Deko Rumah Dengan Barang Ikea
Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi idea Kak Sue Deko Rumah Dengan Barang Ikea pula dengan korang. Nak kata Kak Sue nie hebat sangat dalam bab yang satu nie tak lah juga, cuma Kak Sue suka nak berkongsi idea deko rumah dengan barang Ikea nie dengan korang yang sama minat dengan Kak Sue. Bila rumah cantik dan kemas, rasa seronok dan puashati sangat kan..
Deko Rumah Dengan Barang IkeaDeko Rumah Dengan Barang IkeaSebenarnya kan, kita tak payah pun nak keluarkan modal yang besar dan mahal untuk jadikan rumah kita nampak cantik dan menarik. Banyak pilihan yang ada untuk kita deko rumah dengan barang Ikea nie, cuma kita nak kena pandai mix n match aja. Macam rumah Kak Sue sendiri, setakat nie barang Ikea yang paling mahal Kak Sue beli adalah katil bilik tidur Kakak, tapi bilik Kakak belum siap deko dan semua idea dan dari Kakak sendiri. Siap pakai duit sendiri lagi tau.. syabas Kakak, Ibu proud of you tau.. pandai jimat!
Sejak Kak Sue pindah rumah baru nie, Kak Sue memang berangan nak deko rumah konsep ala Scandinavian macam yang Kak Sue selalu tengok dekat feed Instagram (IG). Banyak sebenarnya idea yang Kak Sue dapat dari IG nie tak kira lah dari dalam dan luar negara semuanya cantik dan menarik belaka. Kak Sue memang suka deko yang simple tapi nampak menarik dan barang deko yang Kak Sue tetapkan untuk ruang tamu rumah semuanya ikut kemampuan dan budget Kak Sue aja..
Deko Rumah Dengan Barang IkeaDeko Rumah Dengan Barang IkeaUntuk ruang tamu Kak Sue beli kabinet tv Ikea PS warna putih. Ada pilhan tiga warna tau putih, merah dan biru. Lepas tu sebelah kanan pula Kak Sue letak sheft Leberg Ikea juga warna putih. Yang nie ada pilihan warna putih dan kelabu. Cuma meja kopi tu Kak Sue dah padam gambar nama dia juga dari Ikea dan korang percaya tak semua nie tak sampai pun RM600 pun tau, haa.. jimat kan..
Rasanya setakat nie siap dah deko bahagian ruang tamu, tak tau lah akan ada penambahan masa akan datang kan. Lepas dah siap dan puashati deko ruang tamu, Kak Sue beralih bahagian ruang makan pula. Pun dari Ikea juga tapi Kak Sue lupa nama meja dan kerusi tu sebab kadang lepas beli barang Kak Sue padam gambar dan nombor kod yang perlu kita cari sendiri bila kita shopping kat Ikea. Nanti Kak Sue update balik ya.. pun masih pilih yang ringkas dan warna putih..
Deko Rumah Dengan Barang IkeaDeko Rumah Dengan Barang IkeaBahagian dapur dan bilik kami lima beranak masih belum siap deko sepenuhnya lagi. Nanti dah siap Kak Sue akan kongsikan lagi kat sini ya dengan korang. Cuma bahagian dinding dapur nampak macam kosong sangat, Kak Sue beli bekas nie dari Ikea juga buat letak pokok, rasanya tak sampai kut RM5. Baru nampak ceria sikit dapur kan. Kak Sue juha ada beli kabinet tinggi berpintu Brusali juga dari Ikea, dah siap deko dah tapi nanti lah Kak Sue kongsi juga.
Bahagian dapur agak mencabar sikit sebab dapur Kak Sue kali nie jenis terbuka. Kira dari ruang tamu dah boleh nampak terus ke dapur, jadi kena pastikan dapur tu sentiasa kemas dan bersih. Abang Man plan nak buat table top untuk pisahkan ruang dapur dan ruang makan nanti. Jadi tak ada lah nampak terus sangat ke dapur kan.
Deko Rumah Dengan Barang IkeaDeko Rumah Dengan Barang IkeaUntuk masa sekarang nie kami masih ada banyak lagi plan nak deko rumah nie cumanya kena tunggu tabung penuh dulu. Ruang kerja Kak Sue, bilik stor bawah tangga, ruang menonton kat atas semua dok caca marba lagi haa.. Kadang sakit juga mata tengok. Apa kan daya kewangan masih belum mengizinkan.. hehehe.. maka bersabar lah dulu..
Rasanya setakat nie dulu lah sembang deko Kak Sue kali nie. Nanti kita jumpa lagi sembang deko di entri yang lain ya. Masih kumpul-kumpul modal lagi nie, maklum lah pindah rumah nie makan banyak belanja kan, deko mana yang mampu dulu. Selamat mendeko dengan Ikea ya semua.. papai!
Korang boleh juga baca Projek Hijaukan Rumah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.shuhaidakabdy.com/2019/08/deko-rumah-dengan-barang-ikea.html