9 Lokasi Aktiviti Pelancongan Eko Yang Menarik Di Negeri Selangor Yang Pasti Memukau Untuk Dijelajahi




Sesuatu yang pembaca perlu tahu mengenai sektor pelancongan eko ialah antara segmentasi pelancongan yang paling menerima sambutan di Negeri Selangor kerana keunikan alam semulajadi di Negeri ini. Dengan pelbagai aktiviti pelancongan eko yang menarik dan cukup mengujakan di Negeri ini, apa kata anda luangkan masa senggang anda kelak dengan menikmati dan menjalani aktiviti luar di cadangan lokasi seperti berikut:


1. FOREST RESEARCH INSTITUTE MALAYSIA (FRIM), KEPONG

Dulu masa anak-anak Seri Wangi kecik, memang selalu bawa mereka mandi manda di FRIM, jatuh cinta dengan keindahan alam semula jadi yang menghijau. Sekarang FRIM dah semakin indah tempatnya. Antara tempat menarik untuk melakukan aktiviti dengan gabungan alam semula jadi adalah di Forest Research Institute Malaysia (FRIM), Kepong. Dengan keluasan 600 hektar, ia dikelilingi oleh Hutan Simpan Bukit Lagong di mana tempat ini menyediakan pelbagai aktiviti kepada pengunjung yang datang. Salah satu tarikan terbaharu di sini ialah ‘Sky Walk’, manakala antara aktiviti yang boleh dilakukan di FRIM adalah seperti berjoging di Rover Track, berjalan kaki di kanopi, berkelah dan berkhemah bersama keluarga, hiking, berbasikal malah berpeluang mempelajari tentang keunikan alam semula jadi. Bayaran masuk yang dikenakan adalah sebanyak RM5 dan tambahan RM5 akan dikenakan jika pengunjung membawa kamera untuk mengambil gambar. Satu fakta menarik - FRIM, Kepong ini pada mulanya merupakan tempat perlombongan, kemudian menjadi kawasan kebun sayur dan kini ianya merupakan sebuah kawasan hutan dengan suasana yang nyaman dan tenang yang boleh dilawati pengunjung.
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi: FRIM (03-62797000 atau 03-62797575).



2. TAMAN EKO RIMBA KANCHING
Taman Eko Rimba Kanching merupakan tempat aktiviti pelancongan eko yang wajib dilawati di Negeri Selagor. Seri Wangi pernah pergi ke sini untuk mandi manda, seronok bawa anak anak mandi di air terjun. Tempat ini mempunyai suasana air terjun yang cantik untuk bergambar dengan laluan pendakian yang mencabar. Ini kerana Sungai Kanching mempunyai 7 lapisan air terjun setinggi 208-meter yang mana semakin tinggi dakian, semakin sukar perjalanan untuk mendaki. Bukan itu sahaja, pengunjung juga dapat meluangkan masa bersama keluarga dengan menikmati suasana alam semula jadi sambil berkelah. Bayaran masuk adalah RM1 (dengan MyCard) pada hari biasa, RM2 (dengan MyCard) pada hari minggu dan RM5 jika tanpa MyCard.
Untuk maklumat lanjut, layari www.selangor.travel atau hubungi 03-55132000.



3. SKYTREX SUNGAI CHONGKAK, HULU LANGAT
Orang orang muda tentu sukakan aktiviti-aktiviti lasak macam ni, memang mencabar fizikal dan mental. Dikenali dengan “Malaysia First Flying Fox Park”, tempat ini mempunyai elemen flying fox yang lebih panjang berbanding cawangan lain di Langkawi dan Melaka. Di samping itu, Skytrex Sungai Chongkak juga dikelilingi dengan kehijauan hutan serta aliran sungai di bawah laluan rintangan. Terdapat 3 pakej yang disediakan untuk pengunjung di mana setiap pakej mempunyai 25 halangan berbeza dan mengambil masa sejam untuk dilengkapkan. Bayaran masuk ke Skytrex Sungai Chongkak adalah dalam lingkungan RM50 hingga RM130 mengikut pakej yang dipilih.
Untuk maklumat lanjut, layari www.skytrex-adventure.org  atau hubungi +6013 276 9841.



4. BUKIT BROGA, HULU LANGAT
Seri Wangi teringin juga merasa hendak mendaki Bukit Broga ni, anak Seri Wangi dah pun berjaya sampai ke puncak Bukit Broga, pemandangan dari puncak memang cantik katanya bagi orang yang suka hiking memang menjadi impian mereka. Bukit Broga merupakan tempat yang paling sesuai untuk mendaki bagi semua golongan umur kerana perjalanan dakian yang kurang mencabar dan mudah. Bukit yang hanya berketinggian 400-meter dari paras laut ini mengambil masa sejam untuk sampai ke puncak. Apa yang menarik, di puncak bukit ini dipenuhi dengan kehijauan lalang. Dengan gabungan rumput lalang dan pemandangan yang cantik, bergambar di puncak Bukit Broga amat sesuai untuk dijadikan kenangan. Selain itu, terdapat juga gerai yang menjual air kelapa di puncak bukit untuk pendaki menikmati pemandangan sambal melepaskan dahaga. Bayaran serendah RM1 dikenakan untuk mendaki bukit ini. Satu fakta menarik, pendakian Bukit Broga sebanyak 10 kali adalah bersamaan dengan pendakian ke Gunung Kinabalu.
Untuk maklumat lanjut, layari www.mpkj.gov.my  atau hubungi 03-87377899 / 03-87371789.

5. WHITE WATER RAFTING, HULU SELANGOR
Aktiviti water rafting ni memang menyeronokkan tapi agak adventure, lasak dan mental kena kuat. Tempatnya terletak di Kuala Kubu Bharu, aktiviti white water rafting ini amat menyeronokkan bagi yang ingin mencuba aktiviti air lasak di sungai sepanjang 8km. Bukan itu sahaja, terdapat juga banyak aktiviti lain yang boleh dilakukan di Sungai Selangor. Aktiviti berakit ini sangat sesuai dilakukan secara berseorangan, serta bersama pasangan, keluarga dan kumpulan dari semua peringkat umur dari 8 hingga 88 tahun, menjadikan aktiviti ini ideal di Malaysia. Kadar bayaran dianggarkan dari RM199 hingga RM800 dengan penyertaan minimum seramai 2 orang.
Untuk maklumat lanjut, layari www.malaysia-whitewater-rafting.com  atau hubungi +6012- 4653307.



6. WATER TUBING, HULU SELANGOR
Wah... lagi tempat menarik bagi penggemar aktiviti lasak dan mencabar. Water Tubing adalah salah satu aktiviti yang boleh dilakukan di pekan Kuala Kubu Bharu selain white water rafting. Aktiviti tubing ini menyeronokkan lebih-lebih lagi dilakukan bersama rakan-rakan kerana ia tidak memerlukan dayung, dan hanya perlu mengikuti arus sungai. Sekiranya arus kuat, maka kelajuan tiub akan bertambah laju. Jika sebaliknya, peserta perlu menolak air sungai dengan menggunakan tangan untuk bergerak ke hadapan dengan lebih laju. Anggaran harga untuk melakukan aktiviti tubing adalah RM30.
Untuk maklumat lanjut, sila e-mel ke [email protected]  atau hubungi 011-11414674.



7. TAMAN ALAM KUALA SELANGOR
Seri Wangi sangat suka masuk ke Taman Alam ni yang di kelilingi hutan bakau, sunyi dan nyaman, memang seronok berselfie sebab keindahan hutan bakaunya yang indah. Taman Alam Kuala Selangor merupakan sebuah taman semula jadi yang dikelilingi dengan hutan paya bakau yang menarik. Ia juga mempunyai laluan hampir 4-kilometer untuk pengunjung selusuri dan menikmati persekitaran alam. Bagi penggemar burung, anda boleh ke menara tinjau yang disediakan untuk melihat dan mengambil gambar lebih kurang 150 jenis spesis burung dari serata dunia termasuk burung migrasi dari negara Siberia dan Rusia. Pengunjung juga boleh bergambar di kawasan paya bakau kerana susunan pokok-pokok yang cantik di sana. Selain itu, bayaran sebanyak RM4 akan dikenakan untuk orang dewasa dan RM1 untuk pengunjung di bawah 16 tahun.
Untuk maklumat lanjut, layari www.kuala-selangor.com atau hubungi 03-32892294.



8. 4X4 ADVENTURE TERATAK RIVERVIEW, HULU SELANGOR
Wau...memang adventure sangat, tentu sangat mencabar. Apa kata anda meredahi hutan dengan menaiki kenderaan jenis 4x4 yang menyeronokkan dan mencabar daripada lawatan biasa di bandar. Kenderaan jenis 4x4 yang disediakan akan menjelajah melalui jalan hutan yang kehijauan terus ke kawasan kampung-kampung tradisional, ladang buah-buahan, seberang sungai, kawasan paya dan batu-bata serta air terjun. Selain itu, pengunjung boleh berkelah dan berenang di sungai sambil menikmati keindahan alam semula jadi. Lingkungan harga untuk merasai pengalaman pengembaraan dengan kenderaan jenis 4x4 ini adalah mengikut kepada permintaan dan itinerari yang diinginkan oleh pengunjung dengan mininum 6 orang peserta.
Untuk maklumat lanjut, layari www.teratakriverview.blogspot.com  atau hungi +6012-5653397.



9. PARAGLIDING (BUKIT JUGRA, KUALA LANGAT & BUKIT BATU PAHAT, HULU SELANGOR)
Hmmm.. teringin juga mencuba melakukan aktiviti paragliding, jangan ingat Seri Wangi tak berani melakukannya. Anda boleh terokai bandar Jugra dan Batu Pahat dan menyaksikan pemandangan alam semula jadi yang indah dari puncak bukit dengan melakukan aktiviti paragliding yang disediakan di Bukit Jugra, Kuala Langat dan juga Bukit Batu Pahat, Hulu Selangor. Dengan ketinggian 400 kaki dari paras laut, dua tempat popular ini wajib dikunjungi bagi sesiapa yang gemarkan aktiviti mencabar dan ingin mencuba pengalaman terbang di udara. Masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti paragliding ini adalah pada bulan Mac hingga September dan bayaran dikenakan untuk melakukan aktiviti ini dianggarkan berjumlah RM320 seorang.
Untuk maklumat lanjut, layari www.mdkl.gov.my atau hubungi 03-31803694 / www.mdhs.gov.com atau hubungi 03-60641235.


Sebenarnya Negeri Selangor mempunyai banyak tempat pelancongan eko yang menarik bagi penggemar alam semulajadi. Namun, kunjungan ke lokasi-lokasi yang dinyatakan, serta lokasi alam semulajadi yang lain perlu diterapkan dengan nilai tanggungjawab terhadap faktor kebersihan. Selain itu, pihak Tourism Selangor menyarankan agar para pelancong sentiasa berjaga-jaga dan patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan supaya rantaian jangkitan Covid-19 dapat dilandaikan. Seri Wangi pun belum puas lagi pusing-pusing Selangor yang banyak tempat-tempat menarik.
WEBSITEhttp://www.selangor.travel

FACEBOOKhttps://m.facebook.com/TourismSelangor



#RestoreOurEarth #Earthday #PusingSelangorDulu  #selangortravel  #tourismselangor


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.keunggulanwanita.com/2021/04/9-lokasi-aktiviti-pelancongan-eko-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rm1 000 Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri Kepada Semua Penjawat Awam Negeri Selangor

Rm1 000 Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri Kepada Semua Penjawat Awam Negeri Selangor

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 282 hits
Selain daripada penjawat awam persekutuan yang menerima Bantuan Khas Kewangan sempena Hari Raya Aidilfitri penjawat awam negeri Selangor juga bakal menerima bonus hari raya pada bulan Mei ini Penjawat awam negeri Selangor akan menerima Bant...
Pilihan Staycation Yang Menarik Di Negeri Melaka

Pilihan Staycation Yang Menarik Di Negeri Melaka

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 349 hits
Assalamualaikum hai semua Kali nie Kak Sue nak kongsi pula dengan korang Ya lah dah hampir setahun lebih dah kita semua dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan nie kan rindu betul nak bercuti atau berjalan jalan bersama keluarga tersayang...
Wanita Ini Rentas Negeri Tanpa Roadblock Dapur Di Kl Ruang Tamu Di Selangor

Wanita Ini Rentas Negeri Tanpa Roadblock Dapur Di Kl Ruang Tamu Di Selangor

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 476 hits
Wanita ini rentas negeri tanpa roadblock dapur di KL ruang tamu di Selangor Majlis kahwin kena pacak bunga manggar sepanjang jalan Ahad 11 April 2021 7 00 AMSharina menunjukkan dapur rumah ibu bapanya terletak di Kuala Lumpur manakala ruang...
Penyampaian Sijil Penyertaan Dan Pencapaian Kuiz Perkhemahan Online Ppim Negeri Selangor 2021

Penyampaian Sijil Penyertaan Dan Pencapaian Kuiz Perkhemahan Online Ppim Negeri Selangor 2021

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 760 hits
AssalamualaikumAlhamdulilahSekalung Penghargaan TERIMA KASIH kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini ppimmajubersamaski
Cari Juadah Berbuka Ini Lokasi Bazar Ramadan Sekitar Lembah Klang Dan Selangor

Cari Juadah Berbuka Ini Lokasi Bazar Ramadan Sekitar Lembah Klang Dan Selangor

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 321 hits
Buka puasa nanti nak makan apa tak ada idealah pula Lagi satu masa Covid 19 ini ada ke bazar ramadhan yang buka Rasanya itulah kebanyakan pertanyaan yang berlegar dibenak fikiran bukan jangan risau meskipun pendemik melanda negara kerajaan ...
Fasilitas Kite Bea Cukai Dinilai Bantu Tingkatkan Perekonomian Dalam Negeri

Fasilitas Kite Bea Cukai Dinilai Bantu Tingkatkan Perekonomian Dalam Negeri

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 185 hits
Bea Cukai terus memberikan kemudahan bagi para pelaku usaha melalui pemberian fasilitas dan asistensi Hal tersebut diberikan agar dapat memacu kegiatan produksi para pelaku usaha sehingga dapat menggerakkan dan mempercepat pemulihan ekonomi...
Kkm Diminta Umum Keputusan Rentas Negeri Sempena Hari Raya Lebih Awal

Kkm Diminta Umum Keputusan Rentas Negeri Sempena Hari Raya Lebih Awal

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 263 hits
Kerajaan akan meminta Kementerian Kesihatan membuat pengumuman lebih awal mengenai keputusan sama ada membenarkan rentas negeri sempena sambutan Aidiltri Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pengumuman lebih awal akan
Kerajaan Perhalusi Sop Melancong Ke Luar Negeri

Kerajaan Perhalusi Sop Melancong Ke Luar Negeri

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 210 hits
Gambar hiasan KUALA LUMPUR Kerajaan sedang memperhalusi prosedur operasi standard bagi tujuan membenarkan rakyat Malaysia kembali melancong ke luar negeri melalui perkhidmatan syarikat pengendali pelancongan berlesen termasuk mengerjakan ib...
Umum Awal Boleh Rentas Negeri Atau Tidak Untuk Balik Raya

Umum Awal Boleh Rentas Negeri Atau Tidak Untuk Balik Raya

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 271 hits
Oleh KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia diminta membuat pengumuman lebih awal mengenai keputusan sama ada membenarkan rentas negeri sempena sambutan Aidilfitri Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pengumuman lebih awal akan memu...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Yuran Tabika Taska 2025 Kemas Sahkan Tiada Kenaikan Yuran

Nahas Jalan Raya Ayer Keroh Melaka Dua Beradik Belum Tahu Ibu Bapa Sudah Tiada

Geotapak Bukit Jernih Taman Rekreasi Bukit Jernih

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now