untuk orang ramai kunjungi.
1) Paradigm Mall
Paradigm Mall membawakan elemen sawah padi yang cantik dan menjadi tema untuk lebaran tahun ini! Kunjungi dan rasai suasana kampung yang unik dan beli-belah barang keperluan Raya anda di sini. Kongsikan perasaan kasih sayang anda dengan menyumbangkan pakaian terpakai yang masih elok dengan meletakkan ke dalam tong sumbangan yang terletak di Upper Atrium, Tingkat UG. Kain-kain ini akan digubah oleh Komuniti Tukang Jahit dan akan dihadiahkan kepada kanak-kanak oleh pihak MAKNA. Derma wang juga dialu-alukan untuk menjayakan program ini. Singgah ke kaunter Concierge, Tingkat Guntuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara sumbangan. Selain itu, kunjungi Vendor Raya mereka di tingkat UG untuk mendapatkan pelbagai jenis produk dari kek, biskut raya, kurma, hamper, baju raya dan banyak lagi!
2) Sunway Pyramid
Jom singgah ke kawasan R&R Sunway Pyramid sempena musim perayaan ini! Nikmati suasana ceria dengan pelbagai aktiviti, hadiah ekslusif dan promosi yang menarik di Sunway Pyramid menjelang Hari Raya! Datang berbelanja di Sunway Pyramid dan singgah ke stesen R&R Lion di Orange Concourse, tingkat LG2bermula dari 16 April hingga 30 Mei. Nikmati tawaran perayaan, beli barang keperluan Raya, berbuka puasa dengan pilihan lebih daripada 120 gerai halal, tebus hadiah dan rebut peluang untuk memenangi sebuah Proton X70!
3) 1 Utama Shopping Centre
Kunjungi Rumah Tradisional setinggi 35 kaki di 1 Utama Shopping Centre, dengan Tangga Melaka yang gah. Bagi mereka yang tidak dapat pulang ke kampung halaman, 1 Utama Shopping Centre telah mempersiapkan pengalaman pulang ke kampung dengan senibina 12 rekabentuk tangga yang berwarna-warni, serta hiasan yang menarik di seluruh 1 Utama Shopping Centre!
4) IOI City Mall
Aidilfitri menjelang tiba! Tahun ini, IOI City Mall menawarkan suasana kembali ke kampung untuk mengubati kerinduan anda pada orang yang tersayang di kampung halaman. Walaupun jauh di mata, namun dekat di hati. Jangan lepaskan peluang untuk merasai kegembiraan Aidilfitri Sepanjang Zaman bersama IOI City Mall!
5) Setia City Mall
Kejutan menarik menanti anda di Setia City Mall! Bermula 16 April hingga 30 Mei, kunjungi Centre Court dan Kampung Batik gaya kampung tradisional yang dipenuhi dengan warna-warna menarik dari daun pisang hingga burung yang ramah berkicauan. Jangan ketinggalan untuk beli-belah persiapan perayaan anda di Setia City Mall; apa yang lebih menarik, di sini juga terdapat hiasan dinding batik yang memukau!
6) Main Place Mall, USJ
Bersempena Hari Raya tahun ini, Main Place Mall menjemput anda semua dan orang tersayang untuk mengunjungi Taman Manny di sini! Terdapat bunga-bungaan yang mempersona, dan jika anda bersabar, anda mungkin akan menemui beberapa rakan Manny bersembunyi di dalam hamparan bunga. Mari sama-sama raikan Hari Raya di Main Place Mall!
7) Da Men Mall, USJ
Salam Muhibbah Mesra Raya dari Da Men Mall. Mari bersama-sama menikmati dekorasi yang luar biasa, merasai seleksi makanan yang lazat, serta melibatkan diri dalam aktiviti menarik di Da Men Mall bagi menghargai di keunikan kebudayaan di Malaysia Syawal ini.
8) IOI Mall Puchong
IOI Mall Puchong menjadikan bulan perayaan lebih bernostalgia tahun ini dengan hiasan rumah kampung yang diterangi dengan lampu dan ayam berwarna-warni di sekitar pekaranganNorth Court, IOI Mall Puchong. Mari kita mengenang kembali kegembiraan yang kita rasai semasa perjalanan pulang ke kampung. Walaupun tahun ini kita mungkin tidak dapat beraya seperti suasana sebelum ini, namun jangan ketinggalan untuk merakam saat-saat yang tidak dapat dilupakan di IOI Mall Puchong!
Dekorasi Hari Raya mampu meningkatkan suasana hari raya dengan konsep warna-warni dan pelbagai tema yang dibawakan oleh Pusat Beli-belah di Negeri Selangor. Kunjungi senarai di atas bersama rakan-rakan dan ahli keluarga anda dan jangan lupa untuk mengambil gambar! Disamping itu, adalah diingatkan kepada setiap pengunjung untuk patuhi garis panduan atau SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara. Pelanggan harus mendaftar melalui aplikasi mudah alih “SElangkah: Langkah Masuk Dengan Selamat”, memastikan penjarakan sosial, menggunakan cecair pembasmi kuman secara berkala dan memakai pelitup muka pada setiap masa demi memastikan kesejahteraan para pengunjung terjamin.
Untuk informasi lanjut,layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.
Baca juga : Tourism Selangor Meterai Memorandum Persefahaman
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://norminieza.blogspot.com/2021/05/dekorasi-lebaran-di-8-pusat-beli-belah.html