Sudah Lebih 60 Tahun Dna Umno Menjadi Pm Eloklah Beri Ruang Pula Islam Pula Memimpin


 

KUANTAN - Oleh kerana pemimpin dan mantan pemimpin UMNO sebenarnya yang berebut nak jadi PM dalam senario politik negara kita sekarang, maka apa kata kali ini kita cuba pula pemimpin parti Islam jadi PM  dan memimpin negara ini hinggah habis penggal, parlimen dibubarkan.
Demikian ditegaskan  oleh aktivis masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli pada posting terbaharu di facebook rasmi beliau hari ini. (www.facebook.com/cmkshukrieramly)
Menurut beliau dalam perebutan kuasa untuk jawatan Perdana Menteri sekarang ini, Nama-nama seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim (TPM zaman Mahathir), Tan Sri Muhyiddin Yassin (PM, TPM Zaman Najib), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (TPM Zaman Muhyiddin), Datuk Seri Najib Tun Razak (TPM Zmn Mahathir), Datuk Seri Zahid Hamid (TPM Zaman Najib) dan Tun Mahathir (PM, TPM pada Zaman Tun Hussein Onn) adalah dari DNA UMNO biar pun mereka kini ada yang sudah tidak bersama parti itu lagi sebenarnya.
"Politik negara kita terus jadi carca merba dan masih bercelaru, makanya sesiapa saja yang diangkat jadi PM pasti akan ada yang tidak puas hati dikalangan mereka dan akan terus bangkit memberontak. Maka saya rasa elok kita cuba pula Perdana Menteri Interim daripada kalangan pemimpin PAS pula, sebab PAS juga ada calon-calon yang layak dan berwibawa seperti Datuk Seri Haji Abd Hadi Awang atau Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man serta ramai lagi. Mana tahu ada juga keberkatan, apabila disokong dek para ulamak yang mahukan Islam tertegak di bumi Malaysia tercinta ini. 
"Nak kata salah atau silap, adatlah. Kita manusia tak akan lari daripada melakukan kesilapan. Namun, diketika musim Covid-19 ini apakata jika kita kembalikan kuasa dan tampuk pemerintahan kepada yang faham Islam pula. Kita dah cuba lama PM dari DNA UMNO... DNA DAP kita tak nak dan takut, maka cuba pulak DNA PAS. Islam pasti boleh, " kata kenyataan  beliau yang juga merupakan seorang blogger sejak tahun1998 lagi. (www.cucumatkilau.blogspot.com) 
Katanya lagi, zaman dulu mungkin kita boleh akur dengan DNA dari UMNO sebab parti keramat orang Melayu itu tidak pernah tumbang 13 kali penggal pilihan raya umum. Namun selepas PRU14, parti ini sudah tidak sehebat dulu lagi. Disnati UMNO sudah hilang  taringnya dan kini berkecamuk sesama sendiri untuk merebut sedikit kuasa yang ditinggalkan, jika Muhyiddin meletak jawatannya hari ini. 
"Roh perjuangan Islam dan Melayu sudah hilang sedikit demi sedikit. Semuanya kerana terlalu lama berkuasa dan guna wang ringgit untuk memenangi hati rakyat marhaen. Jika tidak dibayar, tak buat kerja dan tak undi. Bila ada wang baru buat tindakan. Hinggalah dapat kuasa, projek dan kemewahan akan jadi habuan kepada kroni, proksi dan pemimpin yang dipilih oleh rakyat.
"Pemimpin kaya raya mewah tapi rakyat marhaen terus merempat di bumi sendiri. Maka, hari ini kita kena ubah dan berikan jawatan PM itu kepada pemimpin yang ada sirah perjuangan Islam dalam jiwa-jiwa mereka," tambah beliau lagi.
Dalam PAS memang ada yang buat salah sikit-sikit itu normal dan boleh diperbetulkan selagi akidah mereka berpaksikan syariat Islam. Namun selagi kita tidak mencuba selagi itulah hanya DNA UMNO akan terus berkuasa selama-lamanya, dakwa beliau lagi.
"Minda kita kena diubah, kena kembali kepada Islam untuk keluar dari bala bencana, musibah yang melanda. Bila dua puak orang Islam bertelagah maka kembalilah kepada Al-Quran.
"Bila kuasa politik Melayu berbalah sesama sendiri yang semuanya dari kalangan DNA UMNO maka itu marilah kita berikan pula kepada Islam untuk memimpin. Saya yakin rahmat Allah pasti akan datang dan keluarkan negara kita dari kemelut dan musibah Covid-19 yang terus melanda sekarang ini,"  dakwa beliau.
"Saya bukan ahli PAS, cuma sekadar pandangan peribadi semata-sama, sebab saya lihat tukarlah sesiapa pun selagi mereka dari DNA UMNO pastilah negara akan terus terjerumus ke dalam konflik politik yang berpanjangan.
"Lagi pun, diakhir zaman ini semua DNA UMNO yang tubuhkan parti baharu tetap akan  ada yang melompat. Tapi pemimpin PAS sampai sekarang kekal dan masih terus istiqomah dengan perjuangan mereka sehingga ke hari ini.
"Pilihan kini boleh dibuat oleh Yang Dipertuan Agong untuk melantik mana-mana wakil rakyat yang difikirkan sesuai menjadi Perdana Menteri dalam sebuah kerajaan interim sementara meninggu habis penggal untuk parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada PRU-15.
"Anwar permah bersama PAS (Pakatan Rakyat), Lim Guang Eng pernah bersama PAS (Pakatan Rakyat), Najib dan Zahid permah bersama PAS (Muafakat Nasional), Muhyiddin, Ismail Sabri bersama PAS (Perikatan Nasional). Makanya semua parti yang ada majoriti terbesar pernah bersama PAS. Tidak salah untuk kita mencuba kepimpinan Islam pula berada ditampuk kuasa sebagai Perdana Menteri sehingga parlimen di bubarkan dan pilihan raya umum itu diadakan," katanya.
"Apa kata kita cuba hingga habis penggal Ini jer sebagai Perdana Menteri Interim. Insya Allah, dah lebih 60 tahun kita dipimpin DNA UMNO. Takkan nak cuba DNA PAS kita rasa takut kot.  Sekadar pandangan yang mungkin tidak akan menjadi kenyataan. Apapun salam perjuangan, " kata kenyataan blogger terbabit lagi. #sumber

http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/08/lebih-60-tahun-dna-umno-jadi-pm-elok.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Selepas Mahiaddin Nyata Derhaka Ini Pun Tak Keluar Juga Daripada Kerajaan Eloklah Umno Dibubarkan Saja

Kalau Selepas Mahiaddin Nyata Derhaka Ini Pun Tak Keluar Juga Daripada Kerajaan Eloklah Umno Dibubarkan Saja

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 242 hits
Berikutan kemelut dan ketidaktentuan yang berpanjangan dalam kerajaan gagal pimpinan Mahiaddin Md Yasin terbaru dengan Yang Dipertuan Agong sendiri menunjukkan kemurkaan baginda UMNO akan mengadakan mesyuarat MT khasnya petang ini Mesyuarat...
Sopan Sangat Nenek 90 Tahun Bercakap Dengan Dialek Istimewa Tetapi Lain Pula Yang Dipuji

Sopan Sangat Nenek 90 Tahun Bercakap Dengan Dialek Istimewa Tetapi Lain Pula Yang Dipuji

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 233 hits
Sopan Sangat Nenek 90 tahun bercakap dengan dialek istimewa Tetapi lain pula yang dipuji Dialek Melayu Pattani tanpa pengaruh bahasa Thailand Meskipun masyarakat Melayu kaya dengan bahasa serta dialek yang cukup unik mengikut faktor geograf...
Hamil Di Usia 68 Tahun Wajah Wanita Ini Menjadi Tumpuan Warga Net

Hamil Di Usia 68 Tahun Wajah Wanita Ini Menjadi Tumpuan Warga Net

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 339 hits
Artis Mexico Lyn May telah mengumumkan kehamilannya pada usia 68 tahun hasil hubungan bersama dengan jejaka berusia 39 tahun lebih muda daripadanya
Escape From Mogadishu Menjadi Filem Korea Pertama Tahun 2021 Yang Melepasi 2 Juta Penonton

Escape From Mogadishu Menjadi Filem Korea Pertama Tahun 2021 Yang Melepasi 2 Juta Penonton

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 373 hits
Filem Escape from Mogadishu telah mencipta pencapaian mengagumkan di pentas Box Office Korea Selatan Pada 13 Ogos Lotte Entertainment mengumumkan bahawa sehingga 12 tengahari semalam Escape from Mogadishu secara rasmi melepasi 2 juta penont...
Pas Kembalilah Kepada Perjuangan Asal Harapan Melihat Umno Terkubur Sejak Tahun 60an Nik Aziz

Pas Kembalilah Kepada Perjuangan Asal Harapan Melihat Umno Terkubur Sejak Tahun 60an Nik Aziz

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 288 hits
NORMAN RADZUAN Doa dan amaran orang alim yang menjadi kenyataan PAS KEMBALILAH KEPADA PERJUANGAN ASAL Doa Ustaz Fadzil Noor utk Mahathir panjang umur utk Mahathir melihat kerosakan yang dilakukan olehnya bukan untuk dihukum Ust Fadzil Noor ...
Lebih Sedikit Bayi Perempuan Dilahirkan Dalam 10 Tahun Akan Datang

Lebih Sedikit Bayi Perempuan Dilahirkan Dalam 10 Tahun Akan Datang

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 206 hits
Penyelidik melahirkan kebimbangan peningkatan kaedah selektif seks boleh menyekat demografi dan pembangunan sosial Foto AGENSI PARIS Dianggarkan kurang 4 7 juta bayi perempuan dilahirkan di seluruh dunia dalam tempoh 10 tahun akan datang be...
Wanita Dijel 7 Tahun 4 Minggu Bantu Penipu Nigeria Pindahkan Lebih S 2j Ke Luar Singapura

Wanita Dijel 7 Tahun 4 Minggu Bantu Penipu Nigeria Pindahkan Lebih S 2j Ke Luar Singapura

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 196 hits
Gambar fail SINGAPURA Seorang keldai wang berusia 46 tahun dihukum penjara 84 bulan iaitu antara hukuman paling berat dikenakan bagi kesalahan sedemikian Rohaiza Alap menyediakan 25 akaun bank kepada penipuan luar negara dan merekrut keldai...
Tawaran Muhyiddin Pas Tetap Tak Terima Dap Ahli Parlimen Umno Tak Dimaklum Lebih Awal

Tawaran Muhyiddin Pas Tetap Tak Terima Dap Ahli Parlimen Umno Tak Dimaklum Lebih Awal

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 266 hits
August 14 2021 3 15 PMTuan Ibrahim berkata parti itu melihat ia sebagai jalan keluar untuk kerajaan menghadapi cabaran Covid 19 dan menjayakan program vaksinasi sementara Zahidi Zainul Abidin berkata tawaran itu tidak dimaklumkan lebih awal...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord