Dari Hobi Menjadi Ninjaseni
DARI HOBI MENJADI NINJASENI
Salam ahad semua, salam hujung minggu, selain dari sahabat fb yang mengenali saya, saya dulu seorang student phd, bertukar aliran ke business dan blogging, tapi tak pernah berhenti menjadi NINJASENI. Hahaha, ye , tuh nama artis saya, sejak saya aktif main muzik, tapi nama tuh bukanlah terus dapat, ada kisah yang panjang.
HOBI MAIN MUZIK
Hobi main muzik nih bukanlah datang secara sengaja. Dulu kan saya pernah cerita saya suka Metallica, tentulah sebab kengkawan kasi pinjam kaset, tapi semuanya sebab abah bawak balik gitar kapok. So masa zaman minat Nirvana, Metallica, kitorang sibuk main gitar, paling kaw kaw masa tuh belajar lagu nothing else matters lah, lagu tuh pun mencabar , plucking sedap macam lagu another you cromok. So , zaman berubah dan sibuk main gitar elektrik pulak, sempat perform dengan member member sekolah dan macam-macam lagi.
KISAH HARMONIKA
Walaupun masa di sekolah, masa di matrikulasi sibuk main gitar, bajet power, tapi dalam diam tak diam, masa tuh terlayan pulak muzik blues. Sedap pulak layan blues harmonika. Terfikir jugak kalau dapat main tuh, best jugak. Selain dari gitar, abah jugak selalu main harmonika, tapi dia punya harmonika tuh jenis panjang, akhirnya pencarian dimulakan, mencari dan mempelajari teknik bermain harmonika.
DARI NINJA MENJADI NINJASENI
Nama ninja nih adalah suatu kemalangan bila mana masa form 5 aku suka sangat tulis nama kat buku, Faiz Ninja, Faiz ninja, sampai first roomate aku kat KMM , start panggil aku Ninja, nak jadi nama ni melekat kaw kaw, satu matriks tahu nama aku ninja. Kesian mak aku, datang melawat, dia tanya budak budak, kenal tak faiz, tapi bila tanya ninja, baru budak-budak kenal. Nak dijadikan cerita lagi, masuk UTM, nama tuh terus terus terus digunakan, bajet nak ngelak. Akhirnya pada suatu masa, bila aku nak buka myspace, aku pakai nama ninjagaban, tapi ada satu masa akaun myspace aku tukar ke NINJASENI, hahaha dan nama ni melekat sampai sekarang.
JIWANG : LAGU PERTAMA REKOD HARMONIKA
MAsa zaman UTM, aku join satu kumpulan paling power masa tuh, hahaha, bernama rockers kapok. Lepas tuh kumpulan Houdinix. Masa tuh aku main bass, lepas tuh kalau ada can, selit selit harmonika. Nak jadi cerita best, masa tuh semua posisi dah ada. Akhirnya aku dapat offer suruh main keyboard, hahhaa, last last aku jadi keyboardist pulak, tapi speciallah, keyboardist ada harmonika sekali. Jadi band houdinix ni jadi top kat UTM, sampai ikut wakil UTM untuk pertandingan muzik. Hhahaha, so satu masa tuh, aku buat keputusan gerak solo, dengan nama NINJASENI. MAsa zaman houdinix, aku sempat rekod beberapa lagu dalam demo , lagu yang paling aku ingat sekali tentu sekali lagu jiwang. Harmonika pertama yang aku beli tuh, rekod lagu tuh, sampai sekarang aku simpan lagi. hahah, harap harap tak hilanglah.
DARI GIG KE GIG AKHIRNYA KE KELAB POP
Aku ingat lagi, macam mana tah, masa zaman myspace, aku suka follow singer songwriter, lepak pergi sana sini, jamming dengan diorang, tak kisahlah, atas stager bawah stage, tepi stage belasah je. Apa lagu pun aku belasah dengan harmonika aku tuh. Ada lagi power, lagu rock, lagu metal, semua boleh bedal, aku follow je. lagi power lagu blueslah, sampai satu masa tuh, member call, astro nak cari pemuzik untuk satu segmen. Rancangan Kelab Pop tuh nak cari pemain muzik yang mainkan melodi, dan artis tuh kena teka. Hahaha, aku pulak terima cabaran tuh. Kami kena berlatih 24 lagu untuk 6 episod, hahaha, masa tuh punyalah aku jahil bab pakaian, tak tahulak aku kena pakai smart, hahaha. Tapi layan jelah, dahlah masa tuh berkejar nak siapkan persiapan nak kahwin. TIme tu pulak aku baru dapat offer jadi tutor di UM. Bila dah keluar tuh, kecohlah jugak makcik aku tengok aku keluar tv, hahaha.
HARMONIKAWAN : BLOG HARMONIKA
Sampai sekarang, memang jarang tolak pelawaan member ajak jamming harmonika. Dari tahun ke tahun, pernah jugak masuk studio untuk rekod harmonika. Yang bestnya, ada yang aku dah dengar hasil mixing, ada yang aku tak dengar langsung. Tapi layan je semua. Sampai zaman supermom nih, bawak pengaruh harmonika nih masuk dalam lagu raya, hahaha. Itulah pengaruh nya. Kalau jumpa budak budak supermom, masa tuh berebut main harmonika, macam mainan banyak gile aku bawak, itu jelah budak budak suka. Setiap aktiviti jamming, tu jelah yang aku akan bawak, harmonika.
Selain itu, aku pun tengah usahakan satu blog yang dinamakan HARMONIKAWAN. Yang ni antara diari aku, banyak lagu yang ada harmonika aku akan tulis kat sini. Tak kisahlah pemain harmonika tuh main simple je, glamer tak glamer, aku bedal je semua masuk sini. Sebab aku tahu, kat malaysia nih, memang ada komuniti pemain harmonika, tapi tak ramai macam main gitar. Tapi diari nih aku tak update sangat. Nampaknya kena sentiasa update, hahahha.
BONUS : HARMONIKA DI LONG BEACH
Angkara harmonika jugak, aku dapat geng dan kenalan di Long beach , California USA. ADa Satu malam di panggil malam untuk future leaders, malam tuh leaders semua ronggeng ada yang minum minuman keras, aku layan minum air biasa je, layan muzik, sampai satu masa aku terjebak dengan SID Canada. TAk sangka lah aku jumpa mereka ni pun kaki muzik, aku cakaplah aku bawak harmonika aku tuh, kitorang pun jamming kat luar tuh, hahaha, feel siut. best thing tuh muka aku keluar channel youtube dia, hahaha. CUma tahun ni tak dapat nak join diorang, kat Orlando.
DARI HOBI MASUK TV
TAk sangkalah, dari hobi muzik tuh, kalau kita usahakan betul betul, memang boleh masuk tv, member zaman houdinix semua dah jadi artis popular, sebab mereka ni gila gila usaha. Dari sekecil harmonika tuh, aku dapat kenal ramai orang, termasuklah pak guard yang selalu kantoikan aku sebab aku rambut panjang masa kat UTM .Apapun pun, mungkin betul pepatah nih
“Do What You Love And Money Will Follow ”
NINJASENI
The post Dari HOBI Menjadi NINJASENI appeared first on FAIZ SAAID.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://faizsaaid.com/dari-hobi-menjadi-ninjaseni/