Selesai Beli Persiapan Baju Raya Di Pusat Pakaian Hari Hari


 hai assalammualaikum Selesai Beli Persiapan Baju Raya Di Pusat Pakaian Hari-Hari -" Selamat Aidilfitri, kepada saudara serta saudari, setahun hanya sekali, merayakan hari yang mulia ini " Eheh, ternyanyi pulak..hehehe. Nak bagitau, nad dah selesai beli persiapan baju raya kami sekeluarga..hehee..Pantas kan!! Ke korang lagi pantas ye..hehehe. Jadinya tinggal beli kuih raya je.
  Korang dah buat persiapan raya ke belum? Biar dalam keadaan pandemik, persiapan raya tu mesti kena ada, bagi merasai suasana raya tu setelah sebulan berpuasa. Ala, buat persiapan ala kadar je pun takpe, yang paling penting sekali mestila kena ada baju raya..kihkih. Dapat satu baju pun takpa untuk raya pertama, masuk raya kedua, ketiga kita recycle baju lama pun boleh. Setiap tahun, mesti nak tema baju raya berlainan kan..hehee. Tak perlu beli yang mahal, kita beli yang murah je tapi berkualiti. Sekarang hidup kena berjimat cermat.
 Selalunya, beli baju raya ni pun sebab nak bagi anak-anak gembira, bagi diaorang rasa raya tu. Bila anak-anak gembira, mak ayah pun lagi gembira. Setiap tahun nad akan buat persiapan baju raya awal. Tak suka last minit beli, taknak kelam kabut.  Beli Persiapan Baju Raya Di Pusat Pakaian Hari-HariKorang selalu tempah baju raya ke atau beli siap?  Macam Nad selalu beli yang dah siap je senang, tinggal pilih dan beli. Beli siap ni ada banyak pilihan design baju. Tahun ni kitaorang shopping baju raya di Pusat Pakaian Hari-Hari. Nad pergi Pusat Pakaian Hari-Hari dekat Sri Permaisuri KL. Lokasi paling dekat dengan rumah nad.
 Kedai Pakaian Hari-Hari ni memang selalu dah jadi tempat untuk nad cari pakaian, macam tshirt, gaun seluar untuk anak-anak, . Masa Fariza nak sekolah pun, nad beli kelengkapan sekolah dia dekat Pakaian Hari-Hari ni. Senang cari dekat satu bumbung, tak perlu cari banyak tempat. Lagipun dekat sini murah, banyak pilihan dan berkualiti.




Hah, tengokla, macam-macam pilihan design dan warna pakaian baju raya ada. Pilih je mana yang berkenan di hati. Baju untuk satu keluarga, dari baju raya untuk ayah, mak dan anak-anak. Baju disusun rapi dan kemas je. Senang kitaorang nak pilih. Masa nad datang sini, takda la ramai orang, jadi senang cari baju yang diidamkan. Sebab tu suka pergi hari biasa bukan hari minggu..hehee. Senang nak pilih baju, takda bersesak.  

Masuk je, terus ke baju raya kanak-kanak dulu. Biasalah, pertama sekali kena uruskan anak-anak dulu. Diaorang ni mana boleh duduk diam lama-lama. Masa ke bahagian kanak-kanak, terus nampak warna tema raya yang diidamkan. Design pun cantik untuk budak-budak ni.   Tapi biasalah, budak-budak ni makin besar, dah ada pilihan sendiri. Tapi, maaf ya, kena ikut cakap mommy juga untuk tema warna raya..hahaha. Tema raya kali ni memang dah tau awal dah..hahaha. So tak boleh warna lain walaupun lawa..hehee



Bila dah pilih, nak cubala dekat baju tu dekat anak-anak. Staff Pusat Pakaian Hari-Hari tolong nad uruskan pakai dekat anak-anak. Best shopping sini sebab staff semua peramah dan lembut. Diaorang akan tolong kita, bila kita perlukan bantuan

Perasan kan setiap kali pelanggan masuk, diaorang akan cakap " Selamat Datang " dan bila keluar diaorang akan cakap " Terima Kasih, datang lagi ". Hah!, rasalah disambut dengan mesra macam tu
  Halah halah, manisnya anak-anak mommy pakai baju raya ni. Tersenyum diaorang dapat baju raya. Tak sabar nak pakai masa raya nanti. Kita buat hitam putih dulu, nanti kita tunjuk raya pertama..hahaa.



Selesai anak-anak punya, giliran maknya la pulak. Design banyak cantik, satu-satu nad ambik..haha. Setiap design baju cakap dengan suami " ni ok tak ", " ni ok tak "..hahaa. Nasibla dia layankan sahaja. Mula ingat nak sama design macam anak-anak, tapi besar pulak saiz, last sekali kita pilih design berbeza sikit, penting warna sama. Ok selesai.



 Eh!!!, belum lagi, ada lagi sorang, siapa lagi kalau bukan suami..hahaha. Semestinya nak sedondon di pagi raya. Dekat sini ada baju kurta, baju melayu. Habis dibeleknya, lepas tu nampak cantik dan sesuai, tak cakap banyak terus ambil.  Alhamdulillah, kena dengan saiz dia. Bagusnya, baju melayu dekat sini siap dengan butang ye. Hah!!, selamat, takyah beli butang lain..kihkih
  Fuh!!, lega, semua siap dengan cepat. 
Senang, satu bumbung semua baju untuk keluarga ada. Warna dan design jangan cakap, banyak sangat pilihan


Dekat sini pun siap ada samping dan songkok. Senang, tak perlu pergi banyak tempat

Untuk 4 orang baju, jumlah semua RM314.60 sahaja. Okla kan, kira murah dan jimat dah tu. Tengok kain pun berkualiti. Kalau beli tempat lain mungkin ada harga satu baju boleh cecah RM100 lebih. Ikut kehendak diri sendiri je, mana korang rasa ok, bagi nad baju dekat Pusat Pakaian Hari-Hari ni cantik, kain sama elok macam tempat lain
  Masa nad beli, nad ada nampak, setiap pembelian RM100 ke atas akan dapat percuma kad raya atau paket raya, manakala untuk pembelian RM200 ke atas akan dapat percuma beg purple. Freegift ni bermula 23 April. 

Nad dapat woven bag purple dan sampul raya. Kiut sungguh sampul raya tu.
 
Kalau korang nak tau, Pusat Pakaian Hari-Hari ni dah ada 85 cawangan dan akan ada 5 lagi bakal dibuka di Klang, Kajang, Tampin , Bukit Mertajam, dan Kedah dalam tahun ni. Banyak kan, korang boleh tengok lokasi ni di https://www.ehari.com.my/Branch 
Selain beli di kedai, korang juga boleh shopping online. Boleh terus klik  >> www.ehari.com << atau di Shopee Hari-Hari dan nikmati diskaun 15%. Jom Shopping Baju Raya di Pusat Pakaian Hari- Hari !1. Koleksi Raya hari hari 2021

Untuk maklumat lanjut, boleh layariWebsite: www.ehari.comInstagram: https://www.instagram.com/harihariofficial/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.miszrockers.com/2021/04/beli-baju-raya-di-pusat-pakaian-hari-hari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baju Raya Sedondon Dengan Design Dan Warna Yang Menarik Di Pusat Pakaian Hari Hari

Baju Raya Sedondon Dengan Design Dan Warna Yang Menarik Di Pusat Pakaian Hari Hari

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 402 hits
Assalamualaikum Raya dah makin dekat nie Baju raya dah cari ke belum tu Tak kisahlah beraya kat mana sekali pun bagi Fiza baju raya nie wajib ada Bukan apa baru terasa kemeriahan raya tu Dapat pula baju yang sedondon Terasa lengkap dan maki...
Tengok Kawan Kawan Ramai Di Facebook Beli Baju Raya Di Pasaraya Hari Hari Aku Terjah Terus

Tengok Kawan Kawan Ramai Di Facebook Beli Baju Raya Di Pasaraya Hari Hari Aku Terjah Terus

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 728 hits
Ligat pilih warna tema merah ni cantik kan Tinggal dua minggu sahaja lagi Syawal 2021 kan menjelma Walaupun suasana masih lagi tidak boleh merentas negeri atas faktor COVID 19 jangan biarkan hari raya kita suram ya kawan kawan Kita kena cer...
Pusat Membeli Belah Terbaik Untuk Baju Raya Di Kuala Lumpur

Pusat Membeli Belah Terbaik Untuk Baju Raya Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 709 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan rakan yang dikasihi sekalian Walaupun tak boleh rentas negeri sekarang ini tapi Raya tetap kena berRaya Nak juga melawa dan bergaya dengan baju baru ...
Nak Beli Baju Raya Di Bangi Sentral Akhirnya Beli Di Kompleks Pkns Shah Alam Lebih Praktikal

Nak Beli Baju Raya Di Bangi Sentral Akhirnya Beli Di Kompleks Pkns Shah Alam Lebih Praktikal

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 507 hits
Raya tahun lepas memang jadi sejarah seumur hidup Tiada solat raya di masjid tak balik kampung tak ada ziarah rumah ke rumah Pendek kata apa saja yang jadi amalan biasa ketika menyambut hari raya pertama 1 syawal tak ada tahun lepas Semuany...
Lirik Suasana Hari Raya Qiff Syabil

Lirik Suasana Hari Raya Qiff Syabil

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 434 hits
Berlalulah sudah Ramadan sebulan berpuasaTiba Syawal kita rayakan dengan rasa gembiraAnak muda di rantauan semuanya pulang ke desaIbu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira Bertukar senyuman
Najwa Latif Hari Raya Kita Chord

Najwa Latif Hari Raya Kita Chord

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 356 hits
C F C GC F C G CC Amtakbir indah yang bergema F Cdi pagi raya C Amsebulan menahan lapar dahaga G Ckini masanya C Amriang ria tak terhingga F Cpulang ke desa C Amyang dekat dan jauh semua ada F G Cdi hari raya Am Emjangan dilupa bermaafan F ...
Lirik Pulang Di Hari Raya Aisha Retno Waheeda Bonn

Lirik Pulang Di Hari Raya Aisha Retno Waheeda Bonn

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 391 hits
Oh gembiraRasanya hati pengembaraDapat pulangBersua dengan yang tersayang BersyukurlahPada Tuhan Yang Maha EsaDapat kitaMerayakan bersama sama Di hari mulia iniKususun sepuluh jariKu kini telah
Raikan Riang Ria Raya Di Pusat Membeli Belah Suria Klcc Alamanda Putrajaya Dan Mesra Mall Kemaman

Raikan Riang Ria Raya Di Pusat Membeli Belah Suria Klcc Alamanda Putrajaya Dan Mesra Mall Kemaman

papar berkaitan - pada 29/4/2021 - jumlah : 399 hits
Raikan Riang Ria Raya Di Pusat Membeli Belah Suria KLCC Alamanda Putrajaya Dan Mesra Mall Kemaman Assalammualaikum semua Salam Ramadan Kita ada lagi separuh perjalanan untuk lengkap berpuasa selama 30 hari Pastinya pada hari ini kehangatan ...
Bantuan Khas Hari Raya Dan Gawai Rm500

Bantuan Khas Hari Raya Dan Gawai Rm500

papar berkaitan - pada 29/4/2021 - jumlah : 409 hits
Bantuan Khas Hari Raya dan Gawai RM500 telahpun diumumkan oleh kerajaan Negeri Sarawak pada 28 April 2021 Kerajaan Negeri Sarawak dengan sukacitanya membuat pengumuman berkenaan bantuan khas sebanyak RM500 yang akan diberikan kepada pegawai...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Sampai Nak Kena Bagitahu Anak Cacat Edry Kru Kesal Layanan Segelintir Masyarakat Terhadap Penghidap Autistik

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih