Darurat Hanya Memberikan Kuasa Tambahan Kepada Muhyiddin Kata Mahathir




Darurat tidak akan dapat menghentikan penularan wabak Covid-19 lebih baik daripada apa yang ada sekarang, sebaliknya hanya memberikan kuasa tambahan kepada perdana menteri, kata Dr Mahathir Mohamad.
Menurut Mahathir lagi apa yang dilakukan Muhyiddin Yassin selama ini gagal mengurangkan masalah politik, ekonomi dan sosial walaupun presiden Bersatu itu mempunyai ramai anggota kabinet.
"Dia mempunyai kabinet besar yang tidak menyumbang apa-apa untuk kesejahteraan rakyat dan negara," kata Mahathir dalam satu hantaran terbaru di blognya.
"Apa yang darurat boleh lakukan untuk menghentikan wabak lebih daripada apa yang kita buat sekarang? Tak ada apa-apa," tambahnya.
Semalam Muhyiddin mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk mempersembah keputusan kerajaan yang dilaporkan bersetuju agar darurat diisytiharkan.
Sesetengah anggota kabinet mempertahankan langkah itu sebagai cara untuk mengelakkan berlaku pilihan raya yang kemudian terdedah kepada penularan lebih besar Covid-19.
Bagaimanapun pemerhati dan pembangkang melihat langkah itu adalah cara Muhyiddin dan Bersatu menyelamatkan diri daripada disingkirkan daripada kerajaan.
Sementara itu Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah pula akan mengadakan perbincangan dengan Raja-raja Melayu berhubung cadangan yang disampaikan Muhyiddin semalam. 
Bukan pilihan rakyat
Menurut Mahathir sebelum ini pun Covid-19 dijadikan alasan oleh kerajaan untuk menangguhkan sidang parlimen, memendekkan sidang dan mengelak daripada perbahasan.
"Sekarang ia dijadikan alasan untuk mengisytiharkan darurat. Tetapi kuasa kerajaan hari ini memadai untuk menangani wabak tersebut.
"Kita bukannya berdepan dengan bantahan rakyat (kepada perintah kawalan pergerakan) seperti apa yang kita lihat di AS dan Eropah.
"Rakyat kita secara umumnya sentiasa mematuhi semua larangan seperti PKP," katanya.
Menurut Mahathir lagi, kerajaan yang ada sekarang bukan dipilih rakyat dan berkuasa tanpa melalui jalan demokrasi.
Pun begitu, katanya, keutamaan mereka sekarang hanyalah untuk kekal berkuasa.
"Berdepan dengan kemungkinan digulingkan, perdana menteri mahukan kuasa di bawah perintah darurat.
"Satu-satunya keuntungan akan memihak kepada perdana menteri, kerana parlimen akan lumpuh. Dia akan mendakwa bahawa itu adalah kehendak istana," katanya.
  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/10/darurat-hanya-memberikan-kuasa-tambahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hanya Darurat Dapat Halang Pilihan Raya Kata Muhyiddin

Hanya Darurat Dapat Halang Pilihan Raya Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 31/10/2020 - jumlah : 363 hits
freemalaysiatoday com October 31 2020 4 50 PMPerdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata pilihan raya kecil di Batu Sapi dan pilihan raya negeri Sarawak hanya boleh ditangguhkan sehingga pandemik Covid 19 berakhir sekiranya darurat diisytihark...
Bukan Negara Yang Darurat Tetapi Muhyiddin Kata Mat Sabu

Bukan Negara Yang Darurat Tetapi Muhyiddin Kata Mat Sabu

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 270 hits
Bekas Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata tiada sebab untuk kerajaan melaksanakan undang undang darurat Foto oleh Firdaus LatifKUALA LUMPUR 23 Okt Negara tidak berada dalam keadaan darurat melainkan hanya Perdana Menteri Tan Sri Muhyidd...
Umno Kemuka Formula Perkongsian Kuasa Sama Kepada Muhyiddin Anwar Kata Sumber

Umno Kemuka Formula Perkongsian Kuasa Sama Kepada Muhyiddin Anwar Kata Sumber

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 421 hits
PETALING JAYA Umno mengemukakan formula perkongsian kuasa yang sama kepada Muhyiddin Yassin dan Anwar Ibrahim menurut sumber dalaman Barisan Nasional dan Pakatan Harapan Sumber itu berkata sekiranya kedua dua pemimpin itu tidak menerima for...
Pengkomplot Anti Mahathir Di Sebalik Idea Darurat Kata Sumber Ppbm

Pengkomplot Anti Mahathir Di Sebalik Idea Darurat Kata Sumber Ppbm

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 235 hits
Menurut sumber dalaman PPBM individu tertentu yang menggulingkan Dr Mahathir Mohamad berada di sebalik cadangan perisytiharan darurat Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM tidak tahu menahu mengenai spekulasi meluas cadangan perisytiharan dar...
Tun Mahathir Dakwa Tiada Justifikasi Darurat Pasaran Saham Jatuh Hanya Untungkan Pm

Tun Mahathir Dakwa Tiada Justifikasi Darurat Pasaran Saham Jatuh Hanya Untungkan Pm

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 243 hits
nbsp KUALA LUMPUR Perdana Menteri paling lama berkhidmat di negara ini Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan berhubung isu darurat dengan berkata tiada justifikasi untuk itu dan menyifatkan ia hanya mengakibatkan pasaran saham jatuh Dalam sa...
Pengisytiharan Darurat Tidak Akan Menghentikan Covid 19 Kata Dr Mahathir

Pengisytiharan Darurat Tidak Akan Menghentikan Covid 19 Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 268 hits
82 total views 82 views today KUALA LUMPUR 24 Okt Tiada rusuhan atau keganasan di Malaysia tidak ada pelanggaran undang undang dan perintah untuk menjustifikasikan darurat kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini Bekas perdana menteri itu berk...
Penolakan Agong Pada Cadangan Darurat Tamparan Buat Muhyiddin Kata Pkr Dap Amanah Dan Sebahagian Umno

Penolakan Agong Pada Cadangan Darurat Tamparan Buat Muhyiddin Kata Pkr Dap Amanah Dan Sebahagian Umno

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 479 hits
Beberapa anggota parlimen pembangkang menyokong titah Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah untuk tidak menerima permintaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bagi mengisytiharkan darurat Tindakan itu turut mendapat ...
Alasan Sebenar Darurat Pm Mahu Kekal Kuasa Kata Tommy Thomas

Alasan Sebenar Darurat Pm Mahu Kekal Kuasa Kata Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 339 hits
TIDAK wujud keadaan cemas di Malaysia ketika ini bagi kerajaan untuk mengisytiharkan darurat kata Tommy Thomas hari ini Beliau berkata bahawa kerajaan tidak sepatutnya mendakwa bahawa pandemik Covid 19 telah memberikan ancaman sehingga wuju...
5 Roller Coaster Paling Tinggi Di Dunia

Social Media Just Got Serious Malaysia S New Rules And What They Mean For You

Zaliha Pardons Board Minutes Concerning Najib Won T Be Made Public

Bekas Guru Besar Mengaku Tak Salah Peluk Cium Guru Pelatih

Iera Milpan Feat Wak Dan Senja Asmara Chord

Resipi Rendang Daging Cili Api Berempah Cara Arwah Nenek

Ais Krim Paling Mahal Aku Pernah Beli

Lelaki Didakwa Cederakan Teman Wanita Dengan Menyimbah Minyak Panas


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


Abu Lubabah Sahabat Teladan Tobat

Butterworth Folk Push For Cross Channel Lrt Link To Start First

Things To Ponder Self Reflection 7

Re Mashalat Business Collaboration Funding For Reezqeenos Babi Blogger Com

Sufian Suhaimi Sarah Suhairi Dengan Lafaznya Chord

Pulanglah Wahai Sahabat