Hanya Darurat Dapat Halang Pilihan Raya Kata Muhyiddin


Nora Mahparfreemalaysiatoday.com
-October 31, 2020 4:50 PM
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata, pilihan raya kecil di Batu Sapi dan pilihan raya negeri Sarawak hanya boleh ditangguhkan sehingga pandemik Covid-19 berakhir sekiranya darurat diisytiharkan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata hanya perisytiharaan darurat membolehkan pilihan raya kecil di Batu Sapi dan pilihan raya negeri Sarawak ditangguhkan sehingga pandemik Covid-19 berakhir.

Beliau berkata, ia selaras dengan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

“Jika pilihan raya tidak dapat ditangguhkan atas apa-apa sebab sekalipun, rayuan saya kepada kepada penduduk di Batu Sapi dan Sarawak berhati-hatilah.

“Jagalah diri dan patuhi SOP dengan penuh berdisiplin apabila pilihan raya diadakan,” katanya pada sidang media khas situasi semasa Covid-19, hari ini.

Sidang media itu diadakan seminggu selepas cadangan kerajaan melaksanakan perintah darurat ditolak oleh Yang di-Pertuan Agong.

Kes positif Covid-19 meningkat mendadak selepas pilihan raya negeri Sabah dengan kes harian lebih 500 kes setiap hari.

Semalam 799 kes baru Covid-19 dicatatkan di seluruh negara.

Negeri berkenaan mendominasi catatan kes harian tertinggi sejak PRN yang diadakan pada akhir Sept lalu dan setakat ini mencatatkan 13,701 kes.

Susulan peningkatan penularan kes positif Covid-19, beberapa negeri kini diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) antaranya Sabah, Labuan, Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur.

Dalam sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) itu Muhyiddin berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan ramai petugasnya bimbang untuk bertugas dalam PRK Batu Sapi kerana kes positif Covid-19 yang tinggi di Sabah.

“Ketua Pengarah Kesihatan (Dr Noor Hisham Abdullah) juga melaporkan jika PRN Sarawak terpaksa diadakan, beliau bimbang dengan keadaan di kawasan pedalaman negeri itu yang tidak mempunyai kemudahan kesihatan lengkap untuk menampung kes positif Covid-19.

“Ini kerana ada kemungkinan kes positif akan naik mendadak selepas pilihan raya,” katanya.
Justeru kata beliau, pelbagai pihak mencadangkan supaya kerajaan memperketatkan SOP pilihan raya.

“Saya akan teliti SOP yang disediakan oleh SPR untuk PRK Batu Sapi dan PRN Sarawak. Cuma saya tahu banyak kekangan yang dihadapi oleh SPR untuk menggubal satu SOP yang benar-benar berkesan dalam memastikan tiada jangkitan langsung semasa pilihan raya diadakan,” katanya.

PRK Batu Sapi ditetapkan pada 5 Dis ini dan PRN Sarawak berkemungkinan diadakan pada bila-bila masa.

Menurut Fasal 1 Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas terdapat kekosongan bagi sesuatu kerusi Parlimen.

Sementara itu, Fasal 4 Perkara 21 Perlembagaan Negeri Sarawak juga memperuntukkan pilihan raya negeri hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu selewat-lewatnya pada Jun tahun depan.

Mengenai Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 6 Nov ini, Muhyiddin menggesa semua ahli Parlimen mengetepikan perbezaan politik bagi memastikan ia diluluskan demi kepentingan rakyat dan negara.

“Marilah kita letakkan kepentingan rakyat mengatasi segala kepentingan lain. Satu bentuk persefahaman boleh dirangka dalam kalangan ahli Parlimen untuk membolehkan Belanjawan 2021 diluluskan dengan sokongan ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

“Saya memberi jaminan bahawa kerajaan Perikatan Nasional akan terus mencari jalan terbaik untuk mengurus krisis besar yang sedang kita hadapi pada masa ini dengan matlamat memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat sentiasa terbela,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/10/hanya-darurat-dapat-halang-pilihan-raya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Darurat Hanya Memberikan Kuasa Tambahan Kepada Muhyiddin Kata Mahathir

Darurat Hanya Memberikan Kuasa Tambahan Kepada Muhyiddin Kata Mahathir

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 162 hits
Darurat tidak akan dapat menghentikan penularan wabak Covid 19 lebih baik daripada apa yang ada sekarang sebaliknya hanya memberikan kuasa tambahan kepada perdana menteri kata Dr Mahathir Mohamad Menurut Mahathir lagi apa yang dilakukan Muh...
Shafie Apdal Lim Tawar Muhyiddin Pilihan Selain Darurat

Shafie Apdal Lim Tawar Muhyiddin Pilihan Selain Darurat

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 119 hits
Di tengah tengah kemungkinan kerajaan mengisytiharkan darurat dan parlimen digantung beberapa tokoh pembangkang menawarkan beberapa pilihan lain kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal berkata hari ini dar...
Agong Tolak Darurat Muhyiddin Tidak Perlu Letak Jawatan Kata Penganalisis

Agong Tolak Darurat Muhyiddin Tidak Perlu Letak Jawatan Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 242 hits
October 26 2020 7 11 AMPenganalisis berkata Agong dan Raja raja Melayu menaruh kepercayaan kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk meneruskan usaha memerangi wabak Covid 19 dan memulihkan ekonomi PETALING JAYA Pengan...
Bukan Negara Yang Darurat Tetapi Muhyiddin Kata Mat Sabu

Bukan Negara Yang Darurat Tetapi Muhyiddin Kata Mat Sabu

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 134 hits
Bekas Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata tiada sebab untuk kerajaan melaksanakan undang undang darurat Foto oleh Firdaus LatifKUALA LUMPUR 23 Okt Negara tidak berada dalam keadaan darurat melainkan hanya Perdana Menteri Tan Sri Muhyidd...
Selepas Langkah Darurat Ditolak Muhyiddin Cuba Raih Sokongan Untuk Belanjawan Kata Sumber

Selepas Langkah Darurat Ditolak Muhyiddin Cuba Raih Sokongan Untuk Belanjawan Kata Sumber

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 141 hits
PETALING JAYA Para menteri semalam menasihatkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin jangan meletakkan jawatan beberapa jam selepas Istana Negara menolak cadangan mengisytiharkan darurat daripada Putrajaya kata beberapa sumber Presiden PPBM itu...
Penolakan Agong Pada Cadangan Darurat Tamparan Buat Muhyiddin Kata Pkr Dap Amanah Dan Sebahagian Umno

Penolakan Agong Pada Cadangan Darurat Tamparan Buat Muhyiddin Kata Pkr Dap Amanah Dan Sebahagian Umno

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 141 hits
Beberapa anggota parlimen pembangkang menyokong titah Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah untuk tidak menerima permintaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bagi mengisytiharkan darurat Tindakan itu turut mendapat ...
Gps Tak Gila Kuasa Nak Buat Pilihan Raya Negeri Kata Abang Johari

Gps Tak Gila Kuasa Nak Buat Pilihan Raya Negeri Kata Abang Johari

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 167 hits
Ketua menteri Abang Johari Openg berkata Gabungan Parti Sarawak tidak gila kuasa sehingga mahu mengadakan pilihan raya ketika pandemik Covid 19 melanda negara Beliau berkata kerajaan negeri perlu mengambil kira 2 faktor utama keadaan kesiha...
Muhyiddin Gunakan Darurat Untuk Terus Bertahan

Muhyiddin Gunakan Darurat Untuk Terus Bertahan

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 146 hits
Petang semalam Perdana Menteri TS MUhyiddin Yassin telah mengadap ke bawah DYMM SPB YDP Agong Ke XVi Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah ibni Al Marhum Sultan Ahmad Shah di Istana Abdul Aziz Kuantan Pahang selepas mempeng...
Tolak Darurat Tolak Muhyiddin Tolak Azmin Amk Gombak

Tolak Darurat Tolak Muhyiddin Tolak Azmin Amk Gombak

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 117 hits
Angkatan Muda Keadilan Gombak menempelak tindakan kerajaan Perikatan Nasional di bawah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan konco utamanya Azmin Ali yang mempergunakan darurat untuk terus kekal berkuasa Ketua AMK Gombak Arie Yudisti...
Pendaftaran Program Jaringan Prihatin B40 Bantuan Rm300 Peranti Rm180 Data

Selamat Bersara Cikgu Lajat

Lirik Rembau Most Wanted Part Ii W A R I S

Covid 19 Patient Runs Away From Sungai Petani Hospital

Bantuan Rm300 Telefon Pintar Rm180 Data Percuma 12 Bulan Untuk B40

Bapa Beri Anak Berusia 2 Tahun Hisap Vape Sambil Dirakam Isterinya Direman 7 Hari

Jawatan Kosong Spaj Juruteknik Komputer Ft19

Alat Pemadam Api Meletup Lelaki Nyaris Putus Kaki



Ini Sebab Mengapa Arab Saudi Import Pasir Dari Negara Lain

Budaya Kejam Gemukkan Kanak Kanak Perempuan di Mauritania Leblouh

Biodata Model Rita Suraya Kakak Pelakon Rita Nadira

5 Tradisi Hari Raya Aidilfitri Yang Semakin Luput Ditelan Peredaran Zaman

Ke Mana Perginya Semua Hasil Karya Bob Ross


Lirik Hilang Raso Picayo Rayola Feat Daniel Maestro

Lirik Dara Batang Begilik Fabian Lai

Lirik Sangketo Cinto Pinki Prananda Feat Rana Safira

Lirik All Day Cha Ji Yeon

Lirik The Moon Duetto

Lirik Because I Am A Women Ben