Darah Bekam Ni Bagi Tikus Makan Tikus Pun Boleh Mati
Sumber gambar ; En Google
Minggu lepas (17 Sya’aban) hari Rabu, aku berbekam. Aku cuma ambik gambar ni jer kat google. Lain lain atas pengetahuan aku yang sikit sikit ni. Harap maklumlah kalau fakta tak tepat atau salah. Tolong betulkan sesiapa yang tahu.
Aku berbekam dengan mak dan adik perempuan aku. Aku ni memanglah suka sangat berbekam. Lagipun bekam ni sunah Nabikan. Walaupun kepala aku kena cukur, lantak ler. Yang penting aku sihat. Aa ha, sekarang ni dah ada mesin sedut darah kat kepala tanpa bercukur. Namun aku pilih bercukur jugaklah sebab macam tak yakin dengan mesin tu. 😂😂😂. Cuma kalau kena toreh ngan pisau belit tu kesan torehan tu berbekaslah sampai sekarang. Tak apalah. Redho.
Tarikh yang sangat digalakkan untuk berbekam adalah 17hb, 19hb dan 21hb tiap tiap bulan Islam tau. Hari rabu adalah hari yang tidak digalakkan untuk berbekam. Walaubagaimanapun, jika tarikh yang bagus berbekam tu jatuh pada hari rabu, kita utamakan tarikh yang sunah tulah. Itu kata ustaz tempat aku berbekam.
Digalakkan berbekam pada waktu pagi sebelum tengari. Kalau boleh 1-2 jam tu perut kena kosong. Sebab kenapa tarikh dan waktu penting, adalah kerana pada waktu inilah darah yang kotor keluar dengan banyak dan penyakit boleh hilang. Namun boleh jer hari biasa. Dikatakan darah bekam yang keluar tu, jika kita bagi tikus makan, tikus pun boleh mati.
Aku bekam satu badan termasuklah muka. Tapak tangan dan tapak kaki adalah tempat yang dilarang berbekam. Nanti darah mengalir tanpa henti. Ada 12 titik bekam yang sunat dibuat. Antaranya 2 titik atas kepala, bahu belakang dan kaki. Kepala adalah yang paling penting. Mesti buat kepala.
Aku paksa mak ngan adik aku buat. Sebenarnya lebih kepada suruh teman. Hahaha. Jenis tak boleh nak pergi sorang sorang. Ramai tanya ngan aku, sakit tak? Jawapan aku, takkk sakitt pun. Masa dia toreh tu macam kena cakar kucing jer. Lepas tu ok. Pastu diorang tak tanya dah. Padahal masa dia sedut darah tu, memanglahkan, nyut nyut sakitnya. Lagi lagi kena tang tempat lembut macam kat perut ke. Huhuhu. Sakit jugaklah. Tapi, sakit time tu jer. Pastu dah ok. Alahai, beranak lagi sakit. Walaupun aku tak pernah beranak.
Kat tempat bekam aku buat ni bekam tradisional turun temurun warisan ayahanda ustaz nilah. Rumah pun rumah kampung jer. Yang penting bersih dan aku pun dah biasa ngan ustaz ni. Oh, kalau pompuan dengan isteri ustaz nilah.
Nak berbekam ni kita ada pilihan nak toreh guna pisau belit atau guna pen. Sebenarnya guna pen lagi sakit. Walaupun guna pisau akan bertanda badan badan kita. Tapi guna pisau banyak pulak kelebihannya. Tapi aku lupa. Hahaha. Namun kalau kat muka kenalah guna pen. Dan kat muka memang agak sakit. Aku buat jugak. Dah alang alang.
Darah yang keluar ada pelbagai. Jika kita sihat, darah yang keluar cantik jer. Jika kita ada penyakit, mungkin darah yang keluar pekat, berminyak, berketul, cair dan putih putih keliling darah. Kalau putih putih tu selalunya banyak makan ubat hospital. Darah di sedut sampai lah darah tu kurang atau dah kuar air. Macam tulah lebih kurang. Orang pakar bekam dia tahulah macamana.
Apa yang penting, lepas bekam kepala aku ringannnn sangat sangat. Serius wei. Wajib cuba. Kalau korang nak cuba kat tempat aku ni terutama kat area sg udang, boleh contect ustaz ni. Ustaz Lokman 010 5172397. Lepas tu boleh mention nama KAK YONG😁. Boleh wasap buat temujanji. Kena buat temujanji dulu tau. Aku promote percuma je ni. Ikhlas. Hahaha. Kira ikhlaslah tukan walaupun suruh mention nama. Ahahahaahaha.
Aku pun bercadang nak buat tiap tiap bulan, InshaAllah.
Oklah itu jer. Selamat berbekam semua. Semoga kita semua sihat walafiat. Amin.....
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://haryanies.blogspot.com/2021/04/darah-bekam-ni-bagi-tikus-makan-tikus.html